Sunday, 25 May 2014

Awak sangat baik AF - benda kecil pun hiba sangat.



Lama tak menaip di sini. Sebab tak ada apa apa treatment yang I buat kecuali cuba mengamalkan pemakanan Sunnah. Rasanya I was affected by Cik Kaki punya entry on Sunnah dieting, so I bought buku Rasulullah is My Doctor. Di situ banyak info menarik. Ada juga info on TTC. Caranya adalah:

Gosokkan madu asli di sekitar kawasan gigi, merangkumi langit2, dinding gusi dan area2 lain dalam mulut sebelum tidur. Dikatakan ada pasangan non -Muslim yang TTC bertahun so Dr. Grey suruh buat macam ni and beberapa bulan kemudian, the wife tu pregnant. Madu dalam celah mulut tu supaya masa tidur, air liur kita merembeskan element bagus dalam madu ke dalam badan.

Perkara ini sangat logik sebab kalau selalu tonton video dari Ustaz Syarhan Shafie di Tanyalah Ustaz TV9 pun beliau menegaskan madu adalah makan terbaik bagi semua penyakit lebih lebih lagi dalam usaha mendapatkan anak atau ada period pain.


------------–-----------------------------------------------------------------------------------------------------

I frankly dah bosan membaca pasal mulut masyarakat tentang inability of procreation immediately after marriage, bukan bosan bila warga TTC meluahkan perkara tu, tapi bosan dengan sikap masyarakat yang judgemental. Like, dah 2014 kot, takkan masih nak menggelakkan orang tak kahwin, orang tak beranak, orang kahwin cerai kahwin cerai, orang pakai kereta lama tak tukar baru, etc. Masing-masing yang menggelakkan tu belum pergi Haji, tak pergi masjid surau, hidup kacau bilau, hutang menimbun sana sini tapi iya la benda yang melibatkan production of human ni perkara asas kot, sebab tu la masyarakat kita pun suka sangat hal seks tak gitu produk2 tegang kendur kuat longlai menjadi2 dalam masyarakat. Kopi jantan, kopi janda, kopi 30 juzuk Quran, semua benda mengaitkan keupayaan seks. Konon seks perkara taboo dalam masyarakat tapi kalau tengok mentaliti, carian Google dan produk macam tak taboo pun. (Tapi bukan semua masyarakat Melayu la--kena tulis statement ni nanti ada orang obtuse kurang faham konteks).

Dalam sebulan tak update ni, my parents buat kenduri tahlil dan Yasin so jemput ahli keluarga dan jiran tetangga serta jemaah surau. Kehadiran 300 orang juga. So boleh dikatakan 1/4 dari tetamu menanyakan hal dalam perut I. Ada my uncle anak dia baru pregnant setahun baru lekat tanya I:
"Kamu bila nak mengandung, sepupu2 kamu semua dah beranak pinak, uncle tahun depan pun nak ada dah ni, uncle punya anak sedara yang darah kuat keturunan kita kamu la"
"Tak tahu la uncle" (jawab dengan senyuman paling manis sbb I sayang uncle ni dia baik).
"Kamu cepat la ada anak nanti cucu uncle dengan cucu ayah kamu darah kuat.."
"Entah la uncle. Tak tahu." (alahai, nak kukuhkan keturunan rupanya tapi tak apa la).
Ini masih OK.

Then my cousin yang baru beranak pula tak pasal2 letakkan baby dia pada I walaupun I tak nak. But then I petend that I dont know how to hold baby, so lepas dia ambil semula baby dia I beredar je, walaupun I dengar ada my aunty yang suruh pegang lama bagi lekat. Well, my cousin tu dulu mulutnya laser juga dan suka gelakkan orang sana sini, now dah slow sikit sebab ada tragedi yang menimpa hidupnya, low profile katanya sampai tutup akaun FB bagai. Now bila dah sempurna balik kehidupannya, hidup low profile is forgotten. At least dia tak cakap apa2 depan I yang menyakitkan hati. Who knows kan kalau dia say something, I will bring back her past. Sometimes ada sebab atas semuanya berlaku, kalau ujian my cousin tu buat dia lebih baik, why not kan? 
Ini masih OK.

