Friday, 10 February 2012

Saya belum ada anak, saya ok - bhgn 3

By far the most common craving of pregnant women is not to be pregnant. 
~Phyllis Diller


Saya mohon maaf jika semua entry-entry saya seolah-olah mencerminkan penentangan kehidupan bekeluarga. Tak, bukan begitu maksud saya. Siapa yang tak mahu membina keluarga sendiri kan? Cuma masanya belum tiba. Dan enjoylah being muda forever, sebab orang yang muda dari kita atau sebaya tapi banyak anak atau asyik mengandung sambil eksyen dirinya subur sangat tu akan automatik kelihatan lebih tua dari kita. Dan of courselah suaminya lebih boroi dari suami kita. Sebab - bila mempunyai anak, payah sebenarnya untuk seorang isteri dan suami bersenam atau berfutsal. Ahaks! Dan kita yang belum ada anak ni, tak payah la nak pakai baju macam baju orang mengandung atau baju makcik-makcik tu, sebab kita kan young forever..ehemmmm.. :-) (tapi tak usahlah dah umur 25 ke atas nak pakai baju macam youngsters sekarang, mereka muda, itu masa mereka bereksperimen.)

Tapi janganlah assume saya tak mahu anak.Mahu. Tapi saya mahu anak bila Allah kata "Ok B&C, kamu dah sedia" (secara metaforanya). Adalah sangat jahat jika kita memaksa rezeki dari takdir. Rezeki dari takdir saya maksudkan di sini terdiri dari rezeki, harta, jodoh dan keturunan. Macam orang yang menipu (contoh paling dekat, MLM) untuk kaya.Kamu rasa dia akan senang lenang ke dengan sumpahan orang.? Kalau kita memperolehi rezeki penthouse dengan cara yang dipaksa, nak juga penthouse walaupun gaji RM5k je, senang ke kita jika asyik dikejar bank? Contoh yang saya nampak sendiri, jodoh yang dipaksa, kahwin lari di Siam kerana ditentang oleh keluarga. Kamu rasa jodoh yang dipaksa begini bahagiakah? Walaupun mudah dikurniakan anak,tapi kurang bahagia sebab takde hubungan kekeluargaan yang rapat dengan ipar duai dan anak-anak sedara. (tapi semuanya berlaku dengan izin Tuhan) .Untuk diri kita sendiri, adakah betul kita akan bahagia jika dikurniakan anak jika kita paksa suami buat projek dengan kita walaupun dia keletihan bekerja sebab nak kejar ovulation days? (saya pernah dengar sorang kawan buat macam ni)

Jangan salah faham. Bagi saya IUI atau IVF atau drug bukan memaksa kesinambungan keturunan. Bagi saya umat Muhammad dikembangkan dengan berbagai-bagai cara. Ada orang secara naturally, ada orang perlukan Clomid, ada orang perlu IUI, ada orang perlu IVF. Kita hanya berusaha je kan, sebab tak semua IUI atau drug atau IVF first time terus lekat. Ada yang buat dua tiga kali baru lekat. Ada yang buat sekali terus lekat Itu namanya rezeki yang Allah beri. Kadang-kadang Allah beri 'ilham' dalam bentuk instict bahawa something wrong dalam badan kita, dan kita pun terus buat appointment dengan doktor. Dan Allah pun tunjukkan pada kita bahawa kita ni ada sekian-sekian penyakit rupanya. Dan Allah beri lorong untuk kita berubat. Dan Allah beri rezeki pula untuk kita berubat tu. Jumpa doktor kesuburan atau buat IUI dan IVF mahal kan.. Beratus keluar..Paling sikit pun RM50, tu pun consultation fees. Dan Allah beri rezeki anak apabila kita sembuh ataupun tidak sembuh pun tiba-tiba lekat. Kesinambungan keturunan pun Allah beri macam-macam cara. Jadi kita ni tak usah 'memaksa' kesinambungan keturunan, tapi berusaha digalakkan. Sebab dengan berusahalah, hubungan antara suami isteri lebih erat, dan jika Allah beri anak pun, for sure kita akan lebih sayang dan didik anak kita jadi manusia kan..Macam juga jodoh, nak husband best kena la diri sendiri usaha jadi best dulu. Usaha juga kan? 


