Monday, 28 November 2011

Alternative treatment : The ikhtiar and the unbelievable truth #2

 
 
 
 
Had We sent down this Quran on a mountain, you would certainly have seen it falling down, splitting asunder because of the fear of Allah, and We set forth these parables to men that they may reflect
Al-Hashr: 21 (Holy Quran)



Note: Entry ini macam panjang. Kalau ada masa lapang, baru boleh menghadap baca. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Sambungan dari Alternative treatment: The ikhtiar and the unbelievable truth #1

Thanks friends for the tips. Memang betul pun, apa-apa hal mesti kena rajin solat, tambahkan solat sunat, istiqamah dalam membaca Quran walaupun sedikit sehari, dan berzikir. After berubat pun, Haji A pun suruh I banyakkan berzikir. Speaking of which, a day before berubat tu, I pasang ayat Ruqyah via Youtube. Then in the middle of the verses, I rasa macam mual, antara macam nak muntah atau mual macam nak sendawa. Queasiness. My brother jenguk I di bilik. Tengok I pasang ayat tu di Youtube, tapi bilik gelap tak bukak lampu, so he thought I were asleep. I baring nampak dia jenguk I tapi I buat tak tahu je..And pastu dia blah. Then dalam 5 minit lepas tu, I bangun dan terus menerpa my brother yang tengah tengok TV..I tanya dia, "kau kalau dengar ayat Ruqyah tu kau rasa nak muntah ke mual tak?" Dia jawab, "Takde. Aku okay". I was like "Oooo.."...and masuk bilik semula.
Rupanya2, lepas tu my brother ni confided dengan my brother lagi sorang pasal benda ni. Langsung tak beritahu I atau family members lain. Dia kata masa dia jenguk I dalam bilik tu, dia ingat I terlelap masa pasang Youtube. Tapi dalam masa yang sama, dia ternampak macam bayangan hitam satu lembaga yang tengah menghadap dinding bilik I. Dia siap pandang lembaga tu atas bawah. Tapi dia kata tak la seram ke hapa sebab adik I memang jenis hijab terbukak.


Yang husband pula, I suruh dia pasang sentiasa mp3 Quran dalam kereta dan dalam bilik hostel tempat dia berkursus, dia pun cakap benda yang sama bahawa yang setiap kali pasang Quran, dia rasa mual, mual macam nak muntah atau macam nak sendawa. The thing is, kalau kita asyik sendawa, walaupun bukan atas sebab kekenyangan, lebih2 lagi bila mendengar ayat Quran, ia petanda bahawa dalam badan kita ada makhluk halus.



Ok. Sambung cerita perawatan. Masa berubat tu, Haji A minta sejadah dan suruh I lunjurkan kaki. So dia baca la ayat-ayat Quran yang I boleh dengar jelas butirannya. And personally, masa dia menarik keluar jin-jin tersebut I tak rasa apa2 kecuali queasiness macam nak sendawa. Itu je. Dan yang bercakap dengan Haji A adalah ruh jasad kita (dah cerita in previous entry). And to my surprise, gatal2 di private part dah hilang.  Sebelum Haji A balik, I bagitahu dia pasal my illness yang I tanggung, I ada cerita di Neck Lump, Referred again, Referred,again, seeing ustaz   - almost nak kena operate tapi I insist tak nak sebab ada side effect. Kesan penyakit tersebut my leher kelihatan bengkak sebelah, masa raya Haji haritu lebih membimbangkan sebab seolah2 bengkak tersebut menarik sebelah wajah I sehingga layu sebelah mata I. Bengkak tersebut - I perasan akan besar dan menonjol jika I rasa tertekan. Sebab tu I tak suka rasa tertekan dan depresi sebab kesannya teruk pada wajah I. Sejak didiagnos penyakit tersebut, I tak pernah sentuh tempat tersebut ketika mencuci muka atau mekap atau donning my scarf. I juga telah berjumpa sebanyak2 doktor termasuk doktor pakar - and they confirm it is not cancer. I telah lalui kamera dimasukkan dari hidung, ultrasound, CT Scan (yang masuk dalam terowong putih tu), dan juga telah jumpa doktor bius untuk pengesahan operation. Masa jumpa doktor bius tu la I reject untuk operation. Jika tempat tu tak bengkak, ia tetap sakit bila dipicit and akan rasa macam ada guli kat situ. I know the size of ketumbuhan tu macam guli sebab dah tengok dalam CT Scan result and it only consist of water. 


