Wednesday, 30 November 2011

Tuesday, 29 November 2011

TTC kena ada pulau sendiri ke?

I'm not an avid writer or reader about TTC things. Undeniably, I open this blog because I want to burst out semua luahan hati tak kisahlah marah ke, kecewa ke, geram ke, menyampah ke, meluat ke, sakit hati ke...Blog ini juga tak banyak menceritakan usaha saya untuk mendapat anak sebab saya rasa blog ini lebih kepada luahan hati, which means not the best place for reference to TTCians. Sebab saya admit saya memang tak berusaha sangat seperti orang lain. Sebab kalau kita bercerita pada orang lain, tak akan ada orang lain yang faham. Balik-balik kita akan dicomparekan dengan si pengantin bunting pelamin yang jantan dan subur tu! Bukan lah riak atau takbur tak nak berusaha, tapi saya masih belum yakin dengan diri saya sendiri. Betulkah saya ini benar-benar mahukan anak? Betulkah saya sudah bersedia? Bolehkah saya menghabiskan pelajaran saya tika sibuk dengan anak dan kerjaya?

Saya ini tidur awal tapi bangun lewat. Kalau letih sebab tolong orang kenduri memang lepas tu akan demam. Saya ini masih belajar lagi. Oh lagi satu karier saya masih belum stabil berbanding husband. Saya ni masih nak berjalan-jalan berhoneymoon lagi. Dan lagi pula, saya ni masih belum ada duit simpanan yang banyak seperti kamu. Emm..rasa-rasa macam nak sambung PhD .Ha..lagipun saya ni kan masih dalam rawatan doktor..

Saya tak mahu compare diri saya dengan kawan-kawan yang sepengajian dengan saya yang beranak pinak. Mereka yang sebaya saya, yang sama-sama buat sarjana dengan saya semuanya dah berkahwin dan mempunyai anak. Bila pregnant, masing-masing wah tanya saya "Eh, bila kau nak pregnant, aku yang junior dari kau pun dah ada hasil.." Kalau dengar berdesing telinga, tapi dah namanya kawan seperjuangan, terpaksalah menjawab dengan berhemah sedikit "Kau pengantin junior yang galak, aku pemalu.."..Merah padam la si muka penanya tadi..

Status facebook dan blog (yang semuanya kita benci nak baca tu) memang bertindan-tindan..Wah seronok agaknya..Bila dah lahir, siap mesej saya walaupun masing-masing dah update di Facebook dengan gambar anak tidur di tilam bersarungkan cadar buruk (maaflah ya, saya tak lalu nak tengok gambar kanak-kanak atau baby yang berlatar belakangkan bilik mandi yang kotor atau reban ayam kotor atau background kusyen tak bersarung yang dah pecah-pecah, atau yang seumpamanya).Untuk tiga bulan pertama memang lah indah menatap wajah baby, sebab masih boleh menulis dan membuat research, woha masa tu semuanya indah-indah belaka siap cakap "Kenapa kau tak nak beranak, aku pun sambung belajar, boleh je beranak.."
Tak apa, tunggu bila budak tu dah 6 bulan atau 8 bulan..Baby memanglah asyik tidur je, paling-paling pun menangis nak menyusu.

Bila dan besar sikit, ibu baru akan mula merungut sebab rumah bersepah -anak dah sepahkan rumah, tak dapat masak - anak kacau masak, tak dapat menaip tesis(/update blog) -anak asyik main laptop dan tengok kartun di Youtube, tak dapat nak pakai tudung lilit/ brooch cantik /berhias2- anak dah pandai tarik2 tudung dan barang kemas, tak dapat melancong - anak kecil lagi , dan seumpamanya..Dan ibu-ibu yang pada awalnya eksyen ni akan senyap sepi sedikit sebab mereka dah lihat apa kesan kehadiran anak yang dieksyen2kan dalam kehidupan mereka. Pada masa ni mereka tak akan mesej saya lagi dah, tapi mereka akan update di blog/facebook gambar anak2 mereka yang tengah menguap lah, gambar anak tengah jelir-jelir lidah siap keluar air liur lah, gambar , gambar anak tengah makan french fries la, tengah main-main di park la, tengah pakai baju baru beli lah, tapi mereka tak akan sekali-kali update rungutan mereka (as written before) dalam blog/facebook. Sebab mereka actually malu dah terlebih eksyen sebelum ni..

Saya ada seorang kawan yang sibuk cerita mengidam fastfood sebab tengah pregnant di Facebook. Kemudian dia senyap sunyi tanpa update. I thought dia tengah berpantang ke apa..Tak lama kemudian, ada cerita dia tengah mengidam lagi, eh tak beranak-ranak ke? Rupanya sebelum ni dia keguguran..Tu la senyap je, bila pregnant semula, rancak balik di social networking sites.

Saya ada juga sepupu yang baru melangsungkan perkahwinan, dan heboh satu family dia sedang loya-loya kerana pregnant. Saya tak la terkejut sangat sebab saya dah tahu dulu, dah dia sibuk update di Facebook betapa tak sihatnya dia..Semua orang speculate dia pregnant dan dia tak menafikan dan dia tak kisah juga mewarwarkan berita gembira tersebut..Tak lama kemudian, senyap je..Saya ingat dia dah bersalin pun..Rupa-rupanya dia senyap kerana dia keguguran, kembar pula tu..Saya agak sedih di situ sebab dia sepupu saya walaupun kami langsung langsung langsung tak rapat. Kalau jumpa kat kampung pun tak bersalam. Masa mak saya beritahu berita tu, saya cuma cakap "tak apa lah, dia senang lekat, lepas ni boleh buat anak lagi..tak macam saya.." dan mak cuma terdiam je..

