Tuesday, 27 May 2014

Keazaman

Some people succeed because they are destined, but most because they are determined-Anonymous



Actually masa mengurut, makcik urut tu selalu menekankan tentang keazaman, doa dengan kesungguhan dan dari hati, solat Dhuha dan baca surah Waqiah selalu..Tapi paling banyak dia membebel pada I adalah keazaman.

Sebab dia kata dia tak nampak keazaman untuk dapat anak pada diri I. Like I langsung seolah-olah berserah pada takdir tanpa usaha yang kuat. 

I tell my mother about this, and mother also mengiyakan kata kata makcik urut tu- bahawa I tak ada keazaman dan kegigihan untuk dapat anak.

Mula- mula memang I tak setuju langsung, I cakap keazaman benda tak nampak macamana orang boleh nak ukur, keazaman ada dalam diri dan kita je yang tahu betapa tinggi keazaman tu. Macam macam lagi lah my defense sebab rasa usaha selama ni macam dipandang enteng je. 

Then ulang mengurut pun makcik urut cakap benda yang sama. Sampai la I stop kejap mengurut sebab I busy sikit, and rasa tak tahan sebab dia mengurut sakit, sampaikan mother mula cari tukang urut lain, sebab dia dengar dari kawan dia yang makcik urut i pergi tu memang semua orang tau dia mengurut sakit. 

Sakit ok, sebab masa first time dia urut dan sengkak I demam dan bentan. Semalam I mula mengurut balik sebab I now that my peranakan jatuh,sakit lutut dan sengal badan. And semalam dia ulang lagi perkara yang sama. Tentang keazaman. And I pun tengah sakit bentan ni sebab dia kata badan I lenguh, banyak buat kerja, banyak fikir dan of courselah dia tahu I ada buat kerja berat sebab dia urut dan sengkak dia tahu yang peranakan memng jatuh balik. 

I bagitahu pada family, and my family pula terus terang cakap yang they all pun agree with makcik urut, adik I siap cakap bagi analogi keazaman nak anak dengan keazaman nak habiskan pengajian. Dia kata kalau lah seseorang pelajar tu takde keazaman nak habiskan pengajian, mesti dia selalu ponteng kelas, buat assignment sambil lewa, etc. Sama juga kalau nak pregnant.

Mula-mula memang menyampah mendengarnya, like - dah la susah lekat, family pun tak sokong I...sadis..but then memang I akui, bahawasanya memang i kurang keazaman untuk mendapatkan anak.

Bila I blogwalking semula rakan2 TTC punya blog, I sedar in the past two years, i dah tak jumpa doktor untuk tahu perkembangan dalam badan I. Alasannya kewangan la, komitmen dalam pengajian la, ada kerja lain la, etc. But bila fikir semula, memang I jauh ketinggalan. TTCian lain kumpul duit buat IUI, I and husband sibuk beli barang rumah (sebab baru nak stable lepas pindah tahun lepas), beli new furniture,  pergi makan sedap2 konon tahun lepas duit habis migrate so bila duit lebih nak merasa lepak kat fancy restaurants macam orang kaya. Langsung tak ada arah untuk usaha mendapatkan anak unless I ada beli supplements and eat cleaning by sunnah diet tu. 

And one more thing, kadang2 I rasa terlalu selesa berdua dan bersenang lenang sampaikan rasa sayang keselesaan itu jika ditradeoffkan dengan kehadiran baby. Husband pula sejak2 akhir ni barulah beliau ada perasaan untuk TTC tu, alasannya dia kesian kat I selalu marah2 pada orang yang dok tanya annoying questions tu. And dia kata both of us dah 30 so dah boleh planning utk dapat anak. Sebelum ni dia just ikut rentak I and tak bother pun hal2 TTC sebab for the same reason, dia selesa. Ada one day, he fetched and sent dua orang kakak dia dengan anak2 sedara yang masih kecil. Dia kata, bila ada anak ni, semua benda jadi lambat, time consuming sebab semua masa kena compatible with anak. So, kat situ he got the idea of carpe diem. Well satu hal pun, kanak2 adalah sangat adorable bila mereka in good mood, but bila they throwing tantrums semua orang macam lepas tangan sebab dah tak adorable dah.hahaha.. But ye la, membesarkan a human being is not easy job, but for us yang living childfree ni memang susah for us to understand the need and necessity of little human ni. 