I asked Haji A jika bengkak tersebut ada kaitan dengan makhluk halus atau memang penyakit. Haji A cuba ubatkan di bahagian situ. Memang ada. Haji A cuba buangkan. And to my surprise, sekarang ni leher I seperti sedia kala dan tak jumpa dah guli tu. Siapa2 picit pun tak sakit. Alhamdulillah. (Cuma hal ini belum dapat pengesahan doktor lagi- sebab tak jumpa doktor dah pasal bengkak leher ni. Ha..tak moh laa....).



Rupa2nya keadaan tak semudah itu. Lusanya, my mum terserempak dengan Makcik A. Not terserempak actually, sebab mereka dalam kelas pengajian yang sama. Mum datang awal sbb buka kunci surau, Makcik A pun datang awal sebab nak confided dengan my mum satu benda. Dia cerita dgn mum that I ni 'teruk' sikit. Dia cakap 'benda' tu datang menerjah mereka pada malam lepas mengubatkan I. Datang pada Haji dalam pukul 2 pagi. Then Haji buatkan pendinding untuk Makcik A. 'Benda' tu datang dengan wajah yang buruk (I boleh describe kat sini as told by Haji and Makcik A- tapi kalau cerita lagi rasa scary sebab buruk sangat) marah2 pada Haji A sebab 'kacau' dan 'usir' tempat dia iaitu dalam badan I.'Dia' cakap dia dah sedap duduk dalam badan I, and cakap juga yang banyak orang tak suka I/menyampah pada I sebab dia tak bagi siapa2 pun suka I sincerely. 'Dia' hanya boleh terima my husband je (tu pun sebab nak guna badan husband) and thus husband pun terkena juga directly from this. Not only that, 'dia' juga mengaku dia sengaja melaga2kan I and husband supaya we separated. Caranya adalah dengan meracuni fikiran dan hati masing-masing. Dari 'dia' juga, Haji then knew that we were fighting head-to-head and suruh mum tanya I. Actually banyak lagi yang 'dia' cakap & marah2 yang I tak boleh cerita kat sini sebab sangat2 menyedihkan I.  Teruknya keadaan tersebut sampai Haji A request if my husband berubat sekali dengan dia. Husband then agree to berubat and dapat cuti. Alhamdulillah.



Haji A dedicated the whole night ubatkan my husband. Di lengan, kepala, kaki, perut, dan ari-ari. Kepala - Haji A trace 'benda' itu hence my husband kept claiming that dia selalu migraine if ada perubahan suhu. Di kaki  dan lengan - ada 'benda' tu juga,that's why husband cannot get so active eventhough husband love sports so much. Ha, yang dekat perut dan ari2 - Haji A sampai tahap menggeleng2 kepala told us that 'benda' tu jilat dan sedut his sperm. Husband told me that after berubat tu, dia rasa ringan dan sihat. 'Benda' yang dalam badan juga duduk di jantung husband - yang menyebabkan perasaannya pada I berubah2. Duduk di kepala yang selalu migraine - yang menyebabkan husband always misunderstood tentang percakapan I atau perbuatan I. Meracuni fikiran dan hati.


Setiap orang kena provide air mineral 1 liter 2 botol dan 3 biji limau purut yang segar. Itu je. Untuk mandi dan minum. Tapiada certain2 pesakit yang teruk sangat sampai kena mandi air kelapa,itu depends. Lepas mandi 3 kali tu, rasa segar sangat sangat sangat sangat, dan I rasa letih sangat sangat. I tanya Haji A why we feel exhausted after mandi tu, dia bagitahu kesan tu disebabkan badan rasa ringan dan telah 'mengeluarkan' makhluk halus dari badan, like kita bertarung gitu. Tapi lepas tidur ok je.


