Tuesday, 29 November 2011

TTC kena ada pulau sendiri ke?

I'm not an avid writer or reader about TTC things. Undeniably, I open this blog because I want to burst out semua luahan hati tak kisahlah marah ke, kecewa ke, geram ke, menyampah ke, meluat ke, sakit hati ke...Blog ini juga tak banyak menceritakan usaha saya untuk mendapat anak sebab saya rasa blog ini lebih kepada luahan hati, which means not the best place for reference to TTCians. Sebab saya admit saya memang tak berusaha sangat seperti orang lain. Sebab kalau kita bercerita pada orang lain, tak akan ada orang lain yang faham. Balik-balik kita akan dicomparekan dengan si pengantin bunting pelamin yang jantan dan subur tu! Bukan lah riak atau takbur tak nak berusaha, tapi saya masih belum yakin dengan diri saya sendiri. Betulkah saya ini benar-benar mahukan anak? Betulkah saya sudah bersedia? Bolehkah saya menghabiskan pelajaran saya tika sibuk dengan anak dan kerjaya?

Saya ini tidur awal tapi bangun lewat. Kalau letih sebab tolong orang kenduri memang lepas tu akan demam. Saya ini masih belajar lagi. Oh lagi satu karier saya masih belum stabil berbanding husband. Saya ni masih nak berjalan-jalan berhoneymoon lagi. Dan lagi pula, saya ni masih belum ada duit simpanan yang banyak seperti kamu. Emm..rasa-rasa macam nak sambung PhD .Ha..lagipun saya ni kan masih dalam rawatan doktor..

Saya tak mahu compare diri saya dengan kawan-kawan yang sepengajian dengan saya yang beranak pinak. Mereka yang sebaya saya, yang sama-sama buat sarjana dengan saya semuanya dah berkahwin dan mempunyai anak. Bila pregnant, masing-masing wah tanya saya "Eh, bila kau nak pregnant, aku yang junior dari kau pun dah ada hasil.." Kalau dengar berdesing telinga, tapi dah namanya kawan seperjuangan, terpaksalah menjawab dengan berhemah sedikit "Kau pengantin junior yang galak, aku pemalu.."..Merah padam la si muka penanya tadi..

Status facebook dan blog (yang semuanya kita benci nak baca tu) memang bertindan-tindan..Wah seronok agaknya..Bila dah lahir, siap mesej saya walaupun masing-masing dah update di Facebook dengan gambar anak tidur di tilam bersarungkan cadar buruk (maaflah ya, saya tak lalu nak tengok gambar kanak-kanak atau baby yang berlatar belakangkan bilik mandi yang kotor atau reban ayam kotor atau background kusyen tak bersarung yang dah pecah-pecah, atau yang seumpamanya).Untuk tiga bulan pertama memang lah indah menatap wajah baby, sebab masih boleh menulis dan membuat research, woha masa tu semuanya indah-indah belaka siap cakap "Kenapa kau tak nak beranak, aku pun sambung belajar, boleh je beranak.."
Tak apa, tunggu bila budak tu dah 6 bulan atau 8 bulan..Baby memanglah asyik tidur je, paling-paling pun menangis nak menyusu.

Bila dan besar sikit, ibu baru akan mula merungut sebab rumah bersepah -anak dah sepahkan rumah, tak dapat masak - anak kacau masak, tak dapat menaip tesis(/update blog) -anak asyik main laptop dan tengok kartun di Youtube, tak dapat nak pakai tudung lilit/ brooch cantik /berhias2- anak dah pandai tarik2 tudung dan barang kemas, tak dapat melancong - anak kecil lagi , dan seumpamanya..Dan ibu-ibu yang pada awalnya eksyen ni akan senyap sepi sedikit sebab mereka dah lihat apa kesan kehadiran anak yang dieksyen2kan dalam kehidupan mereka. Pada masa ni mereka tak akan mesej saya lagi dah, tapi mereka akan update di blog/facebook gambar anak2 mereka yang tengah menguap lah, gambar anak tengah jelir-jelir lidah siap keluar air liur lah, gambar , gambar anak tengah makan french fries la, tengah main-main di park la, tengah pakai baju baru beli lah, tapi mereka tak akan sekali-kali update rungutan mereka (as written before) dalam blog/facebook. Sebab mereka actually malu dah terlebih eksyen sebelum ni..

Saya ada seorang kawan yang sibuk cerita mengidam fastfood sebab tengah pregnant di Facebook. Kemudian dia senyap sunyi tanpa update. I thought dia tengah berpantang ke apa..Tak lama kemudian, ada cerita dia tengah mengidam lagi, eh tak beranak-ranak ke? Rupanya sebelum ni dia keguguran..Tu la senyap je, bila pregnant semula, rancak balik di social networking sites.

