Friday, 4 October 2013

(-)ve and (+)ve: Ceritanya, bukan UPTnya




Things which you do not hope happen more frequently than things which you do hope. 
~Titus Maccius Plautus


The blog is dusty sebab the author sangat sibuk. Tapi sekarang the author sangat free sebab sudah habis belajar. The anniversary almost reach 4 years, which happen this coming December. So far I baru pulih dari demam yang teruk seminggu lamanya. Tak lalu makan pula tu, tapi bagus juga kerana I kelihatan lebih kurus. Eheh.


Do I survive the Eid? Of courselah! (eh, berlagak!). Sebelum Raya I did read some of the TTC blogs on being positive and optimist. Bila fikir2kan, sampai bila nak mengelak. Lagipun this is 4th Raya we are childfree, so agaknya orang pun dah boring nak tanya. I believe they assume me as 'perempuan susah lekat' so malas nak tanya I lebih2, tunggu je la berita gembira tu (or so I thought). Memang betul pun.. dah tak banyak soalan 'bodoh' macam dulu, I think lebih relax kot nak2 this time I raya rumah family in law, either they segan nak tanya I lebih2 or they just accept that I barren.Hahahah!. Eh tapi ni semua cerita basi. Tak pedulik.


1
Ni masa a week before Raya. I ada inform previously yang my SIL TTC for two years dah bersalin kan? The baby tak cukup bulan, so they opt for operation. Then I dengan husband datang visiting the SIL and her husband at the hospital. So di situ ada sekali MIL my SIL (means mak biras I) and her FIL. This makcik bila nampak je muka I dengan kerut2 muka terus tanya (I baru je nak hulur tangan nak salam dia lagi), "Tak ada anak ke?" "Belum". Dia kerut lagi "Kawin dah berapa tahun?" "Dah 3 lebih..". "Ngandung pun tak penah? " "Tak".

Lepas tu dia tak puas hati, dia boleh berbual2 dengan my SIL (lebih pada mengumpat sebenarnya) depan2 I intentionally nak bagi I dengar. "Depa ni kawen dulu dari hang kan? Awat tak dak anak lagi?". So SIL ni cakap, "err...dia (I) sambung belajar..". "Belajar apa lagi?". "Sambung belajar la..". "Adik hang ni (my husband) gheja apa?"."Gheja macam saya juga..". "Abis yang pempuan dia tak gheja?" "Tak..sambung belajar".

Lepas tu dengan kerut2 muka tambah lagi dengan jeling I atas bawah menyambung lagi ngumpat I takde anak..I buat tak layan je la..sebab masa tu husband dengan biras berbual so I join them lagi bagus dari melayan makcik tu..Lantak lah, lagipun I tak kenal dia. Yang lucunya, menantu dia pun (SIL) tu baru je lepas beranak, itupun dua tahun tunggu. Ingatkan habis kat situ je.

To add salt to my wound, boleh pulak my SIL ni tanya I, "Puasa penuh tahun ni?"
I faham soalan tu tapi buat2 innocent, "Tak".
Yang menyampah husband I boleh pulak ingat I bodoh sangat, "maksud Kak ni nak tahu you ngandung ke, kalau ngandung puasa penuh la.."
I buat innocent lagi, "Ooh..tak..buat masa ni tak leh lagi la, tunggu la bila dah settle semua nanti..".
SIL terdiam. Sebab actually dia pun nak sambung belajar, but then masa nak register tu, dia terpaksa quit sebab tahu mengandung.
(I tahu I suppose cannot say like that but somehow bila orang show off with us, I just want them to know that they better keep their mouth shut up).
Entah, kalau ikutkan hati, I nak jawab pada husband, "ooh, tahun ni baru nak tanya puasa penuh ke tak. Tahun2 lepas tak tanya pulak".