We also asked Haji A if our rented home ada apa2, sebab we constantly dengar orang like berjalan kat ceiling, sometimes I dengar macam bunyi kaki yang berlaga, macam kita berjalan, and tiap2 malam bunyi orang bertukang. Husband naik marah kadang2 sebab mengganggu, tapi I cuma cakap 'ala relaxlah bang, kan perumahan kita perumahan baru, mestilah orang nak mengetuk/bertukang'. Tapi husband tak puas hati, 'takkan la nak bertukang malam2'..I jawab balik, 'apa salahnya bertukang
malam2, siang semua orang kerja, malam la ada masa'..Bila Haji 'tengok'kan our rented home dari rumah my parents, dia bagitahu memang ada 'benda', yang look like orang Asli, siap dengan nama sekali Haji tu sebut. Haji seru 'benda' jumpa dia di situ, dan'benda' tu datang menghadap Haji, melompat kami ke tepi sebab takut gila.haha..Haji halau benda tu, tapi benda tu bagitahu dia cuma menyinggah je..Bukan sebab orang hantar ke apa.. Logic juga la sebab perumahan rumah sewa kami tu perumahan baru, masa kami mula2 pindah, sunyi je. Sekarang dah penuh orang setiap row rumah teres tu.


And we are back to normal like other lovey-dovey husband and wife.


Selalu orang cakap, kalau sekali berubat dan 'usik' tempat 'dia', memang 'dia' akan cuba kembali atau anak pinak cucu piut yang tertinggal tu masih melekat. Dalam dua minggu lepastu, I diserang senggugut. Eh period. Cepat betul..Senggugut yang bersangatan sakit. Selama dua hari dua malam. Tapi darah tak keluar banyak. Macam nyamuk kekenyangan pastu kita pap pap tepuk terpancut darah
dari badan nyamuk, ha macam tu la sikitnya my period. Senggugut tu tahap perut I kembung besar dan keras seperti pregnant 5 bulan, sakit perut berguling2 bersujud kat katil, kat toilet, kat bilik air, etc.


And juga I tak boleh bangun duduk or gelak as usual sebab kalau buat semua2 tu sakit sangat2. Kalau I terpaksa berjalan, I berjalan sambil berbongkok 90 darjah dan mengesotkan jari kaki supaya dapat bergerak. Begitulah teruknya. Puas la bertungku, makan panadol, minum air panas, mum gosok minyak panas satu badan, etc. Pun tak jalan. I bentan. Bentan yang pucat muka semua, kuku kaki tangan semua jadi lebam birat, menggigil satu badan so I pakai stokin, serupa macam orang berpantang. I tak tahan, I texted Haji A. Then dah beberapa jam baru dia noticed my text sbb dia tak perasan. Dia 'ubat'kan I dari jauh. Suruh I baring. I beritahu dia I sakit perut. Sakit perut bersangatan gone. Mum said orang sakit nak beranak pun tak macam I. Alahai mak..ni training namanya mak..ahahah..


Malam pertama I dapat tidur lena tapi tak dapat mengiring or posisi2 selesa. At least dapat tidur pun jadi la. Lupa sekejap tentang sakit. Esoknya, sakit berulang. Perut masih kembung. Keras. Macam pregnant. Darah period masih tak turun. Tapi still bearable sebab bukan sakit perut berguling2. Sakit. Haji A ubatkan sakit perut. Hilang. Tapi sakit menyerang ari-ari pula. Haji A ubatkan lagi. Suruh I baring. Selagi tak hilang selagi tu dia suruh beritahu. Finally hilang juga. Then dia tanya dah sihat ke? I jawab dah. Dia tanya betul ke? I jawab betul. Dia tanya lagi, dah boleh bangun ke? I jawab tak boleh. Sisa2 sakit perut dan ari2 masih ada.


Dia ubatkan lagi dari jauh. Then dia suruh bangun. I bangun. Ok. Dah mula sihat. Masa tu petang. Mum suruh I mandi. I pun dengan jalan tegak pergi bilik air nak mandi, siap cuit adik2.
Sampai di bilik air, sakit perut berguling2 menyerang secara tiba2..I sampai berlutut hampir bersujud kat lantai bilik air tu. Keluar dari bilik air, I kembali bongkok menahan sakit. Di bilik, badan I dah macam berlipat umpama ratu gimnas negara menang sorak penonton, menahan sakit sampai bergulung badan. Mak ayah semua panik. Keadaan berlarutan sampailah mum bagi pandaol yang ke8 untuk dua hari sakit tu. Barulah I boleh pakai baju. Tak tahan sangat, mum called Makcik A untuk minta Haji A datang rumah. Kebetulan hari tu hari dia mengubat pesakit.


