Friday, 9 November 2012

Memahamkan ibu bahawa kita ini 'lain'.





**Cerita lama. Tapi kesannya mak I dah kurang sikit 'kebisingan'nya pasal I belum ada anak

Masa Raya hari tu, family saya  dan kami suami isteri pergi rumah sepupu mak. Sampai2, terus sepupu mak tu tanya "Tak beranak lagi?"
Saya jawab "Tak ada".
Dia tunjuk anak lelaki dia (nama samaran : Abang Lan) , "Ha...nanti kau jadi macam dia tu haaa.."
Abang Lan jawab dengan lemahnya, "Belum rezeki lagi....."


Isteri abang tu kat belakang, langsung tak ke depan salam kami. Then makcik tu cakap dengan kami, "Isteri dia tu (dia: anak lelaki dia) jenis tak mesra dengan orang." Mak sambut, "Tak apa la.."


Sampai di meja makan, makcik tu sambung lagi, "Tu lah, dah suruh ambil anak angkat, dia tak mahu.."
Mak jawab, "Ye la kak, anak angkat ni bila dah besar problem aurat.."
Makcik tu tak setuju,"Alah..susukan la..jadi anak susuan.."
Mak sambut lagi, "Kadang-kadang kasihnya tak sama, kalau anak angkat tu buat hal, mak bapak angkat terlepas cakap kasar..maklumlah anak angkat.."
Makcik tu sambung lagi, "Dah jumpa doktor, dua-dua tak ada problem. Dah 15 tahun kawin tu. Anak engkau ni dah berapa tahun kawin (i la tu)?"
Mak jawab, "Dah 2 tahun lebih.."
Makcik tu, "Anak si Timah (bukan nama sebenar) tu sama kawin dengan dia (tunjuk i) dah dua anaknya."


Semua terus makan..Malas nak layan.


Kemudian I pergi depan. Mak dan sepupu kepochinya tu berborak berdua. Balik.


Dalam kereta, mak mengadu (hasil dari perbualan mereka), rupanya2 adik beradik dan sepupu sepapat mereka (duduk dekat2), mostly semuanya mengalami kematian anak- ada yang eksiden, ada yang sakit, ada yang demam sehari terus masuk wad dan meninggal, ada yang mati dalam tidur, ada yang lari langsung tak balik2, etc


Saya yang masih marah dengan makcik kepochi tu terus cakap,
"Hah tu la, agaknya masing2 semua pernah mengata abang Lan dah 15 tahun kawin tak beranak, Tuhan ambil anak diorang masing2!. Cerita pergi Mekah berdegar2, tudung labuh macam Batman, tapi mulut hanyir!Cash Tuhan bagi!"



Mak terdiam. Semua terdiam dalam kereta. Mak sambung dengan lemahnya, "ye la agaknya la kot.."


Ayah nak neutralkan keadaan, dia buat statement, "Si Lan tu badannya besar ya, macam Hulk Hogan. Dulu kecik je dia."


Mak gelak2, sambut "Iya kan bang..dulu kecik, sekarang besar betul badan dia.."


Saya menjawab lagi, "Mak ayah ingat, badan Abang Lan tu besar dia makan banyak ke? Entah-entah dia telan pil doktor (i maksudkan pil kesuburan) mana kita tahu. Orang mengata macam-macam, yang sengsara orang macam kami la. Ingat isteri Abang Lan tu tak mesra sebab dia sombong ke? Dia segan dan malu tau, orang asyik tanya pasal dia tak beranak, terus dia malas jumpa orang..Telan pil kesuburan ni buat badan naik tahu tak? Mak tahu tak Aunty Minah (bukan nama sebenar, isteri adik mak) tu gemuk sebab dia telan pil doktor nak anak? Dia cerita sendiri dengan saya tahu! 13 tahun nak dapat anak kedua dia tu, dah macam2 benda dia telan, mak dengan adik beradik mak bukan tahu, tahu mengata dia gemuk je.."


Mak terkejut. "makan pil doktor tu badan naik ye..? Oh ye ke..la mak tak tahu..patutlah badan kau naik mendadak.."


