Thursday, 6 March 2014

My interpretation of a poem by Sweet Tooth

 
 
Poetry is what gets lost in translation. 
-Robert Frost-
 
 
I think this poem by Sweet Tooth (Buat insan yang diuji..Berbahagialah) sangat related dengan diri ini. And I love poem as well sebab poem is the arrangement of words and sentences yang open to interpretation. Sesiapa boleh interpret the poem mengikut tafsiran masing-masing. And I love poem yang separa tersirat sebab lebih indah, instead of poem tersurat or poem with extreme abstractiveness. Iwill try to interpret the poem with my own interpretation dan juga explanation from other sources.
 
 
Buat insan yang diuji,
Apa jua ujian yg menimpa mu,
Sesungguhnya...
Itu adalah tanda engkau manusia yang terpilih,
Berbahagialah..
 
--> Ada kalanya, seorang hamba yang beribadah dan berusaha mencapai tahap tertentu tidak mampu mencapainya. Mungkin dia kurang istiqamah ataupun kurang khusyuk. Bagi membantunya mencapai tahap yang dikehendakinya itu, Allah memberikan musibah kepadanya sebagai ujian. Apabila dia reda, dapatlah dia mencapai tahap itu. (Muhammad Salleh, PhD, p.47)




Jika kau mahu menangis kerana kecewa,
Biarkan air mata itu luruh untuk mengubat luka...
Air mata itu hadiah dari Allah buat mu...
Semoga terlerai kekusutan perasaan mu.

--> Shaytan wants you to dwell on your moment of weakness, Allah wants you to repent and move on (Saad Tasleem) (Islamiclectures)



Namun...
Jangan biar air mata itu membanjiri hatimu,
Dengan rasa kemarahan atas apa yang berlaku,
Jangan biar air mata itu membajai hatimu,
Dengan rasa putus asa dengan Rahmat Tuhan mu,
Lebih baik air mata itu ditangisi,
Dengan diiringi doa dan pengharapan kepada Ilahi,
Usai tahajjud di sepertiga malam,
Kerana itulah sumber kekuatan,
Ketika kita ditimpa ujian

--> Saya sudah menghuraikan keistimewaan solat tahajud dalam bab terdahulu. Namun bagi menyegarkan kembali ingatan kita sekali lagi saya kemukan kata-kata Nabi berikut, "Setiap dua pertiga malam terakhir, Allah turun ke langit dunia sambil berseru, "Hambaku yang malam ini menjauhkan rusuknya dari tempat tidur kerana mendirikan solat tahajud, aku berasa malu kepadanya sekiranya aku tidak mengampunkan dosanya, mengabulkan doanya dan memberikan apa yang mereka minta.".Solat sunat yang utama selepas solat fardu adalah solat tahajud." (Muhammad Salleh, PhD, p.82)



Buat insan yang diuji,
Janganlah kau harapkan kepada manusia,
Untuk merubah isi hati mereka,
Pasti kau akan kecewa dan merana,

--> I secretly salute to those who are just smiling or brush off the condemn or nasty remarks or stupid questions by inconsiderate people.  It shows that your maturity and high respect of wisdom and attitude. *Drop my hats off*. As Nouman Ali Khan said, "When a dog is barking, there is no wisdom in barking back. When people start talking obnoxiously and ignorantly the worst thing you could do is respond. We have to learn to recognize a bark for a bark and intellectual criticism an intellectual criticism".

Credit Instagram acc: @Muslimlifelessons


 
Sebaliknya...
Sampaikan pengharapan mu kepada Pemilik hati-hati manusia,
Dialah Allah yang Maha Esa,
Yang Memegang hati-hati insan,
Yang Membolak Balikkan hati-hati mereka,
Dengan Kekuasaan Nya...

--> " Maka saudara memerlukan cara yang tepat bagi menstabilkan keyakinan saudara. Keyakinan yang stabil membuatkan semua keinginan dalam doa saudara terkabul. Bagaimanakan caranya?