Saya pernah baca beberapa blog pasangan yang baru setahun kahwin tapi mereka sangat-sangat mahukan anak. Mereka menulis lebih kurang begini, "saya dah lama tunggu untuk pregnant ni sebab saya tertekan dengan pertanyaan-pertanyaan orang sekeliling.."..

Saya pula mahukan anak jika Allah merasakan saya sudah bersedia.Bukan kerana nak 'jawab' pertanyaan 'orang-orang bodoh' tu.

Boleh tak juga jangan buat status atau update di blog berbunyi macam ni: "Bila saya dengar sedara saya kemurungan kerana tidak mempunyai anak, saya rasa bersyukur dan sangat beruntung kerana anak kami wujud walaupun tanpa diduga.." ataupun "Saya merasa kasihan dengan kawan saya sebab dia tidak diberikan rezeki yang satu tu..mungkin ada kesilapan yang dia telah lakukan tapi dia tidak sedar..nak cerita pasal anak dengan dia pun serba salah, takut dia kecil hati.." ataupun "Bila saya tengok kawan saya bermain-main dengan anak saya, saya melihat wajahnya dan merasa simpati dengan dia. Kawan saya ini dah lama berkahwin, lebih lama dari saya tetapi Allah memberikan saya rezeki anak dahulu dari dia."ataupun "Tak sangka kami dikurniakan rezeki ini tatkala orang di sekeliling kami mengharapkan keajaiban seorang bayi.." ataupun "Tak sangka hasben saya sharp shooter.."

Oh nak cerita pada orang kaulah yang paling beruntung dan bertuah di muka bumi ni?
Oh nak cakap kau memang tak ada dosa, yang kawan kau tu banyak dosa sebab tu Tuhan tak bagi anak?
Apahal kau kesian pulak tengok muka kawan kau tu..Nasib baik dia nak main2 dengan anak kau..Kalau dia busuk hati macam saya, dia tak hingin pun nak cium anak kau..
Apahal kau nak bangga sangat kau diberi rezeki anak kemudian nak compare2 dengan orang lain?
Rasa-rasanya husband kau yang sharp shooter tu, dia happy tak tengok badan kau gemok gedempol sebab asyik beranak je tak macam bini orang lain yang cun bergetah?

Percayalah, kami tidak pernah minta simpati atau perasaan kasihan dari kamu. Salahkan jika tidak mempunyai anak? Oh sebab payah nak bercerita sesama sendiri ya..

Saya merasakan seolah-olah orang yang belum mempunyai anak disisihkan. Disisihkan sebab:
1) Payah nak cerita pasal kenakalan anak. Nak cerita anak dah pandai apa pun bukan dia faham
2) Nanti kalau tertanya pasal dah pregnant belum, kecil hati pula
3) Payah kalau nak jual barang baby dengan dia, dia bukan ada anak pun
4) Takut nak dekat dengan dia sebab takut aura tak subur tu melekat pula pada aku
5) Ada yang tertinggal..? Boleh tambah

Hoi, kami cuma tak ada anak je, bukan pesakit yang dah nak mati..!

Monday, 28 November 2011

Alternative treatment : The ikhtiar and the unbelievable truth #2

 
 
 
 
Had We sent down this Quran on a mountain, you would certainly have seen it falling down, splitting asunder because of the fear of Allah, and We set forth these parables to men that they may reflect
Al-Hashr: 21 (Holy Quran)



Note: Entry ini macam panjang. Kalau ada masa lapang, baru boleh menghadap baca. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Sambungan dari Alternative treatment: The ikhtiar and the unbelievable truth #1

Thanks friends for the tips. Memang betul pun, apa-apa hal mesti kena rajin solat, tambahkan solat sunat, istiqamah dalam membaca Quran walaupun sedikit sehari, dan berzikir. After berubat pun, Haji A pun suruh I banyakkan berzikir. Speaking of which, a day before berubat tu, I pasang ayat Ruqyah via Youtube. Then in the middle of the verses, I rasa macam mual, antara macam nak muntah atau mual macam nak sendawa. Queasiness. My brother jenguk I di bilik. Tengok I pasang ayat tu di Youtube, tapi bilik gelap tak bukak lampu, so he thought I were asleep. I baring nampak dia jenguk I tapi I buat tak tahu je..And pastu dia blah. Then dalam 5 minit lepas tu, I bangun dan terus menerpa my brother yang tengah tengok TV..I tanya dia, "kau kalau dengar ayat Ruqyah tu kau rasa nak muntah ke mual tak?" Dia jawab, "Takde. Aku okay". I was like "Oooo.."...and masuk bilik semula.
Rupanya2, lepas tu my brother ni confided dengan my brother lagi sorang pasal benda ni. Langsung tak beritahu I atau family members lain. Dia kata masa dia jenguk I dalam bilik tu, dia ingat I terlelap masa pasang Youtube. Tapi dalam masa yang sama, dia ternampak macam bayangan hitam satu lembaga yang tengah menghadap dinding bilik I. Dia siap pandang lembaga tu atas bawah. Tapi dia kata tak la seram ke hapa sebab adik I memang jenis hijab terbukak.


Yang husband pula, I suruh dia pasang sentiasa mp3 Quran dalam kereta dan dalam bilik hostel tempat dia berkursus, dia pun cakap benda yang sama bahawa yang setiap kali pasang Quran, dia rasa mual, mual macam nak muntah atau macam nak sendawa. The thing is, kalau kita asyik sendawa, walaupun bukan atas sebab kekenyangan, lebih2 lagi bila mendengar ayat Quran, ia petanda bahawa dalam badan kita ada makhluk halus.



