Wednesday, 12 February 2014

'Real community' in workplace. How about your workplace?




What is the use of a house if you haven't got a tolerable planet to put it on?
Henry David Thoreau


Real community yang I maksudkan di sini adalah society yang real dalam status dan juga penghidupan realiti- ada yang berumur tapi masih belum berjodoh, ada yang dah berbelas tahun bernikah tapi hanya diberi zuriat tunggal, ada yang menjadi balu dek kematian suami, ada yang menjadi ibu tunggal kerana bercerai dengan suami, ada yang punya anak angkat 2,3 orang, ada yang punya anak OKU, dan lain-lain lagi.
 
Masa I bekerja di tempat husband sekejap (by contract), ada lebih kurang 150 orang staff di situ. Nak tahu tak, hanya I seorang je yang tak ada anak. Ada akak sorang tu pun tak ada anak juga tapi dia ambil anak angkat setelah 7 tahun berkahwin. Jadi masa tu memang I tertekan sangat dengan sindiran/pertanyaan 'bodoh'  co-worker sampai I salahkan husband sebab kononnya sebab dialah I terpaksa bekerja di situ. Walaupun my contract diextendkan, I tak extend pun, pada pihak pengurusan I beritahu yang I ada masalah kesihatan and kena operate (masa tu I ada ketumbuhan di leher), pihak pengurusan percaya sebab masa I kerja setahun tu I selalu MC dan selalu juga sakit2.. Kemudian pihak pengurusan macam tanya2 husband if I not satisfied with the working environment - but husband said that my reasons (as mentioned before) and juga my commitment toward my studies, kebetulan masa I kerja tu my thesis langsung tak bergerak. Plus, I had a boss yang bully I just because I contract worker- I kena buat kerja dia, I think I kena bully kot sebab most of her work yang dia suruh buat tu dia selalu bagi arahan tak lengkap dengan harapan I buat salah and I will be looked incompetent. Tapinya Tuhan itu Maha Melihat, boss tu yang looked incompetent oleh semua orang termasuklah boss besar, and one more dia mungkin jeles kot I selalu dapat compliments dari semua orang depan2 dia dan akan kelihatanlah mukanya merah padam menahan rasa.  If you noticed, in that year, blog ni penuh la dengan lahar melahar sampai ada orang cakap I meroyan. Apapun some of them yang sindir2 dan menggelakkan I tu ramai juga yang I laser balik, sometimes I show off to them my other part of life being childless. As people said la, people always point out benda yang kita kurang/tak ada, bukan nak berborak pada benda yang kita ada. And to do the reverse psychology, I show off benda yang mereka tak ada, indirectly tak payah sindir2 pun (ahaha...), this is so mean but pada masa tu it works tau. Not that they can't afford apa yang I ada, but as people said, we can't have it all. Cara hidup kami dan mereka berbeza, so instead I ikut cara hidup mereka, I and husband buat cara hidup sendiri, lebih2 lagi I ada commitment dengan study so kat situ they know that I'm different from them. Allah lebih tahu sesuatu keadaan tanpa kita beritahu, bila sesuatu perkara berlaku, semuanya atas izin Dia.
 
And bila I and husband move back, husband pindah stesen baru, which tempat kerja dia now ada cuma dalam 35-38 staffs je. But, one thing yang I rasa kagum sedikit, sebab walaupun staff sikit tapi his co-workers' life representing real community. I actually serik nak 'masuk' dalam dunia pekerjaan belah hubby macam dulu, serik takut2 kena sindir macam dulu ke hapa, semua dinner I tak pergi. Tapi ada beberapa kali I met them sebab ada beberapa unavoidable urusan - it surprisingly turn well. Isu anak tetap ada tapi tidak dibangkitkan secara sindiran. Sebabnya di tempat kerja husband, walaupun staff sikit, their life is real. Husband penah cakap that his colleague bab anak problem sikit. Sebab ada beberapa co-worker yang ada isu fertility. Ada boss dia yang banyak aset --rumah sewa, but cuma ada seorang anak. Ada sorang lagi boss dia, pun dah berkahwin lama (dah hampir pencen pun boss tu) tapi hanya dikurniakan zuriat tunggal setelah 10 tahun berkahwin itupun melalui proses yang payah, beliau kata sebenarnya isteri dia memang tak boleh mengandung pun ( I tak tahu detail sebenar). Ada sorang akak tu (pun dah berumur) ada dua orang anak angkat. Ada sorang akak tu - I pernah jumpa dia, tengok masih muda lagi tapi dah 30 lebih, mempunyai seorang anak angkat. Husband cerita most of the fertility issue here is well-accepted. Ada tiga orang ibu tunggal - one of them punya anak OKU and baru baru ni anak tu meninggal dunia. But husband said he secretly feel that the child demise have a good hikmah - sebab akak ni kelihatan unkempt and huru hara kehidupannya menguruskan anak OKU dan anak seorang lagi seorang diri. Yang akak sorang lagi bercerai sebab tidak tahan didera suami. Ada dua orang lagi coworker yang sudah menginjak usianya tapi masih belum berjodoh. Dan beberapa lagi kehidupan realiti coworkernya yang betul2 mengsinsafkan I. And husband never told me about any sarcasm by his co-worker pasal anak, most of yang tanya hanya due to curiosity and told husband to relax, that masa itu akan tiba, cuma now kena banyak bersabar and relax2 dulu.
 