Haji A datang rumah dan cakap pada my dad, "saya sampai pagar tadi rasa seram". Beliau minta I baring di living hall senang nak berubat. Masa tu my dad hulur belakang badan beliau supaya I dapat didukung gitu. Husband tak ada, dia pergi kursus..(sedih betul.). Husband just dapat call Haji A dan beri permission untuk mengubatkan I. Tapi masa tu I cakap dengan ayah I boleh jalan. Jalan membongkok mengesot kaki.


Tapi yang peliknya Haji A ubatkan pinggang I. Dia cakap I sakit pinggang. Masa tu I dah mula mengongoi, I cakap I sakit perut. Then bermulalah episod kesakitan yang amat dahsyat. (Eh hyperbola here)


Masa dia baru sahaja memegang perut I, sakit gila sampai I terjerit-jerit dan genggam tangan my dad. Proses tersebut berlangsung berterusan sampailah I bagi isyarat 'berhenti sekejap' sebab tak tahan sangat. Lebih sakit bila dia merentap perut I. Tak sentuh langsung pun actually, dia merentap keluar 'benda' dalam perut I tu. Tapi sakitnya I terjerit2 hadoi hadoi sampai keluar air mata, almost menangis tapi I tak menangis pun. Haji cakap 'benda' tu berangkai-rangkai sampaikan dia sendiri lost count
macamana nak 'rentap' semua keluar terus. I tak tahan. Mula2 perut I dah mula kempis, my dad, my mum, Haji A and Makcik A dah mula lega. I pun mula lega. Tapi kemudian dalam beberapa saat, perut I sakit kembali dan kembung sampai semua orang tau yang perut I looked huge. I dah mula felt drowsy, macam mamai, pandangan macam kabur dan seriously tak ingat apa2 kecuali sakit sakit sakit.



Haji macam mula kepenatan, dia kata dia tak pernah mengubatkan orang yang mempunyai kes seperti I. As last resort, dia azan kuat2 di telinga I. I jawab azan dalam hati. Kemudian dia buat lagi proses 'merentap keluar' benda tu. Sampailah tiba2 I rasa dunia kembali cerah. Eh, nampak my mum duduk kat kepala I, Haji suruh mak lap muka I. Nampak Makcik A macam baru lepas nangis teresak2, dan nampak adik I. I pun cakap, "eh, baru nampak semua orang.."
My dad cakap, "Kau pegang tangan ayah kuat.macam tangan jantan"
I cakap, "Tangan ayah patah ke?"
Haji A nyampuk, "Eh, berseloroh pulak dia"..


Walaupun sakit berguling2 tu dah lega, sisa2 sakit yang 2 hari tu masih terasa, I masih tak dapat tegakkan badan. Haji kata ada nenek kebayan dalam badan I. Haji 'berdialog' dengan nenek tu (ada nama nenek tu), nenek tu cakap dia nak anak yang dalam perut I untuk jadi cucu belaan dia. Mak wonder 'eh napa nak rebut, dah 'ada' ke?'. Haji kata dia tak tahu tapi nenek tu cakap dengan perkataan 'sekiranya ada'. Samada I masa tu dah lekat atau tidak Wallahua'alam. Haji pula tak dapat bagi jawapan tepat pada soalan my mum tu. Beliau kata nak percaya 'mereka' ni pun susah juga, mereka kadang2 menipu. 'Nenek' tu siap duduk sebelah I, and sebagai ganti dia minta nasi kunyit dan telur keesokan harinya kalau tak dapat anak dalam perut. Haji suruh mak buat nasi kunyit dan telur.
Malam tu, as expected, 'nenek' tu datang ke rumah Haji remind him perjanjian tu. 'Dia' nak makan sebelum zohor. Pagi esoknya dalam pukul 6 lebih macam tu, Haji A called my mum suruh cepat2 tanak nasi kunyit. Nasi kunyit memang dah ada dalam simpanan dapur. Haji cakap masa letak nasi kunyit kat laman rumah tu, I kena letak dan sebut nama dia, "Nah XXXX, makan la ini untuk kau."..