Saya terkesan juga dari komen dari Cik Puan Tipah dalam entry sebelum ini, tentang anak-anak yang jadi kesulitan walaupun dianggap rezeki. "Bukan nak cerita buruk saudara mara..tapi cousin saya senang nak dpt anak..anak 2 org..tapi dari anak no 1 sampai anak no 2 ada masalah dgn baby sitter. Takde sape nak jaga anak dia. Kesudahannya mak dia jaga. Mak pun makan hati jg cucu. Siap gaduh2 ngan mak dia lagi. Kakak sulung mengadu cerita kat keluarga kami. Saya selalu ckp dgn hubby..biarlah kita tak dpt lagi anak drpd ada anak kita menyusahkan org. Biarlah bila Allah beri zuriat pada saat Allah merasakan inilah waktu terbaik utk kita ada zuriat".. Iya, anak memanglah dianggap ujian, dan membesarkan anak bukannya mudah.

Saya pun berdoa supaya bakal anak-anak saya tidak menjadi marah orang, tidak menjadi umpatan orang kalau terlalu nakal, tidak menjadi kesulitan orang lain, biarlah susah senang saya dan suami yang tanggung. Saya baca juga di Facebook ada kawan yang meluahkan perasaan tidak puas hati pada adik perempuannya. Sebab adiknya itu tak mahu menjaga dia dan anak sulungnya tatkala dia mahu berpantang anak kedua yang bakal lahir. Kawan saya ni mudah mengandung, bunting pelamin dan dia pregnant second child dia pun masa anak first baru 5 bulan. Dah berduyun2 lah semua rakan menyatakan kemarahan mereka pada adik kawan saya, lebih-lebih lagi bila kawan saya ni dah start mengungkit budinya untuk adik perempuannya. Perspektif saya mudah - adik perempuannya itu masih muda, masih mahu berlepak-lepak dengan rakan sebaya, mahu berjalan-jalan tengok wayang dengan kawan-kawan, dan menjaga anak saudaranya bukanlah tanggungjawab dia. Dan lagi satu, jika budi baik yang diberikan itu mahu dibalas dan kemudian diungkit, mana letaknya maruah diri kamu saat kamu dengan megahnya berkata kamu dan suami kamu adalah orang 'kaya' kerana bekerja di sektor 'high-end' dan kemudian dengan megahnya berkata Allah sayangkan kamu laki bini kerana mudah dikurniakan anak?  Kan mudah kalau kamu upah je dua atau tiga  orang midwives Indonesia atau makcik-makcik bidan tua untuk menjaga kamu berpantang tanpa menyusahkan adik perempuan kamu? Dan sekarang bergaduh pula mengumpat adik di Facebook. Iya, kamu sungguh 'kaya' dan 'bertamadun'..tapi kedekut!

Saya ada biras. Biras yang berkahwin dengan abang suami saya. Biras saya dan abang ipar saya ni adalah orang kebanyakkan, macam kami juga. Sudah punya dua anak. Masa baru kawin, saya tengok biras saya ni pendiam je orangnya walaupun dah nampak percikan kedengkian. Berlainan dengan abang ipar saya, walaupun dia taraf pendidikannya tidak tinggi, tapi dia bukan tipikal berfikiran sempit. Sampailah satu masa, abang ipar saya ni mendapat tawaran bekerja di Jepun. Masa kami balik kampung, biras saya ni mula 'angkat muka' bereksyen dengan barang berjenama walaupun saya tahu ianya fake. Ada juga kasut anak-anak yang terang-terang "made in china" diletakkan di Facebook. Tak habis2 menunjuk2 dengan kami sambil berkata "ni mahal ni", "mahal ni, beli online"..mungkin dia baru kenal dunia sebab gaji abang ipar saya di malaysia tetap jalan, dan gaji di Jepun pun jalan juga. Sangat bongkak. Saya tak faham orang yang baru 'merasa' boleh jadi sebegitu angkuh dengan kehidupannya sedangkan kalau dia luaskan pergaulan dia, saya rasa hidup dia tu 'biasa-biasa' je..So, faham-fahamlah. Ada satu masa di depan orang ramai, biras saya ni terang-terang depan orang mengajar saya cara 'buat' untuk dapat anak. Dia suruh letak bantal lepas bersama (dia cakap anak kedua dia buat macam tu), kira waktu subur, kemudian makan acid folic. Masa tu saya terasa la malu sebab depan kakak ipar dan mak mertua saya sedangkan sebenarnya keluarga mertua saya tak pernah sorang pun ada yang sibuk saya pregnant ke tak. Mereka diam je.Tapi husband jadi penyelamat. Dia cakap "ah, tak payah nak buat semua tu..mengarut..kalau Tuhan dah kata ada tu ada la..". Walaupun saya sakit hati, tapi entahlah.Pendam je.