"Yelah! Takkan semua usaha nak cerita kat orang. Mengada lah semua benda nak cerita kat orang."


Ayah diam je, dan mak sambung lagi, "hm...tak payah la kau makan pil2 doktor tu lagi, anggap je la belum rezeki..kalau yang tradisional tak ada ke?"

"Ada, tu la yang saya tengah usaha sekarang. Tapi takkan nak cerita. Mak pun jangan la tiap kali saya cerita pada mak, mak pergi tepon semua adik beradik mak, cerita kat kawan-kawan surau mak..Saya boleh terima, tapi suami saya belum tentu dia terima.."

Husband menyampuk, "Mulut orang kan..belum kawen bising anak dara tak laku, dah kawen bising pasal anak.."

I sambung, "Huh, mak puji la sepupu mak tu, saya tetap tak suka dia..!"

Mak pertahankan sepupu dia, "La..apesal pulak..dia bukan kata kau je, dia mengata anak dia jugak.."

I lawan lagi, "Sebab Abang Lan tu anak yang baik la Abang Lan dengan bini dia tu sanggup berulang dari rumah sepupu mak tu ke tempat kerja dia (rumah ke tempat kerja ambil masa sejam, sebab Abang Lan ni nak jaga mak dia, padahal Abang ni dah ada rumah sendiri yg dekat dengan tempat kerja dia), kalau anak lain yang kecik hati dengan mulut mak dia, dah lama agaknya sepupu mak tu kebulur sorang2 dalam rumah dia."


Terdiam. Sampai terlelap. Tau2 dah sampai rumah.


Rasanya ni lah I kali pertama macam melawan dan tinggi suara pada mereka. selalunya, I just like "ala mak.." or "ye la mak.." or "mak tak faham...".. Hasilnya, mereka dah faham.Faham yang jalan hidup kami tak serupa dengan pasangan lain. Faham yang bahawasanya perkara ini jangan digelak-gelakkan, jangan dihina-hinakan, jangan dipertikaikan, dan lebih baik tak payah cakap apa-apa pun lagi bagus..

42 comments:

  1. dear, terkesan sgt entry ni dekat hati zana..

    pasal berat badan naik sbb makan pil kesuburan tu, zana masih simpan jer.. x bgtau orang lain.. bila org cakap berisi, zana bgtau zana senang hati.. padahal, ubat tu salah 1 faktor berat badan naik.. huhuhu..

    pasal sepupu mak tu, rasanya menantu dia mesti banyak makan hati kan.. tp dia tetap sabar.. bagus betul.. tabah sangat2 hati dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan..takkan la benda tu nak cerita2 pada orang..walaupun doktor cakap fertility drugs tu tak bagi kesan pada weight gain, kita boleh lihat perbezaan orang TTC yang ambil ubat kesuburan dengan orang TTC yang tak ambil ubat kesuburan langsung. Beza sangat.


      I pun rasa menantu makcik tu banyak makan hati, dia pun tahap obese juga macam husband dia..tabah sangat2..masa nak balik i salam juga la dgn dia..dia ok je, senyum je..maybe sbb dia tahu i dan dia senasib

      Delete
  2. BnC, sama situasi yg yani tgh alami ni, org ingat badan naik sebab tak de usaha nak kuruskan badan. tak dinafikan yani mmg jenis badan besar dari mula datang period dulu, badan naik mencanak-canak. tapi bila start makan pil kesuburan dari doktor kerajaan, badan susah nak susut walaupun kawal makan dan bersenam. Orang hanya tahu kutuk, kutuk dan kutuk. Tapi tak pernah nak ambil tahu dan fahami situasi kita. Ye betul, orang macam kita ni tak nak cerita semua benda (usaha TTC) kita pada orang, tapi tak perlulah nak jatuh hukum sewenang-wenangnyer...