Cuma mum rasa tak sedap hati. Sebelum tanak, mum cakap dengan I dan ayah - napa kita
kena ikut kehendak 'nenek' tu..Nanti dah dapat nasi kunyit nak benda lain pula. Sebab my mum  pernah belajar sikit2 tentang jin dan iblis dengan ustaz di surau kawasan perumahan sini. Mum tak sedap hati lalu beliau solat hajat dan baca Yasin minta petunjuk Tuhan - jika Kau perkenan tindakan ini, maka benarkanlah. Jika tidak, Kau berikan petunjuk.


Tak lama kemudian, sebelum pukul 8 gitu, Haji A called mum balik. Beliau suruh batalkan nasi kunyit dan telur tu. Beliau kata pagi ni dia pergi kerja dan jumpa kawan dia yang ada makrifat lebih tinggi tentang jin dan iblis. Sebab Haji kata dia takde pengalaman mengubatkan orang seteruk I dan rasa tak sedap hati tentang kaedah yang dia buat pada I tu. Then Haji beritahu pasal nenek tu. Then kawan Haji terus 'seru' 'nenek' tu. Turn out dia bukan 'nenek kebayan' tapi iblis/jin (tak sure) yang menyamar jadi 'nenek'. 'Nenek' tu siap marah2 kawan Haji dan Haji sebab keluarkan 'dia' dari badan I. 'Dia' cakap dia dah lama duduk dalam badan I berpuluh tahun dan ayat yang I ingat 'dia' cakap gini, "aku sengaja sakitkan dia supaya dia berjalan terbongkok2, kalau tak dia berjalan asyik tegak je". - no wonder I sakit perut gila2 sampai terbongkok2 seriously macam nenek kebayan. Dia siap padankan muka Haji sebab berjaya menipu Haji dan kami semua. Kawan Haji cakap yang kita manusia tak boleh tunduk pada kehendak dia, jangan layan kehendak dia. Kita lebih kuat dari dia.



Maka mum terus buang tanak nasi pulut tu dari periuk. Then I, my mum and dad serta adik beradik I berbual2 sekejap di dining room. Bila mum ke dapur sekejap, nasi pulut yang dah dalam tong sampah tu ada kembali di periuk. Mum siap sumpah seranah like this, 'ooo...hendak juga ya, tak hingin aku nak bagi, kau dah sakitkan anak aku'..ahahhaha..


So husband dari tempat kursus call Haji. Haji minta kalau dia ada cuti, balik da temankan I. Haji kata I lemah semangat, lebih2 lagi bila tak ada husband di sisi. Tang ini I macam tak percaya je Haji kata I lemah semangat, (dia cakap juga masa malam tu - Kau lemah semangat nak ooi..kau perempuan..), sebab I consider myself perempuan kuat and tabah gittewww...Come hell or high water, memang I akan bangkit because being strong is the only choice I have. Bukan I je, I think semua perempuan pun kalau ada apa2 musibah/perkara tak disukai berlaku, kita akan lawan habis2, menentang dunia pun kita sanggup. Betul tak? Tapi ye la I understood, lemah semangat yang Haji maksudkan is different thing of semangat.


My period for this month sangatlah pelik - I thought I senggugut. Mum and Makcik A said senggugut bukan di perut. I thought kalau aliran darah dah lancar (sebab I belum pernah bersalin, I thought I punya tu kecil la) maka senggugut akan hilang. Lebih2 I senggugut cuma 3 kali dalam setahun. Tetapi pelik la kali ini, sebab dah 10 hari I period, I tak pakai pad pun. Darah yang
keluar dalam 1,2 titik je setiap hari.