Entah macamana, lepas je abang ipar saya balik dari Jepun, dalam dua tiga bulan macam tu, dengar cerita biras saya berhenti kerja sebab nak jaga anak. Sebab mak dia dah tak mahu jaga anak-anak dia lagi sebab kononnya buas, sedangkan mak dia boleh tolong jaga cucu dari anak yang lain. Dan start dari situ, keangkuhan sirna. Cakap-cakap yang suruh buat anak pun dah tak ada, mungkin takut dengan abang ipar saya. Dan mereka laki bini pinjam duit husband saya setiap kali raya dan cuti sekolah, bila dikumpul beribu juga lah. Dah tak ada lagi eksyen kasut fake atau wallet LV made in china di Facebook. Kami balik raya haritu, kami sekeluarga pergi ke rumah makcik husband. Anak kedua biras ni asyik mengamuk je, dan...tiba-tiba dia muntah di living room depan kuih muih raya makcik husband.

Saya ini manusia biasa, bukan malaikat. Jika saya malaikat, saya akan ambilkan tuala dan tolong lapkan muntah tersebut, sebab dekat dengan kedudukan saya. Disebabkan saya manusia biasa yang pendendam, saya hanya memerhati sahaja amukan anak dia dan muntah yang dibersihan terbongkok-bongkok oleh biras saya. Sambil memerhatikan, saya dengan selambanya minum dan makan ketupat rendang seperti tak ada apa yang berlaku di saat semua keluarga kecoh-kecoh. Saya perasan some of them pandang-pandang saya sebab of courselah paling sikit pun kalau tak tolong, buat-buatlah cakap, "ala kesiannya..", "demam ya..?kesiann..", "patutlah ngamuk, tak sedap badan.."..

Dalam hati saya, kalau kau tanya lagi aku pasal pregnant pasal anak, aku nak jawab,"Saya ni nak anak kak, tapi takut la..Saya tak reti nak lap muntah budak kat rumah orang..!"..


Surprisingly, dia tak tanya langsung pasal anak atau pasal pregnant, sampai sekarang...

Banyak lagi la saya nak tulis, tapi saya belum solat Asar. Nanti saya sambung ya..

33 comments:

  1. i sebenarnya tertiba terlink this page.. bila baca kelakar pun ada. sebab nampak macam meroyan je dik..rileks la..apa yang u cakap tu ada betul.. tapi ada jugak salah..kalau orang tak bahagia ada anak, takkan la seluruh dunia ni sibuk sibuk nak beranak.. ramai je yang cantik lepas ada anak. open la mind skit.. orang yang berttc pun bukan la pandai sangat jaga badan sebab disogok makan serba mak nenek ubat. fikir fikirkan..

    ReplyDelete
  2. saya rasa cikpuan ni baik dok diam jer daripada nak komen camni kat blog org lain yg membuat luahan perasaan. if u've never been in thier shoes, then better shut ur mouth. Im not sure BnC offended with ur comment or not but i do!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lady Mira, saya dah baca comment dia tapi saya decide nak ignore je la..sebab bukan dia cakap depan-depan saya macam 'orang2 yang tak faham' yang selalu saya bengang pastu tulis dalam blog ni. Lagipun saya rasa dia butthurt para 1 tu je kot..hahahaha..plus, rasanya dia tak pernah mengalami perkara yg kita lalui..mungkin la..lagipun saya memang jarang clarify yang saya nak meluahkan perasaan..just tulis je,tak fikir akibat pun..hahaha..takpela, kita ignore je dia..

      Delete
  3. cik puan... gives us a break! ... we are not againts u mothers (obviously u r not ttc judging by ur comment.. if yes, u may have forgot what it felt like feeling so hopeless at times)

    b&c, its her right to give her opinion but its ur right also to write wutever u want.... yes we should just ignore this kinda comment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup setuju Nanoke..we are not against mothers, cuma kita terluka bila the mother sindir/perli/telling over the world kan?

