Saturday, 28 January 2012

Saya belum ada anak, saya ok.

A first-rate marriage is like a first-rate hotel: expensive, but worth it.
-Mignon McLaughlin, The Second Neurotic's Notebook, 1966-


Sebenarnya la kan, kita adalah wanita paling bertuah sebab kita dapat serve beautifully our husband a little bit longer than other person. Sebab orang yang bunting pelamin atau cepat dapat anak tu, berapa bulan sangat dia dapat serve husband dia very well. I mean very very well. Maksudnya sambut dia balik kerja, bukakan pintu, bukakan stokin dia, hulurkan air buat penghilang dahaga untuk dia, masak makanan yang sangat-sangat sedap untuk dia, membelai tubuh kita dengan spa lulur massage or whatever untuk projek malam nanti, wangi-wangikan badan kita, katil kita, bilik kita, pasang soft and romantic music, dancing together, buat special candle light dinner untuk dia, hias rumah dan tanam pokok bunga cantik-cantik di rumah kita supaya dia happy dengan kita, pakai lingerie seksi-seksi dan baju tidur seksi bila masuk bilik, bega-bega rambut ala Rozita Che Wan kat rumah, urut kaki dan bahu dia, tiap-tiap minggu tukar cadar & comforter (tak kisahlah walaupun ulang-ulang 3,4 helai cadar yang sama asalkan setiap minggu cadar baru), pakai mini skirt atau berhias-hias depan dia, jogging sama-sama dengan dia, buat surprise untuk birthday dia, atau anniversary atau valentine day dengan balloons atau DIY things ke, tengok wayang sama-sama, lunch sama-sama, strolling at mall sama-sama like a new lovely couple, bercuti sepuas-puasnya, atau apa-apa lagi la. Apa-apa. Walaupun it sounds "tak kuasa nak buat semua tu, mengarutlah, ingat ni movie ke apa, husband i ok je i sempoi-sempoi", tapi kalau buat confirm dia sengih kan..?

Ada satu kali tu masa mak dan saya berbual, mak saya suruh buat semua benda-benda di atas tu untuk suami sementara belum ada anak.Dia kata kita berkahwin dan hidup dengan husband kita ni lama, sampai mati InsyaAllah. Tak payah cakap 20 tahun la, kadang-kadang tahun ke5 ke6 dah mula rasa jemu. Disebabkan tempoh perkahwinan yang lama yang kita bina itulah, maka kita perlu do something yang boleh buat dia kenang sepanjang hayat. Sekurang-kurangnya apabila kita sibuk dengan anak, tak adalah si suami akan rasa terabai sebab kita sibuk dengan anak, at least kalau dia terasa begitu pun, dia akan faham bahawa ahli keluarga makin bertambah dan perlukan perhatian ibu dan dia sangat menghargai isterinya.InsyaAllah.

Bila kita give the best to our husband, InsyaAllah Allah will give the best to us through our husband. InsyaAllah juga husband kita akan lebih sayangkan kita. InsyaAllah dengan berkat kesetiaan dan ketaatan kita terhadap suami, Allah beri rezeki dan nikmat lain. Lagipun, segala apa yang kita lakukan terhadap suami adalah satu ibadah. Ya, kadang-kadang saya pun dengki dan rasa geram bila saya penat-penat mengemop dia sibuk tengok discovery channel atau main game. Saya terus terang dengan dia yang saya perlukan pertolongan dia. Sebab kadang-kadang bila saya do everthing myself, dia pula terasa being neglected dan tidak diperlukan sebagai seorang suami.

Berbalik kepada 'benda mengarut' di atas tadi, mak saya cakap tak salah kalau kita buat semua-semua tu untuk husband kita sebelum ada anak. Time belum ada anak la kita give our full attention to our husband (not to the extent dia rimas la, sometimes he need space to be a man).Time belum ada anak ni la boleh 'naughty-naughty' dengan husband. Biar husband sentiasa teringat-ringat pada kita walau di mana dia berada,dan walaupun seluruh dunia mengata mengutuk kita kerana lambat melahirkan zuriat, tetapi dia tetap sayang kita.InsyaAllah. Mak saya cakap, bila kita buat benda tu time belum ada anak ni, at least bila dah ada anak & dah sibuk ya amat, tidaklah suami berasa kecewa dan cemburu apabila mendengar kawan-kawannya atau officematenya bercerita tentang layanan 1st class dari isteri mereka. Instead, diorang yang sibuk beranak banyak tu la yang mungkin akan cemburu dengan kita sebab they are too busy to do those things (tapi ini bukan niat sebenar ya, saya kata mungkin.)

