Friday, 24 February 2012

Diam-diam. Jangan meroyan



The only disability in life is a bad attitude.  ~Scott Hamilton


Let me explain why am I so cruel in my posts. Ada yang cakap they love my post albeit post saya kasar. Bila saya baca balik, saya tak rasa kasar tapi orang lain yang membaca tidak berfikiran demikian. Kasar. Sebab tu sampai menerima komen yang saya meroyan. Ok lah let me explain la ya.


Makcik saya (panggil Makcik P) yang mempunyai anak 9 tetapi dimadukan sebanyak 3 kali dalam post ini -
Senang cerita suami dia (panggil Pakcik Q) gatal lah..! Haha..Ok la kita mula apa yang meroyan sangat tu. Masa tu tak silap tahun lepas. Makcik saya (Makcik K lah katakan) yang tak ada anak ni menyinggah la rumah mereka. Kebetulan Pakcik Q ni ada di rumah. So, Pakcik Q ni tanya la makcik K.

Pakcik Q: Si B&C tu dah mengandung ke?
Makcik K: Belum lagi. Dia kan sambung belajar
Pakcik Q: Apasal dah kahwin pun nak sambung belajar? Dah kahwin beranak lah!
Makcik K: Biar la dia.
Pakcik Q: Tu la keturunan korang ni. Dia tu tak beranak sebab keturunan kau orang lah. Dia tu kau tengok la nanti ikut jejak engkau tak beranak. Duit je banyak. Ada duit je tapi tak ada anak buat apa, tak guna!
Makcik K: Alah ada anak jadi penagih dadah macam abang pun buat apa?!
Pakcik Q: Tu la kau orang ni, kau tu tak pandai main. Sebab tu la anak saudara kau mengikut. Nak buat anak pun ada cara. Yang tak ada anak ni sebab tak pandai main. Lepas ni siapa pulak mengikutnya.. Anak-anak perempuan aku semua elok beranak.
Makcik K: Kalau beranak tapi asyik bagi anak makan nugget je semua orang pun boleh beranak.

Perbualan dan pergaduhan selepasnya tak perlu la saya tulis sebab pakcik saya dah menyentuh soal masuk tak masuk pancut tak pancut betul, etc semuanya yang menyakitkan hati. Kalau la saya ada di situ, saya tak tahu macam mana nak bertindak. Makcik K mungkin dah biasa sepanjang hidupnya menerima kata-kata sebegitu rupa tapi saya masih lagi fragile. Entah.

Mengamuk? Tak boleh, nanti orang kata kita meroyan tak ada anak.
Keluar je dari rumah terus balik tak payah salam? Mungkin nampak biadap.
Buat tak tahu je? Entah, kalau diberi kekuatan sebegitu rupa.
Diam pastu tak makan tak minum? Confirm la dia akan cakap 'ala..gurau je pun tak boleh..'
Entah.
---------------------------------------------------------------------------------------------

Bicara pasal sepupu saya dalam post ini.
Saya tak bermaksud mengatakan ada anak payah, tak ada anak adalah best. Walaupun statement tu macam best je kedengaran dan it so true tapi semua orang pun nak merasa jadi ibu bapa, dengan harapan kita mendapat doa anak soleh(ah) tatkala kita berada di alam barzakh nanti. Ok dah melalut.

Masa dia dan ex-husband dia baru kahwin, mereka berdua ni asyik mempamerkan kasih sayang di hadapan orang sambil bergelak mengekek judging people. Tudung senget sikit nak ketawakan, makan terjatuh sebutir nasi di bibir pun nak gelakkan, mengomen penampilan dan rupa orang pastu terkekeh-kekeh sesama sendiri(macam saya cakap pada post lepas, dia dan ex-husband dia ni macam pinang dibelah dua, dua-dua sama cantik sama padan), mengutuk secretly cara jalan orang, semuanya lah. Ya lah, orang tengah seronok berdua, kita faham lah, tapi wajar ke nak gelakkan penampilan orang sebegitu rupa. Masa mereka baru bercerai, tatkala mak ayah saya bersedih (sebab dia ni orang favourite semua orang; nenek, atuk, pakcik,makcik,termasuklah mak ayah saya), adik saya ni tak berapa bersetuju sangat dengan pujian-pujian mak ayah saya terhadap dia. Jadi saya buka la cerita pada adik saya .