Ok. Sambung cerita perawatan. Masa berubat tu, Haji A minta sejadah dan suruh I lunjurkan kaki. So dia baca la ayat-ayat Quran yang I boleh dengar jelas butirannya. And personally, masa dia menarik keluar jin-jin tersebut I tak rasa apa2 kecuali queasiness macam nak sendawa. Itu je. Dan yang bercakap dengan Haji A adalah ruh jasad kita (dah cerita in previous entry). And to my surprise, gatal2 di private part dah hilang.  Sebelum Haji A balik, I bagitahu dia pasal my illness yang I tanggung, I ada cerita di Neck Lump, Referred again, Referred,again, seeing ustaz   - almost nak kena operate tapi I insist tak nak sebab ada side effect. Kesan penyakit tersebut my leher kelihatan bengkak sebelah, masa raya Haji haritu lebih membimbangkan sebab seolah2 bengkak tersebut menarik sebelah wajah I sehingga layu sebelah mata I. Bengkak tersebut - I perasan akan besar dan menonjol jika I rasa tertekan. Sebab tu I tak suka rasa tertekan dan depresi sebab kesannya teruk pada wajah I. Sejak didiagnos penyakit tersebut, I tak pernah sentuh tempat tersebut ketika mencuci muka atau mekap atau donning my scarf. I juga telah berjumpa sebanyak2 doktor termasuk doktor pakar - and they confirm it is not cancer. I telah lalui kamera dimasukkan dari hidung, ultrasound, CT Scan (yang masuk dalam terowong putih tu), dan juga telah jumpa doktor bius untuk pengesahan operation. Masa jumpa doktor bius tu la I reject untuk operation. Jika tempat tu tak bengkak, ia tetap sakit bila dipicit and akan rasa macam ada guli kat situ. I know the size of ketumbuhan tu macam guli sebab dah tengok dalam CT Scan result and it only consist of water. 


I asked Haji A jika bengkak tersebut ada kaitan dengan makhluk halus atau memang penyakit. Haji A cuba ubatkan di bahagian situ. Memang ada. Haji A cuba buangkan. And to my surprise, sekarang ni leher I seperti sedia kala dan tak jumpa dah guli tu. Siapa2 picit pun tak sakit. Alhamdulillah. (Cuma hal ini belum dapat pengesahan doktor lagi- sebab tak jumpa doktor dah pasal bengkak leher ni. Ha..tak moh laa....).



Rupa2nya keadaan tak semudah itu. Lusanya, my mum terserempak dengan Makcik A. Not terserempak actually, sebab mereka dalam kelas pengajian yang sama. Mum datang awal sbb buka kunci surau, Makcik A pun datang awal sebab nak confided dengan my mum satu benda. Dia cerita dgn mum that I ni 'teruk' sikit. Dia cakap 'benda' tu datang menerjah mereka pada malam lepas mengubatkan I. Datang pada Haji dalam pukul 2 pagi. Then Haji buatkan pendinding untuk Makcik A. 'Benda' tu datang dengan wajah yang buruk (I boleh describe kat sini as told by Haji and Makcik A- tapi kalau cerita lagi rasa scary sebab buruk sangat) marah2 pada Haji A sebab 'kacau' dan 'usir' tempat dia iaitu dalam badan I.'Dia' cakap dia dah sedap duduk dalam badan I, and cakap juga yang banyak orang tak suka I/menyampah pada I sebab dia tak bagi siapa2 pun suka I sincerely. 'Dia' hanya boleh terima my husband je (tu pun sebab nak guna badan husband) and thus husband pun terkena juga directly from this. Not only that, 'dia' juga mengaku dia sengaja melaga2kan I and husband supaya we separated. Caranya adalah dengan meracuni fikiran dan hati masing-masing. Dari 'dia' juga, Haji then knew that we were fighting head-to-head and suruh mum tanya I. Actually banyak lagi yang 'dia' cakap & marah2 yang I tak boleh cerita kat sini sebab sangat2 menyedihkan I.  Teruknya keadaan tersebut sampai Haji A request if my husband berubat sekali dengan dia. Husband then agree to berubat and dapat cuti. Alhamdulillah.



Haji A dedicated the whole night ubatkan my husband. Di lengan, kepala, kaki, perut, dan ari-ari. Kepala - Haji A trace 'benda' itu hence my husband kept claiming that dia selalu migraine if ada perubahan suhu. Di kaki  dan lengan - ada 'benda' tu juga,that's why husband cannot get so active eventhough husband love sports so much. Ha, yang dekat perut dan ari2 - Haji A sampai tahap menggeleng2 kepala told us that 'benda' tu jilat dan sedut his sperm. Husband told me that after berubat tu, dia rasa ringan dan sihat. 'Benda' yang dalam badan juga duduk di jantung husband - yang menyebabkan perasaannya pada I berubah2. Duduk di kepala yang selalu migraine - yang menyebabkan husband always misunderstood tentang percakapan I atau perbuatan I. Meracuni fikiran dan hati.


Setiap orang kena provide air mineral 1 liter 2 botol dan 3 biji limau purut yang segar. Itu je. Untuk mandi dan minum. Tapiada certain2 pesakit yang teruk sangat sampai kena mandi air kelapa,itu depends. Lepas mandi 3 kali tu, rasa segar sangat sangat sangat sangat, dan I rasa letih sangat sangat. I tanya Haji A why we feel exhausted after mandi tu, dia bagitahu kesan tu disebabkan badan rasa ringan dan telah 'mengeluarkan' makhluk halus dari badan, like kita bertarung gitu. Tapi lepas tidur ok je.