Percaya tak semua perkara-perkara yang disebut di para 1 tadi are time-consuming? Ya puan-puan, kalau orang yang sibuk dengan anak tu, mereka cakap dengan saya "alahai..takde masa la nak menggentel kulit, anak dah merengek, lepas menyusukan anak, menyusukan bapak pulak..awak boleh la datang office bermekap pakai cantik-cantik, saya ni pagi-pagi bangun buat makanan untuk anak nak hantar ke baby sitter, buat sarapan untuk husband, pastu siapkan barang-barang untuk hantar ke nursery, sementara husband pergi kerja tu la saya mandi dan kencing dengan pintu bilik air terbuka supaya dapat tengok anak saya yang dalam baby cot tu takut dia memanjat ke apa, kalau pergi office dapat pakai lipstik pun dah bersyukur, pastu berkejar pulak hantar anak ke baby sitter / nursery, pastu dah sampai office tercungap-cungap.."

Ada sorang jiran saya selalu perhatikan kami suami isteri bila saya balik rumah mak ayah saya. So dia tanya la mak saya, saya ni pregnant ke sebab badan saya naik..mak saya cakap tak. then mak saya macam biasa menceceh-ceceh tentang saya yang masih belum pregnant. Then jiran ni cakap, "biarlah diorang tu berjalan puas-puas..dulu asyik belajar je, lepas belajar kerja sekejap kemudian kahwin, bila masa nak berkenalan satu sama lain? Biarlah diorang berjalan, tak usahlah disuruh-suruh berubat, nanti bila dah beranak nanti haa berderet-deret..akak tengok budak-budak yang baru kahwin terus mengandung ni lintang pukang..di situ la nak beranak,di situ la sibuk nak beli rumah, di situ la nak tukar kereta besar, di situ la juga nak beli barang rumah..biar lambat, asal selamat.. "...Saya suka ayat jiran saya tu sebab at least dia menghentikan mak saya dari menceceh-ceceh pasal saya belum pregnant.

Ada satu hari tu, kawan-kawan husband datang (3 orang dah kawen, sorang bujang), masa tu saya tak da di rumah. Then, mereka ni puji-puji la mini garden kami, sambil puji-puji tu mereka mengumpat pasal bini masing-masing. Yang sorang cerita bini dia malas tak nak tanam pokok bunga atau decorate rumah, yang sorang cerita bini dia langsung tak minat bunga, dan yang sorang lagi cerita bini dia tak pandai langsung bab-bab rumahtangga..Masa husband saya cerita tu memang la saya kembang je rasa, dalam masa yang sama terkejut how come a married men boleh ngumpat pasal bini masing-masing lepas buat mini tour kat rumah kecil kami ni? Bukan ada luxurious furniture pun macam di rumah mereka.  Terkejut kan, ingatkan perempuan je yang gossiping about their husbands, tapi yang lelaki pun sama. Bukanlah nak cakap yang saya ni lebih hebat dari isteri-isteri mereka. Sebab lepas husband saya cerita tu, saya cakap, "tapi bini diorang pandai masak, masak pun sedap..masing-masing punya kelebihan la..tak boleh nak compare-compare macam tu.."..Sebab memang saya masak still banyak ikut resepi. The point is kita yang belum ada anak ni, tak perlu nak 'hidup dalam kesengsaraan' sebab belum ada anak. Kita boleh buat macam-macam dalam hidup kita ni, bukan setakat fikir bila nak 'projek mega' untuk ada anak.

Orang yang baru berkahwin, belum sempat honeymoon, isteri dah uwek-uwek mabuk, honeymoon cancelled. Kemudian start jimat duit sebab isteri nak bersalin di hospital canggih first class, pastu melayan karenah mengidam isteri yang buat-buat merajuk kat dalam Facebook, kemudian spend lagi duit pergi Motherhood expo. Bila dah lahir, rumah macam tongkang pecah sebab semua orang pergi hospital, bila sampai rumah sedara mara kawan-kawan datang jenguk sambil tengok rumah bersepah sebab tak sempat kemas. Si isteri dan keluarga mertua buat-buat berborak depan suami bagi hint suruh buat kenduri aqiqah besar-besaran, siap ada warna tema dan khemah berbelas-belas lagi tu..Kemudian, nak buat family potrait bertiga 'One Happy Family' pulak panggil photographer buat shot shot macam pre-wedding dan post-wedding. Kemudian, buat birthday party anak setahun, pun dengan lavish jugak, siap ada warna baju tema untuk tetamu. Tiap-tiap hari ada posmen datang bawa bungkusan pos laju berisi baju anak yang dibeli online. Kalau anak perempuan, maknya dah sibuk nak belikan gelang dan rantai emas yang halus untuk kanak-kanak tu. Si bapa mengira-ngira harga emas di pasaran. Baru je settle down dan bernafas sedikit, bini uwek uwek mengandung anak kedua..! Isteri ajak pergi bercuti konon-konon babymoon sebab dia jeles tengok page percutian facebook kawan-kawan lain, dengan alasan masa 1st baby tak dapat bercuti dan ganti honeymoon yang tak jadi tu..Fulamaakk!

Saya bukan menentang kehidupan bekeluarga.Bukan. Ini cuma imaginasi saya berdasarkan pemerhatian sekeliling. (Quote: Families with babies and families without babies are sorry for each other.  ~Ed Howe)

Saya cuma nak cakap, dalam masa kita honeymoon lama-lama ni la kita honeymoon puas-puas. Bila dah ada anak, mungkin kita akan mengalami situasi datang office tercungap-cungap tu..mungkin la..ada juga yang ada anak, cun je semanjang sebab hire maid.