Now I tak kerja dah over a year, so I rasa membuak2 nak kerja, and I hope that this time my co-worker harap2nya baik. And kalau dapat colleague 'kurang cerdik' pun harap2nya I dah 'cerdik' untuk encounter all those morons. Doa pun memainkan peranan - pada masa tertentu (macam yang I kerja tempat 'sempurna semua' tu) I rasa sakit hati sangat, so I doa supaya dijauhkan orang2 negatif dari hidup, hati dan minda I supaya I tak banyak dosa memaki mereka dalam hati. Doa juga supaya dihadirkan orang2 positive supaya kita dapat bekerja dengan positive, pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas jadi ibadah kan? Doa juga jika semua tu tak dapat, biarlah dijauhkan dari semua makhluk, biar masa yang ada untuk mengimprovekan diri kita dengan Dia. Somehow I rasa Dia 'dengar' doa-doa tu. Ada beberapa ketika yang I duduk sorang2 atau duduk di kalangan gadis bujang atau kena buat kerja dengan mereka - isu benda dalam kain memang tak wujud sebab u know lah gadis2 masih mencari jodoh, except yang jenis memang 'mulut kampung ulu banat' tu (I pernah cerita dalam sini (link)), sometimes I sibuk uruskan program2 bila I kena buat semua tu tanpa perlu berjumpa ramai co-worker, plus kadang2 mereka pula yang ada program yang I dikecualikan..so bahagia sebab pada masa itu kita akan lebih rasa liberating dan sometimes boleh borak2 benda lain dengan colleague yang baik tentang berbagai2 perkara dalam dunia ini selain hal dalam uterus pempuan. Bosan kot asyik cerita pasal hamil, pasal bersalin, pasal breastfeed, pasal duit simpanan anak, pasal babysitter anak --setiap masa.
 
After that I bekerja di satu tempat - pun kontrak juga, tapi disebabkan I pekerja contract, I dapat buat kerja dari rumah dan cuma datang office ikut waktu yang dijadualkan, semua urusan by email je. Bahagia. And now bila tak kerja, rasa sedih la tak ada duit sendiri asyik harap laki je..err..
 
I used to read that, "When you feel lonely, don't be. Sometimes Allah sent everybody away, so that you have time with Him".
 
How about your workplace?

10 comments:

  1. my workplace (yang staffnye ade lebih kurang 2ribu orang, tapi my block ada dlm 150+ staffs). Memang ada macam2 jenis background, yang dah lanjut umur tapi takjumpe jodoh lagi, yang lanjut umur tapi baru kawin, yang lanjut umur, berkahwin dan tiada anak, yang kawin2 terus dpt anak berderet..lebih kurang mcm tempat u keje. tapi maybe sbb ramai yang lambat dapat anak kat my block ni, i dulu tak dipersoalkan sangat dan yg kelakanye mase i masuk je keje sini (now dah 5years) semua ingat i actually mmg dah ade anak. -mungkin muke mak2 sangat ke aku ni? kahakhakha..maybe sbb i keje sini lepas i dah kawin so org ingat i memang dh ade anak..tapi bile ade yg tahu i rupenye masih TTC mase tu, takde yang sindir ke apa alhamdulillah. mmg ada pernah kena sindir tapi i tak amik ati sgt sbb yg berkata2 tu sorg je. yg lain semua alhamdulillah sporting dan memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bila workplace presenting real community, secara tak langsung orang2 sekeliling akan cuba lebih memahami dan aware that life is not perfect, so kat situ kita akan lebih menjada sensitiviti orang2 di sekeliling kita. If your workplace is so good, it is one of the rezeki tau, sebab sakitnya hati nak pergi kerja menghadap orang2 yang tak reti jaga mulut sampai duit tak jadi keutamaan masa tu.

      Delete
  2. Kat opis i, alhamdulillah.... x dak org2 yg sarcastik and tak sayang mulut. Allah mudahkan hidup i dgn org sekeliling yg memahami... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Sweet Tooth it is a rezeki...bukan semua orang dapat co-worker yang menjaga sensitiviti..Co worker penting sebab 2/3 of our day spent at workplace so you are blessed that way Alhamdulillah.

      Delete
  3. Ofis I pun so far ok..Almaklumlah I sorang je Melayu..hehe..lain semua cina..dorang tak amik port sgt..Janji keje jalan..hehe..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think kalau coworker non-Malay tak ambil port about fertility issue kot..sebab I used to work kat tempat non-Malay punya tempat..best rasanya sebab takde orang sibuk pun pasal I beranak ke tak...FY Alhamdulillah for your workplace and co-worker

      Delete
  4. tempat i kat sini ada yang bujang, ada yang baru kawen, ada yang dah kawen ada anak. plus, semua orang lebih kurang sebaya. and jarang menghadap bos bos. so takdelah tertekan sangat. usually our conversation is about gosip artis, cerita korea dan adelah sikit-sikit kisah anak-anak diorang yang menghiburkan. takdela diorang selfish asyik tukar infos among mothers je. bersyukur sangat. kalau kat luar lab pulak, banyak orang tak tau i dah kawen! haha! mungkin environment kat sini jugak, sebab memang sini banyak yang lebih kurang umur tapi tak kawen lagi (note:student). tak tahulah nanti bila ada kat dunia kerja yang sebenar nanti macam mana.. huhuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. if that so is your workplace then you must be feel so grateful kan...it is one of the rezeki..bukan semua orang dapat workplace macam tu so bagus sangat la your place...in the future biar2 la as long as the present ni dah cukup membahagiakan u

      Delete
  5. hai:)

    tempat kerja I ada dekat 1000 org. tapi i punya section 15orang je. dan alhamdulillah diorang semua tak pernah sentuh isu sensitif ni walaupun macam I sorang je kot yang perjalanan hidup lari dari norma. yang lain memang kahwin then ada anak. tapi I baru nak masuk 2thn kawen. I positif insyaAllah ;) heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah you are being positive and make sure that your positivism sentiada dalam minda u...and baru nak 2 tahun Insha Allah soon ada la tu..

      Delete