Sunday, 5 August 2012

Petikan (potongan) hadis tentang perempuan yang tidak dapat anak

UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata :

"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :


1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

I letak di tajuk tu "Petikan", sebab actually banyak kali juga baca benda ni online dan offline dan ada juga dipetik oleh beberapa pakcik makcik atau sahabat taulan kurang cerdik mereka quote the bold line tu.

Diingatkan bahawa hadis ini adalah hadis palsu.

Dipetik dari Tazkirahs, Kujie2, NeezaShahril.
"Hadis ini disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitab beliau kumpulan hadis maudhu (palsu); juga dihukumi sebagai hadis maudhu (palsu) oleh Asy-Syaukani dalam kitab Al-Fawaid Al-Majmuah dan juga oleh Al-Albani dalam Silsilah hadis lemah dan Palsu.

Kesimpulannnya hadis ini PALSU.

Hadis ini disebutkan dengan sanadnya dalam kitab “Al-Amali” atau “Al-Majlis” karya : Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain bin Babawaih (w. 381 H) dan dikubur di Ray di Iran. Beliau termasuk ulama Syiah."




Mana la tahu kan tiba-tiba Raya nanti ada pulak orang quote hadis ni terus cakap tikar kat corner rumah lebih bagus dari kita ni..

Terus jawab: (senyum sindir dulu) Dapat mana hadis ni? Facebook ye? Tak tahu ke hadis ni hadis palsu? Kesian...Check semula ya..(senyum sindir lagi - bertambah pedih..hahahaha!)



Boleh juga nak baca hadis palsu yang lain di sini: Ustaz HafizFirdaus, MUIS, Tajdid-dakwah.  

10 comments:

  1. fuh...selalu gak dengar hadis nie. xpernah check plak sblm nie. baru tau palsu. thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila fikir semula, takkan la Prophet Muhammad PBUH mentioned those things, sebab Baginda dan isterinya Khadijah dapat anak pun lepas 20 tahun berkahwin, Baginda dapat anak pun after baginda diangkat menjadi Rasul. Plus, beberapa orang isteri Nabi2 terdahulu pun mengandung pada akhir usia mereka.
      Tapi you boleh la nak cari rujukan yang lebih mantap..

      Delete
    2. i pun taktau Rasulullah saw dpt anak after 20years. kalau mcm tu kite yg takat baru 2 3 tahun ni apalahhh sgt, baik cari ilmu dunia dan akhirat dari menangis tunggu zuriat ye tak. maknanya siti khadijah dpt anak pada umur lebih kurang 60an? wow. Kuasa Allah.

      Delete
    3. I baca tentang Nabi Muhammad lewat mendapat zuriat di sini

      http://gettingbaby.blogspot.com/2012/08/salah-berdoa-atau-dosa-silam.html

      Isteri2 Nabi yang lain pun bore no child with Prophet Muhammad

      http://idealmuslimah.com/family/infertility-miscarriages-birth-control/206-infertility-among-the-mothers-of-the-believers-

      Delete
  2. chop chop, erm, hadis tu palsu kan, tp yg kenyataan kat bawah tu? yg 4mende tak ley makan tu? camne? sahih ke palsu gak? *sorry tanye, conpius sket*

    ReplyDelete
    Replies
    1. This whole hadis palsu. Palsu yang direka2 untuk some benefit/interest. Kalau palsu, tak boleh dijadikan hujah/beramal langsung. Kalau hadis lemah tu, mungkin lemah dari sanad atau matan. Means, kalau nak beramal sorang2 boleh tapi tak boleh dijadikan hujah/disebarkan .Mungkin datang dari Nabi tapi tak berkesinambungan perawinya dan ada keraguan pada perawi. Tapi yang ni, palsu langsung,bukan setakat lemah. Palsu, means exactly bukan dari Nabi.

      I quote yang pasal perempuan tak beranak tu sebab ada pernah orang quote this line pada I masa tu belum kawen lagi then ada sebut nak achieve my dreams, terus pakcik makcik tu kuar hadis ni..dulu I terkedu la..tapi tak la sentap sebab belum kahwin. Kalau lepas ni ada lagi yang quote this hadeeth, memang I nak senyum sindir..haha..

      Delete
  3. SERIOUSLY!!! FUHHH ALHAMDULILLAH!!!
    i have to tell my husband! sbb before kitorg kawin lagi dia dah hantar sms panjang berjela dkt i pasal hadis ni, tapi i just anggap Rasulullah mungkin bermaksud di awal perkahwinan saja dilarang makan makanan2 tu, sebab SUSU dah tentu la mmg ELOK utk kesihatan semue org, mengapa pula nabi nak larang kan? CUKA tu mmg logik lah sbb dia acidic tapi bila tgk balik org arab mmg akan makan cuka tapi bukan cuka mcm cuka buatan kat negara kite ni..they said apple vinegar ke ape tah yg elok utk hadamkan makanan, sbb tu diorg lepas makan kambing, diorg telan cuka sikit utk penghadaman. (tapi utk jaga rahim Cuka seelok2nya jgn makan) Yang part Tikar di penjuru rumah lebih baik dari perempuan takde anak tu sungguh hina. hahaha! Takkan lah rasulullah begitu kejam nak assume mcm tu, dah tentu lah rezeki anak tu mmg kerja Allah, dan takkan lah kita yang takde anak ni semua lebih terok dari tikar di penjuru rumah.
    rasul sendri takkan anggap perempuan takde anak sehina itu. Ish why didnt i think of that!! Alhamdulillah hadis ni palsu!!! thanks for letting us know i will share this at my blog too kay! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau u refer to hadeeth expert lebih bagus..I dulu belajar pasal hadeeth tak la tinggi sangat, cukup syarat nak grad je, tapi faham la sikit2 dan actually Malay society banyak practise weak hadeeth and fabricated hadeeth.


      I agree with all your points.
      Fikir logik 1: Nasi Arab/Nasi Mandi yang kita selalu makan at Middle East restaurants tu kan, the salad kan gaul dengan cuka. Tapi kalau makan cuka pun, bukan setakat jaga rahim, perut pun sama, banyak sangat makan cuka can cause stomach ache. Means, cuka is part of their staple food -- like onion/shallots and garlic in Malay foods.

      Fikir logik 2: Isteri2 Nabi termasuk Aisyah R.A yang masih dara dan muda masa berkahwin dengan Nabi pun tak melahirkan anak, takkan lah Nabi hina isteri2 dia kot..kan? Sedangkan Al-Quran pun menjunjung the position of women in Islam, takkan lah hanya kerana tak beranak, terus jatuh taraf kita like tikar di corner rumah.

      Delete
  4. elok juga u utarakan hal hadis palsu ni.. manalah tau, mulut2 puaka nak sindir kami yg belum ada zuriat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang..kalau ada mulut puaka guna hadis ni, gelakkan dia balik with evil laugh..hehehe..

      Delete