Tuesday, 1 September 2015

Being Childless or Jobless: Which one is more painful?



There is no telling how many miles you will have to run while chasing a dream. 
~Author Unknown



Last week I wrote something emotional. Thank you all friends who took time to leave your comments, I highly appreciate that.

I'm struggling to find a decent job. It has been two and a half years I've been actively seeking job. Dah hantar resume to so many organisations, and I also joined some seminars and workshop, and also wrote articles for publication and joined conferences -- to beautify my resume. Masih lagi tak berjaya. Interview pun tak banyak., dalam 4 je. Ada satu tempat tu, called me twice -- I went there twice but to no avail. I habis wrote my thesis at at the end of 2013, (campur correction, campur submission, tunggu examiner, tunggu viva, correction lagi, pastu submit untuk formation, pastu cari co-supervisor yang sarat tunggu hari untuk beranak, bla bla bla ) the process of graduation is so slow that until today I still waiting for the senate meeting confirmation. 


Lama gilaaaaaaaaaaaa...kan? (eh ada 'kan' kat hujung ayat sebab pancing validation dari kawan-kawan..hahahaha kesian pada diri sendiri) 


Countless times I rang, I emailed, and I contacted the postgraduate centre to expedite the process, tapi nampaknya rezeki tidak berpihak kepada saya. Bila dah settle, minta surat tamat belajar pun tak dapat, sebab alasannya mereka tetap tunggu mesyuarat senat. 

In the meantime, pantang ada jawatan kosong, I applied. Yang tak ada jawatan kosong pun I hantar resume, kadang-kadang ada juga tempat I mintak 2-3 kali. Sebab I pernah dapat offer satu tempat tu lepas isi 5 kali borang online. Banyak juga yang dah hantar, nampak macam mudah dapat, sebab semua syarat I can fulfill, but still rezeki not on my side.

In the meantime juga, orag sekeliling I boleh dikatakan semuanya moving fast forward. Beli new car. Beli rumah. Beli assets. Tambah anak. Tukar tempat kerja for better pay. Naik pangkat. Buat part time business untuk tambah income. Bab tambah anak tu memang I tak ada la, tapi bab lain tu sungguh ketinggalan. 

This time, mak ayah I dan mak ayah mertua dah mula bising. Ayah mertua siap sindir konon beliau dah pergi Haji dah doa depan Ka'abah, dia macam nak tuduh I yang tak active cari kerja. Tapi I diam je la sebab malas nak ambil port sangat orang tua-tua punya mulut. Not only that, my supervisor pun suruh I cari kerja, beliau kata ekonomi Malaysia tak bagus, mesti secure job. Mesti kerja. Dia kata dia boleh terima I untuk PhD bawah dia tapi dia nak I secure job untuk masa depan I. Dia ingat I tak nak migrate, tapi  I am ready to migrate for my career development sebenarnya. Initially husband tak bagi, but one day when I bring up the past (I know it is dosa) dia terpaksa giving in.

Bila dah 2 tahun setengah cari kerja tak dapat kerja, inner pain tu lebih sakit dari tak ada anak. 

Tahu apa yang berubah? Banyak dah berubah. 
Muka I semakin kusam, sebab dulu mampu beli kosmetik bagus dan pemakanan sihat.
Makanan pun I tak mampu nak beli yang berkhasiat seperti dulu. Dulu mampu beli groceries beratus, yang bagus yang terbaik, vitamin tambahan, dan lain-lain.
Travel- apatah lagi. Yang ada pun tumpang mak ayah kami je.
Astro - pun tak mampu
Fine dining - kena tunggu extra money dari husband yang buat part-time job
Beli baju, tudung, kasut dan handbag baru - Tak mampu juga. I beli yang murah murah je. Tapi Allah rezekikan I banyak kat sini. 
Tengok wayang - hm..jarang, tapi ada la sekali sekali.
Kereta dari dua dah jadi 1. My car pula adik dah pakai, kebetulan ayah yang settle the loan, so I tak boleh claim kereta tu I punya, sebab memang ayah yang belikan untuk I pun masa belajar. 
Fertility treatment - lagi laaa tak mampu.


Mujur ada internet....God bless internet..phewwwww!!
Kurang sikit kebosanan duduk rumah. 
I starting to feel bored with the housechores. Ada juga gardening buat mini lawn tapi semua tu jadi satu kebosanan bila kita dah biasa hidup aktif dan bergerak dengan matlamat yang kita simpan dalam diri kita yang kita seorang je yang tahu, suddenly kena tukar rutin. Naik gila rasanya and someday I just being a whiny and a jerk. 