This SIL bukannya close dengan I pun. In fact, sepanjang tiga tahun I married, dia susah gila nak berbual dengan I, kalau makan-either dia makan dulu/dia makan kemudian, but never together.Kalau duduk2 di ruang tamu - dia akan masuk bilik bila I duduk di living room or dia duduk di living room kalau I di bilik. Not only that, she kept asking husband I masak apa, call, mesej. Kalau my Parents in law stay overnight at our house, hari2 la dia dok call my MIL tanya I masak apa. Kalau keluar sama2 satu family, she dont want to walk parallel with me.Or kalau duduk sebelah menyebelah kat restoran pun sebab terpaksa takde seat lagi, itupun jauh macamkan bergaduh.

So, I boleh terima kalau strangers or people yang not so close with me tanya soalan bodoh macam tu, sebab tak kenal sangat kan..Tapi dia ni SIL, yang it seems macam tak berapa nak mesra walaupun I dah bertahun-tahun kawin and berada dalam keluarga dia. Tentulah i rasa sangat berdendam. Masa tu siap ada azam lagi, like kalau-aku-pregnant-aku-sumpah-tak-nak-bagitahu-dia-biar-perut-dah-besar-baru-dia-tahu..Fulamak azam tak menahan! Kih kih kih.

Now, dia dah tak macam tu lagi dah..Since dah mengandung and dah ada baby, dia sangat friendly (and active di Facebook!). So how do you think? Do you think she feel threathened with my presence? or I'm just so perasan here?


Berbalik pada makcik tadi(mak mertua SIL), I rasa mengumpat2 depan bisik2 depan2 kita dah jadi norm perempuan melayu tipikal kot. Sebab ada one day dalam bulan April, one of my other SIL beranak, then ada makcik tukang urut datang untuk urut SIL tu. Sebelum SIL ni siapkan bilik untuk megurut, my MIL berbual2 dgn makcik tukang urut ni. Boleh dia pun ngumpat I dengan jeling2 pandang I atas bawah -ngumpat pasal I, tapi ngumpat kuat2 macam bisik2 kononnya tapi nak suruh I dengar. Ngumpat I like I takde anak ke, dah berapa tahun kawen, tak ngandung ke, pot pet pot pet..yang MIL macam serba salah nak melayan. I saw like MIL tu macam nak suruh I buat air untuk tukang urut tu tapi I dah menyampah kan, so I masuk bilik and tidur.Haha!Ini menantu antu!.

Anyway, I noticed that that kind of behaviour tu mean well, like nak tanya direct depan kita, segan. So ngumpat kuat2 supaya kita boleh dengar and we will explain. I faham sangat. But, I berlakon innocent, I buat tak faham like pertanyaan bodoh my SIL. Haha! Kalau nak tau, tanya betul2. Bukan ngumpat bisik2 kuat2 ye makcik..Syumel je makcik2 ni buat macam tu tapi annoying la. Lantak lah.


2.
Masa Raya, one of husband cousin yang saing2 kawin dulu, getting pregnant of number 2. Actually tak rapat pun, orang lain salam2 Raya di living room, dia sanggup datang ke dapur dengan kakak dia nak salam dengan I tanya, "Bila lagi?"
"Bila lagi apa?"
"Dapat baby la..Mohd (dia sebut husband's name) sorang je yang tak ada lagi."
DANGG!!
"Oooh...kami tak desperate!" (sambil smile widely)
Right after I said that, dia berpaling.Macam terkedu or somewhat haywire. Either she embarassed or...I don't know. I bet she doesn't know the meaning of 'desperate'..(Kejam gila merendahkan intelektualiti orang! Haha!). But I feel satisfied this way. I can explain more to show off to her but I don't think that's necessary la, sebab bukan close pun. Dia even tak tahu nama I pun.

3.
This time, I pergi rumah one of the neighbour. Masa tu bising2 la pasal we are childfree, padahal we both senyap je and smile to each other, orang lain pula yang bising. Then datang la satu family tu - they are anak menantu kepada jiran ni. They have two kids; sepasang laki perempuan. Then the neighbour cakap "Dia ni (refer to the wife) lambat dapat tapi dapat sepasang. Yang lagi sorang tu dapat cepat tapi tiga-tiga perempuan.". Then my mum cakap;"Tuhan tu Maha Adil."..

