Tuesday, 27 May 2014

Keazaman

Some people succeed because they are destined, but most because they are determined-Anonymous



Actually masa mengurut, makcik urut tu selalu menekankan tentang keazaman, doa dengan kesungguhan dan dari hati, solat Dhuha dan baca surah Waqiah selalu..Tapi paling banyak dia membebel pada I adalah keazaman.

Sebab dia kata dia tak nampak keazaman untuk dapat anak pada diri I. Like I langsung seolah-olah berserah pada takdir tanpa usaha yang kuat. 

I tell my mother about this, and mother also mengiyakan kata kata makcik urut tu- bahawa I tak ada keazaman dan kegigihan untuk dapat anak.

Mula- mula memang I tak setuju langsung, I cakap keazaman benda tak nampak macamana orang boleh nak ukur, keazaman ada dalam diri dan kita je yang tahu betapa tinggi keazaman tu. Macam macam lagi lah my defense sebab rasa usaha selama ni macam dipandang enteng je. 

Then ulang mengurut pun makcik urut cakap benda yang sama. Sampai la I stop kejap mengurut sebab I busy sikit, and rasa tak tahan sebab dia mengurut sakit, sampaikan mother mula cari tukang urut lain, sebab dia dengar dari kawan dia yang makcik urut i pergi tu memang semua orang tau dia mengurut sakit. 

Sakit ok, sebab masa first time dia urut dan sengkak I demam dan bentan. Semalam I mula mengurut balik sebab I now that my peranakan jatuh,sakit lutut dan sengal badan. And semalam dia ulang lagi perkara yang sama. Tentang keazaman. And I pun tengah sakit bentan ni sebab dia kata badan I lenguh, banyak buat kerja, banyak fikir dan of courselah dia tahu I ada buat kerja berat sebab dia urut dan sengkak dia tahu yang peranakan memng jatuh balik. 

I bagitahu pada family, and my family pula terus terang cakap yang they all pun agree with makcik urut, adik I siap cakap bagi analogi keazaman nak anak dengan keazaman nak habiskan pengajian. Dia kata kalau lah seseorang pelajar tu takde keazaman nak habiskan pengajian, mesti dia selalu ponteng kelas, buat assignment sambil lewa, etc. Sama juga kalau nak pregnant.

Mula-mula memang menyampah mendengarnya, like - dah la susah lekat, family pun tak sokong I...sadis..but then memang I akui, bahawasanya memang i kurang keazaman untuk mendapatkan anak.

Bila I blogwalking semula rakan2 TTC punya blog, I sedar in the past two years, i dah tak jumpa doktor untuk tahu perkembangan dalam badan I. Alasannya kewangan la, komitmen dalam pengajian la, ada kerja lain la, etc. But bila fikir semula, memang I jauh ketinggalan. TTCian lain kumpul duit buat IUI, I and husband sibuk beli barang rumah (sebab baru nak stable lepas pindah tahun lepas), beli new furniture,  pergi makan sedap2 konon tahun lepas duit habis migrate so bila duit lebih nak merasa lepak kat fancy restaurants macam orang kaya. Langsung tak ada arah untuk usaha mendapatkan anak unless I ada beli supplements and eat cleaning by sunnah diet tu. 

And one more thing, kadang2 I rasa terlalu selesa berdua dan bersenang lenang sampaikan rasa sayang keselesaan itu jika ditradeoffkan dengan kehadiran baby. Husband pula sejak2 akhir ni barulah beliau ada perasaan untuk TTC tu, alasannya dia kesian kat I selalu marah2 pada orang yang dok tanya annoying questions tu. And dia kata both of us dah 30 so dah boleh planning utk dapat anak. Sebelum ni dia just ikut rentak I and tak bother pun hal2 TTC sebab for the same reason, dia selesa. Ada one day, he fetched and sent dua orang kakak dia dengan anak2 sedara yang masih kecil. Dia kata, bila ada anak ni, semua benda jadi lambat, time consuming sebab semua masa kena compatible with anak. So, kat situ he got the idea of carpe diem. Well satu hal pun, kanak2 adalah sangat adorable bila mereka in good mood, but bila they throwing tantrums semua orang macam lepas tangan sebab dah tak adorable dah.hahaha.. But ye la, membesarkan a human being is not easy job, but for us yang living childfree ni memang susah for us to understand the need and necessity of little human ni. 

I also admit bila ada duit lebih sikit, otak tu tak tergerak pun untuk usaha dapat anak. Orang lain siap jual kereta or buat loan utk buat IVF, kumpul duit untuk IUI, set aside some money untuk appointment doktor, etc. Bagi I, rasa rugi duit tu untuk tujuan itu sebab kononnya tak pasti success or not. I mesti fikir nak beli baju baru untuk pergi situ sini, kenduri situ sini, or at least beli online dengan alasan nak buat tukar2, ataupun alasan paling win - badan i dah naik, i need new baju!, kadang2 beli tudung warna sama fabrik je berbeza, alasan - yang chiffon utk majlis formal, yang cotton untuk casual. OK konsep ni macam tak berapa bagus dalam aspek keazaman. 

