Tuesday, 24 January 2012

Budak semut bodoh


How poor are they that have not patience!
What wound did ever heal but by degrees?
~William Shakespeare, Othello, 1604


Seriusly tak tahu la kenapa otakku mereng sangat period kali ni. Tiba-tiba pula rasa nak beli pregnancy test. Tapi beli yang paling murah yang RM5. Test pun setakat 1 hari lewat period. Confirm la tak pregnant. Hari ni pun dah datang haidnya. Actually, dah lama tak beli pregnancy test sebab seolah-olah tak rasa apa-apa different thing pun..Instinct atau naluri keibuan yang rasa diri mengandung pun tak ada. Cuma memang rasa emotional lately sampai tiba-tiba pulak nak beli HPT. Itu pun bila husband suruh ambil yang mahal, saya jawab "Alah, buat apa ambil yang mahal, membazir je, bukan pregant betul pun.."...
Emosi pun jadi tak menentu.


Tiba-tiba terfikir adakah kita ni semua wanita bodoh yang sibuk pasal keadaan badan kita, yang sibuk ambil suhu tiap-tiap pagi, yang sibuk tick kalendar period, yang sibuk telan fertility drugs sana sini, yang sibuk cari tempat berurut, yang sibuk appointment doctor sana sini..Betullah kita ni insan terpilih. Orang lain sibuk dengan benda lain, kita sibuk dengan benda ni.


Tiba-tiba terfikir pula adakah raya kali ini nak balik kampung..Duuh, 2 tahun mungkin tak la terlalu terasa sangat. Ni dah tahun ketiga, tiba-tiba rasa nak tengok AirAsia tengok tiket murah ke mana-mana destinasi. Konon-konon urban sangat la beraya di oversea kan..hahha..Kalau sedara mara tanya mana si anu dan si fulan, tak balik ke? Mak ayah akan jawab, tak, diorang raya kat Australia..At least, ada alasan untuk tidak beraya daripada duduk2 saja di rumah sendiri tapi tak balik raya lagi lah mencetuskan 'kontorversi'..hahaha..Erm..saya belum ganti puasa pun lagi but i am in limbo thinking about raya. Sebab cuti raya adalah pada awal minggu. So, jangka waktu raya tu panjang berbanding tahun-tahun lepas di mana jangka waktu puasa melebihi hari raya. So, kalau sebelum ni hari raya ketiga je dah mula balik rumah sendiri, raya pertama dan kedua je jalan rumah sedara dekat-dekat, so bayangkan lah tahun ni macam mana..lebih panjang waktu raya, lebih banyak orang datang bertandang, lebih banyak pertanyaan bodoh, lebih banyak air mata..


Tetapi tiba-tiba saya terfikir juga sampai bila harus saya mengelak dari menghadapinya. Tahun ketiga boleh la bercuti ke negara orang pada hari raya, tapi tahun keempat, tahun kelima, tahun keenam jika masih belum dikurniakan anak, sanggup lagikah tak balik kampung beraya? Ayah saya cakap, perkara yang paling bagus dilakukan dalam kehidupan kita adalah facing the fear, fighting it and overcome it. Contohnya kalau kita takut dengan ketinggian, kita harus try a lot of roller coster atau dinner di restoran jejambat KLCC. Kalau kita takut gelap, we must sleep in darkness everyday. Macam itu lah yang ayah saya ajar. Kalau takut drive, so drive la tengah2 traffic jam di ibu kota. Contoh la..So kalau takut dengan stupid bomb question dari sedara mara, sahabat handai, jiran-jiran, dan rakan taulan, maka mesti hadapi by hook or by crook tak kisahlah tunggang terbalik ke bergaduh bermasam muka ke, it will make you stronger. Stronger than ever. Sebab dengan facing the fear lah kita tahu siapa kawan siapa lawan. By facing the fear, kita boleh tahu reaksi orang terhadap kita dan kita tahu bagaimana respon kita. By facing all those thing, kita akan lebih memahami jika ada rakan atau ahli keluarga yang mempunyai masalah sama. Ada orang yang suka nak tengok kita jatuh jadi dia downgradekan kita atau memperlekehkan kita, atau buat-buat menyokong kita tapi actually lakonan semata-mata. Dan ada orang yang memang memahami dan memberi sokongan.