The wife tu actually conceive after 7 years of marriage. Then when she know that we are still childfree, she looked at me with expression "I know what you are going through and I know how you feel..". Lama pula dia pandang I tu, then dia tanya, "dah cek?". So I said, "Dah.". "Ok?". "Ok. so far takde apa2..".."Belum rezeki lagi tu.."..Then mum asked her,"Buat apa sampai boleh dapat ni?" The wife pandang the husband, the husband tu pandang wife dia, then the wife cakap, "entahlah, usaha macam2..tak tahu mana satu yang berhasil..tapi agaknya dah sampai rezeki kot..."..Then they asked permission to leave..


Memang ada masa tertekan dengan persepsi orang, but then don't give a damn la their perception. Ada je one of the friend yang asyik berlagu pada I like "kalau tak beranak nanti suami carik lain".

Ada satu hari entah macam mana, I remembered one of ustaz said, "Kita ni hidup ber-Tuhan. Kita bukan hidup ber-suami, ber-anak, ber-kawan, ber-harta, ber-sedara, ber-rumah, ber-duit, berk-kerja, ber-kedai, ber-niaga, ber-tanah, ber-etc. Bila kita hidup ber-Tuhan, ber-lain2 tadi tu akan datang automatically. Ini ustaz cakap. So, oen day pun I berdoa supaya dijauhkan orang2 negative dari hidup I dan biarlah I'm surrounded by positive things and positive people. Kalau dah takde sangat orang positive, biarlah ada Tuhan sahaja. Tak payah ada orang pun tak pe..

And I encountered some of the things and people yang seolah2 menjawab doa tadi. Samada kita ada reunion/meeting up with friends tak jadi, atau orang nak datang rumah kita tapi tak jadi/ada hal lain, atau kita sibuk sangat sampai kita tak payah nak jumpa orang pun atau tak perlu nak bercakap dengan orang, atau ada orang nak datang rumah kita tapi kita pulak sibuk/tak ada di rumah atau orang yang kita jumpa tu macam dah insap tiba2 macam tak perlekehkan kita, or macam2 lah. Bila fikir2 balik, tenang je rasanya.


Ok la bye nanti sambung lagi dengan benda2 positip.






 

22 comments:

  1. suka gila jawapan awak "saya tak desperate!" haha.. well what u wrote especially yang ustaz cakap tu betul. kita ni hidup ber-Tuhan. sampai bila nak banding-bandingkan kita dengan orang-orang lain yang ada rumah besar, suami sweet, kereta 3 bijik dan anak sepuluh. Allah maha adil. bab mengumpat depan-depan memang i tak pernah kena lagi (atau memang tak tau pun dia ngumpat depan and i buat bodoh?). jangan berhenti berdoa. jom kita hidup dengan aman dtanpa orang negative ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..the ustaz tu cakap dah lama, masa I secondary school kot...bila muhasabah balik diri ini, entah kenapa teringat ucapan tersebut..dah entah kenapa bila dipraktikkan hati menjadi lebih tenang..rasa macam 'ah lantaklah semuanya'..ngumpat depan2 tu fuh kalau tak kuat iman memang nak smash je makcik2 tu tapi ye lah as i said tak berapa kenal dan rapat sangat kan so lantak la makcik hoiiii....

      Delete
  2. Urgghh plg tak suka soklan "bila lagi?" Rase nak lempang laju-laju je kat org tu. Macam jawapan tu ade kat dalam kalendar plak duk tanya bila bila bila.. *sigh*

    ReplyDelete
  3. Urgghh plg tak suka soklan "bila lagi?" Rase nak lempang laju-laju je kat org tu. Macam jawapan tu ade kat dalam kalendar plak duk tanya bila bila bila.. *sigh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tanya I soalan macam tu kan, I jawab "Tak tahu!" (sambil senyum macam innocent). Malas nak layan soalan macam tu sebenarnya. Kadang2 dah jawab elok "Belum rezeki, doakan lah.." bukan nak brenti, eh boleh pulak berdebat kata kita tak cukup amalan..Tu yang I terus cakap 'tak tahu' atau 'entah (sambil angkat bahu)...

