Thursday, 26 July 2012

Kebagusan bagi yang belum punya anak

Atau bahasa kasarnya, kelebihan bagi yang tak beranak. Waaa..bukan tak beranak la, lambat sikit je. I marah betul bila orang panggil/gelarkan I "tak beranak". I think kita ni ketinggalan sedikit je mempunyai zuriat berbanding pasangan lain yang 'pop' terus buncit. Lewat sikit je. Sikit je..



Di bulan Ramadan ni

1. Boleh masak sedap-sedap untuk husband untuk juadah bangun sahur dan berbuka.

Sebab? Belum punya anak, jadi tak ada lah anak kacau-kacau minta dukung atau dia pun nak join masak sekali atau buat kecah di dapur. (walaupun ianya moment terindah for most of the mommies), tapi inilah rungutan yang I biasa dengar dari para ibu. Jalan ringkas - Param. Percayalah tak semua peniaga stall di Param pandai masak.


2. Boleh pergi buffet Ramadan bila-bila masa dan makan sepuas-sepuasnya sambil berbual-bual manja dengan yang tersayang.

Sebab? Ini pun I dengar rungutan dari para ibubapa yang mereka tak berapa favour makan di luar/Ramdan buffet/kenduri kahwin sebab they have to take turn walaupun untuk makan. Itu belum masuk baby/toddler yang throwing tantrums sebab kondisi restaurant panas atau mak lambat buat susu atau dah memang napping time dia. Dulu kalau kami makan dengan ibu bapa, my husband siap tolong pegangkan anak mereka supaya kawan-kawan kami dapat makan dengan aman. But sekarang - sorry lah, siapa punya anak jaga sendiri lah. Buahaha kejam!. Haritu masa kat kenduri kahwin ada je kawan kami dengan bangganya (dan gediknya) cakap pada kami, "Kami makan gilir-gilir. Sebab ada anak.". So my husband cakap, "Oh, kalau begitu kami makan dulu la ya. Kami makan sama-sama.". Terus si mak yang gedik tu tarik muka tak nak berborak dengan I..



3. Boleh pergi terawih dan bertadarus dengan aman bersama husband.
Sebab? Alasan yang I dengar juga dari mak-mak, tak boleh tarawih sebab jaga anak kecil. Bagus. Sebab dalam Islam pun adalah lebih afdal si ibu menjaga anaknya di rumah berbanding tak khusyuk di masjid/surau sebab anaknya baring-baring/main-main di sejadah orang. (Boleh google hadis Sahih yang ada).So bagi kita yang masih belum punya anak ni, kumpul pahala banyak-banyak. Allah suka pada hambanya yang merayu kan. Alhamdulillah Allah bagi peluang pada kita kumpul pahala sementara kita masing-masing masih muda dan gagah.  Boleh juga khatamkan Quran jika ada kelapangan masa. Dah Ramadan ke 5 ni, I estimate untuk habiskan 1 juzuk, it took about an hour. Doakan I boleh khatam Quran untuk this Ramadan.


4. Boleh cuba resepi kuih raya

Sebab? Belum ada anak kan..so, kalau rajin boleh lah mencuba resepi biskut-biskut raya yang ada. Tak ada budak kecik yang kacau-kacau time tengah buat kuih. Tapi ikut juga la pada preference, sebab banyak orang kata beli lebih untung dari buat sendiri.


5. Preparation untuk raya boleh buat sama-sama hubby atau buat sendiri.

Erm..contohnya nak cat pagar/cat rumah ke, nak buat extra deco ke, nak jahit langsir sendiri ke, nak kemas rak buku ke, nak kemas almari ke, nak basuh peti ais ke, nak cuci tingkap rumah ke, dan macam-macam lagi lah.