Malam tu tidur nyenyak. Ok. Dah habis sakit perut dan ari2 berguling2 semua tu..I still tak boleh bangun dari katil. Kalau angkat cawan nak minum or nak berpaling ke hapa sakit pinggang sangat sangat. I thought itu kesan sampingan dua hari punya tu sebab bisa2 sakit perut masih ada, cuma tak berguling2 itu pun dah syukur. Nak letak dulang atas meja sakit, nak bangun sakit, nak pakai spender pun kena angkat kaki dengan tangan untuk masukkan kaki dalam spender, kalau duduk mesti terbongkok2. Sakit pinggang ya amat. Tapi i tahan lagi. Then bila dah dua hari keadaan yang sama berlangsung, Haji called me. Maybe dia tahu kot I sakit. So dia ubatkan dari jauh. So, sakit pinggang I tu mengiyakan sangkaan dia masa dia ubatkan I haritu, cuma I tak sedar I sakit pinggang sebab I sakit perut sangat. Bila sakit perut hilang, baru sedar sakit pinggang tu ya Tuhan macam orang tua 100 tahun. Dua hari sakit pinggang i bertungku semula, sebab sakit gila sampai bentan, berstokin semula, pakai koyok, etc. Hari kedua, i perasan kalau waktu pagi i sihat, kalau zohor terus sakit balik. Then Haji ubatkan dari jauh..And pada hari ketiga barulah I sembuh sedikit demi sedikit..And dah boleh gelak bila adik buat lawak.


Ok kalau you all tanya napa tak pergi hospital/clinic. I langsung tak boleh bangun. Plus, this is first time sakit sampai berhari2. Selalunya kalau senggugut I kena sehari je then esok dah ok. Sometimes I just consume panadol untuk reduce the pain, which I don;t like sebab tak suka panadol dijadikan ubat, i'm worry kalau my body immune sangat dengan panadol. So paling tinggi pun one day la I senggugut. After darah melimpah, it will be okay..Tapi kali ini, darah alahai sikitnya.. So i know this must be something weird.



Kedua, macamana sakit perut tu? Mum pun tanya I the same question. I rasa sakit perut tu macam ada orang pulas pulas tali perut I. Tak cukup itu, macam ada kuku tajam cakar dari atas (pangkal hati) sampai ke ari-ari..Sakit gila. Kadang2 bila I dah letih tanggung yang pulas2 tu, I terasa seperti ada jari dengan kuku tajam cengkam my perut/womb yang buat I terbongkok2 dan bersujud tu..Orang lain tak boleh pegang my perut termasuklah I sendiri, hence nak apply minyak/balm pun tunggu I lega dulu..Eh tak boleh bayang la sakitnya tu.



Ok, next time kita sambung on melawan makhluk halus dalam diri dan kesan perasaan patah hati & depression terhadap kekuatan diri kita yang berkaitan dengan makhluk halus juga.

27 comments:

  1. B&C...
    Bila baca cerita u ni..naik bulu roma..seramnya..
    I pun dalam usaha nak berubat secara islamic.
    Tapi nak pergi tak pergi2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula rasa seram, lepas tu tak seram dah..sebab benda tu memang ada..cuma kita tak nampak..nak yakin pun satu hal..Wallahua'lam. i berusaha je ni. yang lain serah pada takdir.

      takpe Tipah bila2 dah ready boleh pergi..

      Delete
  2. Ya ALLAH...meremang bulu roma i baca entry nih.. dear, if Haji A bagi permission share his contact details, let me know k..I ada email u tapi i tahu u busy and tak brape sihat..nanti u bagi kat situ je k..coz I feel to get alternative treatment jugak..part yg slalu sendawa tu mmg I ada and also slalu dgr orang bertukang tgh2 malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh Farah ada email ya? sorry ya..jap nanti ya..

      Delete
  3. Seram L baca. B&C cmna skg msaih sakit2 lg ke? take rest. Banyakkann baca Quran n zikir. amalkan 3 qul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang Alhamdulillah dah sihat.
      Insya Allah akan amalkan selalu

      Delete
  4. BnC....sangat panjang, tapi Yani made it to the last words, tak skip pun...
    InshaAllah BnC....Yani selalu doakan BnC dipermudahkan sembuh dan dilancarkan proses rawatan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah panjang kan..bertabahlah Yani..ahahaha..
      terima kasih atas doa Yani..