Masa hari kahwin dia, saya tengah gosok baju untuk majlis, baju saya tu tidaklah indah sangat tapi mak- mak sedara semua memuji, dan pada masa tu dia masuk bilik. Mungkin dia dah biasa dengan pujian dan tak suka dengar orang lain memuji orang selain dia, dia cakap sambil tunjuk baju saya tu "Alah, ni baju sepuluh ringgit, bersepah kat pasar malam kat pekan ni!"..

Masa majlis kahwin dia, keluarga belah mak dia (belah keluarga saya- dari JB) tak banyak menolong, sebab kami tengok keluarga belah ayah dia (belah lagi satu-dari Batu Pahat) bertungkus lumus. So, bila majlis hampir habis, dia buat statement yang buat makcik saya sentap dan ngadu pada kami. Dia cakap "Asyik keluarga Batu Pahat je buat kerja, keluarga JB tak buat apa-apa pun."..Benda yang dia tak tahu adalah keluarga kami yang buat clean up semuanya walaupun basuh periuk dalam hujan, sedangkan keluarga Batu Pahat terus balik. Ok, takpe, ini tak berkaitan dengan saya sangat.

Masa baru kahwin, mak ayah saya buat kenduri doa selamat. So mereka berdua ni datang. Saya ni dengan apron dari dapur penat membasuh pinggan meluru ke depan nak bersalam dengan mereka. Tapi apa yang saya dapat? Diorang berdua ketawakan saya cakap saya macam bibik katerer. Kalau saya jahat, dah lama saya cakap, "memanglah macam bibik katerer, dah masing2 datang bawak perut je..".Tapi saya belum lagi sekejam itu.

Bila adik saya dengar cerita saya, dia cakap nak cerita dengan mak..Tapi saya halanglah dia..sebab benda tu dah lama..tak payah ungkit..Tapi adik saya berani cakap "padan muka"..saya belum la tahap macam tu lagi sebab bagi saya itu bahagian masing-masing..nasib kita belum tahu..walaupun adik saya ni banyak justificationnya tapi benda ni dah lama kan..so lupakan je la..

Oh, saya cuma nak cerita --tak baik ketawakan orang, tak baik nyombong-nyombong dengan orang.
------------------------------------------------------------------------------------------------


Ok, yang kawan saya yang marahkan adik di Facebook di post ini

Dia ni baik orangnya, cuma saya terasa sedikit bila dia tak habis-habis promote di Facebook dan blog (kalau blog tu saya boleh pejam mata je) pasal kebahagiaan keluarga dia. Ada satu hari saya menulis tentang perancangan cuti kami (dalam blog) which is yang langsung tak ada berkaitan dengan anak, tiba-tiba dia tulis
"takde perancangan nak anak ke...? takpe, takpe adalah tu nanti, sabar ya.."..

Kemudian dalam blog dia,dia tulis tentang betapa bahagianya dia dengan kehidupan dia walaupun orang mengata dia beranak rapat-rapat tapi dia tak peduli. Ok la saya tak kisah bab tu. Saya tumpang gembira dengan dia. Tiba-tiba dia tulis,
"kepada kawan-kawan saya yang trying-to-concieve, saya doakan kamu supaya dapat merasa kegembiraan ini juga. Diharap bersabar, ada lah tu nanti, cuma lambat cepat je".

Entahlah, saya tak tahu samada saya ni over-sensitive ke atau cepat buat assumption. Entah. Diam-diam je. Nanti orang kata meroyan pulak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------


Yang biras saya ni, macam yang saya cerita hari tu la (dalam post ini)..

Cuma lemas la kalau dah asyik jumpa asyik bagi tips je. Ada satu kali tu dia tanya saya, "plan ke? kalau tak plan, cepat-cepat la mengandung..Akak dulu sebulan kahwin je dah mengandung. Sebab masa nikah tu waktu subur." Kemudian dia tunjuk gambar kahwin dia yang berbakul-bakul tu sambil cakap "masa akak majlis ni, akak dah mengandung sebulan..".