Kalau Raya

1. Boleh pasang badan. Eh, bukan la ada badan lain yang boleh dipasang siap, maksudnya the couple can put extra effort to look good la in festive season/in any ceremony. Nak pakai mekap? Pakailah, bukan ada anak pun nak nangis-nangis minta dukung pun. Nak lilit-lilit tudung/wear turban/macam-macam aneka gaya tudung? Pakailah, bukan ada budak kecik nak tarik-tarik brooch kita atau tudung kita pun. Nak pakai heels? Pakailah, bukan ada budak kecik yang nak didukung pun.  You know, bila I pakai mekap, mommy  (bukan semua lah) akan cakap, "Eeee..saya tak suka la pakai mekap, buang masa, lagipun suami tak bagi, dia suka natural beauty." Padahal tak nak ngaku yang dia memang tak cukup masa hatta nak taruk bedak pun tak sempat. Bila I pakai lilit-lilit, they commented "Eeee..tak ada la nak lilit-lilit, naik terbelit aku tengok." Padahal tak reti, dan senyap-senyap beli the same shawl.  Entahlah, yang ini pun preference individu juga. Ada yang suka ringkas dan praktikal, dan ada yang suka extra effort to appearance. Kadang-kadang bila ada mommy mengata-ngata I (macam previous sentences ni), selalunya I akan replied, "Eh, Kak X (mommy yang put effort to appearance) boleh je, dia pun ada anak ramai."..Selalunya mereka akan cakap, "Anak I lasak, anak Kak X baik-baik ikut cakap.."...Alahai. Ikut suka la kan. Hal ni subjektif. I sendiri tak minat turban sebab I tak biasa dan payah pula I nak membeganya tiap kali lepas solat. Tapi kalau dah biasa tu, easy as a piece of cake je kan..Ikut preference dan citarasa masing-masing.

2. Boleh pergi raya rumah orang/open house tanpa hassle

Sebab - tak payah nak mandikan anak atau siapkan mereka. Hias diri sendiri je, naik kereta dan bergumbira di sepanjang perjalanan. Yeeehaa!

3. Kalau balik kampung jauh (long distance journey), cuma fikir pasal berdua sahaja.

Sebab - tak payah nak ganti pampers/ tak payah nak bancuh susu/solid food. Luggage pun kurang, dan tak menganggu isu rumah di rumah kampung masing-masing akibat teriakan anak minta susu di tengah-tengah pukul 2,3 pagi..

4. Boleh pergi sembahyang Raya

Sebab - bukan ada komitmen nak jaga budak kecik kan? kecuali lah kalau red flag datang bertandang.