      Delete
  5. huhu scary pengalaman u ni. Bab sakit period senggugut tapi period keluar titik2 je tu I pun sedang alaminya skrg ni. Selalu bila senggugut seluruh ari2 terasa sakit dan berterusan selama 2-3 hari pertama period. Tapi kali ni sakit ari2 sebelah kanan dan pinggang (bahagian belakang) sebelah kanan shj. Sakitnya ari2 tu berdenyut2 macam ditekan2. Huhu sakit betul. Bila sakit tu I automatik kuar 'sssss' dari mulut I. Reflek tanda sakit. Sekejap2 sakit tu datang. Tak macam senggugut biasa yang berterusan tu. Skrg dah hari ke-3, masih sama tak ada fresh blood cuma lendir darah campur lendir2 putih.

    I pasang rukyah...nak tgk ada x alami perkara sama macam u. Setakat ni I tak rasa pape lg. Risau jugak. Kesian tgk U. Teruk juga u kena. Mudah-mudahan benda tu cepat pergi x ganggu u, suami u dan family u lagi. Bertabah dan bertahan ya BnC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah I akan bertabah..
      memang selalu ke Atie kena period macam tu?
      as long as Atie tak de instinct apa2, ok la tu..
      kalau Atie senggugut rasa sakit ari2 normal la tu kan? yang I ni sakit perut..

      Delete
  6. subhanallah!

    sabar b&c. ada hikmah setiap kejadian.

    sy dulu, cuma kene sipi2 husband. die yg berubat, sy cuma mandi je. husband pun tak pernah cerita camna die berubat. bila baca story u, br sy teringat. takpe, semoga sihat2 selalu ye. bykkn berdoa berzikir. insyallah semuanya selamat. Allah sentiasa ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...dependency to Allah is the best hikmah yang I and husband rasa..
      Terima kasih di atas doa you..

      Delete
  7. oh my.. cerita you ni sangat mistik lah bnc. but i beleive you walaupun ia unexplainable but jin/syaitan itu wujud. membolak balikkan hati dan memang tugas dia nak pecah belahkan manusia. but when you describe about the period pain, i rasa i dapat imagine that sakit. sebab memang every month senggugut baik punya but usually it lasts till one day macam tu. rasa macam rahim kita ditarik tarik, di carik carik, dicakar cakar. cant imagine if i kena berhari hari.. must be painful amat-amat. byt he way, i doakan you yang terbaik, the best in everything. hopefully everything berjalan lancar. thankfully you meet this Haji A and berubat you so that you can tell us this story so that people would know there are things out there, yang boleh mengganggu gugat hidup kita, dan putuskan keturunan kita. thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unexplainable la Zura..Nak tulis dalam blog pun ragu2..dah publish ni pun ragu2. Apa yang diberitahu itulah yang I tulis.
      Tapi nak buat macamana, itu lah yang dialami oleh I and husband..Kesannya masih terasa tapi beransur pulih.
      Sakit like rahim ditarik tarik dicarik2 dicakar2 tu memang tepat la..Somehow i boleh rasa berapa banyak 'kuku' dia..ahaha..tapi sakit lah.

      Tu la makhluk halus yang jahat memang memecah belahkan kita, menganggu kita ke akar umbi dan menggugat keharmonian. Na'uzubillah. Semoga keturunan kita, keluarga kita, dan kawan2 kita dihindarkan dari gangguan2 sebegini

      Delete
  8. dear, pls give me your email address. there is something important i want to tell you about this matter. urgent!

    ReplyDelete
  9. opk rm1.20 - ovulation predictor kit / kit mengesan kesuburan
    upt rm1.00 -urine pregnancy test/ ujian kehamilan (urin)
    termometer rm10 - satu titik perpuluhan sahaja

    min pembelian 10 keping (blh cmpur2 upt & opk utk cukupkan 10)
    kontek 0122723104 nor

    ReplyDelete
  10. Maka mum terus buang tanak nasi pulut tu dari periuk. Then I, my mum and dad serta adik beradik I berbual2 sekejap di dining room. Bila mum ke dapur sekejap, nasi pulut yang dah dalam tong sampah tu ada kembali di periuk.