Sama juga dengan kita, kalaulah ujian ini boleh buat I becoming a better Muslim, I embrace it and I thank Allah for this. Sometimes I wonder jika I bunting pelamin, mungkin I pun never understand ujian2 dalam hidup manusia dan mungkin I adalah salah seorang yang tanya anda semua "You bila lagi?!"

Then ada juga aunty tegur my weight- sbb they said I'm huge sangat. Then I berseloroh, next year la saya kurus, next year saya kerja or buat PhD saya kurus la. Sekarang tengah relax"
"Neet year nak kurus entah2 dah berdua"
Then I duduk di muka pintu nak makan.
"Eh janganlan makan kat situ."
"Jangan risau, saya dah kawin.."
"Eh tak semestinya belum kahwin je, yang tunggu baby pun tak boleh.."
"Saya tak mengandung..tengah datang bulan..." 
"Alahai lurusnya la engkau ni..."
Ini masih OK.

Not only family, tetamu from surau and neighbours taught parents organized the kenduri to announce my pregnancy. They touched my belly kata I pregnant, so I cakap la Tak. Then they said Eh janganlah cakap macam tu, mana tau sekarang tengah ada awak tak sedar..I said, "tak la. Tengah period.".
Awkward silence. Ini masih OK.

Ada juga sok sek sok sek kawan2 my parents tanya my mother, sebab they expect I pregnant kononnya perut I naik. Mother proudly told them, "Tak la. Itu boroi, sbb dia gemuk."
Ini masih OK.


You know la kan yang I not children friendly. Anak buah I belah husband pun takut nak dekat dengan I, I know one of my SIL kecil hati I tak nak main dengan anak dia but then serve her right sebab dia pun TTC 2 years, bila lepas bersalin boleh pula dia tanya right on my face --if I fasting Ramadan in full month.Booom!
Ini tak OK. Memang I swore in my heart I tak nak play around with her child sampai I boleh lupakan kata2  dia. Peduli la kecil hati ke apa ke, sometimes I happy doing that and I rasa tak berdosa pun tak pegang the kid, unless she/he is orphan barulah mengikut sunnah Rasulullah.Gitu kekdahnya. But in my defense, I need time to forget it.

Pagi after kenduri, I took photos with cousins yang baru 5 dan 8 tahun. Maybe I looked friendly because I took selfie with them, the first question they asked was "Kak, akak tak ada baby lagi"
"Tak ada"
"Dalam perut tak ada ke?"
"Tak ada"
"Kenapa tak ada?"
"Tak tahu" ( sambil angkat bahu dan senyum innocent).
And they looked so bewildered. 
Bummer. This is not OK. 
Sebab their mother everytime we met mestilah dia tanya if I'm pregnant or not, padahal dia sendiri TTC for 13 years untuk dapat 2nd child. And not to mention, badan dia sendiri is obese due to her bad eating pattern and drugs masa TTC dulu. This is not OK.

But I can easily forget, sebab dah empat tahun setengah ni, rasanya dah immune and tak de apa sangat la sebab I pun malas nak layan. Entah macamana, one day I tertengok photo in Facebook (padahal jarang log in) the baby bump of (ex)TTCian yang sama hari nikah dengan I, with caption yang obviously nak bagi tahu she is heavily pregnant. Initially I know her pregnancy but tak ada lah rasa apa sangat sebab most of the time pun she like to show off, but tak kisahlah itu her preference I dont mind sangat pun sbb I pun seldomly on FB, but photo haritu serta merta membuatkan daku meratap hiba, kerana tanpa disedari, I telah mengusap my own belly!

Ciss!!

Poignant sangat, macam la tak pernah tengok more than that.

Thank you Aunt Flow kerana awak sangat baik.



15 comments:

  1. B&C, thanks for sharing about madu tu... inshaAllah boleh try amal... nanti share about books u read tu ya...sounds interesting :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InShaaAllah Sweet Tooth..jika ada kelapangan I mesti menulis untuk manfaat kita bersama.