5. Boleh hias rumah dengan barangan kaca/tiny decor accessories

Sebab - most of parents (from my observation lah, bukan semua), tak berani letak vase/barangan kaca as decor. Kandang semua rak buku, kandang rak TV, etc. Plus, masing-masing nak anak cepat pandai, they turn their house into kindergarten. Carta animals la, alphebet la, numbers la, shape la, colours la memenuhi dinding dan pintu rumah termasuk dapur dan pintu tandas. I banyak pergi rumah parents macam ni, lebih-lebih lagi kalau the parents adalah cikgu. I fikir it is normal la orang ada anak buat macam tu. But ada satu tetamu yang I jumpa, dia siap perli tuan rumah cakap macam ni, "Rumah macam tadika.". Mula-mula I thought jahatnya la mulut tetamu tu, but bila fikir balik, anak mereka tu baru setahun setengah. My mum cakap kalau nak ajar those things, lebih elok la dalam bilik khas atau bagi buku bewarna warni. Seolah-olah macam menunjuk masing-masing menerapkan kecemerlangan akademik pada usia yang terlalu awal. Ok I faham, they argued that the childrens' brain are like sponge, they absorp what they saw and what they heard, hence the parents need to enhance the brain development of their children. Tapi entahlah. I beg to differ. Mungin dalam hal ni I berpendirian sedemikian sebab I masih belum punya anak. Tak tahu lah akan datang I pulak yang terlebih-lebih buat the same thing. (Hopefully not). Dulu ada jiran yang minta tolong I jagakan anak dia sekejap sebab baby sitter tak sihat. Masa datang tu memang la rumah I kemas, the dia perli I tapi cakap pada anak dia "Rumah aunty ni kemas sebab dia tak ada anak." (sambil mata meliar tengok my house). Masa dia ambil anak dia, memang tak dinafikan rumah I huru-hara tapi I tak kisah la, dah budak memang suka explore things kan. So dia cakap pada anak dia depan I,"adik sepahkan rumah aunty ya..?". Tapi I diam je..Hari-hari kemudiannya dia still menghadapi masalah cari orang untuk baby sit anak dia, so I  then I and my husband ada la offer untuk baby sit anak dia sampai baby sitter sembuh. Tapi dia tak hantar pun. Mungkin dia tak percaya pada I sebab I tak ada pengalaman jaga anak dan mungkin juga dia segan sebab anak dia sepahkan rumah I. I choose to believe the later sebab I nak fikir positive je. Ecewah. Pujuk hati nampak. Hahahaa..Whatever. Lantaklah. Tapi one fact yang you should know, days later, dia pun try decorate rumah dia sebijik macam susun atur dan idea yang I buat tapi dia guna cheap and shoddy decoration la. Seriously speaking dah macam tadika caca marba - sebab menghias guna shoddy material + carta-carta tadika are rampant + sawang habuk still intact + tudung & tie husband dia gantung2 kat living room + sidai kain gebar bertahi lalat di pintu masuk = OMG It's a Disaster! (at least for me, sebab dia jemput everyone ke rumah dia untuk open house). I memang mengata ni, sebab dia duk perli I rumah kemas takde anak kan...lalalalaaaaa...


6. Boleh tolong ibu mertua di dapur dan jadi menantu kesayangan

Sebab - bukan perlu jaga anak. Ni pun my ipar dan biras bising bila dia tengok I busy tolong mak mertua di dapur, mereka punya alasan dan ayat mesti macam ni, "sorry la tak dapat nak tolong, anak tak bagi lepas la.."(eleh nak cover la tu, time dah hidang boleh je isi tembolok tak de pun anak gayut2) ...Ada je ipar yang buat ayat "Ala..boleh la nak buat-buat kerja macam ni, tak ada anak.". Disebabkan I malas nak bergaduh dan ambil pusing, I buat tak tahu je. Pastu dia pula yang segan sendiri. Silence is a wisdom kan? I believe that.

Tapi ye lah, kalau ada zuriat, our 'presence' in the family stronger la kot. Do you believe so? Some people said to me dia depressed nak anak sebab dia nak 'kehadiran' dia dalam family mertua dirasai dan tidak diketepikan. Means, kalau tolong macamana pun, kalau tak beranak, tak ada maknanya.

Frankly I don't know. I dulu ada terasa macam tu, nak-nak bila my parents in law datang bercuti di rumah kami, I saw mereka macam stoned je. Bosan sampai majalah kereta my husband dan buku masak-masak I pun mereka dok belek dan baca. Kalau di rumah ipar2 lain, mereka seronok sangat. Even kalau nieces and nephews tu bergaduh berebut mainan sampai terjerit-jerit pun, my parents in law seronok, and cakap "macam ni la orang ramai cucu.."..

But I think lewat dapat zuriat bukan my fault pun. Bukan I yang berkuasa. Nak rasa ke tak rasa ke my presence in the family I tak kisah punnnngg.  *flip my hair*