      Takpe la kita ignore je..lagi pun dia tulis "tetiba terlink this page' kan..so means dia tak tahu hujung pangkal..untuk saya pulak, silap saya, saya malas nak tulis disclaimer yg saya just nak vent my dissatisfaction/ kemarahan ke apa ke, so maybe tu yang buat orang tak faham..

      So ignore je la dia..

      Delete
  4. Hmm hanya yg MENGALAMI saje dpt MEMAHAMI kan... hanya ttcians!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..yang menghadapi je tahu rasa pedih dan pilu..

      Delete
    2. setuju sangat2 kak..saya dah setahun kawin..masih menanti.. tuhan je yang tahu mcmana perasaaan kite kan kak..

      Delete
  5. nampak sgt account dia tu fake.. sanggup create account semata2 nk comment kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. La dia baru create account ke? sumpah saya tak tahu bab-bab dunia blogging ni..tahu yang paling asas je..
      Biarlah dia..maybe dia just blogwalking je, then tak tahu ujung pangkal..ok la, at least takde la nak ajar2 saya buat anak macam sesetengah orang yang saya selalu geram tu..

      Ignore je..mother yang senang pregnant memang takkan faham

      Delete
  6. to b & c. anyway feel sorry about my comment b4.mmg tak sengaja terlink at your page. from history, i search back this page. i know among ur friends yang marah.but as i told u earlier.. i tak cakap ur statement semua tu salah.just as reminder.. not all mother smua macam tu..tak tau berdandan, buruk and so ever.bukan "mom to be" or " mom already be" tu tak sensitif dengan keadaan ttc. sometimes mereka sebenarnya tidak tahu yang anda sensitif bila ditanya soalan soalan begitu. just kalau tak suka mereka yang suka benar tanya pasal baby. bagitau diorang direct yang "u tak suka mereka tanya lagi soalan tu".. for your info.. mereka mereka ni tak tahu yang u all sgt sensitif bila tanya soalan cepumas begitu.thank u for reading.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. setuju dengan b&C. for me, kalau yang tak cari pasal macam tanya soalan standard 'dah ada isi ke belum' masih okay lagi. tapi yang kaki sibuk melanjutkan kesinambungan soalan seperti beri tips hebat malam pertama atau posisi terbaik untuk dapat baby pintar, tpi diri sendiri huru hara memang terasa nak cakap padan muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Azura..selalunya yang buat saya lepas geram tu yang bising nak ajar macamana cara masuk yang betul, suruh search kat internet posisi yang betul, yang doa2 untuk kita, cakap kesian pada kita, padahal kita ok je..takde la sengsara sangat walaupun belum ada anak..kalau doa tu masih suka la jugak..

      My friends yang pregnant gracefully and modestly tak meninggi diri, tak bising2 kat Facebook, tak sibuk2 call/mesej tanya dah pregnant ke belum, diorang OK je, baik sangat.itu la ciri ibu/bakal ibu yang saya tak pernah marah pun..

      ni yang jenis sibuk2 bab dalam kain tu memang rasa terbakar hati..bagi saya itu menjatuhkan air muka suami saya..

      Delete
  9. ok, by the time aku tekan reply, ada komen baru from cikpuan, lepas baca, telan liur sebab haaa faham pun, mcm ni la baru baik.
    kdg2 kami yg TTC ni memang lah mulot mcm tu. B&C ni lagi lah baik banding dgn mulut saya yang lebih lancang. tapi semuanya sebab org2 yg tak sensitif psl isu ni, tembak benda ni kat kitorg. kdg2 our excuses like "Org yg dah ada anak tu tattau jaga badan lah watever", itu semua kata2 utk kuatkan diri sendri,.sama jugak mcm korang yang mudah branak, utk kuatkan diri sendri korang cakap ala org yg TTC tu lagi terok makan ubat itu ini smpai badan gemok jugak. SAMA je awak. org2 TTC buat blog pun meant utk org2 yg TTC juga, memang bila org tak ttc baca kompem sakit ati punya. minta maaf lah ye awak. bagi pihak b&c saya pun minta maaf kalau ada kata2 kami ni kesat sungguh utk ibu2. sbenanya itu just the way of expressing ourselves out. kwn2 rapat saya semua dah beranak, semua masih cantik dan bahagia suami isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia baca betul2, orang yang i kutuk 'tak ada masa nak melaram, susah nak jaga badan la, whatever la' semua tu, mereka tu betul2 busy body dan annoying, sebab sampai tahap benda atas katil pun nak ajar..Bagi i, benda-benda tu memang i boleh tahan telinga dan tebalkan muka, tapi cuma kesiankan air muka suami..seolah-olah dia tak cukup 'jantan' atau kami tak pandai buat projek..Plus, i type "payah" disebabkan time constraint..Bukannya menghina kejadian Tuhan..Sebab i pun tahu, kita semua dok sibuk menulis dalam blog ni pun sebab kita semua nak jadi ibu..semua nak rasa sakit meneran, semua nak rasa breastfeedkan anak..