Dia tengok saya tak ada apa-apa reaksi, jumpa lagi cakap lagi benda yang sama tapi bunyi lain pulak, "Dah mengandung ke? Kalau belum usaha lah lagi. Best tau ada anak ni. Best sangat.."

Jumpa lain hari, ayat lain pulak, "Dah buat dah yang akak suruh letak bantal bawah punggung tu..?" . Saya jawab, "Tak. Lupa.". Dia jawab balik, "Kita ni jadi isteri bukan fikir nak sedap je, selain tunaikan tanggungjawab, kena bagi zuriat, nanti laki cari lain.."

Jumpa lagi, ayat lain pulak. "Tau tak pasal folic acid? Folic acid tu untuk subur. Sebelum buat tu makan la..Dalam pukul 8 pukul 9 tu telan la" .Saya jawab la, "Malas nak makan sebab gemuk". Dia tanya balik "makan banyak mana, sebiji dua pun dah cukup.."..Saya dah malas nak layan saya jawab "Entah, berbiji-biji kot..entah la..tak ingat" Yang paling tak tahan dia jawab,"Laa..banyak sangat..patut la gemuk..!" (sambil dia gelak macam jalang)..Folic acid tu untuk subur ke? Bukan untuk mencegah defect pada baby ke?. Entah.

Bukan nak kata apa la kan, mungkin jika suami saya cari lain sebab saya tak mampu bagi zuriat adalah benda yang diramalkan oleh orang lain, tetapi dia dapat anak nombor dua dia lepas dia bergaduh dengan suami dia sebab suami dia bercall dan bermesej sayang-sayang dengan pelacur, dia tak malu kah bagi tips-tips ni pada saya?

Diam-diam je. Nanti bising-bising orang kata saya meroyan pulak.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

(Yang ni bukan explanation dalam post-post lepas, cuma nak menulis dengan kasar je ni)

Paling bengang bila upload gambar percutian, ada pulak yang sangat baik hati tanya, "Ni honeymoon kali ke berapa ni..?"

Orang yang sama upload gambar bercuti ke Cameron Highland sampai 4 folder, siap tulis capslock macam ni, "CUTI DALAM NEGARA KE LUAR NEGARA KE SAMA JE, PERCUTIAN MAHAL KE PERCUTIAN MURAH KE ITU TAK PENTING, YANG PENTING HAPPY BERSAMA WAJAH-WAJAH KESAYANGAN HAMBA".

Aik? Tiba-tiba..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita ni payah mengandung jadi diam-diam je. Kang nanti bising-bising orang kata meroyan sebab tak ada anak..

[sarcastism]

31 comments:

  1. org lain rasa kite meroyan sbb diorg bkn di tmpt kita..how hard they try pun,still won't feel the same.

    i do understand how u feel,cuma level tuh mungkin tak sama la..sbb org sekeliling kita x sama.cara penyampaian n fikiran pun x sama.if i jd u,dh tentu org2 nih dh kena balik ngan i.tak reti dh nak marah2 through blog..ckp depan2 je senang!:).because they are not help us at all.

    bertabah la all of us!Allah will help us..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la, mungkin i jenis yang malas nak bergaduh nak bermasam muka,tapi bila kita diam makin dipijak pulak. kadang2 nak sembur tapi tak sampai hati, tapi dah marah sangat..'

      entahlah..InsyaAllah God will help us

      Delete
    2. tol la kak..kadang2 tu rasa mcm nk tumbuk2 je.. mulut nie kalo ikutkan hati memang dah lama balas membalas pedas memedas..tapi bila fikir balik, mcm yang akak cakap..nt org cakap kite meroyan lak xde anak..

      kadang2..air mata je peneman..

      Delete
  2. disebabkan kesabaran ada batasnya..pernah sekali masa raya haji tahun lepas, masa tu di rumah mak sedara hubby yg expecting cucu pertama (yes, they all kawen tahun lepas n juz a few months terus pregnant, disebabkan sakit hati sgt dgn kata2 "nasihat" they all tu, tgh2 makan tu juga i bangun dan terus cakap kat hubby jom balik sekarang. hubby yg sentap dgn kata2 they all pun terus basuh tangan. Serius, i terus je keluar tanpa salam and say any words..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah sebab ada kekuatan buat begitu..
      i selalu terfikir nak buat macam tu tapi tak ada kekuatan..sebenarnya naik bosan la orang tanya dan nasihat benda yang sama. hati ni rasa macam nak simbah je air kat muka diorang tu..berangan dalam kepala je la..