Saya ada juga sepupu yang baru melangsungkan perkahwinan, dan heboh satu family dia sedang loya-loya kerana pregnant. Saya tak la terkejut sangat sebab saya dah tahu dulu, dah dia sibuk update di Facebook betapa tak sihatnya dia..Semua orang speculate dia pregnant dan dia tak menafikan dan dia tak kisah juga mewarwarkan berita gembira tersebut..Tak lama kemudian, senyap je..Saya ingat dia dah bersalin pun..Rupa-rupanya dia senyap kerana dia keguguran, kembar pula tu..Saya agak sedih di situ sebab dia sepupu saya walaupun kami langsung langsung langsung tak rapat. Kalau jumpa kat kampung pun tak bersalam. Masa mak saya beritahu berita tu, saya cuma cakap "tak apa lah, dia senang lekat, lepas ni boleh buat anak lagi..tak macam saya.." dan mak cuma terdiam je..

Saya pernah baca beberapa blog pasangan yang baru setahun kahwin tapi mereka sangat-sangat mahukan anak. Mereka menulis lebih kurang begini, "saya dah lama tunggu untuk pregnant ni sebab saya tertekan dengan pertanyaan-pertanyaan orang sekeliling.."..

Saya pula mahukan anak jika Allah merasakan saya sudah bersedia.Bukan kerana nak 'jawab' pertanyaan 'orang-orang bodoh' tu.

Boleh tak juga jangan buat status atau update di blog berbunyi macam ni: "Bila saya dengar sedara saya kemurungan kerana tidak mempunyai anak, saya rasa bersyukur dan sangat beruntung kerana anak kami wujud walaupun tanpa diduga.." ataupun "Saya merasa kasihan dengan kawan saya sebab dia tidak diberikan rezeki yang satu tu..mungkin ada kesilapan yang dia telah lakukan tapi dia tidak sedar..nak cerita pasal anak dengan dia pun serba salah, takut dia kecil hati.." ataupun "Bila saya tengok kawan saya bermain-main dengan anak saya, saya melihat wajahnya dan merasa simpati dengan dia. Kawan saya ini dah lama berkahwin, lebih lama dari saya tetapi Allah memberikan saya rezeki anak dahulu dari dia."ataupun "Tak sangka kami dikurniakan rezeki ini tatkala orang di sekeliling kami mengharapkan keajaiban seorang bayi.." ataupun "Tak sangka hasben saya sharp shooter.."

Oh nak cerita pada orang kaulah yang paling beruntung dan bertuah di muka bumi ni?
Oh nak cakap kau memang tak ada dosa, yang kawan kau tu banyak dosa sebab tu Tuhan tak bagi anak?
Apahal kau kesian pulak tengok muka kawan kau tu..Nasib baik dia nak main2 dengan anak kau..Kalau dia busuk hati macam saya, dia tak hingin pun nak cium anak kau..
Apahal kau nak bangga sangat kau diberi rezeki anak kemudian nak compare2 dengan orang lain?
Rasa-rasanya husband kau yang sharp shooter tu, dia happy tak tengok badan kau gemok gedempol sebab asyik beranak je tak macam bini orang lain yang cun bergetah?

Percayalah, kami tidak pernah minta simpati atau perasaan kasihan dari kamu. Salahkan jika tidak mempunyai anak? Oh sebab payah nak bercerita sesama sendiri ya..

Saya merasakan seolah-olah orang yang belum mempunyai anak disisihkan. Disisihkan sebab:
1) Payah nak cerita pasal kenakalan anak. Nak cerita anak dah pandai apa pun bukan dia faham
2) Nanti kalau tertanya pasal dah pregnant belum, kecil hati pula
3) Payah kalau nak jual barang baby dengan dia, dia bukan ada anak pun
4) Takut nak dekat dengan dia sebab takut aura tak subur tu melekat pula pada aku
5) Ada yang tertinggal..? Boleh tambah

Hoi, kami cuma tak ada anak je, bukan pesakit yang dah nak mati..!

