Wednesday, 1 February 2012

Saya belum ada anak, saya ok - bhgn 2

Who does not thank for little will not thank for much.  ~Estonian Proverb

Maaflah jika entry-entry saya semuanya berterabur dan tak ada flow. Betul-betul apa yang keluar dari otak dan dari hati. Yang keluar dari otak baik sikit bunyinya (hehehe..agaknya lah), yang keluar dari hati tu hm..cukup segala resepi makian dan luahan kemenyampahan..

Mode Mak Joyah: Malam tadi, kami berdua dok bergurau senda, tapi saya ni asyik teringat makan je la.Saya ajak husband pergi drive-thru McD nak makan McFlurry tapi semua icecream habis, so ajak dia ke KFC beli ice cream dan cheesy wages. So duduk dalam kereta je, biar husband yang beli. Sekali dari dalam kereta saya nampak seorang perempuan yang merupakan our colleague juga yang saya benci. Rupa-rupanya dengan perut terboyot-boyot anak kedua dia usung laki dan anak first dia dinner kat KFC pukul 10.30 malam. Itu tak jadi masalah, sebab hal-hal macam ni saya tak ambil port sangat, bukan kacau rumahtangga kita pun. Cuma saya rasa nak ketawa dan nak ejek dia, sebab dia bukan main lancang ajar saya macamana nak buat baby, suruh makan ubat untuk dapat anak. Tapi, sendiri pun pemalas nak masak. Ok, actually saya faham mungkin tengah sarat tu tak larat masak dan husband dia pun tak kisah. Saya tak pernah kisah cara hidup orang dan cara orang, tak suka nak pertikai, cuma saya rasa jelik sebab dia pernah 'mengajar' saya untuk beranak. Sedangkan dari cerita dia, dia sendiri pernah mengalami depression sebab dia terlalu nak anak dan pernah keguguran. Saya rasa jelik sebab dia menyibuk-nyibuk hal kehidupan saya sedangkan saya ok je. Saya rasa jelik sebab dia ajar saya macamana nak beranak tapi sendiri pun tak 'terajar' nak atur rumahtangga. Mungkin kalau dia tak lancang sebegitu, saya tak heran pun dia dinner kat mana dan pukul berapa.


Sebenarnya, jauh di lubuk hati, saya tak berapa kisah lambat atau cepat saya memiliki anak. Sebab saya percaya Allah akan berikan yang terbaik bergantung apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita hendak. Macam saya sendiri, saya masih terumbang ambing dalam karier dan study saya. Iya betul anak ni pembawa rezeki. Tapi selama yang kita belum kahwin tu, rezeki yang kita dapat siapa pula pembawanya, Allah juga kan? Rezeki makanan, rezeki pakaian, rezeki belajar, rezeki beli kereta pertama, semuanya dari Allah kan. Rezeki mendapat husband yang best pun dari Allah juga. Percaya tak, kita tertekan bukan sebab kita lambat mengandung, tapi sakit hati dengan mulut dan pandangan serong masyarakat Melayu sekeliling.


Dukacita saya hendak bercerita ini dengan komen dari Miracle of Qaseh, anak dijadikan alasan pasangan buat hal (dari entry ini). Bak kata Qaseh, anak bukan penentu kebahagiaan, walaupun anak-anak itu pengikat kasih. Saya ada makcik yang mempunyai 9 orang anak, tetapi husband dia madukan dia sebanyak tiga kali. Bila saya dan family datang, husband dia tak habis-habis ajak ayah saya kahwin 2,3. Tapi of course la ayah saya tak nak. Nak dikira husband makcik saya ni bukan ada duit sangat pun, dia sendiri mengaku masa dia nikah dengan bini kedua, dalam poket dia ada RM20 je. Makcik saya ni pula - wanita syurga gamaknya. Apa-apa hal, semuanya husband. Mak pernah cerita makcik saya ni masa belum pindah rumah sendiri, tak pernah turun dapur, sebab duduk dalam bilik 'layan' husband. Sampai anak kecik pertama menangis ketuk-ketuk pintu pun, mereka masih buat projek. Makcik saya ni memang la mudah beranak tak gitu 9 orang anak dia, 7 of them lelaki. Hiruk pikuk la keluarga kami mendengarkan husband dia ni kahwin lain sebab makcik saya ni jenis taat perintah suami. Semuanya suami. Tak balik kampung masa raya, sebab suami malas nak drive. Bila kami sefamily datang beraya, husband dia dok memperlekehkan makcik saya, yang katanya mulut busuk, badan busuk tak mandi, rambut busuk, perut buncit, kulit menggerutu. Kami tengok makcik saya ni tak pernah berhias untuk suami sebab husband dia langsung tak pernah bagi duit hatta untuk beli sebotol krim muka pun; dan dia mungkin yakin sangat yang dia tetap jadi pujaan husband seperti dulu-dulu. Anak-anak apa jadi? Most of them jadi drug addict.


