Tuesday, 17 January 2012

Telur rebus, angkat bakul & kesian pengantin

I expect Woman will be the last thing civilized by Man.  ~George Meredith


Meroyan sebab dah nak datang bulan.Kot. Breast pun asyik sakit je ni.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Telur rebus

Ada orang macam nak bagi hint pada saya that the infertility that I'm facing right now is due to the door gift or guest souvenirs at my wedding ceremony. Orang dulu-dulu kenapa senang mengandung dan mudah bersalin? Sebab majlis perkahwinan mereka hanya diserikan dengan telur rebus sebagai buah tangan untuk tetamu. Egg is a symbol of fertility. Dan mengapa orang zaman sekarang payah nak mengandung? Sebab ole-ole untuk buah tangan tetamu semua benda mengarut, contohnya sapu tangan la, sudu garfu la, potpuri la, gula-gula la.

Saya cerita dengan mak saya. Mak saya kata ada kemungkinan besar juga. Untuk door gift majlis kahwin saya adalah dua biji cupcake dimasukkan dalam gelas plain IKEA. Kemudian masukkan semua tu dalam small paper bag.

Nak-nak lepas tu saya ada baca dalam majalah-majalah yang royal wedding Prince William and Kate Middleton, telur burung puyuh diletakkan di dalam bekas kaca mewah sebagai souvenir tetamu. Pun as a symbol of fertility. Masa tu saya menyesal sangat-sangat kenapa saya tak nak telur rebus as door gift. Bukan apa, rasa telur rebus untuk majlis masa kini memerlukan tenaga yang banyak dan risiko telur pecah dan rosak yang tinggi, takut membazir. Lagipun, mak saya ada sediakan bunga telur sebanyak 200 biji, di mana 50 biji diletakkan di pelamin sebagai bunga pahar untuk diberi kepada tetamu-tetamu terdekat.

Tapi kemudian saya terfikir. Benda tu adalah sangat ridiculous and somewhat supertitious and pathetic assumption! Sebab ada je jiran saya yang bunting pelamin beri tetamu cuma key chain lebih kecil dari jari kelingking. Ada je sepupu saya yang cuma menunggu setahun sahaja dikurniakan anak, (masa majlis kahwinnya) beri tetamu halwa dari Arab saudi diisi dalam Vantage porcelin box. So, tak ada kaitan langsung!

For godsake, itu pun nak jadi bahan nak perli aku ke?!

[total madness]
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Angkat bakul

Dulu cikgu-cikgu kita ajar kalau simpulan bahasa angkat bakul itu maksudnya adalah memuji diri sendiri. Dulu kalau ada je budak laki perasan hensem atau budak yang tiba-tiba buat statement 'aku pandai', confirm la semua orang mengeji dia dengan simpulan bahasa ini. Bagus. Sebab lepas tu semua orang become so humble and down to earth.

Tapi sejak meledaknya era Facebook, Twitter, Blog, etc ni, wah semua orang tiba-tiba macam tak pernah belajar je simpulan bahasa 'angkat bakul' tu..Kalau orang sibuk dok post goreng ikan masin dengan telur dadar kemudian tulis husband dia cakap 'sedaaaap' it's finger licking good, itu masih boleh tahan. Kalau orang post gambar dia pakai kaftan atau tudung gaya Hana Tajima dengan caption 'sebelum pergi kenduri, lawa tak aku?', pun masih boleh tahan lagi.

Tapi kalau dah seorang ibu sibuk post gambar anak kemudian letak caption 'anak mama yang comel',duuhhh..saya rasa saya dah boleh jangka mentaliti dan intelligence level dia. Sounds judgmental but that's what I think la..Paling lemas membaca, cerita pasal anak dia banyak orang tengok bila strolling in mall sebab anak dia comel sangat. Bila dah post kat facebook macam tu, ada la orang komen comel, comel, tapi maknya ni pulak boleh reply 'anak i comel sebab ikut mak ayah dia yang lawa dan kacak..'..Tak cukup di facebook, post hari-hari di blog tentang kecomelan anaknya,termasuk gambar anak tak pakai baju dengan background tilam buruk! Ni memang nak mengata ni. Letak gambar suami tulis pulak 'Daddy yang sangat handsome'..Letak gambar satu family tulis pula caption 'One happy family'..Kemudian letak gambar sendiri tulis pulak 'ramai orang kata anak saya comel, tu temurun dari wajah saya la..betul tak?'..Kalau di blog tu kita fahamla, page sendiri so kalau orang tak suka baca boleh tutup terus tapi kalau public wall di Facebook tu...?