Penyesalan pun dah tak berguna. Menyesal sebab dulu berhenti kerja ikut husband and now I am just penniless housewife. 

Sedara mara dah mula berteka teki pasal kehidupan I. Berteka teki tu tak apa, yang jadi sakit hati bila ada sindir menyindir. 
"Belajar tinggi-tinggi tak ada kerja juga"
"Belajar sampai Master tapi tak kerja buat apa"
"Alah tak heran budak universiti belajar tinggi ni. Kereta aku installment bulanan pun sama dengan gaji diorang"
"Aku tak payah masuk universiti belajar tinggi pun, rumah aku besar juga"
Selalunya memang I tak layan lah, tapi sakit hati tu tak tahu nak cakap.

Not only that, bila jumpa orang baru dikenali - baru berkenalan, orang akan tanya what we do. Bila cakap tak kerja, terus tak nak borak or worse pandang rendah. Tapi tak apa lah.
Bila jumpa kawan-kawan, lagi laaaahh..and kebetulan most of my friend pun cakap lepas je, like 'tak nak cari kerja ke', 'buat la kek ke biskut ke jual kat orang', 'jaga anak orang pun lumayan', etc..


Bila I baca orang tulis kat Facebook or blog pasal bos itu la ini lah, kerja banyak la, I think itu cuma keluhan di tengah bulan je.. Sebab bila at the end of the month, semua keluhan tu tak ada pun. Tapi kalau ada isu melibatkan whistleblowing atau slandering, atau dengki hingga membawa ke luar waktu bekerja - itu kena jaga jaga dan berhati hati. 


And don't give me suggestion on buat business online lah, itu la ini lah sebab I don't write all constraint here. And I did almost all. 

And to tell to other people pun susah. Rata-rata perception orang termasuk ahli keluarga sendiri, mereka akan rasa kita yang tak cukup berusaha, tak cukup berdoa, tak cukup bersedekah, memilih kerja, dll. 

Baru-baru ni saya cuba mohon scholarship PhD. Dah ada supervisor, dah ada tajuk dah siap semuanya, tiba-tiba scholarship untuk PhD tak ada (kecuali slab/slai) disebabkan keadaan negara kita yang tak berapa stabil. Oh, no need to give suggestion on MyBrain or such sebab semua tu saya dah tahu. Apa yang I cuba buat sekarang adalah apply foreign government punya scholarship. Sengit tak sengit saingan tu belakang kira sebab yang penting I berusaha dan tak menyesal di kemudian hari. Penyesalan adalah satu perasaan paling menyakitkan. Jika anda semua ada kestabilan kewangan, buatlah fertility treatment yang ada dan penuhi impian anda. Supaya one day bila semua ni dah berlalu, no regret anymore.

In the meantimes also, puas saya sibukkan diri dengan activity lain, baca buku self-motivation, macam macam lah. Tapi nak kata teringin gila-gila nak ada anak tu memang tak ada perasaan macam tu lah. Sebab I don't equate child with happiness. 

See..orang tak kerja lagi susah dari orang tak ada anak. 

Agaknya inilah yang dikatakan sebagai gagal dalam kehidupan kan? 


14 comments:

  1. BnC,

    Blog akk sekarang yg awak komen tu.. akk aktif situ.
    Utk blog TTC - kat sini
    http://perjalananttcsaya.blogspot.com/

    Akk dah deactivated FB. Tenang sket rasa jiwa. Akk stop sejak pergi buat umrah bulan 4 tu ari. Till now, rasanya mmg satu keputusan yang tepat. Tp terkadang ada kena masuk FB sykt ke apa ke, akk log ini kejap. Then, log out..

    Utk cerita BnC ni, mmg akak rasa terkesan. Tp kata orang tu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kan? Akak cuma buleh simpati je awak.. mmg seksa rasanya kalau jobless..doa bebanyak okay.
    Sekarang ni, kita fikir apa kita ada, dan orang lain takde. Terpaksa camtu.
    Akk ada kawan, sebaya akak, tak kawen lagi dan jobless juga.
    Lagi kesian. Dia mmg tak aktif kat IG, kat FB ..mungkin dia takmo rasa 'terganggu' kot.