Tiba-tiba terfikir adakah infertility issue ni perkara yang sangat rare sampai seolah2 semua orang macam tak faham. Sebenarnya saya pun tak faham kenapa saya payah mengandung sedangkan period saya tetap, dan doktor pun kata rahim saya sangat bagus. Saya tak faham juga sebab banyak mengata yang payah mengandung ni adalah isteri kedua yang tidak direstui perkahwinannya like Dato' Siti Nurh*****, ataupun Wahee**. Tapi saya ini bukan berkahwin dengan suami orang. Sama-sama muda masa tu. Sama-sama bujang. See, semuanya bergantung atas rezeki dari Tuhan.


Tiba-tiba teringat pula sorang budak di tempat kerja saya tahun lepas. Budak tu actually muda setahun je dari saya tapi otak dia mengalahkan budak-budak. Tapi saya nak jugak panggil dia budak sebab dia memang macam budak. Budak ni kat tempat kerja duduk depan saya. So nak tak nak memang saya kena menghadap muka dia walaupun saya rasa benci sangat-sangat. Budak ni masa tahun lepas saya baru masuk kerja dia belum kahwin lagi tapi sibuk-sibuk nak bertunang dah. Budak ni paling saya benci kerana soalan-soalan dia yang 'bodoh' gila. Masa dia berkenal-kenalan dengan saya, soalan pertama adalah "Kak, akak mengandung ke?". Ada juga soalan "Kak, akak plan nak anak bila?" So saya jawab bodoh-bodoh juga "Tengok la dah habis master dah 30 nanti la baru ngandung." Dia boleh jawab,"Eee..lambatnya, saya kalau 30 nanti dah dua anak saya "..Dan saya jawab balik, "Baguslah, nampak la akak muda dari awak.."..Saya nampak jelas muka dia bengang tapi dia buat-buat tukar topik pasal awet muda di kalangan mak-mak zaman dahulu. Saya tahu dia bengang sebab dia tak boleh didowngrade oleh orang lain walaupun dia suka-suka hati buat orang.


Ada lagi satu soalan bodoh dia yang saya ingat "kak, akak tak rasa apa-apa ke bila akak period?" Saya geleng-geleng sambil kerut kening je. Ada satu hari tu, (masa tu baru sangat saya kenal dia, even dia tak ingat pun nama saya masa tu), dia berborak-borak dengan sorang colleague di meja dia which is saya tak berminat nak join dan terus buat kerja saya.  That colleague tu baru lepas pantang. So budak bodoh ni tanya la colleague tu "dapat anak berapa lama kahwin?" That colleague pun jawab la "Dalam setahun macam tu la.." Tiba-tiba budak ni beralih pandang muka saya dan tanya "akak, akak dah berapa lama kahwin?" Saya jawab "Dah setahun"..Budak tu boleh cakap "Sabar ya kak..sabar ya.." Dalam hati aku menggerutu sangat2 sebab baru je kenal kau nak tanya benda bodoh dan bagi nasihat bodoh kau tu sedangkan kau tu kahwin pun belum.


So pada bulan 5 tahun lepas akhirnya dia kahwin. Dah la sebelum kahwin, dia bising2 dengan officemate nak bunting pelamin macam budak sebelah saya. Lepas-lepas kahwin dia sangat-sangat yakin yang dia bunting pelamin. Tup-tup lepas 3 minggu kahwin dia datang bulan. Actually saya tak perasan yang dia baru balik dari tandas tapi tiba-tiba dia macam meroyan tapi dia 'lepas'kan pada saya, "Akak, akak ni takde rasa nak mengandung ke?" Dah la masa tu semua orang tengah rehat-rehat , so saya jawab la "ada, but not now sebab busy buat thesis".."Ye la, takkan takda rasa nak anak ke,tak sedih ke ke tak ada anak tengok orang lain ada anak.."...Tang ni memang saya hangin dah agak budak ni datang bulan agaknya so saya jawab "Lah, takkan lah orang lain mengandung akak pun nak kena mengandung..!" Macam biasa, dia alih topik sambil meroyan, "Saya pun nak buat master jugak, saya dah cakap dengan husband saya, saya pun nak sambung master macam akak.."..So saya jawab sambil senyum sumbing, "Sukatilah.." (Actually, dia tak sambung belajar pun..)