    alhamdulillah, bila yani dok berbual dengan mak sendiri, kadang-kala terpacul dari mulut mak sendiri, buat apa nak rush-rush beranak pinak? mak siap suruh enjoy dulu...kalau rasa lambat sangat, ambil je anak angkat, bantu org lain yang tak mampu bela anak....which is yani rasa bersyukur sangat-sangat mak tak pressure kami suami isteri untuk ada anak walaupun dah 2 tahun berkahwin. belah mak mertua pun tak de la tanya direct, cuma kadang-kadang ada tanya pada encik suami bila encik suami balik rumah mertua sorang-sorang.mungkin nak jaga hati yani lagi....masa depan tak tahu lagi la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang memang tahu mmengata & mengutuk je, padahal dia tak tahu apa2..kalau kita cerita pun mereka tak akan faham..so lebih baik tak payah cerita langsung..samada kita senyum je atau laser mereka balik..

      baguslah family 2-2 belah Yanie ok dan masih hormat...hormat tu paling penting.kalau dah hilang hormat, situasinya lebih derita...so far Alhamdulillah kan..

      Delete
    2. me dulu, mula2 mmg decide taknak cerita sbb org takkan faham. tapi dah sebab lembab sangat nak faham dan takkan faham-faham, i ambik keputusan untuk Bagitau je. biar diorang tau. mmg annoying la sket perasaan mase tu, lepas bagitau diorang leh kata "laa yeke ko usaha..ingatkan tak usaha lansung" rase nak sepak je. i ckp Takkan nak citer hal dalam selimut dgn korang semua? hal pegi check cucuk2 dgn dokter sana sini smua nak citer?" baru la semua diam n support i..tahape2..terpakse buat bende yg kite taksuke sbb nak bagi org faham. walaupun takpenting pun utk diorg faham. haih..

      Delete
    3. kalau macam tu situasinya, cerita pun ok juga kan...since your family faham dan mula support, itu pun dah besar rahmat..kalau macam my family, i tak tahu la macamana tapi my mum tu memang marah bila i dilihat seperti tak buat apa2..so bila i dah 'melawan' tu barulah 'slow' sikit mulut dia..slow sikit bukan faham terus langsung

      Delete
    4. tu la that's why sometimes kite terpakse cerita hal2 treatment, cost2 treatment ni smua semata2 nak dpt baby. kite mmg rasa tak comfortable nak citer hal ni smua, tapi mmg kdg2 perlu gak nak citer, bagi diorg tau kite ni sbenanye ambik berat jugak hal ni, bukan buat pekak je. i kalau orang tanya dulu kdg2 i ckp terus "duit dah berapa ribu habis semata2 nak jawap soalan korang ni"
      diorg terus terdiam n baru nak faham kite mmg bersungguh2. yg kelakar nye bila kite citer hal treatment, diorg ckp pulak "takpayah la bazir2 duit buat treatment ni makan ubat mcm2 terok nnt badan kau" Zzzz....smuanya nak act like mr/mrs know-it-all.

      Delete
    5. dah pulak cakap macam tu pulak ye...baru nak faham konsep rezeki..nak act as mr/mrs know-everything tapi nasihat mereka kedengaran lucu.

      Delete
  3. bnc, i rasa nk pegi peluk n cium pipi u kuat2 pas bace entry ni. cayalahhhh!

    belah i tak banyak bising pasal takde anak dulu, sbb ade sowang pakcik i ni kawen 10thn br dapat anak tp belah husband yg mulut longkang. mula2 i tahan, tp pastu i mengata gak, biar takda anak drp dapat anak suma tak menjadi, rempit bohsia. baru derang diam

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila you dah mengata balik, baru mereka faham kan yang bahawasanya anak ramai pun tapi angkuh belum tentu Tuhan bagi yang sempurna..i wish i can the same thing to other people yang taunya beranak lepastu mengata orang tak beranak..

      Delete
    2. or u could try my husband generic answer.

      "dah kat atas tu kata belum lagi, kita kat bawah ni nk kata apa? apa awak bole lawan dia bagi kami anak ka?"

      tobat pastu dia tak tanya papa dah. hahahahah.