We also asked Haji A if our rented home ada apa2, sebab we constantly dengar orang like berjalan kat ceiling, sometimes I dengar macam bunyi kaki yang berlaga, macam kita berjalan, and tiap2 malam bunyi orang bertukang. Husband naik marah kadang2 sebab mengganggu, tapi I cuma cakap 'ala relaxlah bang, kan perumahan kita perumahan baru, mestilah orang nak mengetuk/bertukang'. Tapi husband tak puas hati, 'takkan la nak bertukang malam2'..I jawab balik, 'apa salahnya bertukang
malam2, siang semua orang kerja, malam la ada masa'..Bila Haji 'tengok'kan our rented home dari rumah my parents, dia bagitahu memang ada 'benda', yang look like orang Asli, siap dengan nama sekali Haji tu sebut. Haji seru 'benda' jumpa dia di situ, dan'benda' tu datang menghadap Haji, melompat kami ke tepi sebab takut gila.haha..Haji halau benda tu, tapi benda tu bagitahu dia cuma menyinggah je..Bukan sebab orang hantar ke apa.. Logic juga la sebab perumahan rumah sewa kami tu perumahan baru, masa kami mula2 pindah, sunyi je. Sekarang dah penuh orang setiap row rumah teres tu.


And we are back to normal like other lovey-dovey husband and wife.


Selalu orang cakap, kalau sekali berubat dan 'usik' tempat 'dia', memang 'dia' akan cuba kembali atau anak pinak cucu piut yang tertinggal tu masih melekat. Dalam dua minggu lepastu, I diserang senggugut. Eh period. Cepat betul..Senggugut yang bersangatan sakit. Selama dua hari dua malam. Tapi darah tak keluar banyak. Macam nyamuk kekenyangan pastu kita pap pap tepuk terpancut darah
dari badan nyamuk, ha macam tu la sikitnya my period. Senggugut tu tahap perut I kembung besar dan keras seperti pregnant 5 bulan, sakit perut berguling2 bersujud kat katil, kat toilet, kat bilik air, etc.


And juga I tak boleh bangun duduk or gelak as usual sebab kalau buat semua2 tu sakit sangat2. Kalau I terpaksa berjalan, I berjalan sambil berbongkok 90 darjah dan mengesotkan jari kaki supaya dapat bergerak. Begitulah teruknya. Puas la bertungku, makan panadol, minum air panas, mum gosok minyak panas satu badan, etc. Pun tak jalan. I bentan. Bentan yang pucat muka semua, kuku kaki tangan semua jadi lebam birat, menggigil satu badan so I pakai stokin, serupa macam orang berpantang. I tak tahan, I texted Haji A. Then dah beberapa jam baru dia noticed my text sbb dia tak perasan. Dia 'ubat'kan I dari jauh. Suruh I baring. I beritahu dia I sakit perut. Sakit perut bersangatan gone. Mum said orang sakit nak beranak pun tak macam I. Alahai mak..ni training namanya mak..ahahah..


Malam pertama I dapat tidur lena tapi tak dapat mengiring or posisi2 selesa. At least dapat tidur pun jadi la. Lupa sekejap tentang sakit. Esoknya, sakit berulang. Perut masih kembung. Keras. Macam pregnant. Darah period masih tak turun. Tapi still bearable sebab bukan sakit perut berguling2. Sakit. Haji A ubatkan sakit perut. Hilang. Tapi sakit menyerang ari-ari pula. Haji A ubatkan lagi. Suruh I baring. Selagi tak hilang selagi tu dia suruh beritahu. Finally hilang juga. Then dia tanya dah sihat ke? I jawab dah. Dia tanya betul ke? I jawab betul. Dia tanya lagi, dah boleh bangun ke? I jawab tak boleh. Sisa2 sakit perut dan ari2 masih ada.


Dia ubatkan lagi dari jauh. Then dia suruh bangun. I bangun. Ok. Dah mula sihat. Masa tu petang. Mum suruh I mandi. I pun dengan jalan tegak pergi bilik air nak mandi, siap cuit adik2.
Sampai di bilik air, sakit perut berguling2 menyerang secara tiba2..I sampai berlutut hampir bersujud kat lantai bilik air tu. Keluar dari bilik air, I kembali bongkok menahan sakit. Di bilik, badan I dah macam berlipat umpama ratu gimnas negara menang sorak penonton, menahan sakit sampai bergulung badan. Mak ayah semua panik. Keadaan berlarutan sampailah mum bagi pandaol yang ke8 untuk dua hari sakit tu. Barulah I boleh pakai baju. Tak tahan sangat, mum called Makcik A untuk minta Haji A datang rumah. Kebetulan hari tu hari dia mengubat pesakit.


Haji A datang rumah dan cakap pada my dad, "saya sampai pagar tadi rasa seram". Beliau minta I baring di living hall senang nak berubat. Masa tu my dad hulur belakang badan beliau supaya I dapat didukung gitu. Husband tak ada, dia pergi kursus..(sedih betul.). Husband just dapat call Haji A dan beri permission untuk mengubatkan I. Tapi masa tu I cakap dengan ayah I boleh jalan. Jalan membongkok mengesot kaki.


Tapi yang peliknya Haji A ubatkan pinggang I. Dia cakap I sakit pinggang. Masa tu I dah mula mengongoi, I cakap I sakit perut. Then bermulalah episod kesakitan yang amat dahsyat. (Eh hyperbola here)


Masa dia baru sahaja memegang perut I, sakit gila sampai I terjerit-jerit dan genggam tangan my dad. Proses tersebut berlangsung berterusan sampailah I bagi isyarat 'berhenti sekejap' sebab tak tahan sangat. Lebih sakit bila dia merentap perut I. Tak sentuh langsung pun actually, dia merentap keluar 'benda' dalam perut I tu. Tapi sakitnya I terjerit2 hadoi hadoi sampai keluar air mata, almost menangis tapi I tak menangis pun. Haji cakap 'benda' tu berangkai-rangkai sampaikan dia sendiri lost count
macamana nak 'rentap' semua keluar terus. I tak tahan. Mula2 perut I dah mula kempis, my dad, my mum, Haji A and Makcik A dah mula lega. I pun mula lega. Tapi kemudian dalam beberapa saat, perut I sakit kembali dan kembung sampai semua orang tau yang perut I looked huge. I dah mula felt drowsy, macam mamai, pandangan macam kabur dan seriously tak ingat apa2 kecuali sakit sakit sakit.



