Thursday, 19 January 2012

Thimmakka: Mother of 400

I subscribed the Utusan Pengguna last year. One of the article sangat-sangat meruntun hati. Very close to us. Saya pendekkan in point form for the description but I copy the full article of her saying. Baca ya bila ada masa senggang.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source: Utusan Pengguna
Edisi: Nov-Dis 2011
Page: 11
Column: Teladan

  • Jalan sepanjang empat kilometer between Kuthur and Hulikal at Karnataka, India adalah jalan yang yang panas dan berdebu dan amat ditakuti oleh penduduk kampung untuk melaluinya setiap hari
  • Kampung Kuthur 45 tahun yang lalu adalah kampung yang kering kontang dan dipenuhi tumbuhan liar. Kini kampung ini dipenuhi dengan teduhan beribu-ribu pokok banyan serta pokok buahan lain. Jalan sepanjang lebuh raya kebangsaan hinga ke Kuthur (20 km) menjadi tempat berteduh kepada masyarakat di kawasan itu
  • Pokok-pokok banyan tersebut ditanam oleh Thimmakka bersama suaminya dengan mengangkut 20-50 timba air sehari berbatu-batu jauhnya dalam tempoh 10 tahun untuk menjaga 'anak-anak' mereka. Ini kerana mereka tidak mempunyai anak.
  • Hasil kegigihan mereka, Thimmakka diberi pelbagai anugerah dan pingat peringkat daerah dan kebangsaan. Pada 1995, beliau menerima anugerah National Citizen's Award and Indiri Priyadarshini Vrikshamitra Award pada 1997.


Thimmakka dilahirkan di pekan kecil Gubbi lebih 80 tahun lalu dan berkahwin dengan Chikkanna dari kampung Hulikal ketika usianya masih muda. Mereka merupakan buruh yang tidak bertanah.

"Saya merupakan anak yang lahir dalam keluarga miskin. Berkahwin pada umur 16 tahun, saya tidak mendapat anak walaupun sudah 10 tahun berkahwin. Kutukan masyarakat kampung kerana saya tidak mempunyai anak amat menyakitkan hati saya.

Saya bekerja di sawah dari pagi hingga ke petang, tetapi tidak begitu berselera untuk makan kerana terlalu sedih. Malah tidur saya pun tidak lena. Penderitaan yang tidak tertanggung dan perasaan amat kecewa mendorong saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Pada masa itulah, saya sedar bahawa kehidupan ini bukan hanya berkisar kepada apa yang saya lahirkan dari perut saya sahaja. Kambing, lembu, pokok, tumbuh-tumbuhan semuanya bernyawa. Di kemuncak penderitaan itu, saya menyedari akan kebenaran ini. Lalu saya menggali lubang dan mula menamam tumbuh-tumbuhan yang membesar sebagai anak saya sendiri. Kalau di dalam keluarga lain, anak-anak apabila besar nanti akan menjaga ibu bapa mereka, tetapi anak-anak yang saya besarkan ini akan memberi tempat berteduh untuk seluruh kampung.

Seluruh Kuthur dipenuhi dengan tumbuhan liar. Ini mengakibatkan kepanasan yang tidak terhingga. Saya mula menanam pokok banyan bersebelahan dengan jalan raya. Pada mulanya suami saya amat marah dengan tindakan saya itu tetapi apabila poko itu tumbuh membesar, saya amat gembira dan suami saya menghayati kegembiraan dan kepuasan saya dengan mula membantu dalam usaha saya menanam pokok

Saya mula meneroka hutan rimba untuk mendapatkan pokok banyan dan mula menyemai serta menanamnya. Kami terus menanam pokok banyan. Kami hanya mendapat bekalan air apabila hujan turun. Pada musim hujan kami menggali lubang besar untuk menakung dan menyimpan air. Selepas itu, kami akan menggunakan air ini untuk menyiram pokok-poko ini pada musim hujan.

Pernah sekali kami menghadapi musim kemarau yang terlalu teruk hingga tidak ada air langsung. Kami terpaksa pergi ke kampung bersebelahan dan membawa balik air menggunakan periuk tanha. Pada satu ketika, semasa membawa air dengan menjunjungnya di atas kepala dan mengelek dengan tangan, tiba-tiba saya terjatuh dan terkena batu lalu terluka dan saya menangis. Suami saya cuba memujuk dengan mengatakan luka yang saya alami tidaklah begitu teruk, tetapi apabila saya memberitahunya bahawa saya menangis bukan kerana luka tetapi kerana mengenangkan air yang semuanya sudah tumpah, maka ketiak itu suami saya turut menangis bersama.

Semua pokok yang kami bertungkus lumus membesarkannya kini berdiri tegak dan megah di hadapan kami. Seluruh kawasan yang sebelum ini  adalah hutan kering kini dipenuhi oleh pokok banyan dan kelihatan seperti sebuah kebun." ujar beliau.

Setiap tahun mereka menanam 15 hingga 20 batang pokok baru sehingga meliputi seluruh jalan sepanjang empat kilometer antara Julikal dan Kuthur. Mereka amat sayangkan "anak-anak" ini sehingga Chikkanna sanggup berhenti kerja untuk memberikan perhatian terhadap pokok yang sedang membesar itu.

Beliau mengawasi sepanjang jalan itu  untuk menghalau haiwan daripada memusnahkan pokok serta memastikan pokok-pokok itu disiram sepenuhnya. Thimmakka terus bekerja untuk mendapat upah bagi meneruskan kehidupannya.

Apabila orang kampung memuji tindakan beliau terhadap segala tindakan yang dilakukan itu, beliau berasa amat gembira. Menurut Thimmakka, beliau melakukan perkara itu bukan dengan tujuan untuk mendapat sanjungan dan penghargaan. Beliau melakukan semua ini dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran.

Suami Thimmakka meninggal dunia 20 tahun yang lalu dan kini Thimmakka hidup sendirian. Beliau masih sihat dan tidak menghidapi sebarang penyakit.

"Penglihatan saya masih lagi baik. Pendengaran saya masih lagi bagus sehingga boleh berbual melalui telefon. Cuma ketika berjalan, saya sesak nafas sedikit," katanya.

Thimmakka menerima 500 Rupee (lebih kurang RM45) sebulan daripada Kerajaan Karnataka. Itulah satu-satunya punca pendapatannya. Walaupun Thimmakka sudah berumur lebih 80 tahun. beliau masih berupaya membuat sendiri segala kerja rumah

"Bandar terletak jauh dari kampung saya. Ini menyebabkan kami tidak boleh mendapatkan rawatan perubatan jika berlaku sebarang kecemasan. Kerajaan telah menghadiahkan sebuah rumah untuk saya di Banglore, tetapi saya tidak pernah melihat rumah itu dan saya tidak memerlukannya. Cukuplah kalau pihak kerajaan membina hospital di kawasan saya," katanya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

B&C: Menangis pula menaipnya ni. Padahal selama ni hati kering je. Macam Thimmakka cakap, kehidupan kita bukan berkisar apa yang lahir dari perut kita. Nak menangis lagi boleh baca yang ini (The Hindu: Mother of 400) dan ini (Good News India: Their trees serve and smile back).

No comments:

Post a Comment