Tak cukup lepas tu, bulan demi bulan dia asyik mengadu dengan saya,
"Kak, saya rasa saya mengandung la sebab saya asyik nak makan banyak je.."
"Kak, akak rasa saya pregnant tak, sebab perut saya buncit sikit dan badan saya macam letih-letih.."
"Kak, period saya lewat la.."
"Kak, saya rasa bulan ni saya lekat la sebab saya dah kira masa dengan husband saya betul-betul waktu subur saya"
"Kak, saya confirm ni kak saya ada baby dulu dari akak, sebab muka saya dah tumbuh-tumbuh jerawat. Orang kalau nak mabuk-mabuk muka tumbuh jerawat kan..?"
Dan banyak lagi la pengaduan dia yang saya buat dunno je..selalunya  saya cakap Alhamdulillah je.Tapi setiap kali lepas dia cakap benda-benda bodoh tu tu la dia datang bulan.


So, satu hari bila semua kakak-kakak senior tanya dia dah pregnant ke belum, dia jawab "belum..erm..saya rasa kan husband saya yang problem.."..So senior-senior semua ketawakan dia cakap "Eh..nak salahkan laki pulak.."


Tu tak termasuk setiap anak officemate kami yang dia suruh saya pegang, konon-konon supaya ambil berkat. Dia suruh depan-depan orang. Selalunya saya pegang 2,3 saat saya pulangkan kat maknya semula. Bukan tak suka baby tapi tak payahlah nak suruh-suruh ambik berkat. Macam bodoh je ambil-ambil berkat.


Ada satu hari tu ada anak officemate baru lahir, so dia ajak saya melawat. Pun tak habis2 dia suruh saya pegang. Bila saya tak nak dia cakap "ei, jahatnya akak.." .Kemudian saya balas, "a'ah..akak tak la bernaluri keibuan macam awak.."
Bila balik dari melawat, tanya lagi "akak, akak dengan husband tak nak lagi ke baby..saya kalau boleh nak sekarang..akak tak terasa apa-apa ke tengok baby tadi..?"
Saya jawab "Tak rasa sangat sebab kitaorang muda lagi kot. Husband awak nak cepat ke?"
Bila dia jawab 'Ya' saya terus cakap "yelah, sebab umur dia dah banyak kan.." .Umur suami dia actually 10 tahun lebih tua dari dia..
Tu belum masuk lagi dia asyik nak komen badan saya "Kak, saya tengok akak ni makin naik la..mengandung ya..?"


Tak tahu la sekarang dah mengandung ke belum tapi bulan 11 yang lepas dia masih belum mengandung, soalan-soalan dia agak kurang sikit. Agaknya baru tahu kan betapa payah nak buat anak. Ingat sekali buat boleh terus lekat ke? Yang terus lekat tu dah memang rezeki dia..


Memang budak ni bodoh kan? Bila kami suami isteri ngumpat pasal dia, kami gelarkan dia budak semut bodoh je, sebab husband saya cakap muka dia macam semut..Ah, ni memang jadi jahat ni mengata orang bodoh pulak..sebabnya ramai je yang kat situ sebaya dia tapi kawan-kawan dia yang sebaya dia pun tak pernah tanya soalan bodoh macam dia..


Baru dia tahu langit tinggi rendah. Berbulan-bulan dia meroyan tak mengandung tu, dalam hati asyik cakap "PADAN MUKA!"..

14 comments:

  1. Kalau eyza jd awak pun eyza stress ngan budak semut ni... macam dah x de kerja... dah tu soalan2 dia memang menyakitkan hati.... Geram pulak rasanya... tu la, lain kali jangan cakap besar kan? sekaranag ni dia pun dah dapat merasa apa yg awak rasa... tak mustahil nnt dia pulak yg akan dapat soalan2 cepumas tu.... Allah tu Maha Adil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang stress..sakit hati tak usah cakap la..
      sebab tu la bila dia sibuk2 datang bulan tiap2 bulan tu dalam hati asyik cakap 'padan muka' je walaupun mulut kata Alhamdulillah..hahaha..