      Delete
    3. husband you punya jawapan --'dush!!' pada yang asyik bertanya tapi tak faham2..
      #lembuttapipedas


      Delete
  4. Saya yang masih marah dengan makcik kepochi tu terus cakap,
    "Hah tu la, agaknya masing2 semua pernah mengata abang Lan dah 15 tahun kawin tak beranak, Tuhan ambil anak diorang masing2!. Cerita pergi Mekah berdegar2, tudung labuh macam Batman, tapi mulut hanyir!Cash Tuhan bagi!" ---> I LOIKE!!
    hahaha...takpe lah nnt kalau u rasa ape u ckp tu mak u mcm terasa hati, u minta maaf lah balik. memang bende ni kite kene tunjuk kite sensitive n kite ni berusaha sbenanye bukannye kite wat takreti je kalau takde anak...die tattau mcm mana seksa kite TTC ni, tau nak mengata je.
    baru2 ni hubby i citer yg toksdara dia sedih sbb anak lelaki lima2 orang jadi penagih, khabarnya masa muda suka sangat bangga dgn anak yg ramai (i tak ingat anak pompuan brapa org) tapi bila yg lelaki lima2 org drug addict, terus tak jumpe saudaramara. i senang je ckp Ha tu lah mase muda bangga kan anak ramai, dah besar smua drug addict buat hape?
    SEMUA lak tu, iskkk mintak jauh lah. sbb tu jgn riak sgt, lom tentu untung kalau anak ramai. kalau anak ramai tapi semua leh bawak kite ke syurga lain lah. kalau masing2 mcm tu, menjawap la bile mati nanti. Orang skang ni tak pikir bende tu, yg penting yg belum kawin mesti kawin, kalau tak kene kutuk, yg dah kawin Mesti ada anak, kalau tak, kene kutuk. its like the Rule of Life, itu lah pendapat orang kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tak minta maaf pun..haha dasar anak degil..takpe la, at least dia faham. dan mungkin dia baru tahu kenapa i selama ni diam bila dia asyik mengata i badan naik, sebab dia ingat i suka makan mewah2 dan enjoy2 je..

      Insafnya baca cerita tok sedara husband you tu..semua anak lelaki jadi drug addict..i ada juga pakcik (suami kakak mak) yang bangga dengan manhood dia anak ramai, pastu selalu ejek makcik i yang childless tu, ni skg ejek i pulak, anak dia 9 orang, 7 orang lelaki, 2 je perempuan. 2 perempuan tu Alhamdulillah walaupun tak belajar tinggi mana tapi hidup senang sebab kawin dengan orang berduit..5 anak lelaki --semua hancur, drug addict 2 orang, lagi 3 orang tak kerja tetap dan masih bergelut dgn hidup (w'pun umur mereka over 30), setiap kali kami datang, anak2 lelaki makan masakan emak mereka (makcik i) tapi nyorok2 sebab makcik & pakcik tipu kami kata diorang kerja..pernah sekali masa mak bapak i datang, polis ambush rumah tu, tapi mereka masih menipu kata polis buat rondaan. so, bila pakcik tu bising2 kata makcik i (yg childless) and i mandul, mak i balas, "takpelah tak ada anak, kalau ada ramai tapi penagih pun nyusahkan jugak.."

      Lesson buat diri sendiri - semua yang ada pinjaman semata2..Allah bagi suami so yg dah berkahwin tak usah yakin sangat cintanya pada isteri seorang seumur hidup. Yang ada anak tak usah yakin sangat hidup sudah lengkap dan sempurna..Orang melayu ni itulah typical narrow minded mentality susah nak ubah..kita ni golongan yang fight the world.

      Delete
    2. betul...smua ni Rahsia Allah, and Dia rancang semua ni bersebab, yang anak sikit/susah dpt anak, pahala kita masa berusaha dan masa kita selalu berdoa. tapi yg cepat dpt anak or anak ramai, pahala masa mengasuh dan mendidik anak dari kecik, dugaan tu datang masa anak dah besar2. tu semua bahagian memasing cuma bagi kita yg lama TTC ni, mmg rasa mcm lebih baik dpt anak lambat/anak sikit dari dah besar semuanya buat kite menangis.
      i pernah visit rumah warga tua, i tanya sorg2 makcik kat situ, semuanya anak 5 6 org, ramai lepastu keje oversea, ada yang keje mewah2. kenapa letak mak kat situ pulak?
      lagi la i sedih, time tu terus insaf gilaaa. terus berdoa lebih baik lah aku takyah ada anak kalau dah tua nanti anak aku campak aku ke rumah org tua. -__- apa2 pun kita nak judge org pun takleh kan, smua Allah ada sebab. biasa la bile kite emotional, kita mmg fikir semua bende mcm ni kan :P lagipun org suke2 judge kite boleh pulakkk.