    Kalau rasa sunyi, awak nak sharing2, sembang2 ngan akak pun buleh.
    Just emel w.app number ke akak - cikstoberi@gmail.com
    Nanti akk w.app balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok saya dah save blog baru Kekda


      Nak kata rasa sunyi tu tak la sangat, sebab saya isi masa lapang dengan membaca, cuma bila baca buku tu lama2 jadi jemu, tu yang macam meroyan sekejap tu. haahahaha..

      Memang betul kadang2 saya pun buat macam saranan Kekda, fikir apa yang kita ada, yang orang lain takda. cara tu bagus sebab meningkatkan vibe kesyukuran. Terima kasih atas cadangan

      Delete
  2. sedih i baca entry u ni...
    jgnla rasanya gagal ...kita semua ada 'bahagian' masing2
    kekurangan kita mungkin kelebihan pd org lain..
    kelebihan kita...kekurgn pula dgn org lain...
    InshaAllah ada rahsia yang tersembunyi....

    kata-kata org mmg susah kita nak tutup ....yg tu kita mmg xleh buat apa2..
    tp diri sndiri kene kuat hadapi cabaran n dugaan ini..
    nasihat pd diri sndiri jugak (yg selalu rasa down lately) :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedaya upaya mempositifkan diri dengan cakap pada diri sendiri, ada rezeki lain in the future, that God is not that cruel to me..But bila minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun masih tiada perubahan, terus rasa down..tiba2 terfikir resume dan application tak sampai la, cover letter tak bagus la, ada 'penghalang' pada diri la, macam2 la..

      Mulut orang tu susah sikit la..kalau ingat2 rasa marah..so sebelum tidur maafkan mereka dan berharap ada sinar baru menanti..

      Delete
  3. honestly, I can't imagine being in your shoes. But, from outsider's point of view, u r definitely not in a situation of someone yg gagal dlm kehidupan. At least not for me la...

    What defines our life? Having nice house? having job? have money? have kids? Ya, all these can contribute to happiness, but these are not the only thing that can make us happy.

    Mmg betul ekonomi sekarang x berapa bagus, uni pon dah kurang dapat geran, companies pon banyak yg downsizing. So don't feel too bad if u x dapat kerja sekarang. I believe Allah is preparing u for something bigger, (hence the ujian) InshaAllah... keep on faith that Allah would not abandon us in time of our need...

    Hang in there sis... hugss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn....I know kalau orang dengar my situation ni mesti terkejut beruk, lebih2 lagi my friends and relatives and acquaintances..

      True uni pun dapat geran yang limited, berebut walaupun dah ada proposal mantap. I sendiri pun tulis proposal untuk compete geran on behalf of my ex-supervisor. Pun tak dapat, walaupun tajuk in niche area. Tapi beliau bagi I peluang lain untuk project lain, which is still about to start and masih peringkat initial stage, menunggu research team lain walaupun dah dapat geran,

      Delete
  4. Insyaallah ada rezeki. u skang bukan dalam malaysia la kan? saje nk tau amik course ape..mana tau boleh tanye2 kawan...sbb ada kwn i keje bhagian HR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InShaaAllah. Eh I dalam Malaysia laaa.. :-)

      Aaaaa my field banyak, degree ada dua, Master by research hybrid beberapa area..aaaaaaa segan nanti I email you later

      Delete
  5. I faham perasaan u. I pernah macam tu. Duduk sorang kat rumah. Berhenti kerja sebab ikut suami. Kehendak semua tolak tepi. Kalau hubby nak belanja rasa alhamdulillah bersyukur macam menang duit juta-juta. Ekekek. Ni I la. Orang lain I tak tau la macam mana.

    Tapi nak kerja dalam bidang I, memang tak dapat. So I cuma cari kerja yang lepas bayar duit kereta (nasib baik tu je hutang yang ada selain hutang study). Gaji kecik pun rasa cukup.

    Now I dah pindah & kerja luar bidang. Still, something for me to do sebab lepas pindah rumah ada la 3 bulan duduk rumah saja.