20 comments:

  1. pasal update di blog/Fb yg macam derang je lucky person dlm dunia ni sbb ada anak mmg menjengkelkan. Walo tak penah napak dpn2 wall camtu, tp ada gak kadang cliche camtu.
    Sedih kan?? Kita ni mcm org asing plak sbb 'kelebihan' kita ni.
    Tp percaya lah, sebenarnya meke pun jeles dgn life kita ni. :)

    ReplyDelete
  2. Well said! Rezeki masing-masing kan? Allah lebihkan diorg pasal anak, maybe Allah kurangkan bahagian lain. Vice versa. Diorg jek yg tak pasal-pasal nak rasa macam bertuah sgt. Hahaha. Ayat dengki laa nih ;p

    ReplyDelete
  3. sebab tu lah saya buat Fb baru di mana ade family je dalam tu..huhu..fb lama delete teros

    ReplyDelete
  4. oho, entry yg sgt menarik.

    my hubby selalu kate, org yg post gambar anak memacam kat fb tu die takde keje lain + obsess dgn kehidupan derang.

    well, for me, maybe rezeki anak murah utk derang, tp rezeki kita murah dekat tempat lain. Allah SWT maha berkuasa, die tahu kenapa sebab musabab, ada sebab bukan sekarang. cumanya, manusia, bila tak merasai, die tak tahu, cuma tahu menghakimi.

    tp aku tau, sikit sebanyak dearng jeles gak ngn status kite kt fb yg asik kuar honeymoon ngn hubby berdua, derang tak boleh. hahahahha

    ReplyDelete
  5. well said babe!

    taksangka plak, student2 yg beranak dlm tgh2 belajar pun bole compare2 dgn kwn2 diorg yg belum pregnant walhal2 sama2 masih belajar.
    sok anak bingit smpai die xleh wat tesis, time cuti takleh tido puas2 sbb asik kene layan anak semua, tau plak komplen. Tuhan tu uji diorang lebih dahsyat sbenanya. i dont say that we are considered lucky sebab masih bole bercuti puas2 atau tido puas2, sedangkan diorg pun takkan sanggup duduk di tempat kite, kite ni pun diuji, tapi perkataan2 yg diorg sebutkan tu like "aku yg junior ni pun boleh je beranak'. mcm orang2 yg takde agame.
    or like "Saya merasa kasihan dengan kawan saya sebab dia tidak diberikan rezeki yang satu tu..mungkin ada kesilapan yang dia telah lakukan tapi dia tidak sedar..nak cerita pasal anak dengan dia pun serba salah, takut dia kecil hati." <----ni kalau sapa2 berani ckp mcm ni dpn sy, mmg SIAP aku maki sampai besok. sampai telinga dia bernanah keluar ulat.
    sekian.

    ReplyDelete
  6. anyway, i already unsubscribe all pregnant mummies dalam my fb. not unfriend, just unsubscribe, supaye kite tak menyampah. so gambar2 annoying seperti kecomelan perot diorg yg baru 4 bulan, taknampak lansung pon sbenanye tapi pakai baju ketat2 lepastu ambik gamba dari tepi dpn cermin bilik. dan asal boleh kembongkan perot lagi kasi nampak perot. walhal mase tak pregnant malu nak pakai baju ketat, slalu tahan napas sebab perot boncit. (lalalala) astu gamba2 makanan dgn status Mengidam, dan gamba2 ultrasound yg baru nampak satu dot kecik, gamba pregnancy test yg ada 2line, semue tu takyah keluar kat newsfeed kite lepas kite unsubscribe! yay! :P

    ReplyDelete
  7. Hi.i pun sama ngan jay.if dia bukan kawan rapat i,i dah unfriend .kalu dia kawan i,i unsubscribe...kdg kdg muka simpati diaorg tu buat kita sakit hati.kita bukan nak sympathy kite cuma nak empathy.maksudnya cube lah mereka letakkan diri mereka ditempat kite dan cube rasakan ape yg kita rasa.ni,bla x campur ngan org,org kata kite ni sombong.cemburu.istilah cemburu dlm ttc ni lain dgn cemburu biasa.its like "i am happy for u,but i envy u" just that.if other ppl cant understand,well i think its thier problem!

    Kite bertuah sbb kite diduga oleh Allah SWT.sy sellau pikir jika saya tidak tau rasa sakitnya tidak ada ank dan rasa sakitnya mencuba dan menunggu,mungkin saya juga akan jadi seperti mereka mereka yang "overly" happy dgn anugerah yg Allah berikan.mungkin sy jugak x ade regards on others who are less fortunate. So i am proud to be me because i know pain !!!

    ReplyDelete
  8. like this entry!!

    bile sambung belajar pon org jadikan isu n punca tak beranak..bile dah abes blajar cam nana ni, lagi la best kne tembak..sme la tanye dah abes blaja pon planning lagi ke..hmmm senyum jela..tak larat da nak menjawab =)

    ReplyDelete
  9. Like sejuta kali!!! kudos babe.