      Delete
    3. yup exactly...bahagian masing2 Allah dah tentukan..macam orang yang bunting pelamin, awal2 perkahwinan kalut sikit la baru nak adapt marriage dah nak adapt parenthood, tapi yang advantagenya bila mereka dah berumur, kurang sikit tanggungan dan dependability anak2 terhadap mereka. Yang lambat dapat anak ni, time ni la kita seronok2 dgn husband, takde tanggungan, and dapat anak pun lambat, then masa barumur tu kita kena fikir lebih sikit pasal anak yang baru nak mendirikan rumahtangga/baru nak masuk universiti for example..bahagian masing2 so tak perlu nak pertikaikan kehidupan orang kan..

      Delete
  5. kekadang mak atau family terdekat kita ok jek, tapi dek sbb mulut busuk yg asyik mendesak tu yg diorang pun terdesak utk mendesak kita.. mmg susah nak bg org yg tak senasib ni paham. lagi pulak org yg buat2 tak paham - makin nyakitkan ati jek.

    kuatnye semangat menantu makcik tu ye.. bkn senang nak lalui tempoh 15 thn tu. sy yg 5 thn ni pun kekadang rase nak lari duk pulau takmo jumpe org huhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..agreed...i pun tak menafikan yang my family turut kena tempias orang bertanya,"bila nak dapat cucu?" "bila nak jadi datuk/nenek?", "tak teringin ke nak buat majlis cukur jambul cucu sendiri..".. teruk betul la orang2 bertanya tu..hihh.


      yup..i tak boleh bayang kalau i berada di tempat dia..15 tahun! tempoh yang sangat lama..dia insan yang dipilih oleh Allah.

      Delete
  6. Betul..berat dah nk dkat 80kg..dulu mse kwin 53kg je..
    Stress plus ubt jd giant haha..kdg2 nangis sorg2.dahla gemok,xde ank plak tu.
    Sy pn cm bini abglan tu..kalo bole xnk jmpe org da..
    Las week adik tunang,org2 yg dtg sempat perli.'rse2 adik ko jd mak dulu ni'
    Dlm hati sy mmg doa bile lpas adik kwin dia akn terus bunting pelamin sbb xnk dia rse apa yg sy rse slme 4 thn ni..
    Biar sy je rse semua pahit maung ni.uwaaa hihi..hopefully sy akn dpt ank sedara yg comel2 :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah anak sedara comel2 macam mak sedaranya juga...


      Same here..bila agak2 emo tu, boleh pula meratap depan husband, 'dah la gemok, anak tak de..agaknya mesti orang fikir, "dia tak beranak sebab laki dia tak selera nak tidur dengan dia, gemuk sangat.."...'...husband kata mana ada orang cakap macam tu, you je yang fikir bukan2..then bila dah ok, terus cari jeans dan heels keluar tengok wayang or shopping...terus rasa nikmat..


      Delete
    2. Now ive hannah..i feel so relieved..luv her so much,dpt lupe kn sikit2 bout anak ni..

      Delete
    3. oh really..u jenis pandai jaga tak apa..i tak reti nak keeping pet..

      Delete
  7. Agreed with u dear, mmg kdg2 org luar xpetnah nak paham ape yg ttcian rase... They just like put the blame on us without knowing susahnye kite semua nak berttc nih.... Kdg2 i prefer to be silent rather than nak explain everything to them... Juat a simple answer to them "belum rezeki lagi + senyuman paling manis" :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang, kita dok explain clear macamana pun, paling baik pun mereka cakap "kesian..."...kesian, padahal bukan penyakit apa pun, belum ada anak je..

      So, lebih baik diam dan beri jawapan macam you..