Yang lagi satu adalah sepupu saya, cantik jelita. Sepupu saya ni kahwin dengan husband dia suka sama suka, berkenalan di politeknik. Baru setahun kerja, mereka berkahwin. Sepupu saya ni tak sampai setahun dah mengandung. Duduk di kota besar, menyewa di flat kecil itupun dah sewa RM400, nak bayar baby sitter lagi, bayar hutang kereta, bayar loan kahwin, bagi mak bapak,  kemudian masing-masing sambung degree sebab terasa hidup tak cukup dengan gaji sebegitu. Sambung belajar dengan harapan dapat naik pangkat dan naik gaji. Dengan tekanan-tekanan yang ada, masing-masing bergaduh bab duit, dicampur dengan cemburu buta bila husband menuduh sepupu saya ada affair dengan bos sebab asyik pergi outstation. Pernah tersilap cakap bila sepupu saya terlepas kata mereka tidur bilik asing-asing sebab dia malas nak 'layan' husband. Bercerai. So family semua marahkan sepupu saya. Kemudian, sepupu saya tinggal dengan mak ayah dia. Tinggal la husband di kota besar. Cuma pecah rahsia yang disimpan oleh sepupu saya : mereka memang hidup susah, dan dia sanggup sama-sama susah dengan husband dia, tapi bukan itu punca mereka bercerai. Mereka bercerai kerana kecurangan si suami yang membawa balik seorang perempuan bertaraf anak datuk di rumah mereka tatkala sepupu saya outstation. Perempuan itu dikenali semasa sama-sama dalam kelas degree yang saya cerita tadi.


Saya tertarik dengan entri dari Ectopy ni. Antara konsep rezeki dan bala. Kita boleh relatekan fenomena tsunami dengan dunia TTC kita. Masa sebelum tsunami, bukan main ikan dan hidupan laut lain tertonjol-tonjol. Kita pun ingat, wah, murah rezeki. Kayo pakcik!, tapi rupa-rupanya selepas itu datangnya tsunami yang hampir meranapkan kehidupan. Baca yang part last tu, kalau rezeki datang dulu disusuli dengan kesusahan, itu bukan rezeki itu bala. Tapi kalau kepayahan datang dulu kemudian disusuli dengan rezeki, barulah dinamakan ujian Tuhan.


Seronok tak wahai kawan-kawanku sekalian? Kita lambat dapat zuriat bukan sebab kita mandul, tapi sebab Allah nak beri kita yang terbaik. Apa yang kita lalui ini semua ujian dari Tuhan tanda sayangnya Dia pada kita. Apa yang kita perlu lakukan sekarang, dekatkan diri denganNya. Saya ada seorang kawan pangkat kakak, saya kenal dia di kampus tempat saya buat Master (dia tengah buat PhD) yang dah beranak pinak tapi dia sungguh sweet bila saya mengadu saya belum mengandung. Dia mesej saya "relaxlah yang, Allah nak suruh kamu berdua honeymoon lama sikit. Jangan risau lah. Yang penting jaga hubungan dengan Allah. Bila hubungan kita dengan Allah dijaga, InsyaAllah hubungan kita dengan orang lain pun akan terjaga. Bila hubungan kita dengan Allah dijaga, rezeki dan pertolongan Allah datang dalam pelbagai bentuk."


Saya sebenarnya nak menulis lagi tapi husband dah nak balik. Nanti saya sambung ya.

33 comments:

  1. Akak sker entry ini. hidup mesti positif :)

    ReplyDelete
  2. hi B&C:
    1st of all thank u for the giveway present..xsempat nk wat entry psl tuh...hihihi
    btw,everytime i baca entry berjela u,mmg i terus speechless.realiti nye memang betol.w/pun pahit,itulah sebenarnya yg berlaku.

    cuma yg i blh katakan..serahkan semua nya pada Allah.bila kita dh berusaha,biar Allah tentutkan what's the best for us.

    saya selalu beritahu/share perasaan pd yg memahami..mgkin Allah nak bagi saya kenal husband betul dan jd matang dlm perkahwinan b4 Allah kurniakan kami anak.mula2 kawen dlu saya xnampak semua tuh,tp sekarang bila perhubungan kami sudah stabil dan matang, baru saya realized.kalau secara awl nye mmg kita ada masalah dgn husband,anak bukan la jalan penyelesai masalah.dulu saya sering berdoa supaya Allah bagi kami anak sebagai pengikat kasih kami suami isteri.tp skrg tidak..saya hanya berserah pd ketentuan Nya.

    i takde keberanian utk menulis spt u..sbb nnt i rasa tense!hahaha

    btw,keep writing B&C..

    p/s:sori..kata bahasa diri mmg tak tetap...lalang!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pun saya selalu berdoa supaya diberikan anak..tapi sekarang dah jarang..fikir-fikir balik belum ada anak ni pun kami bahagia je..apa yang nak lagi..