[queasy]
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesian pengantin

Last school holiday, we managed to go to several friends' wedding and met some high school friends. I thought, kalau newly weds, never think about baby or pregnancy, mesti diorang sibuk nak cari rumah sewa atau beli barang kelengkapan rumah like kitchen cabinet ke, nak beli sofa ke, beli TV LED ke, nak honeymoon ke.. At least, that's what I thought bila lepas akad nikah dan resepsi. But, pengantin-pengantin yang saya jumpa, dah sibuk nak anak, termasuklah kawan saya yang tengah bertunang!

Ada kawan sekelas yang saya jumpa, bawa tunang dia berbual-bual dengan kami sementara tunggu pengantin datang. Kawan ni dah mula mengira-ngira kawan sekelas kami berapa yang masih belum kawin dan berapa pula yang tak ada anak which is only me! Saya dok biarkan je dia mengira-ngira. Kalau macam ni, saya dah tahu dia sure nak wife dia bunting pelamin to enter the 'functional society' yang dia dok kira tu.

Kemudian, bila pengantin datang, the bride introduced herself, sebab the groom was my classmate. Then the bride ni terus tanya, dah ada anak ke? Saya replied la 'tak ada' dengan happynya. The bride macam terkesima sekejap then terus la saya buat clearance dengan gelak-gelak cakap "kawen je dah lama, tapi tak beranak-ranak!"..Dalam 2 saat keadaan sunyi sekejap, dan mungkin the groom nak cover dia buat-buat tanya kami "eh, dah lama ke? bukan tahun lepas ke?" So my husband pun cakap, " almost 2 years da..".. The bride and groom -"oohhh..".And the conversation end.

Ada satu lagi pengantin, kawan husband. Tengah-tengah kami makan, the groom tanya kami, "korang ni bila nak ada anak?"..Husband cuma cakap, "Kami honeymoon lagi..Hm..lagipun dia (merujuk kpd saya) tengah belajar buat Master tak habis lagi". *The groom cuma kept silent sambil pandang nasi minyak depan kami.*  Keadaan sunyi lagi.

Kesian saya pada pengantin-pengantin ni. Entah la, masa saya baru kawin dulu, memang tak terfikir langsung pasal anak ke apa, cuma masa tu rasa bahagia sangat-sangat berkahwin dengan insan yang dicintai. Masa tu fikir nak masak yang sedap-sedap untuk husband, supaya dia akan ingat selama-lamanya, in case kalau saya masak yang simple bila anak dah ramai. Masa tu fikir seronok-seronok je, tak tergerak langsung nak tanya kawan-kawan yang datang pasal pregnant ke, keguguran ke, apa ke, tak terdetik pun nak tanya kawan-kawan yang single 'bila pulak korang nak kawen'..Perkataan 'bila' untuk jodoh dan rezeki adalah painful tau..So, bila tengok pengantin-pengantin lain semuanya dah risau pasal anak, buat saya terfikir, betapa infertility adalah very sensitive issue yang kalau boleh tak ada siapa-siapa yang mahu melaluinya.

But kita kena fikir, jodoh, rezeki, dan ajal adalah di tangan Tuhan. Segalanya telah tertulis. But still saya kesian dengan pengantin-pengantin baru ni, sebab ada yang long-distance relationship, ada yang gaji mereka pun tak sampai 3k (3k pun masih belum selesa tau), ada yang masih menumpang rumah mak ayah/mertua, ada yang masih hidup terumbang ambing selesaikan hutang kawin sebab nak kawin pun pakai loan bank, ada yang rumah sewa pun lebih teruk dari surau awam kosong hanya ada TV dan comforter untuk tidur, dan ada pula yang masih nak berjeles-jeles dengan saya bila tengok gambar-gambar percutian kami di Facebook.

Kesian, sebab pengantin-pengantin baru ni dah la ikat perut sebab nak kahwin, pastu risau takut-takut kalau payah dapat anak, pastu dah dapat anak, ikat perut pulak nak bayar baby sitter, pampers and susu formula. Kesian sebab baru lepas akad nikah dah start risau takut jadi macam aku.

Kesian..

[double queasiness-vomit!]

9 comments:

  1. b&c, i dulu bg telur masa kenduri. both pn bg telur. now? still working hard. hehehe. karut je tu.

    pssstt... i risau sbb pressie u blom smp. i takut hilang otw je. sedih pulak kalu u penat2 anta tp xsmp kt i. yg lg 2 org tu last week lg dh dpt dh. pelik kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang karut kan..

      I dah reply kat ur blog..I think i nak bagi benda lain je la ya..Kalau denagn Pos sini memang lembap la..pelik je kan yang lagi 2 tu lepas je..

      hm...