I also admit bila ada duit lebih sikit, otak tu tak tergerak pun untuk usaha dapat anak. Orang lain siap jual kereta or buat loan utk buat IVF, kumpul duit untuk IUI, set aside some money untuk appointment doktor, etc. Bagi I, rasa rugi duit tu untuk tujuan itu sebab kononnya tak pasti success or not. I mesti fikir nak beli baju baru untuk pergi situ sini, kenduri situ sini, or at least beli online dengan alasan nak buat tukar2, ataupun alasan paling win - badan i dah naik, i need new baju!, kadang2 beli tudung warna sama fabrik je berbeza, alasan - yang chiffon utk majlis formal, yang cotton untuk casual. OK konsep ni macam tak berapa bagus dalam aspek keazaman. 

Makcik urut tu memang asyik membebel pasal keazaman I. Dia kata i datang sekali sekala, patutnya urut every week or every month before ovulation. Dia kata ada orang yang mengurut sama jangka masa dengan i pun dah pregnant. And ada orang datang urut dengan dia pukul 4.30pagi evey week. Itu lah keazaman. 

Ya memang I mengaku I kurang keazaman. The ugly truth. Entah la. Ego and pride menguasai diri, kononnya I boleh pregnant easily sebab I and husband have no problems of infertility. Tapi itu lah, Tuhan suka hambaNya yang merayu padaNya dan berusaha. Senang cerita I salah konsep, berserah pada takdir dan mengarapkan keajaiban, tanpa usaha dan azam yang kuat, lepas tu mengamuk pada orang yang tanya the annoying question tu. 

And now I pun berazam untuk usaha dapatkan anak. Now after period, walaupun sakit badan sebab kena sengkak but I gagahkan juga untuk set aside some money, tenaga dan masa untuk berurut for 3 days beturut2. Harapnya dipermudahkan cycle kali ini. Mungkin lepas ni ada usaha lain menyusul, but for now I nak eat clean dulu, sbb I takut la pula dengar kes diabetes, i saw banyak orang sebaya i kena appointment doktor every month to pantau level gula. Masa kenduri haritu semua orang tegur i berisi,gemuk or whatnots but now i dah susut sebab tak berapa kisah pasal makan, and terkesan kot kalau dah separuh tetamu asyik kondem my body, and my mother pun catu makanan i, tulang leher dah kelihatan semula, badan kelihatan tinggi semula instead of dempak, and makcik urut cakap, "untung kau, duduk rumah pun badan maintain.."(yahoo! Padahal dia tak tengok masa dua minggu sebelumnya). Memang seronok gila bila pakai baju and i feel good. I harap nak kurus lagi nak reduce 6 kg untuk dapat berat badan ideal, supaya kelihatan hot di Syawal nanti. eh tak, supaya i mudah untuk berTTC jika berat badan ideal. Ha tengok kan dah divert intention tuh.

Keazaman mana keazaman?!

12 comments:

  1. setuju dengan entry nih..kdg2 rasa berkobar2..kdg2 rasa suam2 kuku nak berTTC..heheh

    skrg pun tgh berkobar2 nak turunkan berat badan...tp tang makan tu still susah nak menahan..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..i pun feel the same thing..kadang2 bersemangat..kadang2 tak ingat pun apa2 pasal beranak tak beranak ni..sebab dah selesa..

      Moga berat badan kita turun dengan hebatnya Julie..hihi..ini perlukan keazaman.

      Delete
    2. yer..azam tu penting..bukan hangat2 tahi ayam cam yg saya buat sblm nih..sempat 2 mggu jer diet atkins..lepas tu stop...

      sbb keguguran..kandungan yg ditunggu hampir 8 thn kawin... sobss..sobss..sobss..lepas ni kene diet balik..disamping posa ganti..huhuhu

      Delete
  2. bnc sangat sama okay! i sebenarnya tak ada keazaman pun jugak. jangankan rawatan, berurut pon tak pernah. terlalu bergantung kepada nasib, kalau ada, adalah, kalau tak ada, tak adalah. and segan nak join join group ttc yg lain sebab memang tak pernah berusaha to the max! hanya bergantung pada pemakanan, makanan sunnah, target nak turun berat badan, even pernah try buah zuriat. and pernah pergi sekali je lppkn lepas tu senyap sebab konon tak ada masa. like u said, orang lain berusaha gigih nak buat ivf semua. and i pulak berusaha gigih nak beli baju, beg baru, nak pergi bercuti sana sini, enjoy sana sini.

    and yes, sama jugaklah keadaan i bila mana tengok orang lain bergelumang dengan anak dengan lambatnya, dengan kena balik cepat sbab anak dah meragam semua buat i rasa macam... sayang nak lepaskan all the luxury time/money we have now. huhuhu..

