Monday, 30 December 2013

Being (+)ve




Prayer may not change things for you, but it for sure changes you for things.
~Samuel M. Shoemaker
Image Credit
Berbaik Sangka dan Buruk Sangka

Hadis Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah



Menyebut yang Baik Sahaja
http://frekuensikaya.blogspot.com/2011/03/aku-adalah-menurut-sangkaan-hambaku.html


Image Credit

Dari Ummi Salamah katanya: Rasulullah s.a.w. telah masuk menziarahi Abu Salamah sedang mata Abu Salamah terbuka, lalu Nabi s.a.w menutupnya, kemudian Baginda bersabda: "Sesungguhnya roh apabila ia diambil oleh Malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si mati itu)"; (mendengar yang demikian) sebahagian dari keluarganya riuh rendah (menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka), lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara-perkara yang baik, kerana Malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa yang kamu katakan - baik atau buruk", kemudian Baginda s.a.w. berdoa dengan sabdanya: "Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkanlah bagi kami dan baginya Ya Rabbal alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya." H.R. Ummi Salamah


Jauhi Sangkaan BurukAllah swt mengingatkan (Ertinya ): Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." Surah al-Hujurat: 12

Jangan Mengutuk Makhluk LainAllah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai sekalian manusia, janganlah kemu mengutuk makhluk yang lain, kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu.” Hadis Qudsi dari Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Bersangka baik dengan Allah:http://sabdaislam.wordpress.com/2009/12/07/15-husnuzh-zhan-baik-sangka-kepada-allah-taala/
http://www.fuadlatip.com/v1/2012/09/benarkah-allah-mengikuti-sangkaan-hambanya/
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/35734

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://khairulazizi.com/blog/2012/10/12/mendidik-pemikiran-positif/

Nabi Muhammad juga menganjurkan pemikiran positif. Ada banyak hadis tentangnya dan ini adalah salah satu daripadanya :

“Jauhilah kamu dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan rasa hati (berita hati).”.[H. Sepakat Al-Bukhari-Muslim]

Sheikh Abdul Qadir Jailani juga ada berkata hal yang seakan sama : Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu; “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Image Credit


Sebenarnya, pemikiran positif selari dengan kehendak Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman sebenarnya adalah baik, walaupun pada pandangan kita ia adalah buruk.
Dengan maksud lain, Allah SWT sentiasa memberikan yang terbaik. Namun, mungkin kita yang tidak mahu bersyukur. Ketahuilah bahawa dalam kehidupan, kita tidak akan mendapat semua apa yang disukai.
Oleh itu, belajarlah untuk suka apa yang kita dapat. Firman Allah SWT: ...Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat). (al-A'raaf: 168)

Apabila kita berhadapan dengan musibah seperti kemalangan, penyakit dan sebagainya, kita perlu melihatnya secara positif. Jangan kita berburuk sangka dengan Allah. Anggaplah ia sebagai ujian yang Allah kurniakan kepada kita untuk mengangkat darjat atau sebagai penghapus kepada dosa-dosa yang telah kita kerjakan selama ini.
Firman Allah SWT: Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. (asy-Syu'ara: 30)

Apabila kita berfikiran positif, maka kita akan menarik elemen-elemen positif bersama dengan kita.
Allah juga akan mengikut sangkaan kita terhadap-Nya. Sewaktu kita berdoa, hendaklah kita yakin dan percaya Allah akan memakbulkan doa yang kita panjatkan.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda, Allah berfirman: Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hamba-Ku adalah mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku... (riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Oleh itu, kita perlu sentiasa berfikiran positif terhadap segala yang kita tempuhi, sama ada baik atau buruk. Rasulullah mengajar kita untuk sentiasa berfikiran positif.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda: "Sungguh ajaib keadaan orang yang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperoleh keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan dengan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya." (riwayat Muslim)

Demikian juga apabila kita berhadapan dengan masyarakat di sekeliling. Mulakan interaksi kita dengan mereka secara positif. Jangan melihat semua orang di sekeliling sebagai pesaing atau musuh.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20120509/ba_03/Memupuk-pemikiran#ixzz2RYlsDXqW
 © Utusan Melayu (M) Bhd