Haji macam mula kepenatan, dia kata dia tak pernah mengubatkan orang yang mempunyai kes seperti I. As last resort, dia azan kuat2 di telinga I. I jawab azan dalam hati. Kemudian dia buat lagi proses 'merentap keluar' benda tu. Sampailah tiba2 I rasa dunia kembali cerah. Eh, nampak my mum duduk kat kepala I, Haji suruh mak lap muka I. Nampak Makcik A macam baru lepas nangis teresak2, dan nampak adik I. I pun cakap, "eh, baru nampak semua orang.."
My dad cakap, "Kau pegang tangan ayah kuat.macam tangan jantan"
I cakap, "Tangan ayah patah ke?"
Haji A nyampuk, "Eh, berseloroh pulak dia"..


Walaupun sakit berguling2 tu dah lega, sisa2 sakit yang 2 hari tu masih terasa, I masih tak dapat tegakkan badan. Haji kata ada nenek kebayan dalam badan I. Haji 'berdialog' dengan nenek tu (ada nama nenek tu), nenek tu cakap dia nak anak yang dalam perut I untuk jadi cucu belaan dia. Mak wonder 'eh napa nak rebut, dah 'ada' ke?'. Haji kata dia tak tahu tapi nenek tu cakap dengan perkataan 'sekiranya ada'. Samada I masa tu dah lekat atau tidak Wallahua'alam. Haji pula tak dapat bagi jawapan tepat pada soalan my mum tu. Beliau kata nak percaya 'mereka' ni pun susah juga, mereka kadang2 menipu. 'Nenek' tu siap duduk sebelah I, and sebagai ganti dia minta nasi kunyit dan telur keesokan harinya kalau tak dapat anak dalam perut. Haji suruh mak buat nasi kunyit dan telur.
Malam tu, as expected, 'nenek' tu datang ke rumah Haji remind him perjanjian tu. 'Dia' nak makan sebelum zohor. Pagi esoknya dalam pukul 6 lebih macam tu, Haji A called my mum suruh cepat2 tanak nasi kunyit. Nasi kunyit memang dah ada dalam simpanan dapur. Haji cakap masa letak nasi kunyit kat laman rumah tu, I kena letak dan sebut nama dia, "Nah XXXX, makan la ini untuk kau."..


Cuma mum rasa tak sedap hati. Sebelum tanak, mum cakap dengan I dan ayah - napa kita
kena ikut kehendak 'nenek' tu..Nanti dah dapat nasi kunyit nak benda lain pula. Sebab my mum  pernah belajar sikit2 tentang jin dan iblis dengan ustaz di surau kawasan perumahan sini. Mum tak sedap hati lalu beliau solat hajat dan baca Yasin minta petunjuk Tuhan - jika Kau perkenan tindakan ini, maka benarkanlah. Jika tidak, Kau berikan petunjuk.


Tak lama kemudian, sebelum pukul 8 gitu, Haji A called mum balik. Beliau suruh batalkan nasi kunyit dan telur tu. Beliau kata pagi ni dia pergi kerja dan jumpa kawan dia yang ada makrifat lebih tinggi tentang jin dan iblis. Sebab Haji kata dia takde pengalaman mengubatkan orang seteruk I dan rasa tak sedap hati tentang kaedah yang dia buat pada I tu. Then Haji beritahu pasal nenek tu. Then kawan Haji terus 'seru' 'nenek' tu. Turn out dia bukan 'nenek kebayan' tapi iblis/jin (tak sure) yang menyamar jadi 'nenek'. 'Nenek' tu siap marah2 kawan Haji dan Haji sebab keluarkan 'dia' dari badan I. 'Dia' cakap dia dah lama duduk dalam badan I berpuluh tahun dan ayat yang I ingat 'dia' cakap gini, "aku sengaja sakitkan dia supaya dia berjalan terbongkok2, kalau tak dia berjalan asyik tegak je". - no wonder I sakit perut gila2 sampai terbongkok2 seriously macam nenek kebayan. Dia siap padankan muka Haji sebab berjaya menipu Haji dan kami semua. Kawan Haji cakap yang kita manusia tak boleh tunduk pada kehendak dia, jangan layan kehendak dia. Kita lebih kuat dari dia.



Maka mum terus buang tanak nasi pulut tu dari periuk. Then I, my mum and dad serta adik beradik I berbual2 sekejap di dining room. Bila mum ke dapur sekejap, nasi pulut yang dah dalam tong sampah tu ada kembali di periuk. Mum siap sumpah seranah like this, 'ooo...hendak juga ya, tak hingin aku nak bagi, kau dah sakitkan anak aku'..ahahhaha..


So husband dari tempat kursus call Haji. Haji minta kalau dia ada cuti, balik da temankan I. Haji kata I lemah semangat, lebih2 lagi bila tak ada husband di sisi. Tang ini I macam tak percaya je Haji kata I lemah semangat, (dia cakap juga masa malam tu - Kau lemah semangat nak ooi..kau perempuan..), sebab I consider myself perempuan kuat and tabah gittewww...Come hell or high water, memang I akan bangkit because being strong is the only choice I have. Bukan I je, I think semua perempuan pun kalau ada apa2 musibah/perkara tak disukai berlaku, kita akan lawan habis2, menentang dunia pun kita sanggup. Betul tak? Tapi ye la I understood, lemah semangat yang Haji maksudkan is different thing of semangat.