Lain-lain

1. Belajar dan tingkatkan ilmu pengetahuan

Hm..kita ni Allah bagi peluang jadi ibu bapa tapi lewat sedikit. Sebab Allah nak kita gali ilmu sebanyak mungkin dan akan terapkan pada bakal anak-anak kita nanti. InsyaAllah dengan keluhuran dan ketulusan hati kawan-kawan, ilmu yang ditangguk, pengalaman TTC yang mematangkan, kasih sayang dan kekuatan kasih antara kita dan husband kita,  I percaya our children are the best among the best.  Sebabnya kan, sepanjang kita berTTC ni, I believe kita mesti tak lepas dari belajar dan melihat pengalaman orang. Macam my husband, dia la yang paling judgmental sekali. Dia kadang-kadang cakap "kalau kita ada anak nanti, kita mesti ajar mereka begitu begini." "nanti kita ada anak, make sure dia pandai itu pandai ini" "kita tak boleh ikut macam Si Polan Si Polan tu, abang tak nak la anak-anak kita macam anak-anak dia" "abang kalau boleh tak mahu la anak kita buat begitu buat begini"...Mula-mula I fikir eksyennya la laki aku ni. But then, I terfikir, it is his hope, I shouldn't kill his hope dan dreams. Allah bagi kita peluang learn and learn supaya kita ambil yang baik dan tinggalkan yang tak berapa baik. Guna yang bijak dan tinggalkan yang bodoh. Tak suka pregnancy update kat FB? Nanti kita pun jangan buat. Tak suka preggers yang boasting pasal baby? Nanti kita kelak jangan buat begitu. Suka tengok baju-baju Suri Cruise? Nanti kita boleh cedok idea baju dia untuk anak kita. Anak Sheikh Muzaffar angkawan negara diajar berenang? Oh anak kita nanti pun boleh jugak whaaaaattt..Nak jadi momma hot macam Victoria Beckham? Silalah. Tak de siapa marah. Ermm..ni bukan tambah ilmu ni, ni nak melawa je kerjanya ni..haha..tapi faham la kan my point..? Tambah ilmu bukan setakat membaca je, tengok TV rancangan berilmiah pun dikira menambah ilmu.



2. Do your best in everything.

 I duduk di kawasan ramai cikgu-cikgu. So sometimes I dengar mereka gossiping atau making remarks about people. Contohnya macam ni, "ala dia memang la boleh jadi Guru Cemerlang, dia bukan ada anak, mana ada komitmen pada anak macam kita.." Mula-mula I dengar memang la sentap, but I'm thinking in the perspective of that Guru Cemerlang tersebut. Dia make full use of her time and life untuk dedikasikan pada tugas dia dan Allah Maha Adil Dia kurniakan darjat yang lebih tinggi pada dia di kalangan masyarakat.

Dulu ada sorang staff kat my workplace dia ni gaji dia naik tapi pada rate yang lebih tinggi berganda-ganda daripada semua orang yang kerja kat situ. It happened because akak ni dia do her best dalam setiap kerja dia. Kalau orang pakai benda murah dan recycle as presentation & demonstration tools, dia beli baru siap DIY penuh dedikasi. Orang kerja 8 jam, dia buat extra 1,2 hour. Jadi dia dapat recognition dari clients hence the good result for her perfomance. So company bayar la tinggi pada dia. And orang lain tak puas hati bua remarks macam ni, "ala dia boleh la nak put extra effort, dia tu bukan ada anak pun, lain la macam kita.."..See, nampak tak kat situ. Instead of mourning sebab kita lewat sedikit mendapat zuriat, we try to be the best in everything we did. Macam akak yang saya cerita tadi ni, dia tunggu zuriat for 5 years, bila anak dia lahir, anak dia cuma hidup for 5 days je. Orang sekeliling tak membantu, masa dia baru naik kerja lepas kebumikan anak dia, ada pula yang gatal mulut tanya, "ada bela kucing lagi tak?". Bukan nak beri kata semangat dan perangsang, tanya soalan bodoh macam tu pula. Bukan takat tu je, lepas anak dia meninggal, dia ada komplikasi (yang I tak tahu nak sebut ) yang mana doktor tak bagi dia pregnant dalam jangka masa 2,3 tahun. Dia move on. Now, dia dah ada anak lelaki yang comel tau. I percaya both of them of ada mempunyai perasaan macam kita. Tapi mereka move and and the best from the rest. Bak kata orang, kesabaran itu manis.



