Friday, 17 June 2011

Mukjizat Ayat Al-Quran untuk Kesuburan

Assalamualaikum,

Hari ini hari Jumaat yang penuh barakah. Saya tak sengaja membuka saluran TV9 Nasi Lemak Kopi O. Pengacaranya Aziz Desa, Fatheen Nabila dan Farah memberi tajuk-tajuk ringkas untuk segmen mereka. Salah satunya tentang rawatan kesuburan dengan Al-Quran.

Saya sanggup menunggu walaupun Nasi Lemak Kopi O bukanlah rancangan pilihan. Tapi hari ini ada Sasterawan Negara A. Samad Said yang hebat. Perkataan yang keluar dari mulutnya macam juga karyanya- satu persatu, lembut, jelas dan ditunggu-tunggu.

Untuk segmen yang ditunggu, rupanya dramatis Ashraf Muslim dan bakal bapa mertuanya yang menjalankan rawatan Islam telah membuat satu video tentang satu pasangan yang telah 4 tahun berkahwin tapi masih belum mempunyai anak. Si isteri telah didiagnosis dengan telur yang tidak matang untuk persenyawaan. Lantas pasangan ini berjumpa mereka dan Alhamdulillah 3 bulan mengandung.

Ayat-ayat ini Ashraf Muslim bagi laju sangat. Saya salin pun laju-laju. Emak yang nun jauh seberang laut pun bergegas menelepon saya tentang ayat ni..Jika ada kesilapan, harap betulkan saya ya..

Untuk isteri:
Surah Al-Maryam : Ayat 31 - 48
Surah Ibrahim: Ayat 32 - 43
Surah An- Nahl : Ayat 35 - 42

Untuk suami:
Surah An-Nahl: Ayat 66 - 74
Surah Al-Mu'minun : Ayat 44 - 59
Surah Yusuf : Ayat 46 - 72

Jadikan ayat ini sebagai zikir harian. Sama-samalah kita berusaha..

Saturday, 11 June 2011

I bought this booklet about a month ago.


Memperolehi Anak Yang Soleh
  • Berzikir Yaa Mutakabbir sebanyak 10 kali sebelum bersama dengan isteri
  • Berzikir Yaa Naafi' sebelum berjimak, maka Allah akan mengurniakan anak
  • Pasangan yang sukar memiliki keturunan hendaklah sekerap mungkin membaca "Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau membiarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi " yang diambil dari Al-Quran surah Al-Anbiya' ayat 89.