      Delete
  4. Baca entry ni I teringat kat salah seorang kak ipar I. Setakat ni dialah yang paling fertile among menantu2 perempuan lain (adik beradik suami I semua lelaki). Tapi seboleh2nya dia lah yang paling I nak elak daripada jumpa. Selain asyik tanya, dia menunjuk2 pulak kesuburan dia dan banding2 diri dia dengan saya. Seriously, kalau dah tak tahan sabar mungkin penampar saya bagi kat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh, itu berlagak tu..kalau I pun I elak..menyampah sangat kan..Ingat bila beranak tu terus hidup serba sempurna ke? Tak. Tak sempurna. Jauh lagi perjalanan tu. Belum tahu anak tu dah besar jadi apa or apa yang akan berlaku pada dia sendiri di kemudian hari; Ini bukan mendoakan yang tak baik. Tapi dah banyak contoh yang kita tengok.Macam my case ni, SIL2 yang lain berlagak juga tapi tak pernah nak pop out the question. Tapi yang I cerita kat atas ni dia pun TTC for 2 years terus nak berkias pada I macam tu padahal dia lah yang asyik avoiding me. Ni dah pregnat & dah beranak wah mesra la pulak...Macam I pulak, nak mengelak mmg tak boleh la my SIL2 yang berlagak tu. tapi i ignore anak2 diorang. bukan sombong, tapi mengajar mak2nya. Kadang2 kami berdua tengah makan boleh pulak my biras dok nyendeng2 anak dia tengah makan, nak suruh kami puji la tu. I buat tak tahu dan teruskan makan. Yang lain tu pulak tak ajar anak diorang salam I and husband. Dulu I la yang pergi ke anak2 sedara nak salam punya pasal. now, i tak salam & buat tak tahu je. mak2nya pula yang suruh anak2 salam pada kami. haha.kadang2 mak2nya dok beli baju baru/cekak baru/baju tidur baru pastu suruh anak2 diorang tunjuk depan I. lawak ok..dulu i buat2 puji, now I buat tak tahu..hahaha..Sekali sekala kena ajar juga.

      Delete
    2. Wau brave enough, huh?
      Isn't obvious? Hahaha... bagus pun diorang tau kan. Biar diorg belajar sket jaga hati & perasaan orang

      Delete
  5. I love the 'I tak desperate' answer. Tepat gitu.

    Another quote yang sangat suka ialah "Kita hidup ni Ber-TUHAN". Tenang bila baca dan tenang bila amalkan.

    Now, memang our prinsip "Lantaklah apa orang kata. Yang penting adalah apa yang kita fikirkan." Sebabnya, apa yang kita FIKIR, apa yang kita RASA, apa yang kita CAKAP, apa yang kita BUAT, SEMUANYA adalah DOA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah it is so true. everything is DOA. Ini peringatan buat diri saya yang lupa dan alpa. Kalau marah memang kena sembur la..but then I'm not proud with the "I'm not desperate" answer, cumanya we not know each other sangat. frankly sentap sangat bila emphasize that 'kami je yang tak ada baby' tu, tu yang sembur english terus..bhahahhaa..

      Delete
  6. BnC....ya Allah! Lamanyer tak dengar khabar dan celoteh BnC kat sini, rindu plak!

    Paling suke ayat BnC tu..."Saya tak desperate!" Mmmm...bakal dicopy paste ni utk backup jawapan kalau diasak soalan tu lagi nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm.. macam ramai pulak yang suka jawapan tu eventhough i langsung tak bangga. i jawab macam tu sebab the cousin tu tak kenal sangat, like i said, dia tak tahu pun nama i. then nak sibuk2 macam tu, memang kena la.

      Delete
  7. Bila dah bertahun-tahun, lesson learnt. Bukan benci anak sedara, it's just I cannot nak pretend that I terhegeh2 pada budak2 tu sedangkan the parents should teach their kids la how to beradab sopan dengan uncles and aunties. Like, can u imagine kita tengah makan, the emak senggong kaki anaknya pada kita supaya kita sedar kehadiran anak dia dan akan puji/agah2 anak sedangkan kita tengah makan?

    Tapi dalam hal ini, I tak berapa ambil port sangat sebab they are family. kalau orang lain mungkin boleh sembur or laser balik, tapi kalau family, ada barrier untuk jaga hati masing2. Ibarat tarik rambut dalam tepung. So, apa yang i boleh buat adalah sometimes 'kita tunjuk eksyen' juga. Not too obvious I believe but masing2 faham la.