3.
Say YES to vacation
Say YES to movie night
Say YES to shopping
Say YES to hair saloon
Say YES to pedicure and manicure
Say YES to assets like buying house/car
Say YES to earn extra income
Say YES to blogging
Say YES for being foodies
Say YES to charity work
Say YES to take new course
Say YES to gadget
Say YES to books
Say YES to good musics
Say YES to gardening
Say YES to DIY & craft
Say YES to handle your sister's / brother's wedding
Say YES to strolling at the park
Say YES to do Vision Board
Say YES to baby dancing
Say YES to islands and beaches
Say YES to every opportunity


Terpanjang pula tak larat dah nak taip. Anda boleh tambah senarai kesukaan anda di waktu sedang berTTC ini.


Saya bukannya positif sangat dalam menghadapi semua ni. Siapa bagi tips "Bagaimana menghadapi stress tiada anak" memang nak kena penampar la jawabnya. Saya pun mengalami emotional upheaval. Rasa down sangat-sangat. Lebih -lebih lagi bila I got calls from my mum. Dia lately keep reminding me about my age and about my life. It's like dia macam cakap -- tick tock, tick tock, you are running of time..! Tapi beberapa perkara kecil di atas membuatkan saya rasa tak mengapa masih belum punya zuriat.Akan dapat, cuma lewat sedikit je. Rezeki Tuhan kan rahsia sulit. Siapa lah kita sibuk-sibuk nak meramal masa depan. Sedangkan pengembala kambing boleh menjadi pemimpin dan jutawan menjadi pengemis, rezeki adalah rahsia Tuhan yang kita tak tahu dan tidak boleh kawal. Doa mengawal perkara yang tidak dapat kita kawal --lupa quote dari mana.

37 comments:

  1. B&C,
    Skrg masa lapang kita, guna sebaik mungkin utk amal ibadat kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya betul..Allah bagi masa lapang sedikit untuk kita, so memang cun-cun nak tambah amal ibadat.

      Delete
  2. Juga masa tuk bermanja lbh dgn suami...kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ya betul..Say YES to bermanja lebih dengan suami

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. aku rasa alasan umah bersepah sbb ade anak tak relaven, sbb mak aku ade anak 4, umah kemas je. pastu apehal nk kene mengata umah org lain kemas sbb takde anak. itu takde civic namanya.

    dan pulak, alasan tak best berbuka luar sbb anak nnti tak selesa, itu aku penah ckp time awal posa aritu, tp selamba ayah aku bantai kat muka aku, jgn jadikan anak sebagai alasan. ok, slapped back to reality. padan muka aku.

    bab fb tu, sokong 100%. tak perlu pregnancy ticker ke kejadahnya. dah keluar br announce kat the whole world, terkedu mereka2 yg pernah mengata. sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Seriously I pun tak berapa favour orang buat alasan rumah bersepah sebab anak. my mum didik kami supaya hidup dengan barang hiasan, so bila one of us ada terpecahkan barang, b4 mak marah kami dah nangis dulu. My cousins ramai je yang mak ayah mereka berhias dengan glass decor, so bila mereka pergi rumah orang tak la jakun sangat.

      2) bab ni depend juga la pada baby, i nak cakap lebih2 pun tak ada anak lagi..tapi kalau jenis baby yang dapat susu/dapat makan pun dah ok, i think ok je bawa budak pergi makan luar.

      3) sungguh? if i'm pregnant, i nak bersumpah tak mahu announce kat FB..haha..sumpah terus..

      Delete
  5. Replies
    1. Terima kasih, walaupun my writing caca marba dan rojak.hehe.

      Delete
  6. alasan "dia takpelah tak ada anak, dia senanglah, tak ada anak..nasib baik ada dia, dia tak ada anak tak pelah"

    kalau anak tu jadikan alasan untuk semua benda baik tak payah ada anak.

    point last tu saya suka. kita boleh belajar banyak benda. kalau ada anak nak bagi dia belajar berenang, nak ajar mengaji, nak ajar dia behave dan hormat masjid, macam-macamlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya i setuju..I think benda ni depend pada individu..ada je i tengok mak-mak orang yang boleh je buat semua benda walaupun anak ramai. Cumanya yang i tak faham some of mommies yang buat alasan anak then tak boleh buat semeting tuju pada kita sebab kita belum ada anak.