Ok lah geng, kita honeymoon puas-puas!

*Ada siapa-siapa yang dah try Lagenda Beauty ni tak? Saya terbuka hati pula nak mencubanya ni.

25 comments:

  1. well said b&c! i pn tgh dok fikir menda yg sama. siap tgh mengarang dlm kepala cmna nk put my words in my next entry. great minds think alike ;p (perasan.hehe)

    like like like this one a lot! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha saya pun nak perasan la ada great minds..:-)

      Delete
  2. yela.. baru nak plan buat entry psl ape istimewanya org yg blm ade anak lagi ni.. mintak permisi utk me'link' entry ke sini :) http://ttcjurnal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kan Nanoke..ok apa belum ada anak..bukan nak mati pun kan..

      Delete
  3. Replies
    1. Nana Aris, saya minta maaf awal2 ni sebab netbook saya tak boleh surf your blog..nanti bila-bila saya jengah blog Nana ya kalau saya dapat pinjam laptop husband

      Delete
  4. So true... I think being childless for now is really getting me to get to know my husband well. Plus; I still can have my own time to indulge in my hobby (reading...i can read like there is no tomorrow. x tido pun x per). So enjoy the time while we have it :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita..saya pun suka sangat-sangat membaca..memang saja letak buku kat mana-mana sebab suka membaca..terfikir juga, memang Allah nak saya jadi orang berilmu kot before ada baby

      Delete
  5. sgt2 betul! itula yg sy buat dr dulu smpi la ni walu tgh preggie.. 4 thn tanpa baby tu pun rase tak puas nk naughty2 ngn hasben.

    mmg kat opis ramai kwn yg peknen awal kata sy beruntung lom ade baby lg (ms tula). yg lelaki pun ade bercerita ngn hasben sy, smpi nk notty nk mandi ngn bini pun cuik2 tu pun kantoi gak.. anak da ketuk2 pintu ilik air hihi..Sampai ada yg br kahwin 2 3 tahun ,anak da 2 psgn da buat hal, ANAK dijadikan alasan, sbb suami tak tolong la, isteri dax layan la mcm2..

    sy harap walau da ade baby nnt kami masih boleh notty2 witheach other itu yg penting sebenarnya utk kebahagiaan hidp sepanjang hayat ni. Anak, belum tentu boleh buat kita bahagia sepanjang hayat.

    So, b&c enjoy yeah, jgn 'tak kuasa' sgt tu hihi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah enjoy..

      my husband pun cakap dia masih belum puas enjoy..
      so saya rasa bersalah pula asyik nak anak padahal kehendak dia saya tak fikir

      Delete
  6. so true...even dh lama kawin pun rasa mcm pengantin baru lagi kan..hari2 pengantin baru ..bole? heheh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je..:-D

      best kan kalau hari-hari rasa macam pengantin baru..husband pun InsyaAllah happy..

      Delete
  7. hehheh..chinta sokong 100%!!!!jom kita honeymonn puas2...;)

    ReplyDelete
  8. i like u & your mom's perspective! how wonderful tt ur mom is so supportive and understanding.
    rather than focusing on the 'challenge', focus instead on what you can enjoy while you can.kita tak sepatutnya rasa down, guilty, depressed and whatever sebab tak kemana pun. negative vibes would even slows down the progress of ttc.
    truth is, i am enjoying all of the above of what you said.
    keep em coming girl.i enjoy reading ur blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear..

      kita memang tak sepatutnya rasa down, guilty or depressed as u said, sebab bukan salah kita pun Tuhan belum bagi anak..cuma belum masanya..

      negative vibes is so trueeeee....i always read about that in healthy thinking books..

      Delete
  9. well said babes...
    this is what i practice right now.
    Honeymoon puas2....keliling laaa kemana2 dgn laki.
    Shop whatever u want.
    Soon u get pregnant,u will not able to spend for urself besides prepare for the lil one.
    Selagi belom ade.....make use of it.
    I always remember that lambat dpt anak nie bkn 1 kekurangan,tp lebih byk kelebihannya dan bersyukur sbb kite x sama spt yg lain.
    Its such a gift for us :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah kan..bila dah pregnant, sibuk tefikir tentang anak sampai rasa bersalah bila nak slurge untuk diri sendiri..

      honeymoon puas-puas, dengan kekasih halal lagi tu..best kan..

      Delete
  10. Assalamulaikum..
    ttc bari kat sini..salam kenal..
    artikel yg bagus..dan tersenyum sy bace sorg2..:)
    ade hikmah disebalik semua kejadian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..

      Salam perkenalan..welcome to our world..

      InsyaAllah ada hikmahnya..Allah nak beri yang terbaik..

      Delete
  11. like to the max... =)

    salam kenal b&c ^_^

    ReplyDelete