Monday, 14 October 2013

Pesona Solat Tahajud by Dr. Muhammad Salleh

 
 
A good book has no ending. ~R.D. Cumming



Author: Dr Muhammad Salleh PhD
Publisher: PTS Millennia Sdn Bhd
Year: 2011 (3rd Edition)
Price:  Peninsula - RM14.90, Sabah/Swak - RM16.90


This is actually the second book on Tahajud by Dr Muhammad Salleh after Terapi Solat Tahajud. I bought this book first and later bought the Terapi Solat Tahajud. IMHO, I love Pesona Solat Tahajud more than Terapi Solat Tahajud, because Terapi Solat Tahajud is discussing the Tahajud miracle in scientific view. There are so many terms I cannot understand but still it is a good read because there are very limited books that discussing the solats in the scientific aspect. There are so many researches proving that Tahajud is a great solat sunat, a lot of hadeeth and verses from Holy Quran also stating the same thing, but to discuss it in scientific aspect is amazingly great indeed in the works of Muslim scholars.


Tetapi dalam buku Pesona Solat Tahajud, the delivery is less scientific and lebih santai. My mum actually stresses on me the importance of Tahajud sampaikan kalau I ada nak mengadu masalah pada dia, mesti dia tanya dulu, "ada solat Tahajud tak?". She emphasizes me on this sebab dia kata dengan Tahajudlah segala cita2 kita akan tercapai dan Allah akan angkat darjat kita ke tempat yang lebih tinggi. MasyaAllah. Dalam buku ini juga, ada beberapa terma saintifik tetapi masih boleh difahami, banyak juga point2 dan isi2 yang sangat2 menyentuh hati, apatah lagi penulisnya menceritakan kehebatan solat tahajud dan kesannya terhadap kehidupannya. Beliau juga mempunyai sebuah klinik yang mana menggunakan terapi solat tahajud untuk merawat pesakit2nya. Solat tahajud dikatakan hanya menyembuhkan spiritual dan rohani tetapi dalam kajian penulisnya, solat tahajud boleh menyembuhkan segala penyakit walaupun penyakit itu tidak mempunyai ubat ataupun tidak dapat disembuhkan melalui sains.


So here I akan coretkan beberapa info menarik yang boleh direnungi dan dihayati. Actually every single words in this book is precious, tapi I letak some of the excerpts untuk penghayatan buat diri I dan juga kawan2 lain.

  • (page 47). Ada kalanya Allah memberikan musibah kepada hambaNya kerana hamba itu sering bermaksiat.  Lalu Allah mencubitnya supaya dia tidak sesat lebih jauh. Cubitan yang berupa kesakitan, kemalangan ataupun malapetaka yang tidak menyenangkan itu sebenarnya adalah kasih sayang Allah. Allah mahu hambanya tidak terus menerus melakukan maksiat hingga akhir hayatnya.

  • (page 47) Ada kalanya seorang hamba yang beribadah dan berusaha mencapai tahap tertentu tidak mampu mencapainya. Mungkin dia kurang istiqamah ataupun kurang khusyuk. Bagi membantunya mencapai tahap yang dikehendakinya itu, Allah memberikan musibah kepadanya sebagai ujian. Apabila dia reda, dapatlah dia mencapai tahap ujian itu. Nabi berkata, "adakalanya Allah menyediakan satu darjat bagi seseorang tetapi orang itu tidak dapat mencapainya dengan amalannya. Maka Allah mengujinya dengan menimpakan musibah kepadanya. Apabila dia sabar menerima musibah itu, dapatlah dia mencapai darjat itu.

  • (page 82). Saya sudah menghuraikan keistimewaan solat tahajud dalam bab terdahulu. Namun bagi menyegarkan kembali ingatan kita sekali lagi saya kemukan kata-kata Nabi berikut, "Setiap dua pertiga malam terakhir, Allah turun ke langit dunia sambil berseru, "Hambaku yang malam ini menjauhkan rusuknya dari tempat tidur kerana mendirikan solat tahajud, aku berasa malu kepadanya sekiranya aku tidak mengampunkan dosanya, mengabulkan doanya dan memberikan apa yang mereka minta.".Solat sunat yang utama selepas solat fardu adalah solat tahajud."

  • (page 82). Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berkata, "Demi keagungan, kebesaran, kemuliaan cahaya, ketinggian dan kedudukanku,setiap hamba yang mendahulukan kedudukannya daripada kedudukanku, pasti aku cerai-beraikan urusannya, aku kacaukan dunianya, aku sibukkannya dan aku letakkan hatinya hanya dalam urusan keduniaan. Dunia tidak mendatanginya kecuali apa yang aku tentukan baginya. Demi keagungan, kebesaran, kemuliaan cahaya, ketinggian dan kedudukanku, setiap hamba yang mendahulukan kehendakku daripada kehendaknya, pasti aku perintahkan para malaikat menjaganya. Aku jamin langit dan bumi sebagai tempat mencari rezekinya, aku menyertai setiap urusan dan perniagaannya serta dunia akan datang sambil merendahkan diri padanya."