      Delete
  7. tang makan bersama tu saya plg sukaaa :) mrk yg dah beranak-pinak mesti amik turn makan, tp kita ni mcm pengantin baru je makan same2 kan hehe.. so jom manfaatkan sepenuhnya momen indah itu sblum masa kita pulak tiba nanti ;)
    ~saya pernah gi family day opis bebaru nih, rasenye semua org jeles dgn kami suami isteri sbb enjoyyy je.. berkepit ke sana ke mari. diorang kata kami ni mcm berhoneymoon. i like! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think better la kita yang belum ada anak ni berkepit dengan husband kan..sebab bila dah ada anak nanti, of course kita lebih mengutamakan keperluan si kecik, bukanlah maksud di sini keperluan suami terabai, cuma priority tu dah berubah.

      I and husband pun suka berkepit..ramai orang cakap,"best la korang macam2 boleh buat.."

      Delete
  8. can i hug u? i Lurveeee this post!!!!
    macam baca artikel majalah!
    izinkan i share di TTC group di fb yaaaa n my blog!!..i rasa perlu sgt i share bende mcm ni sebab kebanyakan post2 kat situ smua nak sedih2, ye la kite ni smua lemah, mmg takleh lari dari perasaan tertekan+sedih tu tapi perlu cuba utk bangunkan diri sendri, perlu cari mcm mana nak bergembira walaupun takde anak, sbenanye besar sgt nikmat Allah dah bagi kat kita ni. kita ada pilihan untuk bergembira, tapi kita je taknak pandang sebab kite terbawak2 sgt perasaan psl tade anak..bile org lain pregnant, kita mule lah nak terbawak2 perasaan, sedangkan mmg setiap hari akan ada org pregnant. setiap hari ada kelahiran, setiap hari ada kematian. itu fitrah hidup yang takperlu kite rungutkan sangat. esok akan sampai turn kita juga.
    -i takde anak pun rumah sepah, sekian.- Hahahahhahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jay , rumah sepah tu sbb asben kan..hahahaha...
      kalau tkde anak, kite leh basuh baju seminggu skali, atau 2kali..kan best tu...
      kalau takde anak lgi, kite boleh kuar smp pagi balik pagi buta pn tkpe..kan best tu..
      tgh takde ni, tdo lewat pn tkpe, shopping sakan pn takpe, amik je rasa2 nk pakai....kan best tu..

      Delete
    2. bukan psl asben sgt diri sendri pun pemaleh sbenanye. hAHAHa! asben i yg kdg2 kemaskan bende yg i sepah -__-
      hohoho
      tapi dia pun kdg2 letak sepah2 gak. ok kami mmg org yg sepah. ahaha!

      Delete
    3. I pun kadang2 sepah juga bila dah datang malas. Tapi tahan 2,3 hari je..sebab memang tak suka sepah sebab rasa tak boleh concentrate nak buat thesis kalau umah bersepah..

      Jay, u nak share kat mana2 pun tak apa. I la yang segan..haha..sebab bukan ada rujukan ilmiah pun..takde sokongan pada artikel research pun..lebih kepada nak boost onfidence diri sendiri je..

      Kita ni perempuan memang la, orang senang dapat kita pun teringin juga..nak2 ada orang mengata..lagi lah sedih..depression, anger, isolated..tapi i decide belum punya zuriat is not my fault..dan i wanna be a winner in my own life, i tak nak jadi loser dan kalah pada mulut orang berkelas rendah. Anjelica Houston, eva Mendes, Jennifer anniston, marilyn monroe pun tak ada anak..but they achieve their dreams.so do us.

      I setuju dengan Nissa, i and husband suka book movie tikect yang midnight show tu..lepas tu cari McFlurry Oreo kat McD 24hours dan lepak2 borak2 dengan husband. Lepas subuh tidur sampai lunch hour kemudian order je KFC/McD/domino..sorgaaaa..! hahhaha..

