Saturday, 31 December 2011

Giveaway for TTC friends

Selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012.
Moga-moga tahun baru ini akan membawa lebih keceriaan, kebahagiaan, rezeki dan keajaiban untuk kita semua. Rezeki dan keajaiban datang dalam berbagai-bagai cara. InsyaAllah sama-samalah kita berdoa untuk mendapat keredhaanNya, kerana dengan redhaNya lah kita dapat hidup di samping suami kita yang kita cinta.

Mohon maaf juga andai ada terkasar bahasa dan tersilap bicara sepanjang penulisan saya di blog ini. Saya bukanlah TTC yang rajin menjalani rawatan maka saya tidak layak pun membuka blog ini. Blog ini ditulis sebagai tempat meluahkan perasaan yang kebanyakkannya marah, geram, sedih, menyampah. Saya ini baru 2 tahun berkahwin, maka masih lagi belum matang menempuhi cabaran hidup, maka masih lagi sensitif waima dengan pertanyaan simple 'Tak mengandung lagi?'. Memang simple tapi saya yang belum matang ini masih dipenuhi sifat mazmumah lantaran melalui penulisanlah dapat saya memuntahkan lava gunung berapi. Saya tidak berharap penulisan dalam blog ini menjadi rujukan, dan tidak juga berharap dibaca dek kerana ketidakmatangan saya.


Namun saya sangat-sangat berterima kasih kepada pengunjung blog ini yang rata-ratanya terdiri senasib dengan saya. Tatkala kamu semua meninggalkan komen dan ulasan, saya sangat suka dan gembira sebenarnya, tidak kisahlah jika ada juga yang menegur. saya masih gembira. sekurang-kurangnya membangunkan diri saya yang terleka dibuai kebencian terhadap soalan seringkas 'Tak mengandung lagi?' apatah lagi soalan yang tidak ringkas.


Untuk berterima kasih, saya ada hadiah simple untuk kamu. Saya teringat kamu di kala cuti saya. Tapi saya mampu beli tiga pasang sahaja. Kos penghantaran akan ditanggung oleh saya. Untuk yang layak mendapatkan hadiah simple ini, kamu jadilah pemberi komentar pertama di post ini. Yang tiga terawal adalah yang layak. Tak perlu follow blog, tak perlu buat entry atau berlink-link, hanya bagi komentar. Komentar simple seperti :-), hehe, atau 'bila nak mengandung?' tak akan dikira. Haipp! nanti saya babab kamu!! :-) :-) :-)


Kemudian, kamu hantar email ke bouncingandcherubic@gmail.com begini:

Subject: Giveaway
Name: (nama samaran pun tak mengapa, sebab ramai yang suka remain anonymous)
Adress: (yang ni betul2, kalau alamat samaran memang tak sampai la)
No phone: (semua ni untuk saya isi dalam butir-butir di sampul pos ekspress)

Sebagai permulaan, ini sahaja yang yang saya mampu beri. 3 set sahaja.Jika ada rezeki lebih, mungkin lebih la saya dapat beri untuk mengeratkan persahabatan kita.

Inilah hadiah yang simple itu..
Pandangan hadapan

Pandangan belakang

Ok cepat-cepat jangan ketinggalan.

6 comments:

  1. Lalalalaa... Kekda dtg turun komen di sini. Hik hik.. leh dpt tak ni??

    Oh. Lupa, bagi ucapan juga.

    Semoga tahun baru ini membawa berita gembira utk kita TTC seme :)

    ReplyDelete
  2. sweet sgt color pink...

    tp since im a ttc alumni, rasa dh xlayak... bg kt kwn2 lain jer nanti.

    Semoga 2012 membawa barakah dan rahmah utk BNC dan kawan2 yg sama2 menanti. Kalian sentiasa dlm doa Mira...

    ReplyDelete
  3. Ui....comelnya color... Happy new year to u... Smg 2012 menjadi tahun ygnlebih baik dr tahun yg sebelumnya :-)

    ReplyDelete
  4. kekda plg laju. mst dpt pnya. hehe.
    mira, sebut daku dlm doamu. nk ikut jejak ;)

    ReplyDelete
  5. yg ke-5 dpt tak?hihihi (w/pun dh tau jwpn)

    ReplyDelete
  6. Kekda: Saya dah email Kekda minta alamat..bagi cepat tau

    LadyMira: Thanks for the dua..Ameen

    SweethTooth:Minta adress ya dear..I nak pos..

    Yannie: Pun sama..dah left message via ur latest post..minta adress ya yang

    Myself: Dear, i bagi u extra gift, but not as stated in this post la..another gift ye dear..make sure u give ur adress thorugh my email

    ReplyDelete