My period for this month sangatlah pelik - I thought I senggugut. Mum and Makcik A said senggugut bukan di perut. I thought kalau aliran darah dah lancar (sebab I belum pernah bersalin, I thought I punya tu kecil la) maka senggugut akan hilang. Lebih2 I senggugut cuma 3 kali dalam setahun. Tetapi pelik la kali ini, sebab dah 10 hari I period, I tak pakai pad pun. Darah yang
keluar dalam 1,2 titik je setiap hari.


Malam tu tidur nyenyak. Ok. Dah habis sakit perut dan ari2 berguling2 semua tu..I still tak boleh bangun dari katil. Kalau angkat cawan nak minum or nak berpaling ke hapa sakit pinggang sangat sangat. I thought itu kesan sampingan dua hari punya tu sebab bisa2 sakit perut masih ada, cuma tak berguling2 itu pun dah syukur. Nak letak dulang atas meja sakit, nak bangun sakit, nak pakai spender pun kena angkat kaki dengan tangan untuk masukkan kaki dalam spender, kalau duduk mesti terbongkok2. Sakit pinggang ya amat. Tapi i tahan lagi. Then bila dah dua hari keadaan yang sama berlangsung, Haji called me. Maybe dia tahu kot I sakit. So dia ubatkan dari jauh. So, sakit pinggang I tu mengiyakan sangkaan dia masa dia ubatkan I haritu, cuma I tak sedar I sakit pinggang sebab I sakit perut sangat. Bila sakit perut hilang, baru sedar sakit pinggang tu ya Tuhan macam orang tua 100 tahun. Dua hari sakit pinggang i bertungku semula, sebab sakit gila sampai bentan, berstokin semula, pakai koyok, etc. Hari kedua, i perasan kalau waktu pagi i sihat, kalau zohor terus sakit balik. Then Haji ubatkan dari jauh..And pada hari ketiga barulah I sembuh sedikit demi sedikit..And dah boleh gelak bila adik buat lawak.


Ok kalau you all tanya napa tak pergi hospital/clinic. I langsung tak boleh bangun. Plus, this is first time sakit sampai berhari2. Selalunya kalau senggugut I kena sehari je then esok dah ok. Sometimes I just consume panadol untuk reduce the pain, which I don;t like sebab tak suka panadol dijadikan ubat, i'm worry kalau my body immune sangat dengan panadol. So paling tinggi pun one day la I senggugut. After darah melimpah, it will be okay..Tapi kali ini, darah alahai sikitnya.. So i know this must be something weird.



Kedua, macamana sakit perut tu? Mum pun tanya I the same question. I rasa sakit perut tu macam ada orang pulas pulas tali perut I. Tak cukup itu, macam ada kuku tajam cakar dari atas (pangkal hati) sampai ke ari-ari..Sakit gila. Kadang2 bila I dah letih tanggung yang pulas2 tu, I terasa seperti ada jari dengan kuku tajam cengkam my perut/womb yang buat I terbongkok2 dan bersujud tu..Orang lain tak boleh pegang my perut termasuklah I sendiri, hence nak apply minyak/balm pun tunggu I lega dulu..Eh tak boleh bayang la sakitnya tu.



Ok, next time kita sambung on melawan makhluk halus dalam diri dan kesan perasaan patah hati & depression terhadap kekuatan diri kita yang berkaitan dengan makhluk halus juga.

Thursday, 17 November 2011

Geram

Hm..sebelum cerita lain, saya nak ucap tahniah pada rakan TTC yang dah berjaya pregnant. Mrs A. Ada lagi yang saya tertinggal? Maaflah, saya langsung can't surf your blogs and i don't know why..Only that i able to surf your blogs via my handphone..Congratulation.

____________________________________________________________________

It's true i decide i want to take a long 'holiday'. Free from TTC..It's not that i give up, but i only want to focus on my study. But, but...

Just this afternoon, the colleagues talk about balik kampung in school holiday. So, one of the colleague tell us the story about her husband willing to take Cuti Tanpa Gaji to follow her to her hometown for a month. She tell us that before this his husband just sent her to her hometown and got back to work. I'm not talking about the distance of one state to another, but it across the South China Sea..

But she tell us that her husband willing to follow her and take the long leave selepas mereka mendapat anak. So, one of the colleague kakak senior yang dah tua ganyut pun tell her, "yelah, anak kan pengikat kasih.." and she look at me and said "eh, janganlah kecil hati pula.."

So, i tell her "elleh..tak de anak pun berikat juga..sebab tu kami jalan2..rugi tak ada anak tak berjalan..habis duit cari lagi.."

So, the colleague yang ada anak tadi tu pun cakap " memang pun..takde anak lagi best..boleh jalan.."

So, the kakak ganyut ni nak cover cakaplah.."belum masanya lagi kan.." Then gelak2 nak cover..

Dalam hati memang la rasa nak cakap "F**k you la orang tua ganyut nak mampus..kau nak berjalan pun kau risau duit kau keluar anak berderet2..."

______________________________________________________________________

Konon je cakap nak hiatus kan..bila dah geram hah, laju aku type ni..

Sunday, 13 November 2011

Hiatus

Sebenarnya dah lama kami tak berjumpa doktor. Bila difikirkan, kami berserah saja kepada Allah.

Agak lama menyepi kerana saya sudah lama berhenti TTC..Saya sudah tidak peduli berapa ovulation days saya, sudah tidak peduli bila hari terakhir period saya..tak peduli nak makan vitamin itu vitamin ini..Kami lebih banyak merancang masa depan kami..