Makcik urut tu memang asyik membebel pasal keazaman I. Dia kata i datang sekali sekala, patutnya urut every week or every month before ovulation. Dia kata ada orang yang mengurut sama jangka masa dengan i pun dah pregnant. And ada orang datang urut dengan dia pukul 4.30pagi evey week. Itu lah keazaman. 

Ya memang I mengaku I kurang keazaman. The ugly truth. Entah la. Ego and pride menguasai diri, kononnya I boleh pregnant easily sebab I and husband have no problems of infertility. Tapi itu lah, Tuhan suka hambaNya yang merayu padaNya dan berusaha. Senang cerita I salah konsep, berserah pada takdir dan mengarapkan keajaiban, tanpa usaha dan azam yang kuat, lepas tu mengamuk pada orang yang tanya the annoying question tu. 

And now I pun berazam untuk usaha dapatkan anak. Now after period, walaupun sakit badan sebab kena sengkak but I gagahkan juga untuk set aside some money, tenaga dan masa untuk berurut for 3 days beturut2. Harapnya dipermudahkan cycle kali ini. Mungkin lepas ni ada usaha lain menyusul, but for now I nak eat clean dulu, sbb I takut la pula dengar kes diabetes, i saw banyak orang sebaya i kena appointment doktor every month to pantau level gula. Masa kenduri haritu semua orang tegur i berisi,gemuk or whatnots but now i dah susut sebab tak berapa kisah pasal makan, and terkesan kot kalau dah separuh tetamu asyik kondem my body, and my mother pun catu makanan i, tulang leher dah kelihatan semula, badan kelihatan tinggi semula instead of dempak, and makcik urut cakap, "untung kau, duduk rumah pun badan maintain.."(yahoo! Padahal dia tak tengok masa dua minggu sebelumnya). Memang seronok gila bila pakai baju and i feel good. I harap nak kurus lagi nak reduce 6 kg untuk dapat berat badan ideal, supaya kelihatan hot di Syawal nanti. eh tak, supaya i mudah untuk berTTC jika berat badan ideal. Ha tengok kan dah divert intention tuh.

Keazaman mana keazaman?!

Sunday, 25 May 2014

Awak sangat baik AF - benda kecil pun hiba sangat.



Lama tak menaip di sini. Sebab tak ada apa apa treatment yang I buat kecuali cuba mengamalkan pemakanan Sunnah. Rasanya I was affected by Cik Kaki punya entry on Sunnah dieting, so I bought buku Rasulullah is My Doctor. Di situ banyak info menarik. Ada juga info on TTC. Caranya adalah:

Gosokkan madu asli di sekitar kawasan gigi, merangkumi langit2, dinding gusi dan area2 lain dalam mulut sebelum tidur. Dikatakan ada pasangan non -Muslim yang TTC bertahun so Dr. Grey suruh buat macam ni and beberapa bulan kemudian, the wife tu pregnant. Madu dalam celah mulut tu supaya masa tidur, air liur kita merembeskan element bagus dalam madu ke dalam badan.

Perkara ini sangat logik sebab kalau selalu tonton video dari Ustaz Syarhan Shafie di Tanyalah Ustaz TV9 pun beliau menegaskan madu adalah makan terbaik bagi semua penyakit lebih lebih lagi dalam usaha mendapatkan anak atau ada period pain.


------------–-----------------------------------------------------------------------------------------------------

I frankly dah bosan membaca pasal mulut masyarakat tentang inability of procreation immediately after marriage, bukan bosan bila warga TTC meluahkan perkara tu, tapi bosan dengan sikap masyarakat yang judgemental. Like, dah 2014 kot, takkan masih nak menggelakkan orang tak kahwin, orang tak beranak, orang kahwin cerai kahwin cerai, orang pakai kereta lama tak tukar baru, etc. Masing-masing yang menggelakkan tu belum pergi Haji, tak pergi masjid surau, hidup kacau bilau, hutang menimbun sana sini tapi iya la benda yang melibatkan production of human ni perkara asas kot, sebab tu la masyarakat kita pun suka sangat hal seks tak gitu produk2 tegang kendur kuat longlai menjadi2 dalam masyarakat. Kopi jantan, kopi janda, kopi 30 juzuk Quran, semua benda mengaitkan keupayaan seks. Konon seks perkara taboo dalam masyarakat tapi kalau tengok mentaliti, carian Google dan produk macam tak taboo pun. (Tapi bukan semua masyarakat Melayu la--kena tulis statement ni nanti ada orang obtuse kurang faham konteks).