      Delete
  3. I like this entry dear.. =) saya sgt setuju.. tiap apa yang Allah tentukan ada hikmah disebaliknya.. kalau kita lambat dapat anak, maknanya ada something yang Allah nak kita perbaiki baik dalam diri atau dalam hidup kita.. kalau cepat dapat anak pun tapi hakikatnya kita tak cukup stabil dan tak sedia mental fizikal kewangan tak best jugak kan.. so, apapun yang ditakdirkan, kita kena redha and live our life to the fullest.. Allah knows what best for us kan.. so, kita bergembira dan berbahagialah dengan ketentuan Dia.. (^-^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..saya banyak juga baca blog2 pengantin baru yang bunting pelamin..diorang pun sendiri mengaku yang diorang tak terkejar nak adapt new life as wife and as a mom..so betullah memang Allah know what the best for us..

      Delete
  4. like this entry =)

    i always stick to this ~ Allah will always give what u NEED, not what u WANT =)
    insyaAllah semua dipermudahkan, aminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..semoga semua dipermudahkan olehNya..

      Delete
  5. Dear Bouncing and Cherubic,
    Salam kenal dari Umaira
    Sy sgt tertarik dgn citer kamu...
    Ape yg awk sampai kan betul2 buat saya terpikir sejenak...
    **ada betulnya**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Umaira..saya nak follow blog Umaira tapi tak jumpa pula link blog Umaira..boleh tinggalkan link nanti..? saya nak follow manually..

      Delete
  6. B&C,

    first of all, saya baru kenal blog B&C, dan immediately saya tertarik dengannya. dan saya ada pinjam satu phrase quote untuk saya letak di status FB saya. That phrase umpama kunci yang membuka mata saya yang terpejam selama ni.

    "Families with babies and families without babies are sorry for each other. ~Ed Howe"

    teruskan menulis. hunger for your writing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We are sorry for each other kan..? Funny but true..

      Salam kenal ya..

      Delete
  7. hola b&C!

    like like like entry ni,even entry sebelum-sebelum ni pun best, membuatkan saya rasa sangat positive sekarang. and adalah sangat fakta 'kita nak baby sangat sebab orang lain paksa-paksa and tanya-tanya. diri sendiri relaks je'..keep on writing, dear, inspired us!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hola Azura..

      yes that's fact kan..?kalau takde orang tanya atau perli2 atau paksa2 rasanya kita ok je kan..

      Delete
  8. mencari butang like.tp takde pulak...sgt suka entry ini...trs rasa +ve walupun takde anak...insyaallh bila dah sampai masanya nanti.mesti ada punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan sampai masa kita..bukannya tak mahu anak kan..hendak..tapi Allah kata belum masanya..bila sampai masanya adalah anak tu kan..

      Delete
  9. seronok bace ur entry b&c..
    terasa bsemangat..
    keep on writing.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry ye Leeyana..baru publish komen ni sebab blogger treat as spam..

      moga2 kita dapat rezeki yang diimpikan..bukanlah bermaksud tak ada anak tu bagus, cuma kita tengok the positive side

      Delete
  10. suka baca entry ini..
    Allah beri sbb kita perlu bukan sbb kehendak kita..

    saya sangat setuju statement yang ini "kalau rezeki datang dulu disusuli dengan kesusahan, itu bukan rezeki itu bala. Tapi kalau kepayahan datang dulu kemudian disusuli dengan rezeki, barulah dinamakan ujian Tuhan"

    Bukan nak cerita buruk saudara mara..tapi cousin saya senang nak dpt anak..anak 2 org..tapi dari anak no 1 sampai anak no 2 ada masalah dgn baby sitter. Takde sape nak jaga anak dia. Kesudahannya mak dia jaga. Mak pun makan hati jg cucu. Siap gaduh2 ngan mak dia lagi. Kakak sulung mengadu cerita kat keluarga kami. Saya selalu ckp dgn hubby..biarlah kita tak dpt lagi anak drpd ada anak kita menyusahkan org. Biarlah bila Allah beri zuriat pada saat Allah merasakan inilah waktu terbaik utk kita ada zuriat.