    Its like reading my own thoughts out loud! ;)

    ReplyDelete
  10. Kekda: Ha saya pun rasa macam tu..jealous..tapi tak terluah..nak-nak pula masyarakat kita ni macam 'menyindir' kita

    Ily: Betul..Masalahnya orang kita ni cuma nampak rezeki yang itu je..rezeki lain diorang tak nampak..Sebab tu kita tengok yang mengalami problem infertility ni most of them kelas pertengahan dan atasan..yang force them to do IUI/IVF yang mahal harganya..Yang miskin pula asyik beranak sampai tak tertanggung sampai kena masuk Bersamamu..haha..ayat saya macam apa je ni..

    ReplyDelete
  11. Eimma: Facebook tu macam 'garam' je atas orang macam kita kan..? Sudahlah terluka, dilukai lagi dengan Facebook..Good attempt Eimma..saya perlu kekuatan nak delete Facebook a/c saya..

    S:Aku pun rasa dorang jeles sikit..tak banyak pun sikit..hei siapa tak nak travel dan melancong kan..aku setuju je dgn ur husband, diorang tak habis2 update gmbar baby&anak diorang macam obses dgn kehidupan sendiri..kesian, dalam diam banyak orang dah 'gelak'kan mereka tu, sbb mcm syok sendiri pulaj

    ReplyDelete
  12. Jay: yang part baru 4 bulan sibuk tonjol2kan perut tu loser and poser..hahaha..actually kan, gambar pregnancy test line tu kalau tak payah letak tak boleh ke? kalau letak yang google search image pun aku lebih sanggup tengok, sbb bila aku tengok yang real punya diorang letak dalam FB/blog ni, aku naik geli sebab aku terbayang air kencing diorang yang masih basah lagi kat pregnancy test tu..mereka ingat benda tu cool habis la tu..boleh je nak bagitahu 'aku mengandung' dalam perkataan..tak payah la nak show off pregnancy test bagai..

    One Baby step At a Time: Yup, kita lebih menyampah bila diorang buat muka simpati..rasa macam 'hek eleh..nak kesian kat aku apehal.'..eei, bila tengok muka simpati tu, macam muka nak minta penumbok pun ada..Lain kalau mereka bagi sokongan dan dorongan..tapi janganlah simpati..

    ReplyDelete
  13. Nana Aris: kadang-kadang hilang perkataan nak menawabnya..nak senyum pun dah tak ada daya..kadang-kadang bila lagi senyum lagi sedap kita diperli dan dipijak..bila mengamuk, dikatakan pula kita depressed sebab tak ada anak

    Yannie: terima kasih..tapi harsh words ni semua tak semua orang akan faham keadaan kita

    ReplyDelete
  14. Nana: Tak dapat saya nak baca blog awak..maybe my netbook ni yang problem..nanti saya tengok by handphone ya.

    ReplyDelete
  15. tu la pasalnye. ramai jee kott dlm my friendlist yg mcm tu! dah pregnant anak no 2 pon masih buat benda yg sama mcm die pregnant no 1. ada yang up status "Yay! Perut saya dah nampak!"
    like, lihatlah dunia! perutku!???

    and ada yang "as a pregnant mother, i have the right to curse you for pushing my kid!"
    (she;s pregnant with no 2) like, perlu ke ckp 'as a pregnant mother' tu? so yg tak pregnant, suke ke kalau anaknye ditolak orang? xpaham btol la. nak jugak mention yg die pregnant. penting gila mesti mention. bole je kalau ckp "as a mother.." je kan? mengape mesti perlu as a PREGNANT mother? mcm nak kate yg tak pregnant takperlu marah la? heeeeeeee...eh lupa, im trying not to hate anyone now. argh! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Facebook and Twitter can be mengjengkelkan..seolah2 Facebook tu macam dicipta untuk orang pregnant je..yang tak pregnant jangan bising2..nanti kena tembak..ha..macam tu la..eeee..entahlah serious tak faham

      Delete
  16. sharp shooter...tak pandai main...itu adalah yang paling menjengkelkan sekali!!! bcoz i tau macam mana wajah hubby boleh berubah sebab kata2 tu...they all thought that intimacy purpose is only to make babies...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriously ayat2 tu annoying..so what kalau kita belum ada anak,nyusahkan mereka ke..hiiii...tak fahamlah..

      Delete
  17. sori....sllu bw. nk cari kata-kata semangat utk hadapi dugaan2 ber TTC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for coming here..tapi i bukan selalu update tau,,lagipun macam tak layak je nak cerita pasal TTC..sebab bukan selalu buat treatment..

      Delete