Dalam sebulan tak update ni, my parents buat kenduri tahlil dan Yasin so jemput ahli keluarga dan jiran tetangga serta jemaah surau. Kehadiran 300 orang juga. So boleh dikatakan 1/4 dari tetamu menanyakan hal dalam perut I. Ada my uncle anak dia baru pregnant setahun baru lekat tanya I:
"Kamu bila nak mengandung, sepupu2 kamu semua dah beranak pinak, uncle tahun depan pun nak ada dah ni, uncle punya anak sedara yang darah kuat keturunan kita kamu la"
"Tak tahu la uncle" (jawab dengan senyuman paling manis sbb I sayang uncle ni dia baik).
"Kamu cepat la ada anak nanti cucu uncle dengan cucu ayah kamu darah kuat.."
"Entah la uncle. Tak tahu." (alahai, nak kukuhkan keturunan rupanya tapi tak apa la).
Ini masih OK.

Then my cousin yang baru beranak pula tak pasal2 letakkan baby dia pada I walaupun I tak nak. But then I petend that I dont know how to hold baby, so lepas dia ambil semula baby dia I beredar je, walaupun I dengar ada my aunty yang suruh pegang lama bagi lekat. Well, my cousin tu dulu mulutnya laser juga dan suka gelakkan orang sana sini, now dah slow sikit sebab ada tragedi yang menimpa hidupnya, low profile katanya sampai tutup akaun FB bagai. Now bila dah sempurna balik kehidupannya, hidup low profile is forgotten. At least dia tak cakap apa2 depan I yang menyakitkan hati. Who knows kan kalau dia say something, I will bring back her past. Sometimes ada sebab atas semuanya berlaku, kalau ujian my cousin tu buat dia lebih baik, why not kan? 
Ini masih OK.

Sama juga dengan kita, kalaulah ujian ini boleh buat I becoming a better Muslim, I embrace it and I thank Allah for this. Sometimes I wonder jika I bunting pelamin, mungkin I pun never understand ujian2 dalam hidup manusia dan mungkin I adalah salah seorang yang tanya anda semua "You bila lagi?!"

Then ada juga aunty tegur my weight- sbb they said I'm huge sangat. Then I berseloroh, next year la saya kurus, next year saya kerja or buat PhD saya kurus la. Sekarang tengah relax"
"Neet year nak kurus entah2 dah berdua"
Then I duduk di muka pintu nak makan.
"Eh janganlan makan kat situ."
"Jangan risau, saya dah kawin.."
"Eh tak semestinya belum kahwin je, yang tunggu baby pun tak boleh.."
"Saya tak mengandung..tengah datang bulan..." 
"Alahai lurusnya la engkau ni..."
Ini masih OK.

Not only family, tetamu from surau and neighbours taught parents organized the kenduri to announce my pregnancy. They touched my belly kata I pregnant, so I cakap la Tak. Then they said Eh janganlah cakap macam tu, mana tau sekarang tengah ada awak tak sedar..I said, "tak la. Tengah period.".
Awkward silence. Ini masih OK.

Ada juga sok sek sok sek kawan2 my parents tanya my mother, sebab they expect I pregnant kononnya perut I naik. Mother proudly told them, "Tak la. Itu boroi, sbb dia gemuk."
Ini masih OK.


You know la kan yang I not children friendly. Anak buah I belah husband pun takut nak dekat dengan I, I know one of my SIL kecil hati I tak nak main dengan anak dia but then serve her right sebab dia pun TTC 2 years, bila lepas bersalin boleh pula dia tanya right on my face --if I fasting Ramadan in full month.Booom!
Ini tak OK. Memang I swore in my heart I tak nak play around with her child sampai I boleh lupakan kata2  dia. Peduli la kecil hati ke apa ke, sometimes I happy doing that and I rasa tak berdosa pun tak pegang the kid, unless she/he is orphan barulah mengikut sunnah Rasulullah.Gitu kekdahnya. But in my defense, I need time to forget it.

Pagi after kenduri, I took photos with cousins yang baru 5 dan 8 tahun. Maybe I looked friendly because I took selfie with them, the first question they asked was "Kak, akak tak ada baby lagi"
"Tak ada"
"Dalam perut tak ada ke?"
"Tak ada"
"Kenapa tak ada?"
"Tak tahu" ( sambil angkat bahu dan senyum innocent).
And they looked so bewildered. 
Bummer. This is not OK. 
Sebab their mother everytime we met mestilah dia tanya if I'm pregnant or not, padahal dia sendiri TTC for 13 years untuk dapat 2nd child. And not to mention, badan dia sendiri is obese due to her bad eating pattern and drugs masa TTC dulu. This is not OK.

But I can easily forget, sebab dah empat tahun setengah ni, rasanya dah immune and tak de apa sangat la sebab I pun malas nak layan. Entah macamana, one day I tertengok photo in Facebook (padahal jarang log in) the baby bump of (ex)TTCian yang sama hari nikah dengan I, with caption yang obviously nak bagi tahu she is heavily pregnant. Initially I know her pregnancy but tak ada lah rasa apa sangat sebab most of the time pun she like to show off, but tak kisahlah itu her preference I dont mind sangat pun sbb I pun seldomly on FB, but photo haritu serta merta membuatkan daku meratap hiba, kerana tanpa disedari, I telah mengusap my own belly!

Ciss!!

Poignant sangat, macam la tak pernah tengok more than that.

Thank you Aunt Flow kerana awak sangat baik.