    Mak oiii, bila baca tang ni yg rase meremang...
    Kuatkan semangat eyh BnC...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu we all tak seram ke hapa sebab my mum cakap tu sambil buat muka selamba je..masa tu we considered 'waktu tegang' so ada tense sikit maybe jadi macam tu la kot..tapi serius masa my mum cakap tu dia buat muka selamba je.

      Delete
  11. semoga cepat sembuh b&c. suka your lable "I'm Okay Don't Worry"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Label tu saja2..macam nak bagitahu kat orang yang i'm okay je..kot ada apa2 pun kita okay je.

      Delete
  12. B&C, smg Allah lindungi kita semua dari kejahatan makhluk... Amin. Smg u cepat sembuh... Thanks for sharing your experience...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for your du'a..

      Mana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
      I share this experience pun rasa ragu2 sebab takut disalahertikan. Harap2 tak mengundang fitnah.

      Delete
  13. i baru perasan i tak komen lagi post ni sebab terlalu speechless -_- bace dah lame dahh....ambik mase satu hari nak bace kat ofis ni uhuhuhu..sebab nak fokus satu2...sudahnye kol 10 pagi stat bace..4petang baru habis bace Haha....
    u know what bnc, i follow blog u dah lame since 2010 i think, rase kdg2 tu mcm dah jadi kawan dah walaupun tak penah jumpa. name u pun i xtau. tak sangka jadi sampai mcm ni kat u :( tapi believe me, semua dugaan yg Allah beri tu kalau u sabar n redha, insyallah ade benda yang lebih baik menanti u :) i doakan u pulih segera and sihat walafiat lepasni...boleh kembali berTTC tanpa sebarang gangguan nate tu :D taksabar tunggu next episod. heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for your du'a..

      FYI, i pun speechless juga baca pengalaman u..pengalaman i ni pun i tulis based apa yang dicakapkan oleh Haji pada I and my mum.. benda2 ghaib i tak nampak..cuma rasa sakit tu betul sumpah sakit sangat. nak share di blog pun rasa ragu2..takut disalahertikan..
      And segan juga nak keluar dari kepompong anonymity dalam bidang TTC ni sebab dalam blog ni I ada cerita perasaan tak puas hati pada biras and SIL. Sekarang i think I lebih bertenang berbanding dulu maybe one day I akan delete la entry2 mengarut melahar tu..hahahaha..
      netx eposide tak ada apa lah sangat..most of the time, isteri Haji macam bagi tips2 je..tu pun ayat berlapik..

      Delete
    2. I punye entry lame pun byk maki2 orang sana sini hahaha i was so negative, tapi sebab pernah jadi negative tu la i develop positiveness dlm diri. i tak delete, i biar je hahhaa..biar bukti i sendiri penah down jugak dulu. :P
      pengalaman i pun pelik jugak kan sbb i sendiri pun tak sangka akan alami bende mcm tu seumur idop ni, tapi effect dekat i takde teruk mcm u kena, sampai terbongkok2 sebab sakit...kesiannya u :( i cuma sengal2 ari2 mcm tu, for 2 weeks i cepat mengah, tapi lepastu dah ok. memang btul kite nak share bende mistik mcm ni memang takot disalahertikan, and fyi i dah delete smua entry yg berkaitan dgn berubat dgn tuan haji tu sebab it seems ramai yg masih salah erti n pertikai macam2 about the costs and everything, i had enough already..bukan taknak tolong tapi cukup lah kalau sampai i sendiri annoyed, i dah rase i tak ikhlas share pengalaman tu. siapa yg dah tahu, nasib la. sape yg taktahu baik takyah tahu. ade blogger siap kate rawatan yg i buat tu syirik la whatsoever. so, im done.

      Delete
    3. oh really people said that? hm..i think tak lama lagi kalau ada complain or condemn pasal entry ni pun i have to delete juga..ye la benda tak nampak nak percaya satu hal, nak bersedia satu hal, nak yakin satu hal, nak berpantang satu hal..susah la perkara yang unexplainable ni..

      tapi kalau bab sakit tu sumpah sakit gila. memang i cannot stand straight walaupun Haji tu suruh berdiri tegak still i tak boleh berdiri tegak..bongkok 90 darjah je yang boleh buat i bertahan..eh tak boleh bayang lagi la. seriau je rasa. tak moh la kena lagi..

      Delete