    ReplyDelete
  8. i pn agak tak mesra dgn anak2 sedara sekeliling ni....kalau baby, n parents or sedara mara tkde, yes, mmg i amik baby tu, gomol2 baby tu..tpi kalau ada org2 tu, i mmg tak amik, senyum n cakap 'takleh pgg, nti baby ni nangis'.. i pn jenis yang 'muka tebal' dan buat2 innocent je. n i choosy sikit bab baby2 ni..hahaha.. annoying tgk mak2 @ nenek2 diorang agah2 depan kita, especially yg jenis menunjuk ni. i ok je kalau diorang ok.. masalahnye yang pnh ada pengalaman lambat dpt cucu, suddenly dapat, dan dan tanye mak kita, tanye kita bila turn kita plak...puiiii...hahahhahaa

    i suke bab kite hidup berTuhan, tapi biasala, orang ..mmg akan tanye , sampai bila2...hadapje la wahai kwan2 TTCku..mana boleh kita tahan, tahan, @ sembur balik...tu cara sy nk tenangkan hati..yg lain? lantak la diorang nak pk ape pun..janji, Allah dah bg kita rasa ada family, rasa ada suami... atleast kita hidup berteman, dari ada yang tak kawin, takde family adik beradik.....lagi sedih....

    lama tak tgk u update.skali hapdet, hamik ko! hahahhaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same here - tengok mak pak dia, kalau eksyen sangat, I bolayan anak diorang...hahaha..(evil sangat..!)..I rasa kita TTC ni ada intuition kan samada the parents ni eksyen or not..I boleh rasa intuition tu...Ada juga my fren yang berlagak suruh I pegang anak dia, walaupun I cakap tak nak dia kata I mengada2, so I pegang the baby pastu less than 2 seconds I bagi pada husband suruh pegang and I teruskan bercakap. Maknya sentap tapi I don't know why I feel so happy doing that...(ish, jahatnya B&C ni...)

      Ye la kan...hadap je la...nak buat macamana..bukan kita yang minta jadi macam ni...rasa nyampah sembur, rasa ok jawab elok2..At leat kita cuma belum ada anak...there are a lot of people yang diuji dengan penyakit & kemiskinan..rasa lebih perit, berat mata memandang berat lagi bahu memikul..apapun, semoga Tuhan memperlihatkan hikmahnya pada I nanti..

      Delete
  9. X pe..jgn risau.. I sendiri tggu sampai 8 tahun... Masa tu x buat apa2 pun.. Kalo dh rezeki tu...dia akan dtg juga.. Just enjoy ur life..

    ReplyDelete
  10. X perlu risau sgt... I sendiri tggu sampai 8 tahun. Pdhal masa tu x buat apa2 pun.. Kalo dh sampai rezeki, dia akan dtg jgk.. Just enjoy ur life.. :-D

    ReplyDelete
  11. X pe..jgn risau.. I sendiri tggu sampai 8 tahun... Masa tu x buat apa2 pun.. Kalo dh rezeki tu...dia akan dtg juga.. Just enjoy ur life..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8 years?! MasyaAllah you are so strong....This is really inspiring...I don't know why I feel so down lately, hence the posts.

      Delete
    2. Sori..smpai triple post..hehe.. Internet problem kat ofis td.. Yg i ingat, b4 conceive tu, me & my hubby ada amik multivitmn brand blackmores.. Masa tu dh x fikir nak anak dh..amik just bcoz utk tambah tenaga..maybe u bole cuba... no harm trying.. its make u more enegetic anyway..:-D

      Delete
    3. Of course I will try..Kalau just supplements/makanan (+)han, as long as tak melibatkan advance science in treating infertility, memang I okay dan tak kisah je..thanks for commenting here BTW...I'm happy for you & your husband..Semoga your kids and future kids menjadi anak soleh dan solehah..Rasa 4 years I'm married ni too long too wait for a singleton but I believe the hikmah yang Allah nak berikan..

      Delete