      Adalah irony kalau kita kutuk2 mommy/mommy-to-be tapi kita sendiri berusaha nak jadi mommy.

      Dan orang yang i kutuk semuanya yang melaser kat i..I tak kutuk pun para ibu/mommy-to-be yang baik, tak pernah sibuk asyik tanya pasal anak, dah bersalin baru announce kat facebook, tak bising pasal check-up klinik/mengidam, etc..Ramai je my friends yang being pregnant/being a mommy yang tak bising di FB/tak berlagak pasal anak yang masih cantik dan bahagia je..Dan i sangat respect mereka ni..Dalam hati i doakan anak-anak mereka ni jadi bagus macam ibu mereka juga..Dalam hati ni berdoa supaya kalau kita jadi ibu nanti, nak jadi ibu yang tak keep whining pasal anak sebab nak kumpul LIKE facebook..

      Itu sebenarnya. Tapi macam i tulis before ni, maybe dia misunderstood, sebab i tak buat disclaimer/ foot note yang i vent my dissatifaction over being infertile..dan lepas marah pada orang2 yang tak memahami..

      Delete
    2. Yup, agree with B&C. Secara logiknya, bila kita terbaca entry mcm nih, kita bole paham yg kita tujukan kt org yg menyakiti hati kita. Bukan kat random people. Ily rasa apa yg CikPuan nak sampaikan tuh, kami sume yg ttc nih paham. Ayat yang mudah, 'kalau tak suka org tny, bgtau or sound lahh. Baru org tak tny'. Tapi, mcm mana pulak pandangan org yg dah beranak bila dengar kami cakap macam tuh? tak penah terpk ,'mesti jeles & sakit hati sb tadek anak lagi. Sb tuh tak bg org tny psl tuh'. Sebenarnya, sama jek. Kalau kami yg ttc nih terlebih sensitif, then mereka yg dah beranak tuh tak sensitif laa ek soal ati & perasaan org yg ttc?

      Maaf kalau komen nih buat sapa2 terasa. Chill :)

      Delete
    3. That it is..takkanlah nak lepas geram dalam blog pada random people kan..padahal sendiri bukak dan tulis dalam blog pun sebab nak ada anak sendiri..nak ada zuriat dengan suami..

      Memang la mudah kita nak sound 'tak suka ditanya pasal anak/seumpamanya', tapi sebelum kita bagitahu tu, mereka yang tak faham kesukaran kita untuk get pregnant easily ni awal2 lagi dah making joke about our inability ni. Sekali dua memang la boleh gelak, bila banyak kali dah mula rasa lain..

      Sorry juga la pada TTC blogger and non-TTC blogger yang baca my posts. I'll never delete them sebab i nak baca balik once doktor dah sahkan saya mengandung (jika diizinkan Tuhan), supaya saya tak buat perkara yang saya tak suka semasa jadi TTCian, and be more considerate jaga hati dan perasaan orang..

      Delete
  10. anyway, i not giving comment bukan nak carik gaduh segala.mungkin ketentuan allah saya ter link disini. as i told u mom to be or already be, memang tidak tahu sebenarnya anda sensitif bila ditanya ttg anak. dont blame them. xctually they dont know. if u dont like. terus terang sahaja " kak / adik, saya sebenarnya tak suka akak/adik tanya soalan tentang anak". sometimes bila anda berkias lagi mereka tak faham. dan mula membuat kesinabungan soalan/ajaran/ubatan yang maybe difikirkan baik /just share what their understanding untuk anda yang mungkinla mereka beranggapan tersalah waktu, salah posisi ke.. etc.etc. you girls please educate them dengan cara yang betul.. they dont know pcos, endo, retro dan segala ayat doctor or etc..janganlah anda bermasam muka dengan golongan mothers, sbb we also have mom.. and sometimes our mother/ grandma/ makcik pun tak terkecuali bertanya soalan cepumas. they dont means to do that to u all. they dont know. thank for reading.