    My point is, tak salah juga kalau kerja yang di luar bidang. Tapi kena sabar sikitlah bila orang start compare kerja dengan cert kita. If u don't mind boleh kot apply kerja yang agak downgrade dpd kelulusan u. But if u do, abaikan je saranan I ni b&c :)

    Anyway, I setuju dengan u. Tak ada kerja lagi xseronok daripada satu lagi. Tapi u takde la gagal dalam kehidupan semata-mata sebab u jobless, dear. InsyaAllah zaman kegelapan ni akan pergi. Semoga semua urusan u dipermudahkan ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya I can relate with you.. Betul lah..

      Erm..I actually dah apply macam2, sanggup terima gaji yang lebih rendah, pergi interview pun kerja yang luar bidang I, tapi masih belum berjaya. In fact sekarang ni my mom suruh I apply jadi cashier hypermarket -- akan buat.

      Terima kasih atas ingatan dan doa

      Delete
  6. It can be frustrating to feel like losing control in our own life; first children, then job, then financial freedom..
    Being jobless is difficult enough for others - but for childless women, having a career may give us sense of purpose in life.
    Being successful in career has found to correlate in lower level of distress experienced by childless couple across cultures. It is normal to feel so low..

    Rahmat Allah maha luas,
    kasih sayangNya ada pada setiap sesuatu;
    samada yang diberi, diambil atau ditahan.
    Ada seorang lelaki di kampung saya, dia sendiri pelik dengan perjalanan hidupnya.
    Bertahun susah sangat nak dapat kerja padahal kerjanya hebat satu ketika dahulu. menghidapi anxiety disorder dan panic attack, beliau hidup dengan menumpang gaji isteri yang xseberapa, anak 5,6 orang (remaja), kerja yang dapat xpernah lekat.. memang the lowest point in his life.
    Rahmat Allah Maha Luas,
    kasih sayangNya ada pada setiap sesuatu;
    samada yang diberi, diambil atau ditahan.
    Rupa-rupanya Allah nak susunkan jalan hidup lelaki ini untuk jadi penghuni syurgaNya, mungkin.
    Bila diserang sakit, dia sering mengadu pada Allah sehingga dia telah menemukan khusyu' dalam solat..
    bila tidak bekerja, dia banyak masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti volunteering,
    edar makanan pada homeless, menyantuni anak yatim..
    sering pengalamannya dicatat ke dalam blog dan status fb.
    Kisahnya menarik seorang penerbit buku lantas lelaki ini dilamar untuk diterbitkan tulisan kisah kehidupan beliau.
    Kini buku tulisannya terjual laris. Allah angkat darjatnya dan pilih lelaki ini untuk meninggalkan warisan ilmu kepada masyarakat..

    Rahmat Allah Maha Luas,
    mungkin Dia rendahkan kita di dunia untuk muliakan kita di syurga, mudah-mudahan.
    mungkin Dia mahu kita hilang harap pada pujian manusia dan hanya harap redha Dia..
    Saya doakan cik puan akan semakin dekat dengan kemuliaan syurgaNya.. :)
    Maaflah meleret2, menulis untuk diri sendiri juga..menumpang ruangan komen ini untuk meluahkan rasa..
    mudah-mudahan membahagiakan :)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas ingatan dan doa.

    Moga-moga saya pun dipilih sebagai penghuni syurga atas ujian2 yang menimpa ini.

    Dan terima kasih juga atas kisah yang menjadi inspirasi. Saya pun fikir mungkin inilah masanya saya lebih dekat denganNya.

    ReplyDelete
  8. semoga Allah membuka jalan yang luas buat awak.
    boleh saya cadangkan sesuatu untuk awak buat?

    awak dh buat solat sunat Dhuha?
    kalu belum, awak mula dulu dengan 2 rakaat solat sunat dhuha.
    buat everyday. doa dhuha jgn lupa. that's key to rezeki.
    percayalah.

    mohon ampun dan maaf pada suami setiap hari.
    sebagaimana saat kenal dulu, kembalikan moment bahagia.

    jangan risau takde anak, ada orang 20 tahun xdpt anak, tp Allah bagi kembar lagi.
    mungkin Allah tak bersedia nak bagi lagi sekarang.

    yang penting, solat 5 waktu jaga sebaiknya.
    awal, wajib. jangan lewatkan. jika terlewat, istighfar.

    semoga ini dapat bantu awak.


    :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for your suggestion. I appreciate that.

      Not trying to be defensive, but if you read my whole writing, I not grieving about being childless, rather on being jobless.

      As I said earlier, I did (almost) everything but some constraints I decided not to share here.

      Thank you anyway.

      Delete