      Delete
  8. Hi b&c :)

    Sama la, i pun selalu diam & senyum je bila org bg tips senang mengandung, padahal sama ada i da try tips tu sebelum dia ckp atau tips tu tips tidak berdasarkan sains (i.e ko kena bagi air ko keluar dulu, barulah air laki ko boleh masuk dalam mangkuk ko tu)

    Sekali je baru-baru ni i jawab baik-baik kat satu aunty ni sebab dia pn ttc second baby. I xnk dia slh phm plk. (i.e ko makan ubat kecik kuning tu, tu ubat subur - acid folik. I jawab, oh, itu acid folic, fungsi dia untuk mengelakkan baby ada masalah saraf. Senyum.

    I have decided to resigned to focus on ttc-ing. Been ldm for 1 yr plus. Rs mcm selagi belum ada baby, i taknak kerja. Org plk duk sibuk tanya bila nak kerja la, tak boring duk rumah lah.. Takkan nak cakap, da mengandung baru i nak kerja? Maka solution ialah senyum je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi aNis LeMoN aBu.

      diam & senyum memang terbaik..tapi bila kesabaran telah teruji sekian lama, maka terkeluar perkataan yang kurang enak..kdg2 tips mereka tu dah buat banyak kali, tak jadi pun..! hehe..

      pasal acid folic tu kan, my biras pun ckp benda yang sama..i rasa nak je explain kat dia tapi fikir2 malas pulak..dia soh i makan acid folic supaya boleh pregnant, padahal kan fungsi acid folic tu yang macam you wrote above kan..? malas nak explain..

      i pun resigned, tapi resigned dari drugs, i nak try naturally dengan alternative supplements. I dulu pun tenang bila tak kerja, bila kerja sakit hati layan pertanyaan dan remarks bodoh..My opinion, kalau nak kerja, cari company/workplace yang majority non-Malay. I dah rasa 2-2 type of company (Malay majority & non-Malays majority) , sangat2 la berbeza..yang non-malay majority tu, i bahagia sebab mereka respect me. yang malay majority tu - macam taik masing2 dah i tengok..*marah*..

      just my 2 cents

      Delete
  9. Salam, tumpang lalu nak share juga sikit. Makcik saya ada sorg which is isteri adik lelaki mak saya. Dulu dia pernah buat statement "Ko tu mandul!" (tuju pada kakak saya yg lom dpt zuriat sendiri). Tapi nsb baik kakak saya jns extra vaganza sbr. Kalau saya kene xtahu la mcmn.
    Yg saya kene lak; Dia suh saya amik anak angkat. Dia rekemen la mana2 yg patut tu, dalam masa yg sama sepupu saya, anak pempuan makcik saya ni sekat2 la mak dia spya jgn ckp mcm tu pd saya. Anak dia lbh memahami wpon baru ada ank sorg. Time tu hati saya still kebal. Mls la nak amik ht. Time x emo, ok la. Lupa la saya jwb apa. Sengih2 camtu je kot. Kalo reason dia suh amik ank angkat tu smntra atau sbg pemangkin utk dpt zuriat drpd rahim sendiri, xpe jgk saya blh terima. (Mcm yg prnh dicadangkan oleh pakkcik - suami adik mak saya). Katanya selalu2 lah main atau pinjam anak2 sapa2.

    Kenapa diorg ni gelojoh sangat suh amik ank angkat sdgkan kami baru ttc baper thn jer. Time tu rsanya saya dh peknen kali pertama tp x tahu n kjp je gugur pastu. 5weeks lbh. Banyak lg masa yg kami ada untuk usaha sungguh2. Jgn la buat mcm dah tak ada chance langsung nk dpt ank kandung.

    Susah btl berhadapan dengan org yg jns x faham walopon umo dah lanjut!

    Nasib baik family saya n mentua x prnh mendesak, even suami sendiri. Mak saya selalu ckp, ala..nnt2 ader la tu. xyah nk tnjuk yg kita ni nk ank sgt lah. Jiran2 saya pon prnh bz body tanye pd mak saya. Mak saya jwb, kalo ada, ada la tu, leh nampak..xyah nak citer2..Nsb baik bkn saya yg jwb sendiri, kalo tak mesti lbh pedas kot kat jiran2 ni. Sebab diorg ade ank kecik pon biarkan keluar mlm. Yg remaja tok sah citer la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak u sangat super duper sabar..! dan makcik tu memang la mulut @#$%&!! *emo*

      i pun setuju juga la dengan mak you, tak yah tunjuk sangat nak anak, bukan ego atau menyorok, tapi belum ada anak bukan la satu perkara memalukan atau perkara yang salah..