      Delete
  2. salam ziarah.. itulah perkara yg normal kita hadapi bila berTTC...saya masih lg TTC..masuk 8 thn bulan 8 nih...

    dari se-stress2 manusia..sampai la dah jdi cam sekeras2 hatikauroyyy dah nih...

    apa yg berlaku (TTC) ni...bila diingat2 balik..byk hikmahnya... rasanya kalau saya bukan salah sorg TTC..mungkin saya masih lagi tak berapa nak dekat sangat pada pencipta... tak memahami apa org rasa & kurang peka...

    ape2pun saya doakan semoga kita dirahmati Allah jua dlm setiap usaha kita...dan dimurahkan rezeki..insyaallah amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SubhanAllah 8 years 8 months..Barakallahu fiik..

      Saya pun macam tu juga..kalau bukan kerana ujian-ujian kecil ni, mungkin perspektif saya terhadap kehidupan sama macam 10,20 thun yang lepas..bila diberi sedikit ujian, baru sedar that semua yang ada ni Tuhan yang beri, dan kebergantungan kita kepadaNya

      InShaaAllah Ameen

      Delete
  3. BnC - your last paragraph touch my heart. Done that too and extremely understand the feeelings. Takut sangat if bagi ttcian terasa.. tanpa sedar. Moga Allah permudahkan urusan BnC

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas doa Lady Mira..i pun tak tahu la kenapa tiba2 buat macam tu..tak salahkan the pregnant lady tu pun..i je yang melancholic sangat..salahkan AF..hihi

      Delete
  4. i feel you, B&C.
    yg hairannya even i yg dulu ttc - dah beranak skang, pun masih ditanya soalan regarding "human production".
    agaknye dah jadi habit - i akan rasa annoyed dgn soalan tu until now, walaupun i kept asking people to think positive, but sometimes org sekeliling ni sengaja nak jadi bodo piang, takreti sensitiviti. anak i baru nak masuk setahun, i rasa berkali2 jugak i dihujani soalan bile nak tambah-kau dahla dpt lambat-takkan nak planning lagi-dah pandai mintak adik ke anak kau-etc. and i know that zillions out there ditanya soalan yg sama. pastu agaknye dah jadi habit i jugak untuk jawap 'sarcastically', i dgn muke kering je jwp 'sori aku taksuke soalan kau' atau 'takde benda lain nak tanye ke' atau 'nak dpt yg ni pun 4tahun terus ko nak tanya bile nak tambah' atau 'ikot suke Allah nak bagi bila nak tambah bila. yang ada ni jaga dulu baik2.' atau 'entah takde lak nak lumba2 dgn siapa2 anak siapa plg cpt bertambah'

    pastu mmg ada pun org yg mmg lambat dpt anak then bile die dah ade anak die tembak org lain blk. i harap kite smua takjadi mcm tu. i until now TAKPERNAH tanya siapa2 yg baru kawin, atau dah beberapa bulan/tahun kawin, DAH ADA ISI?
    sebab i sendiri fobia dgn soalan tu, tak tergamak nak tanya org lain eventhough mmg die betul2 pregnant. eventhough perot die obvious gila besar pun i tak tanya, Dah berapa bulan? or Eh pregnant dah? Eh pregnant lagi? i TAKPERNAH tanya sbb i fobia.
    Tapi i mmg ade dgr org yg pernah ttc lama, tanya balik org mcm tu. Taktahu ape yg mereka fikir sbenanye kan. my auntie (well bukan auntie yg rapat pun, mcm ayah i punye sepupu la) 10 years baru dpt anak, then mase i baru 1tahun kawin kami terjumpa kat kenduri, auntie tu tembak i tanya kenapa perot takde isi lagi. EH kau sendiri pun 10tahun baru mengandung, apesal nak tanya aku? Agaknye mase muda die terok kena tembak jugak jadi die balas balik yg younger generation? hahaha..so weird people act sometimes.

    dah lama tak komen blog u sbb everytime nak komen ada keluar error kat pc i ni. hish..harap2 komen yg ini keluar.
    keep it up with the makanan sunnah , i pun ada beli buku Rasulullah is My Doctor tu. Skang kat rumah memang ada stok serbuk cinnamon (it works really well for resdung!) and honey. i doakan u murah rezeki n semakin tabah, memang betul, kalau kite ni takpenah ttc, kite maybe akan jadi salah seorang yg sakitkan hati oranglain dgn soalan tu kan. Semua ada hikmahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Why la people bother with our uterus kan.... pernah baca dalam article mana ntah kalau ada orang tanya soalan sensitive pada kita and we not feel comfortable to answer it, boleh je bagi jawapan "why do you ask BTW?"
      And I love your sarcastic answers, maybe I can apply them too in my situation.