    good luck in your berurut, bnc! hopefully i akan ada keazaman macam u jugak nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..sama la kita..i sendiri maybe terlalu yakin dengan perancangan Tuhan sampaikan i pasti Dia akan beri pada waktu terbaik..kadang2 i sendiri malas TTC sebab fikir nak sambung PhD (macam you), so tak bother la beranak ke tak...maybe juga sebab pernah jumpa doktor and beliau kata we have no problem so i jadi terlalu yakin yang i sihat..haha..sihat and makan banyak2..kadang2 minum coke berhari2... Adoi..i pun tak aktif sgt join TTC group mana2, segan la usaha tak seberapa..i oin group utk islamic lecture and preparation utk PhD

      Delete
  3. hmmm.iya pon penah rasa nk marah bile org kata iya xusaha.tp sbnye bukan xnak usaha pon.tp timing semangat tu lom ada kotttt.sape xnak anak kan.kadang mmg betul pon bile kite tgk budak melalak...rasa mcm semak je kann.hehe.tp itulaaa.anak tu rezeki.rezeki yg xleh dibeli.success or not...let Allah tentukan.kita cube jee usaha k.u can do it.dont feel bad bile org kata u xusaha.they dont exactly how its feel like waiting every month for years....its hard n sometimes we just doesnt want to think about it too much....just relax....do it when u feel doing it.not because org lain ckp mcm2 ok. :) all d best!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sentap rasanya orang kata tak usaha, tak ada azam. Tapi ye la i mengaku takde keazaman yang kuat..mungkin dah 4 tahun lebih so rasa selesa kot..tapi of course teringin..cuma lebih percaya pada rezeki yang ditakdirkan Allah

      Yes, i want to do it because i want to, bukan sebab cakap-cakap orang. Thank you

      Delete
  4. Baca ur entry, i dok terpikir sama ada i ni cukup keazaman ke atau tidak... and i tick yes for some of the reason/feeling that u felt; i rasa bahagia je hidup berdua, and i do wonder how la i nak cope if i have children, boleh ke... and i x try sangat berurut or other alternative medicine - i memang terus buat IVF je coz that is the only way that i can conceive (apart of kuasa Allah of course). Sometimes i wonder whether thinking too much to set timing nak buat IVF bila, was actually me procrastinate things?? huhuhuhu.... ntah la... May be sebab dah lama ber TTC, the urgency tu macam tak rasa sangat (padahal umur dah meningkat...). Apa2 pun, I always believe that Allah will always help me and whatever decision or path i choose to do in regards of TTC, for sure ada hikmah....

    ReplyDelete
  5. True..moga ada hikmah menanti..

    I pun rasa no urgency...but bila datang bulan, masa tu emosi membuak2, masa tu la rasa sedih gila tak ada anak...but bila dah ok, macam rasa ok je belum ada anak..enjoy puas2, nanti ada anak enjoy dengan anak..or enjoy separuh2..hihi..entahlah..but yeah i nak anak but i admit i takde keazaman..

    Sedang cuba mengumpul kekuatan dan doa yang tak putus

    ReplyDelete
  6. Hi, selama ni silent reader and mmg suker lah read your entries. I think I am in the same situation as you (as in nak tapi mungkin tak cukup bersungguh macam orang lain). btw, bleh tak share how you lose weight. Camner u eat clean ikut sunnah tu? bleh share tak... thank u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..nak anak tapi keazaman macam tak berapa tinggi..acaner tuh?!

      Oh pasal losing weight tu...Alhamdulillah masih maintain..tak naik lagi dah..
      1) Tiap2 pagi bangun tidur - makan madu/pati delima Gulsan - sebab i perasan i mudah buang air
      2) Makan sikit, tapi kerap supaya perut tak lapar. Bila tak lapar takde la asyik fikir pasal makan je. Prof Dr Muhaya pun cakap yang lebih baik makan sikit tapi kerap sebab lebih mudah pencernaan berbanding makan banyak, pencernaan lambat disebabkan intake
      3) Banyak minum air- pergi toilet kerap pun tak apa.
      4) Makan pakai pinggan kecil- secara psikologinya bila pinggan kecil I rasa food intake macam dah penuh sangat.
      5) Sebelum tidur, makan madu/pati delima Gulsan- supaya kulit lebih cantik dan esok paginya mudah buang air.
      6) Before makan, I ambil JMD atau kapsul Habbatuss Sauda' tu - ni selalu skip tapi konsisten

      So far Alhamdulillah baju2 I banyak yang da longgar.

      Delete
  7. Thank you. Will try it one of these days insyaallah.. btw, selamat menjalankan ibadah berpuasa ~

    ReplyDelete