    ReplyDelete
  11. to be honest about facebook status... tentang mengidam, gambar baby golongan mothers ni. they only want to share what they feel at this moment, keseronokan bila dengar degupan pertama. i dont think mereka sampai bermaksud kalau update pasal mengandung, mesti si polan si polan ttc ni akan sakit ati or makan ati. and i terbaca u punya entry ttg kumpul like tu pasal beranak tu.. mybe la tak patut.. i think maybe sekadar gurauan kasar from her..tapi rasanya dia takde la berniat kot untuk lukakan ttc...

    ReplyDelete
  12. sometime mother merungut pasal tak dapat attend itu ini.tak dapat tgk tv, wayang. bukan bermaksud mereka benci anak mereka sampai nak membunuh anak.. mak mak zaman dulu selalu jugak kata" kecik kalau tau perangai cam ni..aku cekik smapi mati" tapi elok di biar samapi besar.. mereka cuma express feeling how busy they handle the situation..memasak, suami,anak etc..etc..so janganla amik ati golongan mother. ttg cerita atas katil tu.. i think mereka cuma share apa they think they do right.. maybe mereka tak sensitif.. and hoping u berjaya dengan ajaran nya.. sedangkan u dah macam macam lakukan.. makan macam macam..ubat macam macam.. maafkan mereka kerana tidak sensitif tapi rasanya mereka tidak berniat untuk jatuhkan air muka somi somi anda.. just sharing je kot how they do..sekali lagi maafkan mereka yang tidak tahu, or non educate about science doctor ttg sperm, ovulation day, ovum.. mereka tidak tahu.. educate them.. dont judge them easily because they not sensitif.. thank you again for hot topic..

    ReplyDelete
    Replies
    1. and this was meant utk my post in my blog. kenapa tak komen kat situ kakak?

      sometime mother merungut pasal tak dapat attend itu ini.tak dapat tgk tv, wayang. bukan bermaksud mereka benci anak mereka sampai nak membunuh anak.. <---this is a sarcastic joke utk org2 yg mulut laser sahaja. sama jugak korang yg suka joking about katil semua kan? bukan cakap tu utk bermaksud OK KO BUNUH SKANG! bukan la sayang!
      sbenanye kan kakak CIKPUAN, seriously, u never been in our shoes. if u are not TTC, better dont read TTC BLOGS. memang jgn. ko belom jumpa TTC blog yang memaki hamun, mencarot marot kat pregnant mothers yang berlagak. diulangi, YANG BERLAGAK saja. kalo ko tak berlagak, nape ko nak terasa?
      ko xpaham sgt ni kot, takkan nak citer A-Z, bende tu pun luahan kat blog je, tibe2 EH ada pulak org nak buat huraian yang diorg tak bermaksud la ape la. EH ko pun takkenal org yg berkata2 tu, org tu kalau kate mcm tu kat ko agaknya, tah mcm mana ko lagi sakit ati.

      jadi aku minta maaf, ape yg aku tulis ni. semua ni ada Hikmah kenapa Allah tunjuk, so that we paham each other's situation. so that TTC paham, dan org yg tak TTC pun paham. ko paham kami, kami paham korg. ape2 yg laser tu utk diucapkan kat org yg laser saje, sayang.
      kalau ko mcm sgt baik, tibe2 baru cakap letih jaga anak, takkan aku tiba2 sound Eh awak bunuh je la kot anak awak tu.!
      adoi logik2 la skitt... kan?
      :D
      ok, dah!

      Delete
    2. I can't believe she devour all our blogs and read the sentences LITERALLY, which in contrast kadang2 kita menulis pun secara metafora dan kiasan..

      Kita mula dari awal, kenapa wasting time baca blog TTC, kan mothers lebih baik baca tips-tips on how to raise their children briliantly.