    Selalu berdoa semoga Allah permudahkan semua urusan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan...(lupa nak taip)..hehe

      Delete
    2. Salam perkenalan Cik Puan Tipah..Saya rasa terkesan pulak baca komen ni..Saya mohon share ya dalam entri saya..
      Saya pun ada biras dengan kisah macam tu..saya fikir tak pa la lambat dapat anak, asalkan tak buat orang marah ke apa ke kan..

      Delete
  11. Salam perkenalan B&C.
    Suka sangat entry ni. Sgt2 setuju.
    Allah lebih mengetahui apa yang terbaik utk kita.
    Macam Fiqah pun dah kawin 3 tahun lebih.
    Pernah preggy 2 kali, tapi gugur. Masa gugur kali ke-2 tu, Fiqah byk sgt bertanya WHY?? Memang very down.

    Tapi lepas lama2 pikir, and atas kata2 semangat daripada En. Suami, Fiqah redha. Semuanya ni ada hikmahnya. Fiqah selalu berpegang pada kata2 ni.
    "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"..
    So, just be happy...tak guna bersedih :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Syafiqah..
      Bertabahlah sahabat..InsyaAllah Syafiqah dan suami ada 2orang kesayangan yang menanti di pintu syurga..

      Quote dari surah al-Baqarah tu patut kita pegang sebagai panduan hidup..ye la kita manusia biasa, yang selalu tertanya2 mengapa dan mengapa..tapi Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita..InsyaAllah

      Delete
  12. Hai B&C. Salam kenal :)
    Sy suka baca penulisan B&C. Kalau orang yg tak berada in our shoes mmg akan ckp entry B&C agak harsh or komen yg negatif. Hakikatnya, org yg ttc nih jek yg faham sebenarnya kita bukan menidakkan pemberian Allah kat orang lain. Kita still menunggu rezeki dikurniakan anak, and still belum dpt lg rezeki tuh. But dalam masa yang sama, kita bezakan kehidupan kita yg belum ada anak dgn diorg yg dah ada anak. Some of them tadek masalah pon, but some ada yg bermasalah mcm B&C tulis.

    Hemm, whatever it is, rezeki Allah ada dalam pelbagai bentuk. Tak semestinya kita belum dikurniakan anak kita takkan bahagia kan? Nice post B&C :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru terbaca komen ni..kasar ya..? haha..tak la, actually tak la kasar, bukan..kadang2 saya nak lepas geram tak dapat, so guna perkataan kasar la nak express anger..and my post bukanlah bermaksud orang yg ada anak ni ada masalah sentiasa...bahagian masing2 kan..rezeki masing2..

      Delete
  13. tulisan adik ni tidak langsung berbunyi kasar. ini luahan hati....tidak boleh sekat utk meluah apa yang terbuku di hati di sini. ini adalah ruang utk kita so ikut suka hati adik lah utk meluahkan kannya!!!!!
    positif sgt penting.....!!!! satu lagi ..menangis itu adalah satu cara utk bertenang juga. akak dah 8th mencuba..dan masih positif utk terus mencuba mencuba mencuba dan...menangkis menepis kata2 kesat org sekeliling!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya memang luahan hati..kadang2 bila dah rasional balik kemudian baca balik entry2 lama, la rasa 'poyo' je...hahaha..

      Kak Linda, saya kagum dengan akak..saya sendiri rasa lemah bila orang tanya2 dan sibuk2 bagi anak mereka suruh saya dukung..lemas sebenarnya bila diperlakukan begitu..

      Apa pun, saya ucapkan semoga berjaya untuk akak..Saya doakan untuk akak ya..InsyaAllah akak dan husband akan dikurniakan anak2 soleh penyejuk mata dan hati

      Delete
  14. Aslkm B&C... Semalam tah kenapa terbit rasa cemburu dalam hati saya bila kawan baik saya yang baru bersalin januari tahun ni sudah preggy semula 10 minggu. Selalunya saya gembira tapi semalam saya jadi terkesan tiba-tiba. Kenudian saya taip di google "Kenapa Allah belum beri zuriat" dan membawa saya kepada blog ini. Saya berulang kali baca sampai pukul 1pagi smlm. Pagi ni di perhimpunan pun saya masih baca lagi. Alhamdulillah, rasa syukur dalam diri dengan apa yang saya miliki sekarang.. Tq for ur entry..

    ReplyDelete
  15. hye B&c..
    sblom ni sy mmg sedih bila ada org ejek knape still xdpt anak...
    tp bila baca ur blog ade betulnye..
    kite perlu positif... tak perlu nak hiraukan kata2 tak berguna dari org laen..
    anyway, thanks B&C..

    ReplyDelete