Merasakan keinginan itu sudah diperkenankan Tuhan! Kita seolah-olah melihat, mendengar dan merasakan doa-doa kita telah dimakbulkan, lalu kita terus bersyukur. Contohnya saudara membeli sesuatu yang sudah dibayar. Sudah tentu saudara dan penjual rasa bahagia.

Mudah, bukan? Inilah yang disebut sebagai afirmasi diri iaitu membayangkan perkara yang belum terjadi, kemudian benar-benar terjadi dalam hidup saudara. Hasilnya, kebahagian semakin bertambah. Kita bahagia kerana merasakan keinginan kita sudah terwujud dan kesyukuran yang kita tunjukkan juga bertambah.

Cubalah! Ketika hendak berdoa, kuatkan keyakinan yang doa saudara pasti dimakbulkan. Langkah seterusnya adalah melantunkan keinginan-keinginan saudara dengan tegas. Jangan ragu-ragu. Arahkan fikiran dan perasaan pada keinginan-keinginan itu. Sekali lagi, ucapkan dengan tegas dalam hati saudara. Jangan ada putus asa ataupun kecewa sesuai dengan pesan Qurani (la taiasu min rauhillah). Sekali lagi, saya ingin tegaskan supaya saudara ucapkan kalimat-kalimat yang mengandungi makna tegas, positif beserta keyakinan mendalam. Elakkan membaca doa seperti ini, "Ya Tuhan ampunilah aku jika Engkau suka. Ya Tuhan rahmatilah aku jika Engkau suka." Sebaliknya sebutlah permintaan saudara, sesungguhnya saudara tidak pernah memaksa. (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim) (Rusdin R. Rauf, p.88-89)


Credit: Invite to Islam


Buat insan yang diuji,
Janganlah kau kecewa sekiranya keinginanmu tidak dipenuhi,
Kerana sesungguhnya,
Pengetahuan mu sangat terbatas,
Dan Tuhan mu tidak mungkin akan menzalimi mu,
Malahan kerana Rahmat dan Rahim Nya lah,
Ketentuan yang diberikan itu adalah yang terbaik buatmu.


--> "Besar kemungkinan, doa kita belum termakbul kerana Tuhan mencintai kita. Tuhan tidak mahu melihat kita kesusahan jika doa itu dikabulkannya. Dengan kata lain, apa yang kita sangka baik, belum tentu baik untuk diri kita. Sebaliknya apa yang kita benci, mungkin perkara terbaik dalam hidup kita." (Ibid, p. 34)



Buat insan yang diuji,
carilah hikmah dalam musibah,
Tanamkanlah sabar dan redha,
nescaya buah-buah ketenangan akan berputik,
Bilamana hati mu percaya,
Allah sentiasa bersama...


--> "Hakikat syukur adalah mengakui nikmat Tuhan dan menggunakannya bertepatan dengan keredhaanya. Manakala hakikat sabar pula ada tenang di bawah kekuasaan takdir tanpa mengeluh di hadapan makhluk dan putus asa pada kurniaan Tuhan" (Ibnu Ad-Diba' Asy-Syaibani, Mukaffiratudz-Dzunub wa Mujibatul Jannah) (Ibid, p.65)
 
Credit: link


Buat insan yang diuji,
Berbahagialah,
Kerana Allah sedang mengampunkan dosamu,
Berbahagialah,
Kerana Allah sedang menaikkan darjatmu,
Berbahagialah!
Kerana Allah memilihmu untuk diuji.

--> Prophet Muhammad PBUH said: "If Allah wants to do good to somebody, He afflicts him with trials" (Sahih Bukhari, Volume 7, Book 70, Number 548)

--> One who does not suffer from sorrow should fear he could not be from the people of Jannah because Allah SWT says about the believers when they enter into Jannah, "Praise to Allah, who has removed from all of us (all) sorrow. Indeed, our Lord is Forgiving and Appreciative"(35:34) (Ibrahim at-Taymee)


Credit: Intagram account : @purifythenafs





Reference:
Muhammad Salleh PhD. (2011), Pesona Solat Tahajud, Kuala Lumpur: PTS Millenia Shd Bhd.
Rusdin S. Rauf (2009), Quranic Law of Attraction, Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn Bhd.