      Delete
  3. nak marah pon ada... nak gelak pon ada melihat kenaifan org2 ini... b&c, u mmg tabah! i hearrrttt u .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kadang2 nak je keluar dari mulut 'eeee..bodohnya akak ni..'..haha..i tak la tabah mana, cuma rasa macam salah sangat ke tak ada anak, bukan kacau hidup siapa2 pun..

      Delete
  4. ish manusia nie mcam2. selagi x kene kat dorang, mmg camnie la :)

    mmg kene saba byk2 la.

    to honey lily : yup..rs sy pon pernah wat camtuh sekali. kalu rs x suke, bgn dan terus balik. xsalam ke hape. protes. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la selagi tak kena memang sedap je mengata orang..sabar selagi boleh.

      i teringin nak buat macam u & honeylily, tapi tak ada kekuatan..serius tak ada keberanian walaupun sakit hati ya amat & banyak kali terfikir buat macam tu..

      Delete
  5. Sebenarnya i rs la org2 yg dh ada anak ni,yg the very annoying je tau bkn sume,mcm jeles tgk kita ni masih bertahan n strong n hepi dgn hubby kita even xde anak lg.dorang nk kita ni dok nangis2 tensen setiap hari,pastu berserabut,bergaduh dgn hubby,porak peranda hidup.haha kesian x tercapai hajat dorg coz kita geng2 ttc ni survivors..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..nak cakap macam tu jugak, tapi takut nanti ada orang kata orang TTC ni perasan..

      tapi orang belum ada anak ni cuma belum ada anak je, bukan la apa sangat pun..yang orang lain mesti expect pasangan tak ada anak ni hidup sengsara, hidup porak peranda, laki cari lain sebab nak zuriat, tension nak anak sampai jadi gila, etc..
      Blame the media..

      Delete
  6. HAHA kenyataan plg cerdik "acid folic tu utk subur". Tlg jgn percaya dakyah sesat tu & yes u r right b&c, folic acid mmg utk kebaikan baby takde kaitan pon dgn kesuburan. susah kalau org terlebih pandai ni ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu la kan..nak ajar orang, tapi salah ilmu..tapi nak argue pun kang, nanti dia padankan muka kita balik..so biar la si luncai terjun dengan labu-labunya

      Delete
  7. Hehe macam mana ek saya boleh termasuk sini ;)
    Enjoy reading ur blog ;)

    ReplyDelete
  8. i think ur blog and comments okay je for me. maybe orang yang terasa je meroyan. tu je. lagipun its a fact ape kita ni senang and best nak pergi honeymoon and makan kat luar dan pergi shopping tanpa fikir pasal anak merengek, nak balik, mengamok. diorang tu je yang jeles...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm..tu la rasa macam napa nak meroyan kalau tak buat..

      tu yang best belum ada anak kan..macam2 boleh buat tanpa anak jadi alasan kekangan..tapi bukanlah tak nak anak langsung..rasanya OK je kita belum ada anak..cuma rasa tak adil la kalau masyarakat pandang rendah pada kita hanya kerana kita belum ada anak

      Delete
  9. NENEK DIA LA FOLIC ACID TU UTK SUBUR.
    CUBA SURUH ORG 10TAHUN TAKDE ANAK MAKAN FOLIC ACID SMPAI MUNTAH MENJADI TAK? eh rasa mcm nak pukul org pulak baca ur post ni. hahahahahhahaaa
    sebok sgt die nak takotkan org psl nanti laki kita cari lain. kalau die cari lain n orglain tu pun takleh beranak gak camna?
    CAri lagi sampai dpt? begitu?jgn jadi manusia bodoh la wahai org melayuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
    waaaaaaa
    panas2.
    berpeluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jay sabar2.. hahaha drpd serius bc blog B&C ni terus gelak mc jay pya komen ni.