      And i setuju sangat dengan pendapat you, our society (and sometimes or some of our family) macam gelojoh sangat suruh kita beranak. Tuhan kata belum, maka belum lah. Tuhan kata jadi, jadilah. Apa setiap kali pancut tu terus buncit ke? Tak kan..Kalau setiap kali pancut tu terus jadi, entah berapa banyak la manusia yang ada kat muka bumi ni..sebab tu la sabar tu penting..dan bukan kita je yang belum ada anak, ramai lagi pasangan yang belum ada anak dan ramai juga yang tak anak langsung..and orang Melayu as i said earlier, semuanya nak ikut aturan ideal..mana boleh macam tu kan..? eh sorilah terpanjang pulak luahan hati

      Delete
  10. nak kongsi sikit, jemput tengok blog saya,thankz
    http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. entry yang sangat best..double like!seriusly mula-mula aku ambil jln mudah, tak menjawab and senyum and jawab dgn jawapan yang sama, xde rezeki lagi..tu first stage..but then bila still juga kna "bahan" sabar pun boleh hilang...lebih2 lagi kalau asyik dari org2 yang sama..eh..macam tak faham2 pulak kan..ke buat2 tak faham..mula la masuk ke second stage~
    u pun tau how laser i have become recently with those type of people..hmmm..alhamdulillah..lepas tu baru reti nak diam dan x cakap2 dah perkara2 yang kita tak suka...tp my sorg SIL ni plak kalau dah dasr mulut longkang tu memang xble buat apa la...kita cerita supaya dye faham tapi dye plak wat pandai2 buat cerita kita tu cam cerita sensasi..so, the best thing i buat utk org macam ni, avoidance...hmmm macam2 hal yg kita dah encounter through this journey kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I masih di first stage...belum lagi stage yang kedua tu..mungkin akan datang akan masuk 2nd stage tu..ye lah kan..asyik tanya je, tak faham2 ke kalau perut kempis tu belum la lagi pregnant..kalau da buncit tu, pregnant lah! kadang2 nak je cakap mereka tu 'bodoh' sebab tanya soalan bodoh..sindir pantun pun ok, 'sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula..' eh ehe ehe hee..

      i pun ada biras yg jenis mcm your SIL tu..ada la my SIL dah 2 tahun kawen masuh belum pregnant then dia ada la buat treatment..my biras ni mulut sensasi pergi korek cerita my SIL and cerita pula pada kami & family lain. Dulu biras ni ada la nak korek2 hal kami & siap bagi tips bodoh, tapi i dgn husband kami tak suka cerita hal dalam kain pada orang (kalau kat blog anonymously- different story) so lepas tu dia pun mcm paham yg kami tak suka dia..most of the time i memang malas nak layan pok pek dia then dia paham sendiri kot dia nak pok pek dia tuju pada husband, tapi husband pun sama, lagi kejam, kalau biras tu pok pek husband blah macam tu je..hihihi..tapi padan muka dia la, at least dia segan sikit dengan kami nak bagi tips dalam kain tu..skg dia bagi tips pada my SIL tu pulak..biarkan.

      mmg mcm2 hal yang kita deal thru this journey, baru tahu siapa yg bermentaliti classy dan siapa yang bermentaliti 3rd class..bukan hina..tapi fakta..