      Dah beranak pun masih mahu tanya..apa punya orang la.

      Delete
    2. Sama..i pun tak gamak nak tanya my friend if they adding the new family members or planning for that..even i know some friends yang macam pregnant, i dont bother to ask them if they are pregnant..dulu masa anak dara i pernah tanya sorg akak ni dia pregnant ke sebab perut dia buncit.walaupun dia cakap tak, but i can saw her face like she offended terus serik tak tanya lagi. Masa kawin tu i tanya two of my friend bila they want to get married, one of them senyum simpul and one of them terus marah i cakap,"tak suka la orang tanya soalan tu"..terus lepas tu emmang serik nak tanya soalan2 sensitif..bila sendiri kena, rupa2nya soalan2 tu memang tak best langsung.

      I think org yang TTC lama2 then bila dah lepasi ujian tu then tanya teh same annoying question tu fikir like - i feel you, i was in your shoes (maybe), but still it is annoying question.kalau tak besar perut dan tak kendong anak tu, means tak ada la baby. Susah sangat ke nak faham the simple logic..alahai.

      Kadang2 bila dah lepasi ujian tu, tehy thought they will never face it again. I hope tak gitu la nanti kalau i dah lepasi ujian ini.

      Thanks for your remarks here..i baca buku tu but bab on mengembalikan kesihatan mata tu i rasa macam susah i nak buat..hihi

      Delete
  5. heh, bnc. i pon same je selalu alami situasi macam u. some, i just forgive and forget sebab maybe mereka telalu naaaivee... but some, hmm, i buat tak tau je, means, once dia dah buat, i just ignore her. malas nak ambik tahu orang yg tak ambik tahu perasaan kita. i pun immune jugak. almost 4 years now. the last part tu, maybe tindakan refleks u, secara tak langsung mendoakan yang one day insyaaAllah akan ada baby dalam tu. miracle do happens. lets hope for the best, pray for each other and be happy. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah be happy Zura.

      Tengok macamana kan..ada yang ignore, ada yang i laser balik,ada yang i laser balik, iada yang i lantak pi je senyum sengih macam kerang busuk biarkan soalan dia tak berjawab. Eh macam immune la...haha..

      Hopefully your comment here is answered by Allah..

      Delete
  6. We can't stop people from talking, asking and assuming. I have come to a point where I dah tak senyum and be nice anymore when they throw questions on baby to me. And I think they now know that it doesn't affect me anymore. And bila I mulut laser la katakan with them, awesome to see the change in their looks! Bliss.

    As for the others who TTC, and then become pregnant, I guess it's human nature - we forget how it feels. I hope that I will never be like that - hurt someone who is TTC if I ever get pregnant. Well, not that we are trying now. We have given up. We just leave it in HIS hands.

    Hugs to you. I hope that you will be blessed soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah me too The Mrs..i dont care much like i used to be..soemtimes i ignore, as Caliph Ali R.A said: silence is the best reply to the fools.

      Sometimes i laser bali, i just love to see the stunned face and awkward silence..sometimes i humble-bragging on my achievement because i know that these people only know "to spread their legs to make babies" (oh now i sound so harsh)

      I pray that i will not become like that-- forget the pain of facing the test and happy seeing others dealing with it..

      *hugs*

      Delete
  7. Lebih sedih kalau family sendiri meremeh2kan kita..rse xtau nk ngadu kat siapa lg..sedeyyyy..
    Sy pn pnah usap perut sendiri n pretend berborak2 dgn bby..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..perkara ni memang susah difahami. Walaupun family sendiri.
      Paling2 baik pun mereka akan kata, "alah bukan kau sorang je tak ada anak.."
      Susah nak memahamkan mereka, kadang2 jadi joke antara family. So kadang2 berlalu pergi je samada sebagai tanda protes or sebagai tanda hormat- sebab kalau melawan kang jadi isu pulak, nampak macam kita over sensistive so pelantakkan aja.

      Tak apa, berangan tak pakai duit..hihi

      Delete