  • (page 120)Wuduk adalah kewajipan sebelum bersolat. Walaupun kita tidak mempunyai hadas besar sewaktu kita hendak mengerjakan solat tahajud, sebaik2nya kita mandi membasahi seluruh tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sekiranya anda menghidap asma ataupun tidak tahan dengan air sejuk, tidak perlu cemas. Sebelum mandi, doa dengan bersungguh-sungguh,"Ya Allah, melalui air malammu ini, sembuhkanlah penyakit asmaku.", ataupun doa lain yang sesuai dengan keinginan kita, InsyaAllah kita tidak sakit. Ini kerana molekul air yang kita niatkan untuk wuduk dan mandi itu berubah menjadi ubat yang mampu menyembuhkan penyakit.

  • (page 121). Masaru Emoto, seorang ilmuwan Jepun telah melaporkan hasil penyelidikannya berkenaan air. Apabila ayat2 Quran dibacakan kepada air, molekulnya menjadi betuk segi enam yang indah. begitu juga apabila kata2 yang positif dibacakan pada air. Sebaliknya apabila kata2 negatif dibacakan pada air atau dilekatkan pada botol air, bentuk molekul menjadi buruk. Tanpa merendahkan hasil penyelidikan Masaru Emoto, sekumpulan doktor di Universiti Gajah Mada juga pernah membuat kajian pada air. Mereka membacakan al-Fatihah pada air dan hasilnya, molekul dalam air yang dibacakan al-Fatihah memiliki kualiti yang jauh lebih bak daripada molekul air yang tidak dibacakan surah itu. Mereka melakukan kajian itu lebih awal dari Emoto. Apabila disusuri lebih jauh, Nabi Muhammad sering memanfaatkan air sebagai ubat bagi menyembuhkan pelbagai penyakit.

Penulis juga menceritakan kehebatan solat tahajud yang telah menyembuhkan penyakit kulitnya yang dideritai bertahun2 sehinggakan tiada doktor mampu mengubatnya dan didiagnos incurable. However, berkat solat tahajud,kulitnya pulih seperti asal malah lebih baik lagi. Beliau juga telah mendapat tajaan dan biaya dalam menghabiskan ijazah kedoktoran di mana ada seorang hamba Allah telah bermurah hati untuk sponsor his studies in PhD. Ada sebuah kisah lagi di mana beliau teringin untuk menunaikan haji tetapi tidak mempunyai wang yang cukup. Lalu beliau memohon sepenuh hati dalam solat tahajudnya supaya dapat pergi haji tanpa mengeluarkan belanja. Beliau mendapat tawaran but the offer only for himself, excluding his wife. Lalu beliau reject the offer and berdoa lagi sepenuhnya dalam tahajudnya supaya dapat bring his wife along with him to hajj. One day one of the travel agency offering the sponsorhip of pilgrimage to Mecca for him and his wife.

Dalam buku ini juga menyatakan hormon2 yang dirembeskan oleh human body semasa wuduk, ketika tahajud dan after tahajud. The hormones released can cure and heal a lot of diseases and can cure every disease in our body. The practical on tahajud solat also been discussed here, not to mention it tells us how tahajud become our direct and private communication between us and Allah.


InsyaAllah hopefull all of us can benfit from this.

 

7 comments:

  1. Wow. Great sharing.

    Yang bestnya, I received this book as a gift. Tapi duduk di dalam almari buku. Alhamdulillah your sharing is good sampai buat I berminat membaca buku ini.

    Thanks dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bacalah buku ni memang best. Sebab penulisnya menggabungkan penerangannya dari segi rohani, spiritual, saintifik dan pengalaman sendiri, ditambah dengan dalil Quran dan hadis...memang bagus penerangannya

      Delete
  2. Masya Allah...what an interesting book B&C. Thanks for sharing it here...

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga2 kita semua mendapat manfaatnya. I myself sedang mencari kekuatan untuk bangun malam

      Delete
  3. Alhamdulillah..thanks for sharing this informative book. Semoga kita semua mendapat manfaat dari solat tahajud. Amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen...Dan moga2 kita diberi kekuatan melaksanakannya secara istiqamah..Insya Allah

      Delete
  4. boleh beli disini online tak? Saya tertarik dengan buku ni.

    ReplyDelete