      Delete
  2. i punye kes same macam u..instead of bagi telur *sebab i tak suke dapat telur so tanak bagi kat orang* i bg cuocake n baulu..i pon dpt the same comment like urs..kelakar kan kalau pikir..takkan la pasal telur pon blh jadi jd issue..

    dulu adela alasan sambung master..now tak boleh pakai da..insyaAllah lepasn ni ada rezeki for us =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..pasal door gift pun jadi isu..benda tu Tuhan nak bagi orang nikah kat pejabat tak buat majlis pun boleh pregnant cepat..

      Tengah buat master ni pun ramai je orang tak faham Nana..bagi diorang belajar master ni macam kerja sambilan je..padahal yang rekemen suruh beranak tu tak pernah buat master pun

      Delete
  3. i like!

    ok, honestly, pasal telur tu, i pun ade terpk dlu. sbb i mmg menolak utk bagi telur. reasons were, people nowadays mane makan sgt telur rebus. pastu, cam kesian nk kene rebus bagai kan. tp yes, sume tu superstitious. tho org tue2 mmg pecaye abes la. seb bek my mom tak cenggitu.

    angkat bakul. omg! exactly! mcm nk jerit kuat2. aku pun pk camtu!

    kesian pengantin. erm, subjective actually. maybe they think that after getting married, the next step should be babies. little that they know, the next step shall be adapting. adapting to each other lagik penting daripada babies. once u hv adapt, then think about babies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) my mom memang superstitious, sama macam mak dia dan adik beradik dia..punya la nekad kalau adik-adik kahwin nanti nak bagi telur..hmmm

      2) exactly kan..rasa macam eeei...masing2 bukan main ada degree la master la, tapi attitude macam budak baru lepas SPM je..

      3) maybe la kan..hm..baru terfikir mungkin i yang over-sensitive

      Delete
  4. Telur rebus: yeah, i dulu membangkang habis2an utk kasi org telur bcoz sepanjang 2tahun lebih jd wedding photographer, dah MUAK tgk doorgift telur dan dpt doorgift telur dari client :P huhuhu so mmg awal2 dah berazam, bile time i kawin nnt TAKNAK bg org telur! (then lepas kawin baru tau ooo kalau tak bg telur org kata susah dpt anak!) TAPI bila pandang orglain yg sng mengandung tu? diorg kawin bagi towel gulung2 tahpape tu..bole je dpt anak kembar la ape la..then yg bagi telur byk2 tu, 3 4 tahun pun tak pregnant lagi? jadi? apekah significant telur itu? hehe.

    angkat bakul: i used to hate people like this. tp skg mcm dah lali. hahaha! u will, someday. someday u will LALI with this kind of people, dan senyum sinis. biarkan mereka. just ignore. jgn jadikan diorg ni sbg punca utk kite stress dan sakit ati, diorg bukan concern pun kite taksuke. melainkan kite bgtau dia je terus. bcoz i have friends like that, suka sgt perasan,.then i update je status kasi diorg bengang. so esok2 tu dah tak updet benda2 perasan mcm tu. hahah.

    kesian pengantin: kata org: "kawin je dah lama tapi takberanak2!"
    jawapannya: Salah ke?
    Soalan org: Korang bila nak ada anak?
    jawapannya: bila2 pun tak jadi masalah, takde undang2 kata sekarang ke atau esok ke atau sehari selepas kawin ke. takjadi berdosa pun kalau lambat.

    jawapan2 kurangajar ni lah yg make me stronger. but just nak tanye u la, seriously people STILL ask u that question? kalau ya, just try one of my sarcastic answer spt di atas. xpayah concern kalau diorg sakit ati ke tak sbb diorg pun tak jaga lansung hati kita. so? :D (senyum evil) hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Serius i memang tak suka telur as door gift..merepek la kalau itupun nak jadi bahan..see..towel gulung2 pun boleh dapat twin..ah merepek je la..malas nak layan orang2 mengarut macam tu..

      2) haha..berani gila u Jay..punca utama menyampah dan sakit hati tu sebab one of them tu sibuk2 tanya 'ni honeymoon kali ke berapa' dan sibuk cakap 'takde good news ke..?'..busy body la..ingat kita ni attention seeker macam dia ke...

      3) Percayalah people still ask me that question..memang betul kan..kalau kita bagi jawapan sarcastic macam tu baru padan muka..

      Delete
  5. 1) telur rebus? biar benar dorang nie. tuh pon jd bahan??

    2) sb tuh xde facebook. mmg agak kurang gemar status2 mengarut camtuh

    3) aku pon perasan. tah hape2. btol la, ms kawen harituh, xde pikir pon pasal bende macam nie. lebih pd nk settle down hidup lepas kwen. pikir rumah. brg rumah etc. pengantin skrang kalau boleh, arinie kawen, besok nk beranak :)

    ReplyDelete