Wednesday, 8 August 2012

Wordy Wednesday

Indeed, I was full of myself thinking that I am successfully pregnant.
My period lewat for 5 days. Never in my whole life lewat macam tu. Sebab tu la perasan.




But I have another reason to cheers, since last week I received my parcel from Kiss & Tell, which I bought a 5 inch pumps to wear on Eid-ul-Fitri.

Being an avid online shopper (Boo to less-choice-and expensive-in-everything Borneo)   I recommend this website for buying shoes because they give fast feedback, clarity in their message, easy peasy payment method and choice for non credit-debit card holder like me, efficient and not to mention the package and the box comes with our shoes. We will pay the same price for other exclusive brands but the 'touch' attached with the items made my heart melted. Not only the shoes, but it comes with the special jaunty pink shoes bag with Kiss & Tell logo, the shocking pink box and not to forget the big white ribbon tied the box with Kiss & Tell pink logo.  It may sounds common but..

ah, please..I just found out that I'm not pregnant. So, let me appreciate my pumps now! 
Hmmpph.

Sunday, 5 August 2012

Petikan (potongan) hadis tentang perempuan yang tidak dapat anak

UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata :

"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :


1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

I letak di tajuk tu "Petikan", sebab actually banyak kali juga baca benda ni online dan offline dan ada juga dipetik oleh beberapa pakcik makcik atau sahabat taulan kurang cerdik mereka quote the bold line tu.

Diingatkan bahawa hadis ini adalah hadis palsu.

Dipetik dari Tazkirahs, Kujie2, NeezaShahril.
"Hadis ini disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitab beliau kumpulan hadis maudhu (palsu); juga dihukumi sebagai hadis maudhu (palsu) oleh Asy-Syaukani dalam kitab Al-Fawaid Al-Majmuah dan juga oleh Al-Albani dalam Silsilah hadis lemah dan Palsu.

Kesimpulannnya hadis ini PALSU.

Hadis ini disebutkan dengan sanadnya dalam kitab “Al-Amali” atau “Al-Majlis” karya : Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain bin Babawaih (w. 381 H) dan dikubur di Ray di Iran. Beliau termasuk ulama Syiah."




Mana la tahu kan tiba-tiba Raya nanti ada pulak orang quote hadis ni terus cakap tikar kat corner rumah lebih bagus dari kita ni..

Terus jawab: (senyum sindir dulu) Dapat mana hadis ni? Facebook ye? Tak tahu ke hadis ni hadis palsu? Kesian...Check semula ya..(senyum sindir lagi - bertambah pedih..hahahaha!)



Boleh juga nak baca hadis palsu yang lain di sini: Ustaz HafizFirdaus, MUIS, Tajdid-dakwah.