Hiatus reasons:
a) saya tak tahu kenapa banyak blog yang tak dapat saya layari, ada error..tau2 je kawan2 yang selalu comment di blog picisan ini sudah pregnant berminggu2

b) saya perlu fokus kepada tesis sarjana saya..

c) saya dan suami menangguhkan TTC kerana kami berdua dah kehabisan wang asyik melancong sana sini, tiket flight last beli untuk bulan 3 tahun hadapan..

d) lately, kami mula spend our money into gadjets..handphone kegilaan ramai saat ini yang saya tak pernah impikan berada di tangan saya. so dah tak ada duit untuk pergi jumpa doktor yang perlu duit beratus2 setiap sesi tu

e) erm..yang terakhir, saya perlu sembuh dari penyakit yang saya selalu post di blog ini. Telah didiagnoskan oleh doktor. Tepat telahan doktor, my salivary gland tersumbat. so the operation should be on February tapi saya minta tangguh sebab nak travel bulan tiga, so saya minta bulan 4..

f) rasa2nya  yang paling penting tentulah saya perlu habiskan tesis sarjana saya..masa depan dan karier perlu saya majukan..saya tidak boleh berada di takuk lama..

Terima kasih pada kawan2 TTC yang sudi singgah blog picisan ini..Apabila mendengar berita kamu mengandung, saya tahu you are deserve to that kerana cabaran2 yang telah kamu hadapi telah Allah gantikan dengan pengalaman indah. Saya juga bertambah keyakinan kepada Allah bahawa masa saya akan tiba, dan percayalah blog2 kita akan dipenuhi pula dengan harapan2 kita terhadap anak2 kita..Jangan kita mengikut arus zaman kini yang sibuk memberi nama yang over grand dan panjang pula kepada anak kita, tak usah kita letak di facebook / blog cerita2 mengidam atau baby kicking atau balik dari check up..kita telah melalui perasaan terluka melihat status2 itu, maka sedarlah bahawa masih ramai lagi yang senasib dengan kita..

InsyaALLAH bertemu lain hari

Monday, 7 November 2011

Alternative treatment: The ikhtiar and the unbelievable truth #1

 
Say, I seek refuge in the Lord of me
The King of men
The God of men
From the evil of whisperings of the slinking (shaitan)
Who whispers into the hearts of men
From among the jinn and the men
(Al-Naas: 1-6): Holy Quran
 
 
*Tiba-tiba rasa macam detail sangat selepas tulis semua ini..If anything yang you all tak selesa baca or tak setuju do tell me ya..I pun rasa masih tak percaya and somehow I was like in limbo. Benda halus yang tak nampak di mata kasar kita. Tapi ia tetap wujud, tetap makhluk Allah.Wallahua'alam.
 
 

It so hard for me to write this. Sekarang dah pukul 2am but still my mind wandering mindlessly, on how to arrange the diction and the storyline according to chronology so that people will not misunderstood me or being sceptical or judged be as gullible. I was that person, yang skeptikal about the paranormal things on me, but not to others. I do believe in paranormal things, little did I know I and husband were too close with that 'thing' and affect our 4-year marriage severely.
 
 
Actually, in my second/third year of marriage (tak ingat), Mum asked me to do alternative treatment from this Haji A. This Haji A is actually the husband of Makcik A. Makcik A is close mum's friend, also one of the neighbour and also my first guru mengaji sejak umur 5 tahun. Makcik A and Haji A never told anybody that Haji A possesed some ilmu on jins and iblis that he got upon his pilgrimage to Mecca last year. In fact, Haji A is not a typical pious man. Mum knows about Haji A from her friend, yang coincidentally belajar tentang ilmu paranomal. Makcik A and Haji A explain that, they do not want the 'ilm possession come from their mouth, it is tantamount to riya', and Haji A said that riya' can annul his promise with Allah to help people. After that, Mum being a good friend of Makcik A, telling people and announcing to others who have problems to go to Haji A. But only a few believe it then. Tapi a few itu la yang memberi good word-of-mouth. lagipun siapa percaya? Nak-nak this Haji kami dah kenal lama, and tiba-tiba pandai ubatkan orang? (Will tell about this later). Mum asked me to berubat with Haji A. I tak nak. Mati-mati tak nak sampai bergaduh-gaduh dengan Mum.
 
 
I personally masa tu tak nak berubat dengan dia. Actually I afraid that he will be like any other shamans or ustaz yang boasting the ilmu or diagnose the patient publicly. Like the ustaz yang always cakap "Ha..lepas saya ubatkan orang tu, mengandung dia, sekarang dah 4 anaknya dah".."ha..lepas saya ubatkan si anu tu, dia sihat dah tak payah pergi hospital lagi dah..". Macam takbur giteww....Adapun I don't like ustaz/perawat yang diagnose the patient publicly. Like, "Ha..awak ni kuat makan belacan, sebab tu buah pinggang teruk.." or "Awak ni kena buat projek time sekian and sekian, baru lekat..bukan main redah je, patutlah tak lekat.."..with stern voice yang semua pesakit yang nak datang jumpa tu tau your condition. Erm..malu kot..I like if the perawat conceal the facts, walaupun dengan family sendiri. Some perawat yang dah diberi ilmu yang tinggi sort of dapat melihat masa silam kita..I don't mind actually just I don't like to be told publicly..So I afraid this Haji will be that kind of perawat, and malulah I nanti satu taman perumahan tau, kan dia is one of the neighbour..
 
 
Entah macamana, I rasa bosan sangat dengan hidup sendiri,rasa gelisah, tak tenteram, menangis untuk benda kecil, marah untuk benda kecil, sentap dengan benda kecil, baca Quran pun sedih, nak solat Subuh malas, nak baring dan tidur je, and I sort of misanthropic, melawan mak ayah, garang, bengis, telinga nipis, kuat marah, kuat membebel tanpa maksud,  not to mention that starting from March 2013, I and husband always fighting head-to-head..Sampailah raya Haji haritu I felt that I am ready nak berubat. I thought that kalau dapat anak both of us will stop fighting.(dah salah niat I know). Then I told Mum yang I nak berubat with the Haji A and asked Mum to arrange my appointment.