      Delete
    2. exactly! tru out ttc journey, i dah encounter ramai yg berkerjaya tp mental masih 3rd class. n i dah pernah diputuskan kawan pasal ttc hanya sebab derang subur dan tak pernah rasa ttc so mulut dan pikiran 3rd class, pernah dicop takkan dapat anak sbb tulis kat blog yg i envy those pregnant ladies.

      bc ur comment, br i sedar, those are all 3rd class mentality, tho they act classy.

      insyallah kita tak tergolong macam derang

      Delete
    3. couldn't agree more..peliklah kadang2 kerjaya bukan main tinggi, pendidikan bukan main gah tapi pemikiran sama je macam budak tak sekolah..rasa nak gelak je tapi hati ni masih nak jaga hati kawan..i pun ada some friends yang putus terus because of this, sebab i fikir tak guna kalau kita stay with the same notorious and inconsiderate person semata2 hanya nak jaga hati dia, lagipun ramai lagi umat di muka bumi ini yang lebih senang untuk berkawan..InsyaAllah kita tak tergolong macam orang yang kita tak suka.

      Delete
  12. Same laaaa.. My biras sblh hasben siap ckp ape lg kt i ble blk kg? Eh akk igt ko nyer pwot to besar ada baby! Tak rupenye! Walhal kn die tu pon sma gkda 20 taun kwin xde anak. Udahnye adopt 2 ank agkt. Susah org yg x muhasabah diri ni. Ksian pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh tak reti jaga hati orang..!! Kalau ada baby atau tak ada baby, diam2 je boleh tak...kan? Nyibuk je hal perut orang, jaga la perut sendiri..eh eh termarah your biras pulak..sebab perangai dia sebijik macam my biras belah husband..nyampah..i dah malas nak layan dia, lagipun ada 1 kali tu dia boleh jaja cerita tak benar pada family, so i up kat facebook (wpun i bukan active facebooker) pasal dia, sejak dari tu terus apa2 hal dia cerita pada husband, skg pun husband tak layan sgt dia, so kalau dia tanya apa2 kami diam je, terpaksa dia panggil nama husband..padan muka.lantaklah dia.bukan apa, i tahu dia jeles/risau kalau i and husband jadi kesayangan keluarga instead of her yang selama ni seorang menantu perempuan.

      Delete
  13. sayu baca entry ni.. meleleh air mata...rasanya ni minggu drama air mata kot... air mata murah sangat sekarang ni... saya, alhamdulillah xde masalah dlm keluarga bab2 anak ni..baik keluarga sendiri atau keluarga mentua..tp baru2 ni masalah rakan sekerja pulak kat opis...siap kata2 dia tu mcm satu hentakan maut kat kepala saya ni..

    kejadian tu dah mggu lepas.. tapi baru hari ni nak luahkan kat hubby..dah x terkata sebenarnya. terfikir betapa beratnya dugaan 6thn++ berTTC ni..


    *lap air mata*

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab rakan sekerja i memang dah pernah rasa untuk setahun...rasa nak bunuh je dia kan..? hahhaa..tak lah gurau je..

      sakit hati sampai teringat2 setiap masa dan setiap terpandang meja dia atau barang2 dia atau terserempak dengan dia..

      Delete
  14. kak,saya pernah mengalami ape yang akak alami.. memang pedih hati ini, hanya tuhan je yang tahu..memang mungkin belum ada rezeki lagi..sabar ye.. cume saya nak kongsi tips, apa kata akak makan kurma 7 biji sehari, sambil tu niat lah.."YA ALLAH, YA TUHANKU..JANGAN LAH ENGKAU BIARKAN AKU & SUAMI KU DI DUNIA & AKHIRAT KESEORANGAN, TANPA MENINGGALKAN ZURIAT. KURNIAKAN LAH KAMI BUAH HATI (ZURIAT). Kuatkan lah juga rahim & peranakkan ku agar aku mampu mengandungkan anak ku sendiri.."

    mane tahu kak, ada hasilnye..alhamdulilah 3 bulan saya amalkan akhirnya, tuhan makbulkan juga. saya hanya nak berkongsi sahaja, maaf lah juga segalanya akak dah usahakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah dik akak akan amalkan petua ni, petua ni yang paling senang tapi yang akak tak pernah cuba lagi. InsyaAllah..

      Delete
    2. xpe..kita usaha je..mane tau ada hasilnya.. =) senang-senang lawatla blog saya.. tapi saya x se-aktif akak tulis blog..ikut mood..=)

      Delete
    3. akak pun tak aktif sangat menulis..rajin baca tapi nak update malas..

      Delete