      Delete
    4. best kannnn lepak merayau smua...hehehe
      yeah, kita kena jadi winner...ramai yg down kan diri sendri bile takde anak ni..takleh mcm tu patutnya..bukan dosa weh takde anak..org yg mengata kite tu yg dosa..biarkan diorg.
      ramai suke your writting ni ;) takde rujukan la best, original dari hati. hahaha...

      Delete
    5. undeniably memang rasa down tak dapat mengandung/bersalin/ada anak sendiri..seolah2 macam teruk sangat kehidupan menjadi seorang wanita..But, fikir balik sampai bila kita nak downkan diri kita..pedulikan masyarakat..orang yang mengata tu akan merasa perkara lain yang menyedihkan (bukan lah mendoakan), mungkin suami beralih arah, mungkin kewangan meruncing, mungkin anak2 degil dan tak perform in academic, mungkin anak perempuan mereka pula yang merasa TTC ni, atau mungkin menantu mereka merasa, atau mungkin cucu perempuan mereka pula yang merasa TTC...

      Delete
  9. saye tak nafikan semue di atas.. sebab kadangkadang saye rindu waktu berdue dulu.. waktu berTTc dulu.. :) be strong.. hargai la mase berdue.. confirm nanti uols rindu.. macam saye.. sampai takde mase nak sembang2 macam dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think sebab kita orang perempuan ni tak reti focus pada 2 benda dalam satu masa, tapi pandai membahagi kasih. bila dah ada anak, memang la kita prioritize pada keperluan anak.tapi that doesnt mean yang kita tak sayang husband kan? terima kasih atas sokongan Fifi pada kami

      Delete
  10. walaupun dah kahwin hampir 3 tahun dan tiada anak, sungguh! saya rasa hari-hari dalam mood honeymoon.. tiada ganguan dan kita fikir pasal kita berdua suami isteri je..

    fikir.. mungkin hikmahnya, saya akan lebih menghargai si permata hati nanti.. beringat supaya tidak merungut kelak :)

    selagi berdua, kita enjoy dulu! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, tiada gangguan, cuma fikir pasal kita berdua suami isteri je..

      Enjoice!

      Delete
  11. I love all the YES! Its True... time la kita nk manje2 ngan suami masing2, nk tergedik2 pn takpe.. N, Yes, mood honeymoon tu dirasa tiap hari, suami pn takde sape die nk gurau2 buat lawak super spontan , so kite la yg dia cari.. See, Allah tu Maha Adil, dia tak beri lagi rezki anak, dia beri kite rezki lain... tu yg sy pegang slalu... So uols, jgn sedih2.. stiap hari adalah hari baru utk kita dan suami..tapi disamping itu,jgn lupakan Allah yang Esa, dekatkan diri kite dgn Agama ..time ni lah nk kumpul pahala kn?

    So, Enjoy kwn2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan dan nasihat..

      Allah tu Maha Adil kan..cuma ye la kita ni manusia, lagi2 i, asyik merungut..tapi Allah lebih marah kalau kita merungut & tak bersyukur..Ada dalam Quran kan kalau kita bersyukur, Dia akan tambahkan lagi, kalau kita complain, dia akan tarik nikmat yang ada..

      Muhasabah untuk I ni..hehhe..

      Enjoy!!

      Delete
  12. AS SALAM,

    Terus rasa semangat nk raya dh kembali...tq for the post..sgt2 positive dan membantu mereka yg TTC mcm kita..tq...i loike....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Ya i tahu kita mesti rasa risau dengan bomb questions raya nanti kan? Tak pa itu normal.

      Mari kita sengih dan buat bodoh je pada bomb question, tak pun kita 'bomb' mereka balik..hahaha..