      Delete
    3. pelik betul cikpuan kita tu tak faham2 bahasa and still nak argue! If ur not TTCing better get out from ttc blogs! thats all. ee geramnya!

      Delete
    4. Tu la..kenapa dia nak sibuk baca blogs TTC ha..tak de kerja dan tak busy dengan anak2 ke sampai banyak masa nak baca blog orang TTC..entahlah, lantak dia, biarkan je..

      Delete
  13. Baru berkesempatan membaca..

    panasnya di sini..huhu.

    Ini pendapat saya..kita sebagai manusia tidak tahu apa masalah orang lain, rasa/perasaan orang lain, apa yang orang tu suka, apa yang orang tu benci. sekalipun dia adalah ahli keluarga kita sendiri. Saya juga sensitif bila berbicara soal anak dan juga persoalan yang mmg tak perlu dijawab. Pada saya orang lain boleh bertanya, tapi bertanya la dgn penuh hormat. Berilah kata2 semangat dan idea. Jgn membanggakan diri dgn kelebihan anak yang ada..itu mmg menjengkelkan.
    Percayalah setiap wanita pastinya ingin melalui fasa mengandung, melahirkan, menyusukan, mendidik anak2.. tapi sebagai orang islam kita wajib percaya dan beriman dgn qada' dan qadar Allah. Segalanya telah ditentukan oleh-Nya.

    Dan ingatlah, semua yang kita ada ini hanya pinjaman semata-mata. (ingatan utk diri sendiri jugak).

    Saya ambil dari satu blog "Allah beri sesuatu kepada kita sbb kita perlukan bukan sbb kehendak kita"..Maka Allah akan beri bila Dia rasa kita memerlukan.

    Untuk geng TTC - usaha, doa dan tawakal. Apa yang terjadi adalah terbaik utk kita. berlapang dada semoga kita lagi gembira. Hidup ini sekejap jer..lebih baik kita enjoy our life sementara nyawa masih dikandung badan. Jgn penuhkan kehidupan yang singkat ini dgn perkara2 yang sedih..

    ReplyDelete
  14. Baru berkesempatan membaca..

    panasnya di sini..huhu.

    Ini pendapat saya..kita sebagai manusia tidak tahu apa masalah orang lain, rasa/perasaan orang lain, apa yang orang tu suka, apa yang orang tu benci. sekalipun dia adalah ahli keluarga kita sendiri. Saya juga sensitif bila berbicara soal anak dan juga persoalan yang mmg tak perlu dijawab. Pada saya orang lain boleh bertanya, tapi bertanya la dgn penuh hormat. Berilah kata2 semangat dan idea. Jgn membanggakan diri dgn kelebihan anak yang ada..itu mmg menjengkelkan.
    Percayalah setiap wanita pastinya ingin melalui fasa mengandung, melahirkan, menyusukan, mendidik anak2.. tapi sebagai orang islam kita wajib percaya dan beriman dgn qada' dan qadar Allah. Segalanya telah ditentukan oleh-Nya.

    Dan ingatlah, semua yang kita ada ini hanya pinjaman semata-mata. (ingatan utk diri sendiri jugak).

    Saya ambil dari satu blog "Allah beri sesuatu kepada kita sbb kita perlukan bukan sbb kehendak kita"..Maka Allah akan beri bila Dia rasa kita memerlukan.

    Untuk geng TTC - usaha, doa dan tawakal. Apa yang terjadi adalah terbaik utk kita. berlapang dada semoga kita lagi gembira. Hidup ini sekejap jer..lebih baik kita enjoy our life sementara nyawa masih dikandung badan. Jgn penuhkan kehidupan yang singkat ini dgn perkara2 yang sedih..

    ReplyDelete
  15. Baru berkesempatan membaca..

    panasnya di sini..huhu.

    Ini pendapat saya..kita sebagai manusia tidak tahu apa masalah orang lain, rasa/perasaan orang lain, apa yang orang tu suka, apa yang orang tu benci. sekalipun dia adalah ahli keluarga kita sendiri. Saya juga sensitif bila berbicara soal anak dan juga persoalan yang mmg tak perlu dijawab. Pada saya orang lain boleh bertanya, tapi bertanya la dgn penuh hormat. Berilah kata2 semangat dan idea. Jgn membanggakan diri dgn kelebihan anak yang ada..itu mmg menjengkelkan.
    Percayalah setiap wanita pastinya ingin melalui fasa mengandung, melahirkan, menyusukan, mendidik anak2.. tapi sebagai orang islam kita wajib percaya dan beriman dgn qada' dan qadar Allah. Segalanya telah ditentukan oleh-Nya.