      Delete
    2. tu la bila dengar tu asyik menyumpah dalam hati 'eeeeee....bodohnya dia ni..'..rasa nak cakap 'kak, akak google tak function folic acid?'...tapi diam dan sengih tawar hati je la..sebab kalau menjawab kang kena balik kat muka kita..tak apa, i nak biar je dia bodoh sampai dia tua...hahha..*ayat jahat gila*

      Delete
    3. hhahhahaahha....kan?
      beriye gila bagi fakta salah. sbenanye bukan salah, folic acid (vitamin B9) tu betul bole membantu, tapi not just folic acid lah kalau dah berbotol2 makan xjadi ape. cube die suh org yg berbelas tahun fail to conceive tu makan folic acid. memang mintak penampar la. sorry i sounded so harsh. hahah! bengang btul dgn statement "kakak" tuh.

      Delete
    4. tu la kan ramai je golongan kita ni makan folic acid berbotol2 sampai jadi gemuk tapi tak pregnant pun..harap satu hari ada orang bagi penampar kat dia kalau dia buat lagi..haha..

      actually kan, ada je orang yang baru anak satu yang dah melalui TTC depression phase ni, dia pun bagi petua yang sama..!..nama je ada degree tapi bodoh...!! kan dah mengata ni..haha..

      Delete
  10. eh, org laki kalau nak cari lain, ade anak byk pun leh cari lain. ustaz akhil pun cari lain, bini dah la lawa, anak 6org, pun nak cari lain. jadi ape kesahihan kalau tak beranak laki cari lain?? budustollll.
    oh takleh bising2 nanti org kata meroyan.opps.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha word for this month "meroyan" hehehehe

      Delete
    2. geram tu tak tahu nak cakap la..dalam hati ni rasa nak doakan biar laki dia yang kawen lain baru tahu langit tinggi rendah..*istighfar byk2 dalam hati*

      Delete
    3. mmg ada org yg bercerai sbb takdpt anak. tapi rasenye lagi byk org yg bercerai pasal benda lain. ramai juga yg anak berderet2, bini cantik2, tapi masih nak gatal dgn pompuan lain, masih nak berbini lebih dari 1. kan.

      aritu at my office ade sorg engineer ni ceraikan bini dia lepas 5years kawin. bile org tanya, alasan die sbb takleh dpt zuriat, and sbb dah takde jodoh.
      terus rasa mcm tersentap takot jadi kat diri sendri. but then kakak2 yg lain ni terus ckp "ala orglain anak berderet2 bini lawa2 baik2, pun bercerai kalau die nak cerai..takyah risau"

      ok teros lega. pikir balik, betul juga tu.

      Delete
    4. dalam hal ni I nak blame the Malay media..sebab media ni mempertontonkan yang pasangan tak ada anak ni depression, bercerai berai, hidup kesunyian, asyik bergaduh pasal anak, meroyan nak anak sampai jadi gila, etc..

      kalau tengok drama atau series luar negara yang berkaitan dengan hubungan husband and wife yang childless, diorang lebih menumpukan kepada usaha untuk mencapai keserasian, compatibility with each other, financial strengh, and effort to be happy with their life..but never on dispute, depression, or divorce bila tak dapat anak..Living childfree is not well received in west countries but the idea is well receieved because they respect the choice made by the couple, and never mocking any infertile couple, apatah lagi asyik nak sebut kesian, kesian, kesian..

      I doakan ex-wife engineer yang notoriously divorced by her husband tu dapat another husband and get children..masa tu baru engineer tu tau kuasa Tuhan..haha..tetiba pula nak suruh wife tu kawen lain..emo sungguh daku.. ;-I

      Delete
  11. I ska bc blog u..eh nk tnye betul ke mkn acid folic sbb pnambhn brt Bdn ?

    ReplyDelete
  12. I ska bc blog u..eh nk tnye betul ke mkn acid folic sbb pnambhn brt Bdn ?

    ReplyDelete
  13. I ska blog u..eh i nk tnye betul ke acid folic bt pnambhn brt Bdn?

    ReplyDelete
  14. I ska bc blog u..eh nk tnye betul ke mkn acid folic sbb pnambhn brt Bdn ?

    ReplyDelete