Friday, 20 July 2012

Buah zuriat di malam Jumaat


Wah tajuk keji minta trafik padahal tak pasang iklan pun.Heh.


Last week kan, dalam pukul 6 petang macam tu, tiba-tiba van Pos Ekspress sampai. Dapat parcel dari my parents. I was quite surprised sebab pagi tadi call mak dia tak cakap apa-apa pun. Lagipun agak gusar dan panik sekejap sebab Pos ekspress sampai  around 6 pm macam tu. Di Borneo ni, kami awal sejam dari Semenanjung. Means, 6pm tu keadaannya sama seperti 7 pm di Semenanjung, dah senja, dah gelap, dah tutup semua pintu tingkap tak nak bagi nyamuk masuk.Berdebar-debar buka parcel tu, bila dah buka parcel tu, nak tahu apa dalamnya?




Buah zuriat!



I punya la pelik masa tengok bekas ni. Mula-mula I thought souveneir dari relatives yang kahwin yang special sangat sampai nak berpos-pos, pastu I ingat eh, macam telur dinasour. Bila I cium dan pusing-pusingkan buah tu, baru I teringat, ni lah buah zuriat!Agaknya lah!



Haha..I dah agak excited masa tu. Excited la. Sebab jakun. Jakun sebab tak pernah tengok buah zuriat secara live,kalau tengok kat blog orang pun I tak pernah ambil tahu, lagipun I tak pernah kirim kat siapa-siapa pun walaupun my family berombongan pergi buat Umrah last month.


I cakap dengan husband, "Ni la buah zuriat. Kan?Kan? Eh betul la buah zuriat. Agaknya la.."
My husband cakap, "Perasan je ayang ni. Pergi la call tanya mak ayah dulu."
I pula fikir, ha'ah betullah aku ni perasan je. Haha..memang jakun dan batak.


So I call my mum, rupa-rupanya memang my dad yang poskan.Ada orang bagi. Indirect message yang they wanna be a grandparents kan? Actually ada kenalan mak ayah yang saya panggil Makcik Yah. Makcik Yah ni ada 2 orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan kedua-duanya dah berumur 30 tahun ke atas namun jodoh masih belum kunjung tiba. Makcik Yah ni dia rajin menyinggah rumah kami dan dia, mak dan ayah I rajin pula berbual-bual bercerita hal masing-masing, macam orang dulu-dulu tu, suka borak-borak sambil minum teh macam tu la. Anak perempuan dia namanya Kak Nor, dia actually baru balik from performing Umrah at Mecca. So, masa di Mecca, she stumbled upon a shop selling this buah zuriat. Dia tak tahu the existence of buah zuriat ni but she curious then dia tanya the shop owner. The shop owner cakap buah ni khas untuk orang yang dah lama kahwin tapi belum punya zuriat. Salah satu usaha juga la. Kak Nor mulanya tak rasa nak beli sebab dia tak ada kenalan atau saudara mara yang ada infertility problem. But suddenly dia teringat bahawasanya dia ada kenalan yang belum punya anak iaitu kami..


I actually tak sangka sangat-sangat. Memang tak pernah pun ada usaha nak beli buah zuriat ni, I tanya juga pada mak kalau-kalau dia ada kirim tapi dia cakap tak ada. Masa I call mak tu, I gelak mak pun gelak. I gelak sebab I segan. I segan sebab tak sangka kisah kepayahan mengandung I ini dah jadi public knowledge rupanya. Public knowledge sampai my mum call adik beradik dia nak bagitahu yang ada orang bagi buah zuriat pada I.*sigh*--Kenapa lah makku tak jaga air mukaku..


So after that I bagitahu my husband, dia pun macam I, gelak -gelak then malu sendiri. Dia pun cakap dia segan..I pun segan..Malu tau, sebab malam tu malam Jumaat. Kalau dapat buah zuriat senja Khamis tu dah kira malam Jumaat la kan? Mak bapak kirim pula tu..Yang beli buah tu kenalan yang belum berkahwin pula tu..segan..*tutup muka*..Hahhaa..


So, memang I terus google cara rebusan buah zuriat ni. Punya la excited (walaupun segan kononnya) my husband suruh I ambil video dia potong buah zuriat tu. Banyak blogger beritahu payah nak potong buah zuriat ni. Ada yang pakai gergaji, ada yang berjam-jam sebab mereka bukan belah terus tapi kikis kulit dan tempurung dia yang berlapis-lapis tu..I suruh husband potong kat bawah je, tapi dia insist nak potong atas chopping board di sink. Alahai mula-mula risau juga sebab chopping board tu baru beli takut terpecah sekali sebab I expect nak buah zuriat ni payah dipotong. Tapi Alhamdulillah, sekejap je rupanya, dan my husband cakap tak la susah mana nak belah buah tu..Isinya putih dan lepas terbelah tu, isinya dan tempurung yang last tu tergolek-golek..Tak payah nak korek ke kikis ke..Terus la rebus dan dah seminggu pun kami minum airnya. Tak ada la rasa apa-apa sangat. I yang tak suka strange flavour pun boleh je telan air tu..


Ada kesan? After first day minum, I lesu dan lunyai sangat. Padahal makan banyak. I tidur lepas tu bangun pukul 11.30pagi, kemudian petang after zohor I tertidur dengan telekung2 sampai la senja. I bnagun, kemas apa yang patut, lepas dinner I terus tidur lagi. Wargh lunyai macam separa pengsan..
Tapi lepas tu ok je. Tak ada apa-apa. Exactly dah seminggu kami minum.