      Delete
  2. Annoying nya la budak ni. Baca ni pun rasa geram dengan dia. Mcm mana la u boleh sabar dengan dia hari2. Stress hokay mengadap dia hari2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..memang dugaan betul terpaksa duduk depan dia..dah la suka tanya kuat2, suka cakap kuat2 sengaja nak bagi orang dengar..tapi memang annoying la..

      Delete
  3. ok reading your post ni, i pon jadi geram..i dont know if i can be patient with her..silap-silap mintak tukar department terus *ok tipu* tapi memang geram la orang macam tu..

    tgk contoh u kat atas tu, teringat i ade org bagi alasan " banyak sgt kot dosa ko ni, tu yang susah nak dapat baby" yes i know im not an angel..tp blh la plak die bg ayat camtu..Tuhan ke..hmm doa jela dorang tak rase camni..maybe we're stronger than they are..sbb tula dapat dugaan camni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tukar tempat duduk pun tak tahu macamana sebab semua tempat dah penuh..

      'banyak sangat dosa susah nak dapat baby'- tak boleh diterima langsung..yang senang dapat baby pun bukan baik sangat, contoh terdekat yang kes buang2 baby tu, mostly out-of-wedlock child kan..baik ke tu..

      Saya pulak berdoa kalau diorang tak dapat dugaan macam ni, biar anak-anak perempuan/menantu perempuan pulak kena..masa tu baru diorang tahu kuasa Tuhan

      Delete
  4. budak ni mmg leh bwk bergado. mmg mintak tapak kaki je. kalau i, dah kasi pelempang. mesti diam. ha kau nak anak? NAH! (LEMPANG) nah anak!
    bodo.
    (MARAH GILA)
    hahahahhahaaaaaaa gile bersabar btol u dgn minah tu!
    yg herannye die apehal asik sibuk2 psl org mengandung ke tak? die tak busan ke? kalau i la, i akan boring tanya soalan mcm tu dkt org sebab kalau tanye ke tak tanye, takde beza. baik diam.
    macam bangang gila!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Jay..sakit hati jangan cakap la..hari2 dalam hati tu berdoa biar dia rasa apa yang kita rasa, biar dia rasa ade orang tanya soalan2 bodoh tu dengan dia..selalu cerita dengan husband, husband cakap "kesian kat dia, sebab dia tu macam takde life asyik pk ngandung dan beranak je."..Tapi memang soalan dia semua soalan bodoh nak mampus

      Delete
  5. Huhu. Sonok baca citer awak BnC. Hihiks..
    By d way, akak sker phrase yg ayah awak ckp tu. Btul. Kita tak bleh lari dari masalah, but to overcome, mmg kita kena face the problem. Biar sakit cemana pun, kita cuba, sbb kalo nak lari smpai bila. And jgn rasa takde anak tu dunia akan berakhir. So,kita ada memacam lagi nikmat Allah bagi, bkn cam budak semut tu pikir. Kawen = anak. CHoiii :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah kak kan..bagi saya la, secara jujurnya, saya kurang rasa sedih atau tertekan lambat dapat anak, saya lebih menyampah dan meluat bila orang dok mengata bukan2 pada kita macam la kita ni apa je..kadang2 saya tengok diorang tu Allah bagi anak tapi nikmat lain diorang tak merasa..pastu jeles dengan kita pulak pastu mengata kita kesian pulak..

      Delete
  6. gile ahh. xpernah plak jumpa budak macam nie. hari2 topik dia anak, beranak, bersalin, anak, anak. boleh plak hang bersabar ngn dia naa? terasa macam nk hempuk pon ada budak semut nie. hehehe.


    'kehidupan kita adalah facing the fear, fighting it and overcome it' --> so true!

    ReplyDelete
  7. eeee..memang rasa nak hempuk..bersabar tak usah cakap la..hari2 rasa hati ni nak pecah..sakit hati sangat..

    So true kan..ayah saya yang cakap macam tu..perlukan kekuatan..

    ReplyDelete
  8. ya allah..mcm mana la u boleh sabar dengan budak ni..kalau i la, memang konpom dah bergaduh sakan..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. i rasa macam nak maki dia macam2..tapi mengenangkan masa tu baru masuk kerja, tak nak la ada reputasi buruk..sakit hati gila..sekarang ni i dah tak kerja kat situ lagi dah amannya dunia..

      Delete