      Delete
  13. Waaahh bestnyeee.... Akak ni dh 4 thn kawen tp masih ber ttc lg tp enjoy sgt2, nk g manapegi je. Kalu cuti tetiba hubby ajak pi jln2 negeri sebelah, nk tdo lewat xde hal, rmh sepah jg hahaha basuh kain kdg2seminggu sekali je hehehhe, sgt tepat la apa yg u tulis ni, best best :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah 4 tahun dan masih enjoy? Salute.Saya harap saya boleh mencontohi akak..

      saya pun sama..rasa enjoy dan tenang fikiran..tidur pun tak de gangguan, nak makan apa pun makan je, nak pergi mana pun sebut je, nak beli apa pun keluar duit je, nak tengok TV pun tekan je remote, semua boleh.

      Enjoy!

      Delete
  14. suke baca! dan suke semua YES tuh!heheheh


    But I think lewat dapat zuriat bukan my fault pun. Bukan I yang berkuasa. Nak rasa ke tak rasa ke my presence in the family I tak kisah punnnngg. *flip my hair* --> ok yg nie comel. nk tergelak baca. hahaha. love the statement ;)

    yup..enjoy je puas2. apa org nk ckp, tuh hak dorang. jgn ambil peduli sgt. syukur apa yg kite ada. appreciate masa berdua. kan? :)

    hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa nak taruk , say YES to heath, and say YES to diet..tu penting tuh..

      Yup, i decide nak appreciate ketenangan dan kelapangan yang ada.

      *Hugs*

      Kita sama2 enjoy ya

      Delete
  15. Suka suka suka. Suka sgt dgn aura positif mcm ni. Sbb org lain tahu nak hentam jer dgn bnda2 negatif. Diri kita sendiri yg kena usaha jd positif. Mar pegang pd satu jer. Semua pun kuasa Allah. Allah lebih tahu waktu yg sesuai utk kita ada anak. Kalau belum ada maksudnya belum masanya. *hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. *Hugs*

      Memang pun kalau kita tengok orang tahu nak judge kita ni..percayalah orang memang suka judge, kalau ada anak nanti pun mereka akan judge pula macamana kita bela anak. So, pedulikan mereka. Buat macam mulut mereka tu tak ada kesan pada kita.

      I pun bergantung pada perancangan Tuhan. Kalau Tuhan kata ada, ada la rezekinya. Kalau belum, bersabar sebab Tuhan nak beri yang lebih baik.

      Delete
  16. samesame bnc.. kite samesame rase.. saye sangat paham dan takkan lupekan saat pahit tu.. memang betul pon.. mase dengan suami da sangatsangat kurang.. takde da nak sembangsembang sebelum tidur.. lepaklepak secret recipe berejamrejam sembangsembang.. sebab bile melepak je anak mule la huk hek huk hek.. sekarang doa nak anak 3 4 tahun lagi.. tu pon kalau ade rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pahit pun pengalaman TTC ni..i berdoa kalau i ada anak perempuan/menantu perempuan, tak usahlah ada keturunan yang mengalami keadaan seperti ini.

      Hidup tanpa anak dan hidup dengan anak- ada yang lebih, ada yang kurang..pendek kata hidup ni about making choice, tapi sebagai Muslim, kita lebih percaya pada ketentuan Tuhan dan perancanganNya.

      Delete
  17. Bnc, lama x terjah ur blog... I really like this entry :-) so true... I yg dh 7 tahun ni, ipar duai sumer jeles tgk kitorang still like newly weds.... Ngeeee... :-) remark pasal berjaya dlm career coz x de anak, mungkin ada betulnya...coz we can focus on our work. X de benda lain nak risau. But that is why pintu rezeki lain terbuka untuk kita... Rezeki mereka anak, rezeki kita career... Allah melimpahkn rezeki dlm pelbagai cara.... Semoga kita semua menjadi hamba Nya yang bersyukur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yepp..semoga kita menjadi hamba yang bersyukur..

      I sebenarnya pun nak jadi career woman yang berjaya like you..masih merangkak lagi ni..rugi rasanya kehidupan dan umur disia2kan..

      Delete