Harapan? Never put high expectation, cuma berdoa setiap kali minum I nak kembar. Tak tahu la kenapa tiba-tiba ada keyakinan nak bela anak kembar.


Apa-apa pun, I bersyukur juga la dapat merasa air buah zuriat yang telah dicuba oleh blogger-blogger lain at no cost. Nak mengirim-ngirim dengan orang pergi Mekah I segan. So, bila dapat hadiah sebegini pun rasa dah syukur. Syukur kerana telah mencuba. Nak ikutkan my paternal family berombongan pergi Mekah at the exact same time with Kak Nor ni, but Kak Nor ni yang teringatkan I, sedangkan kalau diikutkan Kak Nor is just acquaintance.


Ok la tu je nak cerita.

Sekianlah dari I ni yang baru merasa buah zuriat.Haha!





18 comments:

  1. Insya allah, semoga ada rezeki dengan usaha ini.. i pun ada mak sedara yg pergi umrah tolong belikan as souvenir..samalah kes, actually i tak pesan pun sebab malu, segan. Masa pg ziarah dye lepas dye balik sini, masa tu la mak sedara ni ckp dye ada special gift untuk kami...terharu gak masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la memang segan nak mengirim2, takut jadi beban pada yang pergi beribadat tu..

      Delete
  2. noora selalu gak kirim tapi tak dapat..huhuhu..dulu pernah gak minum 2-3 cycle.Tapi bila tetiba en.asben muntah-muntah*mengada*,terus mak noora suruh stop sebb kesian kat dia tak tahan bau air tu...huhu..tapi noora okey je,kalau dapat lagi...alhamdulillah...noora telan sajaaaaa...hehehe...InsyaAllah,ada rezeki kali ni...aminnn=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen...InsyaAllah..kalau ada rezeki ada la..memang air tu ada bau sikit tapi masih bearable la..

      Delete
  3. chinta xpernah lagi rasa buah zuriat..insyaallah ada rezki kali ni..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. I ni pun baru 1st time..InsyaAllah Ameen..

      Delete
  4. hhehehe buah zuriat tu nama saintifik dia Doum Fruit, kalau google khasiat dia pun, sbenanye bukan saja semata2 utk pregnant, die memang elok utk kesihatan sbenanya..elok utk cervical mucus, elok ut k singkirkan toksin, regularkan blood sugar..sbb tu mungkin ada setengah org yg minum boleh lekat sbb dah buang toksin2 & cervical mucus dah elok..ive tried twice :) mcm biase laaa kan nothing happen pun tapi badan rasa ringan la. kalau u yang period normal elok la try sbb masalah tak complicated..mcm i minum air buah zuriat tapi dok tak period2 pun takgune juga..
    goodluck to u and ur hubby ;) sebelum minum baca doa nabi zakaria skali :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru I tahu nama saintifik dia..I ada baca juga elok untuk orang diabetes dan hypertension, dan actually buah ni balance the hormones..so actually not just for pregnant je kan..

      I memang la period tetap tapi so far belum ada rezeki..Tak tahu rezekinya sampai bila..baru mula nak berusaha semula..selama ni rasa give up dan asyik marah je..tapi nak cuba yang kecil-kecilan dulu..nanti next year barulah i nak jumpa pakar balik.

      Delete
  5. mudah-mudahan ade rezeki ok...dapat buah zuriat di malam jumaat lepas tu sebelum ramadhan, insyaAllah...manala tau dah sampai masa.

    jay, sy tak tau pula benda ni elok untuk kesihatan. Hehe...lepas ni nak teruskan makan buah zuriat tu la...selalu main skip2 je sebab leceh nak merebus dulu...kalau boleh rebus banyak-banyak dan masukkan dalam botol ok kut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kalau ada rezeki ada la..Ameen..

      Nia, I pun dah 2 kali skip merebus..gigih betul I merebus buah ni tiap2 malam..tapi tu la kadang2 terlupa

      Delete
  6. happy ramadhan b&c! alhamdulillah, ada orang teringat untuk beri buah zuriat. rezeki bergolek tu..ramadhan bulan dikabulkan doa. meh kita ramai-ramai doa banyak-banyak semoga kita semua beroleh rezeki. ameen... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen..InysaAllah jika dah sampai masanya, ada la rezeki itu..Alhamdulillah pemberian buah zuriat tu tak akan I sia2kan..maklumlah 1st time..teruja lebih

      Delete
  7. Salam ramadhan b&c! InsyaAllah ada rezeki kita nanti ye.. I makan serbuk buah zuriat last month tapi dah period.. :( mana tau rezeki ramdhan pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul..Rezeki dari Tuhan tak siapa boleh menduga..I pun baru mencuba berusaha semula..sebelum asyik marah je..haha..

      Delete
  8. salam ramadhan.. salam perkenalan.. semoge berjaye dengan usehe awak kali ni.. saye fifi.. ex-TTCan.. usehe jangan putus ase.. inshaAllah berjaye..

    ReplyDelete
  9. salam..tumpang iklan..
    kami ada jual buah zuriat, murah saja..
    hanya rm40=10biji..knape murah?krn kami poskan terus dr madinah..boleh lawati fb kami, Faraway Shoppe utk lebih byk pilihan.. =)
    salam..

    ReplyDelete
  10. Salam tumpang iklan tuan umah,sesiapa nk beli minyak kelapa dara homemade berkualiti dan biji aprikot,please PM at 0139050410

    ReplyDelete