    Dan ingatlah, semua yang kita ada ini hanya pinjaman semata-mata. (ingatan utk diri sendiri jugak).

    Saya ambil dari satu blog "Allah beri sesuatu kepada kita sbb kita perlukan bukan sbb kehendak kita"..Maka Allah akan beri bila Dia rasa kita memerlukan.

    Untuk geng TTC - usaha, doa dan tawakal. Apa yang terjadi adalah terbaik utk kita. berlapang dada semoga kita lagi gembira. Hidup ini sekejap jer..lebih baik kita enjoy our life sementara nyawa masih dikandung badan. Jgn penuhkan kehidupan yang singkat ini dgn perkara2 yang sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Puan Tipah..

      saya tak bermaksud menulis untuk diprovokasi..tapi saya mengaku la kekasara ayat-ayat saya yang mungkin disalahertikan oleh sesetengah pihak..menulis dalam keadaan yang 'tidak ketentuan' mana sama menulis dalam keadaan rasional..

      Saya setuju dengan Cik Puna Tipah, kalau nak bertanya, tanya dengan berhemah..saya percaya kita yang payah mengandung ni boleh tahu dan dah boleh agak samada soalan-soalan itu ikhlas atau tidak..Beri idea pun dialu-alukan tapi janganlah sampai menjatuhkan air muka seseorang..

      Sebagai hambaNya, kita ni semua tak berdaya. Tuhan bagi lebih tang ini, dia kurang tang lain..

      Terima kasih atas peringatan Cik Puan Tipah..

      Delete
  16. panas2... nak nyampuk gak..hahaha... i "terlink" (sape yg bace komen cikpuan je paham hehe) satu blog ni.. cikpuan dh ade blog sendri ... http://cikpuanblogs.blogspot.com/ ... myb salah satu cara utk tebus silap + tunjuk support kpd ttc??? kami ok je cikpuan.. cume lenkali cuba masukkan diri anda dlm kasut kitorang je sebelum memberi komen.. kalau tak muat nak masuk, bagi moral support jela.. jgn kondem tanpa usul periksa.. peace..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe..TERLINK..hahha..terbaik Nanoke..gelak saya sorang2 ni..
      Ye la kan, kita ok je..semua orang tau macamana gaya orang TTC menulis dalam blog..masing2 pun dah faham..tapi ye la, dia baca pun takat surface je kot sebab tu dia kondem..entahlah, lantak dia Nanoke..

      Delete
  17. baru sempat singgah and terbaca "komen" panas kat sini which actually takde isu pun sebenarnya kalau org tu tak terasa sendiri...
    B&C: starts from siri 1 to 3, nice entry...well said and well written...actually banyak lagi cerita2 yang seangkatan dengannya yg pernah kita lalui kan...tapi sebab kita ni insan terpilih, we are strong and keep most everything inside sbb kita nak jaga hati org as we we know how painful to be sakit hati..thats why most of us have bolgs to express and share things between us...
    to cikpuan: U ARE EXACTLY THE EXAMPLE OF ANNOYING AND IRRITATING PEOPLE THAT which we discussed among US TTCians..
    we had ebough encounter with people like u in reality, so we dont welcome youtype in our peaceful blogworld..
    yes, im hurt and offended by your comments

    ReplyDelete
  18. salam bnc... thumbs up for this entry... i was in ur shoes before.. almost four yrs marriage..unchild... n for cik puan : tak masuk akal tiba2 nk start conversation, we should say.. 'hello, i don want u to ask me bout children ok, i dont like it!' bley ker kita mula our conversation like that... apa pun cik puan, kita mmg kena sentiasa sensitif dgn semua org...esp bila bercakap... dont keep slip ur tounge or else it will come back to u in various ways... n u and so called bunting pelamin frens will nver know how does it feel in their shoes...which is i dont think you want to feel it... cos ladies like u n ur frens are so paranoid when it comes laki - kawin-lagi-kalo-takder-anak... thank you... :)

    ReplyDelete