From march 2013 husband and I dah mula utter the word 'divorce' from our mouth. But then seteruk2 fight, seromatik itu juga both of us when we are calming down. Both us cakap that we are 100% changed. I kata dia berubah, and vice versa. Two weeks later after Raya Haji,husband sent me to my parents house sebab dia kursus, and dalam seminggu tu dia langsung tak call/mesej I. I tanya then dia mengaku yang dia nak escapism. And kursus tu is the raison d'etre.  I cannot tahan and told my mum that we are not in good condition, tapi tak lah cerita into detail. But Mum so sad and almost cried. She thought I will ended up like my paternal family yang bercerai-berai. Masa tu I was so determined, apa nak jadi, jadi lah. I even tak nangis langsung. Setitik pun tidak. She immediately buat appointment with Haji A and Makcik A. Both of them agreed to come over to my parents house, sebab tak boleh rawat di rumah mereka, since ada baby rumah tu. The Haji A then asked us to provide 2 bottles of mineral water 1litre and 6 biji limau purut.

Malam tu, both of them datang. To my shock, there were 3 ekor of jinns in my body. One is Qarin, one is Afrit and one he not told me the exact name. The jinns were in my body dah lama and dah sedap duduk dalam my womb and my private part. First thing he asked me "ada gatal-gatal ke bahagian bawah tu waktu malam sebelum tidur?"...Yang I tak faham I berkerut-kerut then Makcik A explain clearly the question. I pun jawab, "ha'ah, gatal-gatal". Then dia cakap, "dia duduk dan bergayut kat situ"..

He uttered and read some Quranic verses, yang kalau I bagitahu pun mesti you all akan cakap, --lah ayat itu je..?--ha..tapi it's the truth, ayat2 yang dia gunakan adalah ayat biasa yang kita baca dalam Ma;thurat dan beberapa ayat untuk PAFA budak sekolah menengah. After that I saw that he uses his hand virtually like he want to pull out something heavy from me, and susah sangat sampai merah2 muka dia,timbul semua urat2 muka and he said to my Dad,"dia melawan. dia tak nak keluar". Then Haji A ulang balik the Quranic verses sampailah dia terbatuk2 macam nak muntah macam nak terburai perut. We provide the plastic kalau2 dia termuntah ke hapa..Agak lama dia mengeluarkan the jinns. Dalam 40 mins macam tu barulah he saw me 'clean'. He then said to my Dad, "benda tu duduk sebelah Haji.."..

My Dad ada juga tanya2 dia about makrifat, so he telling briefly that he is having conversation with our 'jasad'. Our body consist of jasad fizikal dan jasad ruh. Jasad fizikal boleh menipu tapi jasad ruh tak boleh kerana kita semua ada perjanjian dengn Tuhan before we were born. Jasad ruh tak boleh menipu and jasad ruh is clean and want the best for us, yang baik dan yang suci..The jasad ruh will tell Haji A if the person is 'clean' or not. (This is beyond our knowledge. I should stop here before it was going too far). He concealed a very very few information of the paranormal things inside me and the truth behind. Cuma sometimes he informed us sekali lalu tanpa dikesan like masa dia minum teh he said to me, "ada orang nak tak dapat.."and terus teguk air teh. Ada sekali lagi dia cakap "saya pernah gatal telinga sebab ada jinn masuk, gatal sangat, tanya dia, dia tahu" (pointing fingers to me) pastu terus cerita lain. He also said that after he treat the patient, some of the paranormal things came to him before he went to bed, as a result to resentment from the jinns.

Makcik A keep saying his gratitude sebab I terbuka hati nak berubat. Dia kept asking me why and how I terbuka hati nak berubat. She said that it is not easy, it is very hard because the jinns inside our body will influence our mind, our heart, our body, our thoughts, and even our rizq. Mum then replied that dia sembahyang hajat so that I will be given petunjuk. And also maybe the barakah of my Dad yang tiap2 pukul 4pagi hingga Subuh solat malam and ngaji non-stop, and also barakah of du'a by my parents in law who are currently at Mecce performing Hajj.

How I terbuka hati nak berubat? Actually it started masa I baca the post Qarin by Mrs ARK.Ha..tengok pada komen-komenya. Bergaduh time waktu subur. Bergaduh gila-gila. Bila dah habis waktu subur, wah bukan main romantik sangat. Bila baca post perawatan Islam dari Jay Farhana Finding Two Lines tu, hati masih belum terbuka. Bila baca komen2 dari post Mrs ARK tu dan post pasal perawatan Islam tu, rasa macam 'eh, macam ada yang tak kena dengan aku je ni..'..tak boleh jadi, sampai bila nak bertahan. Sampai bila nak jadi macam ni. (Jadi macam ni maksud I adalah - asyik marah, panas baran, asyik bergaduh dengan husband, susah dapat kerja, etc - bukan tak mengandung or ada anak. I niat nak sihat. Dan nak pulihkan hubungan kami suami isteri because I know my husband adalah lemah lembut orangnya, bukan panas baran macam kena rasuk yang I selalu witnessed tu)..Actually, my story banyak similarity dengan story from Mrs ARK.

After that, my adik pula berubat because he keep seeing paranormal things. Turn out, masa Haji A tu berubatkan dia, sekejap je. Tak teruk macam I pun. Haji A pesan if both of us malam ni tak leh tidur or the gatal-gatal keep coming, call dia immediately.

To my surprise, an hour later, my husband calling me for AN HOUR! Dari pukul 2pagi-3pagi. And mula mengucapkan kata-kata rindu dan sayang. Sampailah hari ini.

Actually two days later, I dapat berita mengejutkan dari Makcik A about me and my womb and also my marriage. And told my Mum that both of us are extremely 'tenat' and demand if husband can berubat too. A week later, husband got cuti sempena Maal Hijrah and both of us berubat sekali, means I berubat dua kali.

(bersambung)